Monday, July 3, 2017

Cinta RM20


Rumah teres Haji Nizam meriah dengan kehadiran adik beradiknya. Majlis merisik dan pertunangan anak daranya, Nani dilangsungkan dengan serba sederhana sekali. Hjh Latifah gembira sangat dengan kehadiran adik beradik serta anak-anak buah yang berkumpul di rumah teresnya. Khemah putih dua biji di hadapan rumah sudah bersedia menyambut kedatangan rombongan  pengantin lelaki yang dijangkakan seramai tiga kereta.
“Nani, orang mana?” tanya Murni  sambil dinantikan oleh sepupu perempuan yang penuh dalam bilik Nani.
“Asalnya orang Pulau. Tapi sudah lama duduk Kelana Jaya,”cerita Nani ceria.
“Kerja mana? Satu tempat kerja ke?” soal Melati pula.
“Emmm.. satu tempat kerja,” balas Nani tersenyum malu.
“Bila jangka nak langsung ni?” soal Khairiah pula.
“Ikut apa kata abah dan mak. Nani ikut mana yang terbaik. Ehh! Lisa dah sampai ke belum?” soal Nani.
“Dia cuti ke sekarang ni. Tak tahu cerita pun, selalu kalau dia balik mesti Paklong dan Maklong heboh bercerita, yalah Lisa tu bukan ke susah nak balik Malaysia ini,” celah Murni.
“Laaa… Lisa dah balas email Nani kata insyallah dia akan balik awal sebab dia sudah ditukarkan semula ke Kuala Lumpur. Tiada lagi bunga sakura,” senyum Nani.
“Ohhh.. iya ke. Itu lagi sorang yang masih tidak lepas-lepas lagi. Lisa tu sebaya dengan Nani kan?” soal Melati.
“Emmm… betul tu. Lisa sebaya dengan Nani. Ishhh mesti dia sudah ada kekasih. Orang ada rupa dan lincah macam Lisa mustahil masih single kot,” sengeh Nani.
Perbualan anak dara terhenti bila mak dara masuk menjenguk bilik pengantin untuk melihat Nani yang sudah siap bersolek cantik. Keluarga besar Haji Nizam ini sangat rapat. Anak-anak buah turut sama hadir dalam setiap keraian keluarga.  
“Haaa.. panjang pun umur Mak Long. Lisa dah sampai ke Mak Long?”soal Nani tidak sabar menunggu sepupunya yang hidup di perantauan.
Senyum bahagia Mak Long mendengar pertanyaan Nani. Semua anak buah kenal dengan sikap Mak Long yang suka buah kecoh berjenaka. Kehadiran Mak Long pasti menceriakan suasana majlis.
“Kalau ikutkan jadual penerbangan sudah mendapat dah ni. Mak Long suruh dia terus ke mari aje. Tak payah balik rumah dulu,”  cerita Mak Long.
“Lisa sudah habis kerja di luar ke sekadar balik bercuti saja Mak Long?” soal Murni.
“Dia sudah tamat tugas di Korea, katanya dia dipanggil balik ke markas di Subang,” cerita Mak Long.
Kpt. Nurlisa dipanggil pulang ke Malaysia dari meneruskan misi UN di Selatan Korea. Dua tahun bersama pasukan pengamam UN di Korea memberi banyak pengalaman indah buat Kpt. Nurlisa. Setelah dua tahun di perantauan baru hari ini, Kpt Nurlisa menjejakkan kaki di bumi Malaysia. KLIA sangat berubah.
Excuse me, could you give me one black coffee,” minta Kpt. Nurlisa.
Ma’am. RM8.50,” balas pelayan.
Kpt Nurlisa terdiam. Dalam gengaman tangannya cuma ada wang kertas bernilai RM5 sahaja, yang lain adalah wang kertas US Dollar yang belum ditukarkan ke dalam Ringgit. Habis diselongkarnya beg galas kulit untuk mencari duit ringgit yang mungkin terselit dimana-mana celak beg.
It’s okey, I’ll pay it for you,” ucap lelaki yang memakai kaca mata hitam yang berdiri di belakang barisan Kpt. Nurlisa.
Lelaki itu terus membayar minuman Kpt. Nurlisa tanpa menunggu ucapan iya darinya. Kpt Nurlisa membetulkan kacamata hitamnya dan menganggukkan kepala tanda terima kasih.
Thanks,” ucap Kpt. Nurlisa dan berlalu.
Most welcome. Hazelnut White Coffee,” pesan lelaki itu di kaunter pesanan.
Kpt. Nurlisa menolak trolley beg ke kaunter teksi. Beratur lagi. Lelaki tadi pun ikut beratur di belakangnya tanpa disedari.
“Seksyen 9 Shah Alam,” ucap Kpt Nurlisa sebaik sahaja sampai gilirannya di kaunter tempahan teksi.
“RM90.00,” ucap kerani tempahan.
“Tak boleh kurang?”
“Memang ini harganya puan,”
“Emmm.. baiklah. Terima kad kredit?” soal Kpt Nurlisa.
“Terima,”
Kpt Nurlisa menghulurkan Kad Visanya untuk diproses oleh kerani tempahan. Lima minit kemudian proses selesai dan Kpt Nurlisa menerima resit pembayaran yang perlu ditunjukkan pada pemandu teksi limosin di luar sana. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa sanak saudara setelah dua tahun tinggal di perantauan.  
 “Excuse me Miss. Just want to ask. Are you going to Section 9 Shah Alam?” soal lelaki yang pemurah tadi.
Yessss….,” jawab Kpt Nurlisa teragak-agak.
If you don’t mine, I also heading to Section 9 Shah Alam. Would you like to share the cab services with me?...eemmm both of us can save some money,” cadang lelaki itu. Kpt Nurlisa berfikir seketika. Baginya tiada masalah pun, boleh jimat sikit.
Okay why not,” setuju Kpt Nurlisa.
Lelaki itu senyum gembira. Kpt Nurlisa masih selamba dengan senyuman buat-buatnya. Pembantu teksi limosin membantu mengangkat bagasi Kpt Nurlisa sebanyak dua beg besar dan sebuah beg kecil. Manakala lelaki itu pula hanya sebuah beg kecil.
Thanks. I’m Widad,” ucap lelaki itu memperkenalkan diri.
Hai. I’m Lisa,” Kpt Nurlisa ramah.
“Malay?”
“Iya. Anak jati melayu,” sengeh Kpt Nurlisa.
“Oooo.. tak nampak macam orang melayu. Habis belajar? Atau baru balik bercuti?” senyum Widad.
“Hehehe… ayah saya generasi kedua DKK. Mak pula generasi kedua Jawa. Itu yang jadi macam ini tu…De-Jav. Dua-dua pun bukan Saya baru habis tugasan di perantauan,” cerita Kpt Nurlisa ramah.
“Hahahaha… De-Jav! Ini pertama kali saya dengar perkataan itu,”gelak Widad lucu.
“Kenyataan yang sangat melucukan, betul tak? Widad pula, baru balik bercuti?”
“Baru nak bercuti dengan keluarga. Ada majlis sikit di Shah Alam,” cerita Widad.
“Banyak sudah berubah Malaysia ini,” ucap Kpt. Nurlisa yang terpengun melihat kemudahan lebuhraya yang melancarkan perjalanannya ke Shah Alam.
“Mmmm… banyak kemudahan yang telah ditambahbaik oleh kerajaan untuk melancarkan ekonomi Negara. Berapa lama di perantauan?”
“Dua tahun,”
“Cik. Section 9 Shah Alam di mana ?” soal pemandu teksi.
“Maaf pakcik. Ini alamatnya,” Kpt Nurlisa menghulurkan buku nota yang tertera alamat rumah Haji Nizam.
“Oooo. Okey. Encik pula?” pemandu teksi itu menyoal Widad pula.
Widad mengeluarkan telepon bimbitnya dan menekan butang pesanan ringkas untuk mengeluarkan mesej yang diterimanya dari adiknya, Wasim. Mesej itu ditunjukkan pada pemandu teksi.
“Encik pun nak ke sini?”soal pemandu teksi inginkan kepastian.
“Iya. Pakcik. Kenapa?”
“Destinasi encik dan cik ini sama,” senyum pemandu teksi yang berumur dalam lingkungan umur awal lima puluhan.
Widad dan Kpt Nurlisa berpandangan. Kebetulan yang tidak terfikir langsung akan terjadi. Kpt. Nurlisa memandang pada Widad. Mustahil Widad ini saudaramara terdekat Haji Nizam ataupun Hajah Latifah, kerana Kpt Nurlisa kenal benar dengan semua saudaramara terdekat mereka.
“Widad ke rumah Haji Nizam juga?”soal Kpt Nurlisa inginkan kepastian.
“Lisa pun?”
“Itu rumah Pak Ngah saya. Widad?”
“Adik saya bakal menantu Haji Nizam yang baru,” jelas Widad.
“Oooo rupanya awak ni salah seorang rombongan pengantin lelaki lah ni ya… hahaha. What a small world,” gelak Kpt Nurlisa.
“Dan Lisa pula salah seorang tuan rumahlah ini ya… mmmm great,” senyum Widad nakal.
Ketibaan Widad dan Kpt Nurlisa tepat pada masanya. Rombongan pengantin lelaki baru sahaja turun kereta. Widad terus mendapatkan keluarganya sementara Kpt Nurlisa menarik beg bagasinya masuk ke dalam rumah.
Riuh rendah dapur Hajah Latifah dengan kemunculan Kpt Nurlisa yang sudah dua tahun tenggelam di perantauan. Sepupunya yang ramai lagi rapat turut menempek sebelahnya di dalam bilik di dapur.
“Kpt Lisa! Makin mengancam sekarang,” usik Imran.
“Ishh abang Imran ni, Lisa memang dari dulu lagi mengancam apa. Abang Imran saja yang tidak perasan. Maklumlah Lisa ni De-Jav….hahahaha,” jenaka Kpt Nurlisa.
“Tak habis-habis dengan De-Jav dia tu. Abang yang Jawa jati ini pun tak bising… Apa tugas lepas ini, misi UN lagi ke?”
“Emmm.. tidak. Cukup empat tahun dengan UN, sekarang TUDM panggil balik untuk berbakti di tanah air sendiri saja. Lusa lapor diri di Pengkalan di Subang,” cerita Kpt Nurlisa.
“Tukar masuk pejabat ke?”
“Eeee… biar betul abang Imran ni. Lisa mana boleh duduk sopan macam tu….hahaha mestilah dalam skuad penerbangan,”
“Kau ni kan Lisa. Nampak ayu sopan santun. Tapi minat memang ganas. Tu tengok Nina kawan baik kau itu sudah bertunang. Tak lama lagi sudah nak kahwin. Lisa pulak bila lagi?”
“Nina biasalah gedik lebih. Abang Imran, bakal tunang Nina kerja apa?”
“Sama macam Nina juga. Engineer. Pandai mengelakkan?”
“Hahaha.. mana ada. Jinho selebriti Korea itu masih belum beri kata putus dengan lamaran Lisa lagi. Kenalah tunggu dulu,” lawak Kpt. Nurlisa.
Di ruang tamu wakil kedua belah pihak baru selesai memetrikan ikatan pertunangan antara Nina dan Wasim. Enam bulan dari sekarang majlis pernikahan dan persandingan akan berlangsung. Nina pun sudah turun ke ruang tamu untuk majlis menyarungkan cincin seterusnya sesi bergambar.
Kpt Nurlisa duduk semeja dengan sepupunya yang masing-masing datang bersama pasangan tunang atau kekasih hati. Kpt Nurlisa juga yang masih sendirian. Dalam sibuk bersembang, Kpt Nurlisa sempat juga memerhati telatah Widad yang menjadi jurugambar pertunangan adiknya, Wasim. Orang sekarang mengambil mudah adat, bakal tunang pun turut hadir dalam majlis yang serba ringkas.
“Kacak juga tunang Nina tu kan?” puji Murni.
“Sepadan dengan Nina bagai pinang dibelah dua,”puji Kpt. Nurlisa.
“Tapi yang jadi jurugambar itu lagi sedap mata memandang,” bisik Melati.
“Hahahaha… gatal,” gelak Kpt. Nurlisa.
“Ehhh! Cik kak, takda ke yang tersangkut satu dua ke kat Korea sana?”
 “Emmm… ada Lee Ming Ho dan Jingho tapi mereka pulak yang tidak berkenan dengan dengan Lisa ni. Mereka kata susah nak dating sebab selalu terbang macam burung saja. Ishhhh korang ni sibuk je nak tahu.. nanti dah confirm Lisa bagitahu. Ini nak makan. Nampak mee kari dia menarik,” Kpt Nurlisa meninggalkan meja.
Hajah Latifah seronok sekali melayan besan barunya. Golongan orang berada juga. Kalau tidak silap ada pangkat di depan nama mereka.
“Ini semua anak-anak buah saja Datin. Tidak panggil orang lain pun. Haaah, yang ini anak buah saya Kpt. Nurlisa baru balik dari Korea,” selamba saja Hajah Latifah menarik lengan Kpt Nurlisa dan memperkenalkan pada besannya itu.
“Hai,” termalu alah terpaksalah Kpt Nurlisa bersalam dengan tetamu yang tidak dikenalinya.
“Anak buah yang mana?” soal Datin.
“Ohh! Ini anak bongsu kakak sulong saya yang suaminya Kapten kapal tu. Dia ni jujuterbang. Lisa dah makan?”soal Hajah Latifah ramah.
“Baru nak pergi ambil ni. Jemput ya Datin, saya ambil makanan dulu. Nampak mee kari tu menyengat selera sungguh,” ramah Kpt. Nurlisa.
“Kerja dengan MAS atau Air Asia?” soal Datin yang sangat teruja ingin tahu.
“Air force,” balas Kpt. Nurlisa ringkas.
“Ehhh! Samalah dengan anak bujang saya. Pengkalan mana?” soal Datin lagi.
“Akan lapor diri di Subang, Datin,” Kpt. Nurlisa terus terhenti niat untuk mengambil makanan.
Bagus juga kalau anak Datin ini bertugas di Pengkalan Subang. Boleh juga dijadikan kawan. Kalau tidak teraba-raba juga Kpt Nurlisa di Kem nanti.
“Lisa ni Datin. Baru balik dari Korea Selatan, dia terpilih mengikuti misi pengaman UN selama dua tahun di sana. Ini baru saja sampai,” sambung Hajah Latifah.
“Laaa iya ke. Takda rupa macam Air Force ingat tadi Juruterbang Komersial,” senyum Datin panjang.
“Hahahaha… ini ada nampak sopan bila berbaju kurung macam ni. Kalau tidak asyik berseluar panjang saja kerjanya.,” cerita Hajah Latifah.
“Takpalah Datin, Mak Ngah . Lisa lapar ni…,” alasan Kpt Nurlisa bila dapat bau yang perbualan akan menjurus pada sikap jantannya sebelum ini.
Kpt Nurlisa menceduk mee kuning ke dalam mangkuk, di tambah pula dengan segala macam perkakas rencah yang tersedia di sebelah. Dan akhir sekali kuah kari yang harum baunya. Sempat juga Kpt Nurlisa merapatkan mangkuk ke hidung. Baunya menyelerakan.
“Comel,” komen Widad yang datang menghampiri Kpt Nurlisa.
“Ohhh! Widad. Rindu,” balas Kpt Nurlisa mesra.
“Rindu saya atau rindu mee kari,” usik Widad.
Kpt Nurlisa terhenti pergerakannya. Memandang tepat pada Widad. Lelaki yang mudah membuatkannya selesa dan mesra. Tiada rasa was was timbul bila berinteraksi dengannya buat pertama kali. Padahal mereka baru sahaja berkenalan di KLIA tiga jam lepas.
I’m pretty sure that I miss MEE KARI more than I miss you,” balas Kpt Nurlisa dengan pandangan mata yang nakal.
 “Hahahaha.. you’re funny… you have any spare time for us to chit chat again after this,” soal Widad.
“Emmmm… percubaan yang menarik Widad. Jangan pulak awak maksudkan keluar dating dengan saya pulak. Memang kerja gila…hahahaha,” gelak Kpt. Nurlisa.
If you don’t mind,” ucap Widad.
“Hahahaha.. I baru balik. Penat masih tak hilang lagi. But if you insist you may call me after two three days later. Insyallah I sudah settle down sikit,” pesan Kpt Nurlisa.
“Nombor telepon you?”
“Ada kertas dan pen?” soal Kpt Nurlisa kembali.
“Ini pen. Kertas nanti hilang…. Emmmm okay. I ada idea… you tulis saja pada note dua puluh henget ini,” ucap Widad mengeluarkan sekeping duit bernilai RM20 dan dihulurkan pada Kpt Nurlisa. Terpengun Kpt Nurlisa seketika. Hati terus rasa berdebar.
Are you serious? Nak I tulis nombor telepon di atas duit ni?” soal Kpt Nurlisa tidak percaya.
“Yes… sebab I takkan hilangkan duit. Dengan sebab itu I pun tidak mungkin akan kehilangan peluang untuk bertemu dengan you semula,” senyum Widad panjang.
“Emmm… tak sangka you ni bijak dan cekap ya,” gelak Kpt Nurlisa.
Kpt Nurlisa hanya meninggalkan alamat emailnya beserta nombor telepon rumah keluarganya di Bukit Jelutong. Wang itu dikembalikan semula pada Widad.
“Nombor handphone?” soal Widad.
“Masih belum aktif,” balas Kpt Nurlisa mudah.
“Oooo.. okey. Thanks Lisa, will catch up later,” ucap Widad yang berlalu meninggalkan Nurlisa yang masih berdiri di kaunter hidangan. 
Kpt Nurlisa duduk di anjung rumah termenung. Telatah dua anak buahnya, Yasmin dan Yuslita yang sedang bermain anak patung menarik perhatiannya. Cuti empat hari selepas dua bulan sibuk dalam misi pengantaran makanan, ubat-ubatan dan sukarelawan Mercy Malaysia di Aceh.
Dua bulan pulang ke Tanah Air, Kpt Nurlisa terus mendapat gelaran Miss Superbike dari teman sepasukannya.
“Lisa, tak keluar hari ini?”soal Hajah Lily
“Kejap lagi mak. Ada janji dengan Tiq dan Carl nak ke litar,” jelas Kpt Nurlisa yang sekarang ini kemaruk menunggang motor dengan laju di papan litar.
“Ishhh… takda kerja yang lebih berfaedah ke Lisa dari kamu pergi berlumba tu. Mak ini risau dengan kamu ni. Tengok sepupu kamu  yang sebaya dan yang muda dari kamu semua sudah bertunang. Nina pun sudah nak nikah lagi empat bulan. Kamu tu masih macam itu lagi.. Nak kata Mak ni mengongkong sangat rasanya tidaklah.. segala kemahuan kamu mak dan ayah sudah tunaikan… nak jadi juruterbang kami sudah restu. Nak terjun sini sana kami restu juga. Ini sekarang ini sudah kemaruk pula dengan lumba motor besar ni… kamu tu perempuan Lisa,” nasihat Hajah Lily.
Kpt. Nurlisa menoleh memandang Hajah Lily pelik. Dia pasti bukan itu sebenarnya yang Hajah Lily ingin sampaikan. Ini pasti ada benda yang sedang Hajah Lily ingin beritahu. Struktur duduk diperkemaskan, sebelum bersoal jawab dengan bekas pengetua sekolah menengah ini.
“Apa yang sebenarnya yang mak nak beritahu Lisa?” soal Kpt Nurlisa jelas.
“Mak nak Lisa cari calon suami. Simple is that,” jawab Hajah Lily bersuluh tepat. Kpt Nurlisa mengeluh dalam. Kepala ditundukkan mengadap lantai. Diam berfikir.
“Mak tahukan cita-cita Lisa untuk menjadi juruterbang pesawat perjuang!... selagi cita-cita Lisa itu tidak berjaya Lisa tidak akan bernikah. Itu janji Lisa pada diri Lisa sendiri,” ucap Kpt Lisa tegas.
“Emmm.. sampai ke tualah kamu tak kahwin kalau begitu caranya Lisa. Mana ada juruterbang pesawat perjuang perempuan Lisa. Tidak ada. Bila nak letakkan cita-cita atau pun angan-angan biarlah yang manusabah sikit. Ukur baju di badan sendiri,” peril Hajah Lily.
“Ishhh mak ni. Apa pulak tidak adanya…. Malaysia sudah majulah mak. Lt. Kol. Emilia Kamarudin, jurulatih Lisa dulu tu merupakan juruterbang pesawat pejuang Malaysia yang pertama telah menerbangkan pesawat Hawk, Skyhawk pada 1989 lagi mak. Kalau dia mampu, Lisa pun boleh,” bangkang Kpt. Nurlisa.
“Ishhh susah betullah mak bercakap dengan kamu ni Lisa. Sama saja dengan ayah kamu. Ingat tu cari calon suami. Bukan berkepit dengan si Superbike merah kamu tu aje,” bebel Hajah Lily kemudian berlalu meninggalkan Kpt Nurlisa dengan hati yang sebal. Bengang habis.
“Hahahaha… Mak! Mak! Cepat nau nak merajuknya,”
Talipon bimbit Kpt Nurlisa berbunyi nyaring. Nombor yang tidak dikenali terpampang di skrin talipon. Jam di dinding dikilas sebelum helmet fullface di atas almari di capai.
“Mak! Lisa keluar dulu,” jerit Nurlisa sebelum menekan butang hijau di talipon bimbitnya.
“Hello,”sahut Lisa.
“Boleh saya bercakap dengan Kpt Nurlisa?” ucap suara lelaki di hujung talian.
“Iya. Saya bercakap,”
“Saya Mj. Nasrun Parsha. Kapten sudah baca email?” soal Mj. Nasrun Parsha.
“Baca email, Tuan? Belum,” langkah kaki Kpt Nurlisa terhenti.
“Kapten pergi baca email sekarang. Kemudian hubungi saya kembali,” arahan Mj. Nasrun Parsha.
“Baik, Tuan…tapi sebelum itu boleh saya tahu berkenaan apa tuan?” soal Kpt Nurlisa dengan penuh hormat dan yakin.
“Berkenaan kekosongan di Skuad Skyhawk….,”
“Wahhhhhhhhhhhhhhhh!” Kpt Nurlisa terus menjerit kesukaan hingga terlupa yang dia masih bercakap dengan pegawai tentera di talian. Menari-nari Kpt Nurlisa mendengar berita itu.
“Kapten Nurlisa! Kapten! Kapten Nurlisa binti Monash..”tengking Mj. Nasrun Parsha kuat di talian mematikan tarian rewang Kpt Nurlisa.
“Opsss maaf tuan. Maaf sangat-sangat, saya sangat teruja. Baiklah sekarang juga saya pergi check email saya. Tuan tunggu saya hubungi tuan semula setelah membaca email. Selamat sejahtera tuan. Assalamualaikum,” terus panggilan talipon dimatikan sebelum sempat Mj. Nasrun Parsha ingin berkata apa-apa.
“Kapten sengal,” ucap Mj. Nasrun Parsha.
“Siapa Ars?” soal Mj Widad.
“Calon yang Lt. Kol Emilia cadangkan inilah. Boleh pulak dia jeritkan aku, lepas itu belum sempat aku nak cakap dimatikannya talipon… betul-betul sengal,” kongsi Mj. Nasrun Parsha.
“Kau nak aku belasah budak ini ke? Aku free aje petang ni,” sengeh Mj. Widad.
“Wooooo… sabar bro… budak tu calon baik Lt. Kol Emilia. Banyak misi UN yang dia sertai. Ikut rekod ini, dia baru balik dari misi pengaman di Korea selama dua tahun. Bukan calang-calang ni. Komandan pun sudah shortlisted tiga orang untuk ditemuduga petang ini. Dua sudah maklumkan kehadiran cuma budak ini saja yang belum sahkan lagi,” cerita Mj. Nasrun Parsha.
“Bagi fail dia aku tengok. Mana tahu boleh offer masuk team ragbi aku ke,” senyum Mj. Widad mengambil fail dari tangan Mj. Nasrun Parsha.
“Wakakakaka… aku rasa perlawanan terhenti juga kalau dia masuk team kau orang nanti,” gelak Mj. Nasrun Parsha.
Mj. Widad menyelak maklumat di kertas putih yang penuh dengan informasi tentang Kapten yang perlu ditemuduga petang nanti. Bibirnya terus mengukir senyum nakal yang panjang bila melihat tiga keping gambar yang terselit dalam fail.
 “Haaah! Yang tersengeh macam kambing tak mandi pagi ni kenapa?” soal Mj. Nasrun Parsha.
“Nanti masuk team sapa. Aku ke Kau?” soal Mj. Widad dengan sengeh yang semakin lebar.
Team kau-lah ganti si Syukri yang pindah ke skuad Aermacchi. Kenapa? Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku ke?” soal Mj. Nasrun Parsha dengan kening yang terangkat sebelah.
“Inilah cinta dua puluh henget aku yang hangit tu….hahahaha,”gelak Mj. Widad semakin melegak.
Kpt. Nurlisa yang diingatkan mudah untuk didekati rupanya seorang yang penuh tipu muslihat. Ada ke diberinya nombor talipon rumah mayat pada Widad. Sekali cuba dihubungi salah boleh dimaafkanlah juga. Tapi kalau sepuluh kali dihubungi masih lagi rumah mayat. Alamat memang bangun juga jenazah yang sedang lena bersemadi dalam itu.
“Maksud kau, minah rumah mayat tu ke?” soal Mj. Nasrun Parsha yang hendak berterabur tawanya.
“Hahahahaha… betullah itu Minah rumah mayat,” sambung Mj. Widad.
Belum sempat Mj. Nasrun Parsha bersuara. Talipon di mejanya berbunyi.
“Hello, Mj. Parsha speaking,” sambut Mj. Nasrun Parsha.
“Assalamualaikum tuan. Saya Kapten Nurlisa, yang Tuan hubungi tadi. Maaf tuan, saya terlepas pandang email yang tuan hantar pada saya,”
“Waalaikumsalam. Awak sudah baca email saya Kapten,” soal Mj. Nasrun Parsha serius.
“Sudah tuan,”
“Kenapa lambat baru baca?”soal Mj. Nasrun Parsha ingin mengenakan Kpt Nurlisa.
“Saya baru selesai misi Mercy ke Aceh, Tuan. Baru Off day hari ini, tuan,”
“Okay. Jadi awak boleh hadir dalam sesi temuduga itu nanti?”
“Boleh tuan. Cuma lewat sikitlah tuan. Saya di Kuala Lumpur sedangkan sesi temuduga itu di Kuantan. Saya baru nak bergerak dari rumah dalam setengah jam dari sekarang tuan,” ucap Kpt Nurlisa dengan penuh hormat.
“Emmm… baiklah. Saya lewatkan sesi awak sejam dari jadual yang telah kami tetapkan. Pastikan awak sampai tepat pada masanya. Komandan dan pegawai yang bertugas tidak suka dengan juruterbang yang mempunyai masalah disiplin. Awak faham?”ucap Mj. Nasrun Parsha
“Faham tuan.  Saya akan cuba sebaik mungkin. Okay, tuan saya perlu bersiap sekarang. Jumpa tuan di sana nanti. Assalamualaikum,”
Pulpppp.. talian dimatikan.
Tercengang Mj. Nasrun Parsha dengan sikap Kpt Nurlisa yang tegas dan lurus. Tidak sepadan dengan gambar yang terselit di dalam fail yang di terima. Mj. Widad sudah ketawa terbahak-bahak melihat muka Mj. Nasrun Parsha yang kelat. Macam itulah yang dirasakannya Mj Widad bila sepuluh kali panggilannya pada nombor talipon Kpt Nurlisa menjurus kepada rumah mayat.
“Sengal gila awek dua puluh henget kau ni Widaddddddd,” luah Mj. Nasrun Parsha.
“Hahahaha… but I like. Jadi jam berapa dia sampai?” soal Mj. Widad.
“Sejam lewat dari jadual yang ditetapkan. Tapi aku rasa macam payah je, sebab kau tahulah perjalanan KL ke Kuantan ini pun paling laju tiga jam. Kecuali kalau dia terbang mungkin boleh sampai awal. Jadi fokus kita pada dua calon ini sahajalah… sorang kumbang dan sorang lagi bunga,”
No. No. No.. aku yakin dia pasti sampai tepat pada masanya. Percayalah. Kalau kau kalah pastikan Enna masakkan Chicken Grill Rose Steak Special tu untuk aku boleh?”
“Ada pulak bini aku nak masakkan untuk kau. Pergi nikahlah bro kalau nak makan sedap-sedap,” sengeh Mj. Nasrun Parsha.
“Alaaa…kau ni sejak bernikah dengan Enna bukan main eksyen lagikan. Mentang-mentanglah bini kau pandai masak kau sombong pulak dengan aku. Cuba ingat balik masa kau bujang siapa yang jadi tukang masak kau kat base… kalau bukan muka aku ini….,” rajuk Mj. Widad. 
“Allah… buruk benar kalau pegawai tentera merajuk. Yalah, yalah nanti aku cakap dengan Enna bila kau dah berjaya pikat awek dua puluh henget itu Enna masakkan kau orang berdua Chicken Grill Rose Steak Special itu untuk kau…..macam tak payah bini aku masak aje,” usik Mj. Nasrun Parsha.
Moncong bibir Widad bila disakat kasar oleh teman rapatnya, Mj. Nasrun Parsha. Namun hatinya yakin yang Kpt. Nurlisa pasti akan hadir pada sesi temuduga itu. Seperti biasa setiap kali temuduga semua juruterbang skuad Skyhawk akan berkumpul di Mes Pegawai membuat spekulasi masing-masing siapa di antara tiga calon yang bakal terpilih menyertai skuad mereka.
 Riuh rendah Mes Pegawai dengan gelagat skuad juruterbang yang seramai dua puluh orang ini bila berkumpul. Semua kepala yang kurang skrew. Ada saja yang dijadikan bahan jenaka.
“Ars.. kata tiga orang. Ini baru dua. Mana lagi sorang?” soal Jim.
“Jim.. aku dah reschedule masa temuduga dia sejam lewat. Dia dari Subang,” jelas Mj. Nasrun Parsha.
“Jantan ke betina Ars?”
“Wooo tina,” balas Mj. Nasrun Parsha.
“Takda bezanya pun Khalid. Jantan betina pun yang masuk AirForce ini semua yang kasar-kasar. Nak cuci mata pun tidak berselera,” luah Jim.
 “Yang ini Wid siang siang sudah letak chop mohor NOT ENTRY,” usik Mj. Nasrun Parsha memandang pada Widad yang sedang menjolok bola pool. Semua mata memandang pada Widad. Si bujang yang memang hot di Base dengan cerita sensasinya bercinta dengan model seksi satu masa dulu masih segar hingga hari ini.
 “Itu bermaksud calon ini memang HOT” sampuk Khalid.
Widad buat muka selamba tidak mahu ambil pusing dengan jolokan dan usikan yang sedang berbunyi dalam Mes Pegawai ini. Tiba-tiba jahang masing-masing terjatuh bila melihat sebuah motor superbike bewarna hitam berhenti betul-betul di luar Mes Pegawai. Gaya si penunggang mendapat perhatian mata nakal yang memandang setiap gerak gayanya. Dari Jaket kulit di buka sehinggalah pada pada helmet fullface ditanggalkan dari muka.
“Widad…! Awek Rumah Mayat kau dah sampai,” panggil Mj. Nasrun Parsha.
Widad menoleh memandang ke luar. Tidak berkelip matanya memandang di luar, lebih lagi bila si penunggang motor itu menolak dedaun pintu Mes Pegawai. Suasana senyap sunyi macam baru lepas dilanggar garuda terus dirasakan.
“Maaf, I’m looking for Mj. Nasrun Parsha. Is he here?” soal Kpt Nurlisa penuh yakin. Terus sahaja Mj. Nasrun Parsha angkat tangan dan bangun mendapatkan Kpt. Nurlisa. Sengeh Mj. Widad bila sesekali temannya itu bersikap lurus macam itu.  
Kpt Nurlisa terus memberi tabik hormat pada Mj. Nasrun Parsha. Segak gayanya.
You’re early kapten,” ucap Mj. Nasrun Parsha serius.  
“ 190 km/hr is nothing compare then 1,128 km/hr,” senyum Kpt Nurlisa.
Wooooo… speeding on the road is not good for healthy heart. For sure you’re not a Racer Kapten?” duga Mj. Nasrun Parsha.
“Ehemm… ehemm… sekali sekala ada juga tuan,” merah pipi Kpt Nurlisa bila bahasa Mj. Nasrun Parsha kena sedas tepat pada dirinya.  
“Tahu. Nampak sangat gaya pelumba,” gelak Mj. Nasrun Parsha.
“Hobi baru tuan. Lepas balik dari Korea,” ramah Kpt. Nurlisa.
“Okay jom. Saya tunjukkan Kapten bilik kopit untuk stimulation test,”  
“Baik tuan,”
Kpt Nurlisa mengikut Mj. Nasrun Parsha untuk masuk dalam bilik Kopit . Di luar bilik, Komandan dan beberapa pegawai kanan sedang memerhati untuk membuat penilaian keupayaan Kpt Nurlisa. Ujian pertama berjaya dilepasi dengan cukup berhemah sekali. Tersenyum semua melihat ketangkasan Kpt. Nurlisa.
“Saya cukup yakin dengan semua calon yang dicadangkan Lt. Kol Emilia. Mereka memang berbakat dan tangkas,” puji Komandan.
“Aku rasa tergugat ni Ars,” komen Khalid.
“Tuan, saya cabar dia boleh tuan?” sambut Widad.
Semua mata memandang pada Mj. Widad. Hero Skyhawk yang sangat disegani oleh ramai juruterbang ingin mencabar seorang wanita yang jauh tidak standing untuk menjadi pencabar Mj. Widad. Komandan senyum memberi kebenaran. Mj. Widad menolak pintu kopit dengan wajah yang selamba.
“Hai kapten,” sapa Mj. Widad bersahaja. Kpt Nurlisa tercengang. Uniform yang dipakai Mj. Widad membuatkan Kpt Nurlisa bangun dan memberi tabik hormat.
“Tuan,” ucap Kpt. Nurlisa.
“Duduk kapten. Pilih stimulation nombor lima. Aksi melepaskan diri dari ditembak oleh pesawat musuh,” arahan diberikan Mj. Widad. Kpt Nurlisa mengganggukkan kepala tanda akur.
Setengah jam mereka bertungkus lumus untuk menyelesaikan stimulasi ini dengan sempurna. Mj. Widad tenang menghadapi musuh. Kpt Nurlisa pula sudah tegak badannya memberi konsisterasi  yang sepenuhnya untuk melepasi setiap serangan yang diterimanya dari pesawat musuh. Tamat sahaja stimulation test yang mengambil masa sejam lima belas minit, Kpt Nurlisa tersandar kepenatan. Tidak pernah diduga sebegini cemas lagi dirasakan. Inilah yang dikatakan nyawa dihujung tanduk. Silap langkah memang innalillahiwainnaillahirojium.
“Tahniah. Kapten memang cekap,” puji Mj. Widad dengan penuh professional.
Dalam diam Mj. Widad sangat mengkagumi kecekapan dan ketangkasan gadis yang berdiri dihadapannya ini. Komandan dan pengawai kanan yang lain memasuki bilik kopit. Ucapan tahniah diberikan pada Kpt Nurlisa. Mata nakal dari juruterbang kanan juga boleh tahan juga mengenyit mata pada Kpt. Nurlisa, namun tidak lut dek perisainya yang utuh. Kpt Nurlisa sudah biasa berdepan dengan situasi Base yang majoritinya anggota lelaki. Godalah macamana pun dia masih lagi utuh.
“Welcome to skuad Skyhawk Kpt Nurlisa,” ucap Komandan buatkan Kpt Nurlisa senyum sampai ke telinga. Gembira sangat. Impian untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang menjadi kenyataan juga akhirnya.
“Terima kasih tuan,”
“Nampak lemah lembut rupanya tangkas. Jumpa Kapten tiga minggu dari sekarang. Mejar sekarang kita ada tiga orang juruterbang wanita. Tambah lagi seorang Kpt Nurlisa, rasanya saya perlu pasang CCTV tambahan di pejabat untuk pastikan semua datang buat kerja,”jenaka Komandan.
“Minah rempit juga ni tuan,” tokok Mj. Nasrun Parsha mengusik Kpt Nurlisa yang selamba saja dari tadi. Kagum Mj. Nasrun Parsha dibuatnya.
“Jangan cakap Kapten pecinta Superbike juga. Cukuplah Skuad Skyhawk punyai dua belas dari dua puluh juruterbangnya yang berkongsi minat yang sama,” Komandan menunggu pengesahan Kpt Nurlisa.  
Peace, Tuan. Tak boleh nak sangkal, saya memang jatuh cinta tahap maksima pada Superbike sejak sebulan yang lalu. Waktu cuti pasti berdesup ke F1 Sepang, asah kemahiran menunggang,” ucap Kpt Nurlisa dengan penuh yakin.
Mj. Widad memerhati sahaja dan tersenyum. Memang kena buku dengan ruaslah dirinya jika berniat untuk bergandingan dengan Kpt Nurlisa yang berdiri di hadapannya ini. Biasalah kalau ada bunga cantik kumbang memang susah nak terbang. Semua ahli skuad Skyhawk sanggup lepak di Mes Pegawai lagi untuk sesi perkenalan dengan Kpt Nurlisa yang duduk minum bersama Mj. Nasrun Parsha dan Mj. Widad.
“Maaf tuan. Saya tak tahu pun tuan ini pegawai tentera,” ucap Kpt Nurlisa penuh hormat.
“Saya juga tidak pernah menyangka Kapten ini juruterbang tentera,” balas Mj. Widad.
“Kapten balik terus ke KL ke hari ini?” soal Mj. Nasrun Parsha.
“Saya masih OFF DAY tuan. Esok pagi baru saya balik KL.. tak perlu rushing,” balas Kpt Nurlisa.
“Kalau macam tu, bolehlah jemput datang makan malam di rumah saya. Isteri saya masak,” pelawa Mj. Nasrun Parsha.
“Ishhh buat susahkan puan saja tuan ini. Tak payah susah-susah tuan. Kalau tuan nak belanja saya makan malam juga apa kata tuan belanja saya kat Tanjung Lumpur sana. Seaford dia wallah.. rindu ni,” kongsi Kpt Nurlisa spontan.
“Emmm kalau macam itu kata Kapten. Kira jadilah lepas maghrib jumpa di sana. Kedai yang mana satu kesukaan Kapten,” senyum Mj. Nasrun Parsha.
“Hehehe.. betul ke ini tuan?” Kpt Nurlisa macam tidak percaya. Rambut yang diikat satu sempat lagi dipintalnya comel.
“Bukan awak dengan saya saja. Mj. Widad pun ada sekali. Bermalam di mana?”
“Saya sudah buat online reservation di MS Garden di tengah Bandar Kuantan tuan. Kalau tiada apa-apa saya gerak dululah tuan. Tidak selesa beruniform formal ini dari pagi tadi,” Kpt Nurlisa minta diri untuk berlalu pulang ke hotel.
Mj. Widad dan Mj. Nasrun Parsha senyum sahaja mengizinkan. Selepas empat langkah Kpt Nurlisa berpaling semula memandang pada Mj. Widad.
“Tuan! Rasanya duit dua puluh henget tuan tu ada lagi ke…,” sengeh Kpt Nurlisa berjalan lenggang lengkuk ke luar.
Mj. Widad dan Mj. Nasrun Parsha berpandangan. Meledak gelak Mj. Nasrun Parsha membuatkan Mj. Widad berlari meluru ke luar mendapatkan Kpt Nurlisa. Geram sangat dia dengan cara Kpt Nurlisa yang jinak jinak terperi.
“Lisa..!” panggil Mj. Widad ketika Kpt Nurlisa sudah duduk di atas superbike hitamnya.
Cermin yang menutup mukanya ditarik naik ke atas. Injin motor dimatikan. Kpt Nurlisa masih lagi duduk di motor. Gaya ganas lagi seksi.
You lie to me?”soal Mj. Widad geram. Kpt Nurlisa menahan senyum nakal di bibir.
No, I’m not,” balas Kpt Nurlisa.
“Habis tu macamana sepuluh kali I call terus ke rumah mayat yang sama,”cerita Mj. Widad buatkan Kpt Nurlisa sudah tidak dapat menahan gelaknya lagi. Terus tongkat motor ditolak dan Kpt Nurlisa turun dari motor berdiri mengadap Mj. Widad.
“Maaflah tuan. Saya tidak sangka tuan betul-betul ingin menghubungi saya. Patutlah saya selalu saja tersedak.. rupanya tuan sedang maki hamun saya sebab terdail rumah mayat…hahahaha,” terbongkok-bongkok Kpt Nurlisa ketawa geli hati.
“Lisa..! …Lisa…!... Kapten Nurlisa Monash!”
Terdiam Kpt Nurlisa. Jantungnya juga turut terdiam sama. Matanya tepat memandang anak mata Mj. Widad yang sedang melangkah menghampirinya. Tangan Mj Widad sudah membuka kunci tali helmet dan ditarik helmet fullface itu dari kepala Kpt. Nurlisa. Zip jacket kulit di tengkuk ditarik perlahan hingga ke hujung. Kpt Nurlisa kaku membiarkan Mj. Widad memperlakukannya seperti itu.
“Tuan…….,” bisik Kpt Nurlisa yang bagaikan terpukau dengan keindahan anak mata Mj. Widad.
“Kerana dua puluh henget itulah tidor saya tidak lena. Kerana dua puluh henget itu jugalah selera saya hilang entah kemana…. Dan kerana dua puluh henget itu jugalah saya sudah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang saya dengan awak. Kita nikah jom,” ucap Mj. Widad penuh yakin.
Dengar sahaja ucapan nikah, Kpt Nurlisa terus tersedar. Mana boleh dia nak nikah sekarang. Dia masih belum duduk dalam pesawat Skyhawk itu lagi. Belum merasa lagi memandunya lagi. Arhhhh mana mungkin.
“Tuan!... oh Tuan!....  Wahai suamiku Mj. Widad..,” Nurlisa memanggil Widad yang sedang mengelamun di baloni bilik tidor.
“Emmm.. Lisa dah lama sampai?” soal Widad yang masih lengkap beruniform.
“Abang ni, Lisa sudah siap mandi pun. Abang ni kenapa? Termenung jauh sangat, fikirkan apa? Jangan kata fikirkan kekasih hati abang yang lain pulak ya… Lisa cemburu tau,” sakat Nurlisa.
 Widad merangkul pinggang Nurlisa yang harum dek bau lavender. Tenang lagi mendamaikan. Itulah nikmat pahala setelah bernikah tiga bulan yang lalu. Siapa sangka berkat melamar spontan di depan Mes Pegawai dengan disaksikan oleh skuad Skyhawk terus membawa mereka ke jinjang pelamin seminggu selepas itu. Tiada bertunang, terus nikah. Ambil yang mudah.
“Abang teringatkan nostalgia perkenalan kita dulu tu Pipit,” sengeh Widad buatkan Nurlisa merangkul leher Widad dengan manja.
“Helang yang ganas…. Sampai sanggup membuka zip jaket Pipit. Sesak nafas pipit dibuatnya. Nasib baik zip jaket je… kalau tengok gayanya mahu juga butang uniform pipit pun ditangannya..,” jenaka Nurlisa dengan kening terangkat sebelah. Aura nakal hendak mengenakan si suami sudah menjelma.
“Helang memang sudah tidak sabar. Bayangkanlah selama dua bulan Helang cuba hubungi Pipit di rumah asyik dapat rumah mayat aje… sapa boleh sabar… lepas tu boleh lagi Pipit provoke Helang dengan cerita dua puluh henget tu… memang jolok sarang tebuanlah jawabnya,” balas Widad tidak mahu kalah.
Nurlisa senyum lucu mengenangkan Widad  menjadi mangsa kenakalannya yang tidak dapat dikesan oleh Widad yang arif. Apalah benggap sangat si Helang ini sampai Pipit pun mampu membulinya dalam diam. Jari Nurlisa menari ke butang baju uniform Widad mengacah ingin bantu membukanya. Bibir Widad sudah senyum manis..
“Pipit!.. sedang goda Helang ke Pipit?”soal Widad mesra.
“Ehhh! Takda maknanya.. Pipit sedang melihat butang uniform Helang ni sudah tidak berkilat seperti biasa. Apa yang Helang buat?” helah Nurlisa dengan mengulum gelaknya bila butang yang teratas sekali berjaya dibukakannya dalam acah acah begitu.
“Pipit!... Helang tak mandi lagi ni.. jangan berani sangat nanti Helang terkam juga Pipit nanti tak keluar bilik Pipit Helang kerjakan…,” amaran Widad.
Nurlisa sudah gelak kecil. Amaran Widad langsung tidak berbekas di hatinya. Lagi nakal tangannya berjalan ke poket belakang seluar Widad, meraba wallet.
“Pipitttttt!”seru Widad.
Nurlisa menarik keluar wallet dalam poket seluar Widad dengan diiringi gelak tawa nakalnya. Keluhan nafas tergoda dilepaskan Widad. Tawa Nurlisa membuatkannya berasa semakin geram dengan Nurlisa yang sangat dicintainya.
Nurlisa membelek wallet Widad mencari kembali sekeping wang dua puluh henget tidak menyedari Widad melangkah penuh gaya mengoda dengan butang uniform sudah habis terbuka. Widad tahu benar yang Nurlisa kalah dengan pujukannya yang satu itu. Senyum senget mulai terukir di bibir Widad.
“Pipit,” seru Widad manja.
Yes! Yes! Yes! I found it,” gembira Nurlisa bila wang dua puluh henget berada di tangan kanannya.  
“Pipit,” seru Widad lagi yang sudah ada betul-betul di hadapan Nurlisa. Pucat terus muka Nurlisa bila hembusan nafas Widad betul-betul di telinganya. Senyuman Widad yang senget itu membuatkan Nurlisa sudah berkira satu dua tiga untuk lari masuk dalam bilik air.
“He…lang,” terketar Nurlisa.
“Hahaha… ketar juga Pipit dengan Helang ya… jom ikut Helang. Hari ini tiba-tiba Helang sudah lupa bagaimana nak mandi sendiri,” terus tubuh Nurlisa dikendungnya macam cerita penyamun tarbus.
“Helanggg!”
Pipit behave,”
Dalam hati Nurlisa bersyukur sangat dengan wang dua puluh henget yang tidak pernah terfikir menjadi pemangkin percintaan Helang dan Pipit ini. Terima kasih Allah. Terima kasih dengan jodoh yang sangat tidak disangkakan ini.
Betul kata perpatah Inggeris – Don’t Judge a book by it cover. Siapa sangka Nurlisa yang rupa ayu berjaya menjadi juruterbang pesawat pejuang bersama dengan suaminya.






No comments:

Post a Comment