Saturday, May 30, 2020

TERKURUNG TERINDAH - Kau Jodohku 04/05

eBookAnganPena - TERKURUNG TERINDAH
Cerita 1 drpd 7
KAU JODOHKU
olahan daripada novel Kau Pergi Jua (2014)

Teaser KJ004/005

******

“Lia takut dengan abang ke?”
“Tak. Lia cuma tak biasa duduk berdua dengan lelaki macam ni.” Akui Marlia.
“Tak pernah ada boyfriend?”
“Tak.”
“Tak pernah suka dengan mana-mana lelaki?”
“Tak.”
“Kenapa?”
Pelik Akil. Belum pernah ditemui gadis muda yang cantik rupa paras begini tidak didekati oleh lelaki. Sangat-sangat mustahil.
“Belum terbuka hati kot.”
Jawapan Marlia buatkan kening Akil bercantum. Banyak persoalan yang berlegar dalam mindanya sekarang ini.
“Lia cari abang dekat rumah keluarga abang sebab hati Lia dah terbuka pada abang ke?” Pertanyaan yang tiada simpang-siur. Terus tuju pada tujuan asas. Hati!
“Cerita Kak Esha dan Abang Mirul tentang diri abang banyak mendorong Lia tebalkan muka nak jumpa abang. Tak peduli langsung PKP ke tak. Lia nak kenal orang yang ayah yakin sangat dia mampu jaga Lia.”
Cerita Marlia dengan suara yang bergetar dan pipi yang merona merah. Tanpa dapat dikawal, jari Marlia sudah digenggam Akil.
“Bila dah kenal dan jumpa abang, Lia yakin tak dengan keputusan ayah Lia?” Akil berbisik lembut.
“Hmmmm...” pendek jawab Marlia bersama anggukan.
Automatik jari Marlia yang digenggam Akil sudah melekat di bibir Akil.
“Esok nikah!” putus Akil.

#projekmenulistemacovid
#latih2bsukses #kerjamenulis
#kompilasiceritapendek

AKAN DATANG


TERKURUNG TERINDAH - Kau Jodohku 03/05

eBookAnganPena - TERKURUNG TERINDAH
Cerita 1 drpd 7
KAU JODOHKU
olahan daripada novel Kau Pergi Jua (2014)
Teaser KJ003/005
******
“Macam mana boleh masin Kil?” Soal Farhana yang masih menekan perut yang senak gelakkan si adik.
“Kil letak garamlah. Dalam resipi tulis, garam secukup rasa. Kil letaklah satu sudu besar. Garamkan halus. Manalah Kil tahu boleh masin macam ni sekali.”
“Ya Allah dik. Memang patutlah masin. Lain kali masukkan suku sudu teh je dulu. Tak cukup, masuk lagi. Habis tu macam mana?”
“Grap express lagilah macam semalam. Buatkan Kil sambal ikan bilis kering tu lebih sikit. Mama, bancuhkan Kil tepung cucur udang. Kil goreng sendiri je kat sini. Boleh?”
Farhana angguk. Dah agak, mesti Akil akan minta dihantarkan makanan untuk sehari dua.
“Papa hantar tukang masak terus la kat rumah Kil. Tak payah nak manja-manja dengan mama minta itu ini,” sakat papa.
Tangan Akil terus menyilangkan tangannya menutup dada yang terdedah. Badan secara automatik terus dipusingkan membelakangkan komputer. Baru teringat akan keberadaan Marlia dalam keluarganya.
“Lia tutup mata. Haram!”


#projekmenulistemacovid
#latih2bsukses #kerjamenulis
#kompilasiceritapendek
AKAN DATANG


TERKURUNG TERINDAH - Kau Jodohku 02/05

eBookAnganPena - TERKURUNG TERINDAH
Cerita 1 drpd 7
KAU JODOHKU
olahan daripada novel Kau Pergi Jua (2014)

Teaser KJ02/05

******

Sekali lagi nada dering Senorita berkumandang. Nak tak nak jari Akil menolak ikon ke warna hijau. Bukan speaker di tekan.

“Ahmad Akil Aiman. What did you do now?” jerit Farhana.

“Apa yang Akil dah buat?” soal Akil.

Pelik pula diajukan soalan sebegitu di musim perintah kawalan pergerakan ini berjalan. Lebih-lebih lagi dia belum pun langsaikan tempoh kuarantin yang diarahkan oleh pihak hospital tempoh hari.

“Ada budak perempuan datang sini cari Akil. Dia ingat, Akil duduk sini. Apa Akil dah buat ni?”

“Hah! Budak perempuan mana pula ni kak. Cuba tarik nafas dan bertenang dulu. Cerita pelan-pelan pada Akil.”

“Tak boleh nak pelan-pelan dah. Hey, kenapa budak Marlia binti Manap ni cari kamu. Kamu tahu kan dia ni anak yatim piatu. Ayah dia baru je meninggal. Kubur tu pun masih merah lagi.”

Macam peluru berpandu yang hilang arah soalan keluar dari bibir Farhana. Tak tenang hatinya memikirkan perihal si bongsu sorang ni.

“Cup! Cup! Cup! Marlia datang rumah. Akak, Kil buat video call.”

Gelabah Akil. Panggilan telefon dimatikan. Kemudian skrin komputer yang gelap tadi kembali menyala. Video call melalui aplikasi WhatsApp dijadikan pilihan utama.

“Kak, bagi Akil cakap dengan Marlia dulu.”

Tanpa mukadimah Akil terus membuat permintaan.

“Tak boleh. Akil kena bagi tahu akak dulu, apa hubungan Kil dengan Marlia?”

#projekmenulistemacovid
#latih2bsukses #kerjamenulis
#kompilasiceritapendek

AKAN DATANG


TERKURUNG TERINDAH - KAU JODOHKU 01/05

eBookAnganPena - TERKURUNG TERINDAH
Cerita 1 drpd 7
KAU JODOHKU
olahan daripada novel Kau Pergi Jua (2014)

Teaser KJ01/05

******

“Janganlah over sangat kak. Taulah Kil nak hidup macam mana. Dahlah kak, Kil masuk lif ni. Nanti apa-apa Kil call akak. Kirim salam kat semua ya.”

Akil terus matikan panggilan. Rimas dengan fiil Farhana yang terlebih risau daripada mama mereka sendiri. Topeng mulut dibetulkan agar sempurna menutup hidung dan mulut. Tangan kanan yang bersarung tangan plastik biru menekan butang lif.

“Encik Akil.”

Panggil pengawal keselamatan yang tak jauh dari Akil. Menoleh terus Akil. Dia cam suara tu. Pintu lif yang terbuka di depan, diabaikannya.

“Ya, Pak Manap.”

Pengawal keselamatan yang turut bertopeng muka itu nampak tak berapa sihat. Berdiri tidak jauh daripada Akil.

“Pak cik nak minta tolong daripada En. Akil.”

Sebuah sampul surat yang diletakkan dalam plastik bersama botol dettol sanitasi dan diletakkan di lantai yang berjarak satu meter daripada Akil berdiri.

Akil terus menanggalkan rayban yang menutup matanya sedari tadi. Tingkah Pak Manap yang meletakkan surat berserta sanitasi di lantai dan berlalu pergi itu menimbulkan tanda tanya di hati.

Akil yang faham maksud itu terus menyembur plastik surat itu dengan sanitasi sebelum mengambilnya. Dikeluarkan sampul surat dari plastik, seterusnya membuang plastik bersama sarung tangannya ke dalam tong sampah berhampiran.

Pak cik rasa pak cik ada covid.

Membulat mata Akil membaca ayat pertama pada sampul surat itu.

“Allahuakbar!”

#projekmenulistemacovid
#latih2bsukses #kerjamenulis
#kompilasiceritapendek

AKAN DATANG

Tuesday, May 19, 2020

Izinkan Aku Sempurnakan Hidupmu - Bab 2

Yuna menunduk untuk mengikat tali kasut sneakersnya sebelum memulakan larian rutin. Beg galas kecil tersarung bersilang di belakang badan. Aktiviti joging menelusuri jalan raya menuju ke apartmennya yang tak berapa jauh dari hospital sangat mendamaikan.
Panggilan namanya dari belakang yang semakin lama semakin hampir buatkan, dia mengeluh rimas.
“Una, stop!”
Nak tak nak, Yuna terpaksa berhenti berlari. Kepala berpaling ke belakang.
“Cepat sangat nak balik,” suara garau itu menyapa selamba.
Mata Yuna memandang pada jam di pergelangan tangan kirinya. Kemudian suakan pada si dia yang berdiri di depannya.
“Sudah sebelas setengah malam. Cepat sangat ke I balik kerja?” Yuna membalas sinis.
“Lambat jika bercakap fasal kerja. Tapi cepat jika bercakap tentang enjoy life. Came on, Una. Awal lagilah nak terus balik rumah. Kita minum kat club dulu jom.”
“Sorry Farith. That’s yours, not mine.”
Bidas Yuna yang cukup tegas dengan pendirian hidupnya. Istilah berhibur di kelab sudah lama dibungkus menjauh. Semua tu dah lama berlalu.
Farith tertawa lucu. Tercabar egonya menerima penolakan Yuna yang berkali-kali. Payah betul nak leburkan hati Yuna menerima cinta dan perhatiannya. Lengan Yuna disambar dan dipegang erat.
Please. You selalu tolak bila I ajak you pergi minum kat club. Dengan orang lain, tak kisah pula you,”tegur Farith tak puas hati.
Yuna memandang pada lengannya yang masih dipegang Farith. Kemudian ditolaknya perlahan tangan Farith.
“Sebagaimana I hormatkan you sebagai teman sepejabat. I harap you pun hormatkan I sebagai wanita.”
Yuna rimas nak berterus-terang dengan Farith yang tak pernah faham bahasa. Bagi Farith penolakan itu tiada langsung dalam kamus hidupnya. Dasar anak manja!
“Siapa kata I tak hormatkan you sebagai wanita. Sebab hormatlah, I ajak you elok-elok. Ajak you enjoy. Please, sekali ni je.”
Rayu Farith sehabis lembut. Diharap sangat peluang kali ini, tak sia-sia seperti yang lepas-lepas.
“Minum?” soal Yuna yang mati akal dengan usaha Farith malam ni.
Terpandangkan cahaya yang masih terang menderang di depan sana, Yuna tersenyum manis. Cepat saja, kepala Farith mengangguk.
“Ke dine-in sana je. Jom!”
Ajak Yuna yang terus berlari anak ke restoran dua puluh empat jam di seberang jalan ni.
“Una! Yuna!” panggil Farith.
Separuh hatinya kecewa kerana pelawaannya ke club ditolak mentah-mentah. Dalam keterpaksaan, diatur juga langkah menyusul Yuna ke sana.
Jual mahal! Macamlah diri kau tu berharga sangat. Dah plastik ada hati nak dilayan macam diva. Aku akan dapat juga rasa badan kau ni. Kau tunggu Una. Kau tunggu. Masa tu, nama aku je yang kau sebut-sebut. Bengkeng hati Farith.
Meja di tengah restoran menjadi pilihan Yuna. Seperti biasa, coklat panas menjadi pilihan Yuna. Farith memilih kerusi di sebelah Yuna. Senang nak rapat dan peluk Yuna semahu hatinya nanti.
“I dengar cerita you akan balik Malaysia, betul ke?” soal Yuna.
Tinggal berapa kerat je doktor Malaysia yang masih ada di sini. Termasuklah dirinya.
“Yup! Hari ni last day I kerja. Esok dah cuti. Tu yang I ajak you pergi club. You off day esok kan?”
Sudah dihafal jadual kerja Yuna yang berulang-ulang. Bosan!
“Oooo... sorry I tak minat pergi club. Pening!”
Farith mengesotkan badannya untuk rapat dengan tubuh Yuna.
“You tak rasa bosan ke Una. Kerja, kerja dan kerja. Get a life babe.”
Tangan kanannya sudah menjalar di belakang kerusi Yuna. Reaksi tak peduli Yuna buatkan Farith yakin yang Yuna terima perlakuannya.
“Persepsi tentang hidup dan enjoy kita tak sama, Farith. Matlamat dan objektif hidup kita pun berbeza. I love my life. Sama ada you suka atau tidak, this is me.”
Jari nakal Farith sudah bermain dengan hujung rambut Yuna yang bertocang kuda. Disimpul-simpul hujung rambut pada jari telunjuknya.
“Sebab tu I suka you. I care for you. And I want you,” bisik Farith betul-betul di cuping telinga Yuna.
Saja didekatkan bibirnya ke pipi mulus Yuna. Geramnya semakin membuak.
Yuna yang terasa bahang nafas Farith terus menjauhkan dirinya. Tangannya menolak tubuh Farith.
I’m not that kind of girl Farith. Please, show me some respect !” tegur Yuna. Dadanya masih boleh bersabar dengan fiil Farith yang sudah melampaui batas.
“Tak ada kurang pun Una. You single. I pun available. Nobody cares. You, me. We can do so many things together. I know how to make you feel high. Pleasure you,” bisik Farith merayu.
Tiada malu yang bersisa. Nafsu sudah menghantui akal warasnya. Bau badan Yuna yang menjadi punca, dia hilang arah. Kulit putih mulus Yuna tanpa sebarang cela buatkan jarinya ingin merentap saja pakaian yang tersarung pada tubuh Yuna.
“Tapi I peduli Farith. Like I said before. I bukan gadis macam tu. One night stand is not cup of tea.”
Why?You bukannya rugi apa-apa. Lainlah, kalau you boleh mengandung. Come on Una. Live...”
Pang!!!
Terteleng kepala Farith ditampar Yuna yang berombak dadanya menahan amarah.
“Jangan gunakan kelemahan pesakit you untuk kepentingan nafsu you sendiri, Dr Farith.”
Yuna terus meninggalkan Farith meraba pipi yang pijau ditampar Yuna.
“You tunggu Una. Tunggu! Sampai masanya, nama I juga yang akan you sebut-sebut. Tunggu.”
Farith melayan egonya yang berubah dendam pada Yuna.

Monday, May 18, 2020

Izinkan Aku Sempurnakan Hidupmu - Bab 1


Gambar Ikhsan Google sebagai bayangan imiginasi watak dalam cerita ini
 Yuna memeluk dan mencium selendang panjang pemberian Hadzley padanya dulu. Rindu yang terpaksa dikekang dek kerana sedar diri. Keterpaksaan melepaskan cinta bukanlah satu yang mudah dilalui. Mengenangkan itu, buatkan air matanya bergenang.
“Una, I can explain,” pujuk Hadzley.
Yuna diam. Duduknya di atas katil wad sudah serba tak kena. Jarinya menggigil membaca fail laporan kesihatannya sendiri. Sungguh dia tak menyangka, Hadzley pun menyarankan rawatan yang sama. Untuk apa lagi, dia mendapatkan ‘second opinion’ jika jawapannya tetap sama.
“Una.”
“Just leave me alone,” pinta Yuna dengan suara bergetar.
Kecewa yang dirasainya ini tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Apa guna dia hidup sekiranya diri tak ubah macam patung bernyawa. Air mata yang bergenang sedari tadi menitis jua akhirnya.
“Una, this is the best...”
“Shut up! Hadzley.”
“But Una...”
“Get.out.”
Sweetheart...” Hadzley masih berusaha memujuk si jantung hati. Itu bukan pengakhiran hidup Yuna sebagai wanita.
“I said shut up Hadzley!!!!!” Tengking Yuna.
Sentuhan lembut di bahu, buatkan Yuna kembali pada realiti. Di toleh pandang pada Meena yang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan muk coklat panas untuknya.
“Kau takut nak balik sana sebab dia kan?”
Tembak Meena. Sudah dapat di agak apa yang menjadi penghalang utama Yuna pulang ke Malaysia.
Yuna menghela nafas berat. Selendang pemberian Hadzley dibiarkan saja di riba. Muk yang dihulur Meena dipegangnya erat. Haba panas pada muk dapat mengurangkan rasa sejuk pada tapak tangannya.
“I dengan cinta memang tak pernah berjodohlah Meena. Kali pertama dulu, cinta I ditolak buta-buta. Tak ada peluang langsung untuk I...”
Sekali lagi nafas dihela penuh rasa kesal. Bibir di dekatkan pada muk. Ditiup perlahan air coklat panas itu sebelum di cicip seteguk.  
“...tapi cinta I pada Hadzley berbeza, Meena. I tak layak mencintai dan dicintai oleh lelaki sesempurna Hadzley.”
“Siapa kata? Hadzley?”
“Perbuatan dia dah cukup menjelaskan semuanya, Mena. Baru kenal kakak I sebulan dua, setianya hilang. She can give him everything that I’m not capable off. Nothing can change that,” ucap Yuna.
Kesakitan yang satu tu, tak mampu hilang walaupun peristiwa tu bertahun dulu. Yuna jatuh terduduk dengan takdir sendiri.
“Tapi perkara tu dah lama Una. Onni dan Hadzley pun dah bercerai. Hadzley pun tak berhenti ask for your forgiveness. You boleh je terima Hadzley semula,” cadang Meena.
Kuat hela yang dilepaskan Yuna. Perjalanan hidupnya tak semudah seperti yang mereka lihat. Di sekelilingnya, banyak hati yang perlu ditatang dengan penuh rasional dan kasih sayang.
“Kau nak suh Hadzley tu salin tikar. Tak sesuai dengan kakak, cerai. Lepas tu kahwin dengan adik. I ni mungkinlah wanita tak guna. Tapi, maruah I tak semurah itu.”
Yuna terus bangun dan berjalan ke tingkap. Melihat suasana malam yang sunyi sepi daripada aktiviti manusia. Yang ada hanyalah sinaran lampu neon di sana sini.
“I dah lama move on.”
Then, kenapa you tak nak balik Malaysia. You tak kesian kan umi dan baba you ke, Una? Setiap kali call, mesti dia tanya bila nak balik. Bila nak balik,” pujuk Meena.
Yuna sandarkan bahunya pada dinding sambil mencicip coklat seteguk. Senyum kelat dilayangkan.
“I akan balik Meena. Satu hari nanti I akan balik juga duduk dengan umi dan baba.”
“Bila, Una? Bila? Setahun lagi. Dua, tiga, empat tahun lagi. Atau lagi sepuluh tahun.”
Provos Meena. Berbuih mulutnya menasihati Yuna untuk menerima saja tawaran daripada hospital di Malaysia. Bukan cikai-cikai tawaran yang diterima Yuna. Tapi itulah, dia cukup berat nak buat keputusan.
“I belum cukup kuat untuk berdepan dengan umi dan baba lagilah, Meena. I tak nak mereka rasa kecewa dengan keadaan diri I ni. I ni wanita plastik, Meena. Plastik!”
Perlahan suara Yuna meluah. Perkara yang paling Yuna takuti sekarang adalah menghambarkan realiti hidupnya pada keluarga. Dia takut diajukan soal kahwin. Dia takut diajukan soal anak. Pokoknya, dia takut didekati oleh rasa cinta sekali lagi. Cukuplah!
“You tak cuba, bagaimana you tahu?” geram Meena.
“Untuk apa Meena? Untuk apa? Memang dah jelas bersuluh kot. Yang I tak mampu. Jika I masih kat sini, tak ada siapa pun akan kecewa. Umi dan baba pun tak sedih. Tapi bila I balik Malaysia. Bukan I je yang rasa sakit hati Meena. Tapi, umi dan baba pun.”
Meena hamburkan gelak sinis. Sejujurnya dia cukup geram dengan sikap Yuna yang mengalah pada takdir. Nasihatnya semua dibakulsampahkan oleh Yuna. Hanya kerana penyakit yang satu tu, Yuna menjadi seorang yang benar-benar penakut.  
“Melarikan diri bukan you, Una. Wake up!”
Kalaulah semua ini semudah yang kau bayangkan, dah lama aku balik Malaysia Meena. Dah lama aku balik. Keluh batin Yuna.

Izinkan Aku Sempurnakan Hidupmu - Prolog

Setelah ku fahami, ku bukan yang terbaik yang ada di hatimu. Dan maafkanlah aku kerana hatiku berbatas mencintai kamu. Walau ku masih mencintaimu, ku harus melupakanmu…. Itulah bait lagu Bukan Diriku dendangan Samsons yang ingatkan abang pada Una sampai sekarang.”

Yuna masih menjeling geram. Panas betul hatinya bila mengetahui hakikat yang tersembunyi cukup lama. Penakut!

“Menyesal sungguh abang tolak cinta Una dulu. Manusia terlalu meletakkan syarat dan hukum bahagia pada standard cinta yang sama sekali tak pernah wujud dalam dunia ni.”

Omar tertawa hambar. Mengenangkan kisah muda dulu buatkan dia menyesal tak sudah. Selepas kehilangan, barulah dia mengasuh hati mencintai tanpa syarat.

“Lidah lembut lelaki lebih ganas daripada Bujang Senang yang kelaparan di Sungai Rejang sana tu.”

Sinis Yuna memang makan dalam. Geram  bergumpal menjadi marah yang terbuku.

“Nak ikat lidah lelaki supaya tak ganas macam Bujang Senang tu senang je, Una. Jom kita ke Sungai Golok,” lawan Omar. Dengan Yuna ni, tak boleh serius sangat. Nanti lagi panjang putar belitnya.

“Abang ingat Una cakap ni, main-main? Macam Una berlenggang-lenggok ajak abang pergi picnic. Una serius ni,” balas Yuna. Berganda-ganda geramnya.

“Abang pun serius juga, ajak Una ke Sungai Golok.”

“Untuk apa?”

“N.i.k.a.h. Cakap elok-elok tak nak dengar. Apa lagi, abang pikullah Una bawa kahwin lari. Habis cerita.”

Yuna terdiam. Terkebil-kebil matanya menghadap bait kata yang baru di baru menyapa cuping telinganya.

“Ni-kah? Untuk apa?”

“Ya, Allah! Apa lagi. Nak tunjukkan kebesaran Allah. Selagi Una tak berusaha. Jangan mengalah. Ingat! Anak itu rezeki!”