Monday, April 29, 2019

JACINTA - Prolog


“You nak cari maklumat asal usul diri you kan?”
Dua orang gadis yang berpakaian seksi duduk di meja Jacinta. Terhenti tingkahnya nak menyiapkan assignment yang perlu di hantar pada pensyarah subjek Psikologi hujung minggu ini.
Dadanya berdegup kencang memikirkan tindakan luar alam yang baru dilakukannya dua hari sudah. Iaitu mengupah seorang pengodam dari pasaran gelap yang disyorkan oleh penyiasat yang diupahnya baru-baru ini. Nak murah, tanggung saja risikonya.
“Errr...ya,” jawab Jacinta penuh gusar. Takut tindakannya diketahui.
“Sebab ini kan?”
Sua salah seorang daripada gadis itu. Kertas laporan kesihatan dirinya yang sangat berbeza daripada mama dan papanya, menimbulkan  tandatanya yang sangat besar buat Jacinta. Liur ditelan payah.
“Ya.”
“Kenapa you nak tahu asal diri you dengan mengupah pengodam masuk dalam data sulit pendaftaran kerakyatan di Thailand?” Soal siasat ditujukan pada Jacinta cukup bersahaja.
Jacinta semakin berdebar. Salah jawab dia akan dipenjarakan sebab memecah masuk data sulit kerajaan. Tapi itu saja caranya untuk dia mendapatkan jawapan tentang siapa dirinya sebenar.
“Sebelum I jawab soalan tu. Siapa you all?”
Jacinta seolah berani dan yakin dengan tindakannya. Walhal, rasa takut tu menguasai diri.
“I, Bella dan yang ni, adik I Nadia. You tak perlu risau. Kami bukan orang jahat. Dan juga bukan CIA ataupun Interpol. Anggap kami kawan yang boleh bantu you dapatkan jawapan yang you cari. Dengan syarat...” Bella tertawa kecil. Segala apa yang ada dalam fikiran Jacinta dapat dibacanya cukup jelas. Tiada satunya suara hati dan fikiran Jacinta tak dapat didengarnya.
“Syarat apa?” Soal Jacinta dengan suara bergetar. Tak pernah terfikir ada orang yang mahu menolong sampai begini sekali.
“Kami akan latih dan bimbing you. You sendiri yang akan pecahkan soalan tu sendiri,” terang Bella satu persatu.
“Me???”
Jacinta terkejut. Jika dia mampu lakukan sendiri, takkan dia upah orang lain untuk selesaikan hal ini. Nonsense!
“Jangan risau Jacinta Virissya. Nadia ni pengodam hebat. You akan sentiasa mendapat maklumat yang you perlukan hanya dengan satu call je. You perlu percayakan diri sendiri. Percayakan diri sendiri...”
Kata-kata Bella telah mempengaruhi Jacinta yang tanpa sedar menurut akur.
“You akan tahu asal usul you sampai ke nenek moyang you Jacinta. Itu janji kami pada you.”

Notakaki : Selfpublish Angan Pena. Akan datang tidak lama lagi.