Saturday, June 5, 2021

MAT KOYAK - Part 2

 

Pak Wan duduk di bangku, tersengih memandang si dara bongsu menukang di reban ayam yang sedang diperbesarkannya.

“Mir, buatlah kerja tu elok-elok sikit,” tegur Eleeza.

“Eeee… manalah Mir tahu buat kerja ni semua. Elok ayah suh upah orang. Akak beriya kata tahu buat. Buatlah sendiri. Ni tak, Mir pun kena seret sekali,” rungut si bongsu, Emir.

“Masa cuti macam ni lah kita nak  tolong apa yang patut kat kampung ni. Ayah dan mak bukannya kuat sangat. Kamu tu, dah dua minggu cuti. Merambu je. Cubalah tolong ayah. Tak nak buat semua kerja, buatlah benda yang senang-senang. Ni tak.”

Eleeza menegur si bongsu, Emir. Dia yang perempuan pun tak sampai hati melihat Pak Wan memotong kayu dan menukang sendiri reban ayam kat belakang rumah. Walaupun tak sebesar mana, tapi kederat orang tua kuat mana pun.

“Daripada akak bayar sampai dua ribu pada Wak Dol tu, baik akak bagi kamu ke. Bagi mak, ayah ke. Ada gak faedahnya,” jelas Eleeza.

Terhenti tingkah Emir. “Dua ribu?”

“Haah.”

“Gila! Renovation reban ayam je pun.”

“Ha, tau pun. Setakat tambah sepuluh kaki. Pacak tiang. Pasang jaring. Letak zink. Berapalah sangat. Ayah pun boleh buat. Tapi…”

Saja dimatikan kata di situ. Eleeza nak, Emir faham tujuan sebenarnya.

“Ayah dah tua. Kederat tak macam orang tu,” sambung Emir.

“Ha tau pun. Cepat paku tu. Dah ada tiang, senang kita nak letakkan rangka atap tu lak. Esok baru kita pasang zink.”

Eleeza kongsi cerita. Antara mereka empat beradik, dia yang paling rapat dengan Emir. Mungkin disebabkan jarak umur yang tak berapa jauh. Dan sikap Eleeza yang lasak dan tangkas membuat kerja.

“Akak tak nak cat reban ni macam akak cat rumah dulu ke?” Saja Emir provoke Eleeza.

“Tak payah!” celah Pak Wan.

Eleeza angkat bahu sambil tersenyum nakal. Pak Wan awal-awal lagi dah cakap, jangan nak gatal-gatal cat reban ayam dia. Membazir!

“Ayah tak bagi,” selamba balas Eleeza.

“Sebab apa ayah tak nak bagi akak cat reban ayam ni?”

“Akak kamu ni, nak dicatnya semua putih. Taknaklah aku. Macam rumah Kolonel British je. Ada ayam aku tak ada darah melayu,” jawab Pak Wan. Sama naik je, sengal mereka anak-beranak.

Emir gelak mengekek melihat Eleeza menjeling geram pada Pak Wan.

“Alaaa, ayah cakap je lah. Eza, daripada kamu nak cat reban ni. Baik kamu cat baru rumah ayah tu. Ada juga faedahnya.”

Senyum simpul Pak Wan. Dia tak minta. Tapi, kalau diberi dia terima saja.

“Ayah nak warna putih. Skirting kayu tu, kamu cat warna kelabu. Macam rumah Tok Ketua Haji Mat tu. Cantik!”

 Eleeza memandang Emir yang dah terlopong mulut, tak percaya. Glurp!!!

Demand tak agak-agak,” balas Eleeza.

“Kamu yang bagi bola tanggung. Ayah smash lah balik.”

Pak Wan sengih lebar. Cakap-cakap ayam Eleeza tu dah makan dirinya sendiri. Memang esok pagi akan terpacul lori Ah Thong Hardware tu depan rumah. Hantar cat. Guarantee!!!

Tuesday, June 1, 2021

MAT KOYAK - Part 1

Eleeza masih terbongkang tidur atas katil. Sudah seminggu dia cuti sakit, berehat di kampung. Dia selesa duduk memerap di rumah saja. Waktu rehat beginilah dipergunakan sebaik mungkin. 

“Eza ooo Eza,” laung Mak Dara kuat. 

 Sudu yang mengacau air teh dalam teko dicampaknya terus dalam sink. Pantang sungguh, anak dara bangun tidur lambat. Orang dah siap masak tengahari, dia masih atas katil lagi. 

“Ena, kejutkan adik kamu tu. Matahari dah kat kepala, dia membongkang lagi.” Mak Dara membebel tak sudah.

Eleena yang sedang menyuap nasi goreng terkedu. Dia baru nak bersarapan. Baru saja lepas habis kemas rumah yang bersepak sejak  subuh tadi. Speaker Mak Dara ni kalau dapat meleter, sampai rumah Tok Ketua Haji Mat kat hujung simpang jalan sana tu, pun boleh dengar. 

“Malam tadi Ena tengok Eza marathon citer Turki kat Netflix tu. Subuh tadi lepas solat baru dia tidur.”

“Elok sangat lah tu. Orang tidur dia berjaga. Orang ke hulu hilir buat kerja, dia membuta. Turun lah ke dapur time cuti ni. Campur orang sikit. Ni tak, memerap je dalam bilik.”

“Biarlah mak. Bukan selalu pun dia dapat cuti panjang macam ni. Kalau tak sebabkan kaki tu cedera, mak ingat dia dapat balik. Memang tak la.” 

Mak Dara terdiam. Cerita Eleena, ada betulnya. Eleeza sibuk dengan tugas hakikinya sebagai doktor gigi di Hospital Tentera kat KL tu. Itu belum disentuh tentang latihan intensifnya sebagai atlit memanah kebangsaan. Jadual latihan berpusatnya pun sama naik sibuknya.

“Mak ni bukan apa, Ena. Mak ni ada tiga orang anak dara. Tapi orang kampung kenal dua orang je. Kamu dengan Eda. Itu pun, tak lama lagi dah nak jadi bini orang. Mak teringinlah juga nak jalan bawah pedang time adik kamu tu kahwin.” Kias Mak Dara.

Eleena dah garu dahi yang tak gatal. Memang patutlah, Eleeza tidur waktu siang. Ni mesti akal dia nak mengelak daripada terus menerus disogok isu kahwin.

“Mak tak usahlah mengharap sangat. Eza tu tak macam Ena dan Eda. Dia berpelajaran. Pangkat besar. Tak pandangnya budak kampong ni semua. Baik dia pilih abang askar sado kat kem tu. Sepadan sikit.”

Mak Dara terus menurunkan lipatan lengan baju yang dilipat masa membasuh pinggan tadi. Bibir dah tersenyum-senyum. Duduk di sebelah Eleena yang sedang bersarapan.

“Eza dah ada kawan ke, Na?”

“Makkkk.”

Rimas Eleena nak menjawab bagi pihak si adik. Disuapnya nasi goreng penuh ke dalam mulut. Tak senang betul nak nikmati sarapan dengan penuh kusyuk.

Mak Dara menepuk lengan Eleena, teruja sangat hatinya nak tahu rahsia si anak dara bongsunya itu.

Desak Mak Dara, “Cakaplah. Eza tu dah ada boyfriend ke belum?”

Muncung bibir Eleena. Termati seleranya. Ditolak terus pinggan makannya menjauh.

“Ikut suka mak lah. Setahu Ena, Eza tu ramai je kawan lelaki. Tapi yang melepasi penilaian hatinya tak jumpa lagi. Okey mak?”

Mak Dara diam. Hela bimbang dilepaskan. Hati orang tua mana yang tak risau, bila anak daranya dah meningkat umur tapi tak ada tanda-tanda nak kahwin.

Aku perlu buat sesuatu. Tekad Mak Dara.

eBookAnganPena - MAT KOYAK

BELAKANG TABIR

IDEA Asal :    Kay Delaila 

Tarikh mula digarap :  2014/2015 (agak-agak sebab dah lupa deh 🤣🤣🤣)

Genre :     Santai | Romantik Komedi | Kekeluargaan 

Isu yang cuba dikupas :  BERANI MEMBUKTIKAN JANJI BUKAN KOSONG. Ia datang bersama usaha dan kesungguhan yang tak kenal erti putus asa. 

Watak utama;     Kapten Dr Eleeza  & Inspektor Nazim  

Misi utama penulisan MK :     meneutralkan emosi bagi memberi fokus pada kerja-kerja penyuntingan. Cerita santai ni semata-mata hiburan semata. 

TAGLINE :      KEJUTAN PADA PANDANGAN PERTAMA MENGHIDUPKAN RASA YANG MENGIKAT JIWA SAMPAI JANNAH. | 

Manuskrip ini akan dimuatnaik sebagai ebookAnganPena di website AnganPena tidak lama lagi. Tunggu pengumumannya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sekiranya ada permintaan, ianya akan difikirkan untuk dicetak. 



Saturday, May 22, 2021

Pinangan Cinta Termahal


- Belakang tabir 

Idea asal : Hessa Widad

Tarikh idea mula digarap : End 2019 (tengok balik status FB den terdahulu. Lupa!) 🤣🤣🤣

Isu yang cuba dikupas :  

CINTA HALAL SELEPAS NIKAH. Pasangan tak mengenali satu sama lain. Baru kenal dan membuat keputusan sendiri untuk bernikah kerana salah seorang sudah jatuh cinta pandang pertama. 

Kenapa isu CINTA HALAL dipilih?

👉 Niat sebenar berkahwin itu tak difahami oleh pasangan. Hingga mereka tak mampu berdepan dengan cabaran rumahtangga yang datang dari pelbagai rupa dan keadaan. Dan akhirnya bercerai di awal usia perkahwinan. 

👉 Ketaksuban dalam mengagungkan konsep CINTA HALAL hingga lupa tentang anatomi cinta yang saling menerima kekurangan dan melengkapinya seadanya. Perkahwinan bukan gelanggang try and error. Tak suka cerai. 

👉 Kita selalu tafsirkan cinta itu nafsu. Bagaimana nak kenal pasti dan memjiwai cinta yang sebenarnya cinta. Walhal kita juga telah dimaklumkan; sifat manusia yang tiada nafsu adalah  sama seperti koma. Dia tak hidup. 

Watak utama;

Puteri Siti Aisyah Ahmad Zailani (Aisyah @ Cha) 

Luqmanul Hakim (Luke) 

Genre

Romance | cinta | kasih sayang keluarga | stress free - santai 

Misi utama PCT 

menunjukkan isu/cabaran yang muncul buat pasangan agar mereka lebih bersedia memikul tanggung jawab isteri dan suami selepas bernikah nanti. 

TAGLINE :  

HATI TERKUNCI PADA JODOH TAK TERJANGKA | 

TERBAKAR TEMBOK HATI DEMI SEBUAH CINTA TERMAHAL

Jangka terbit

MSS baru menjalani proses editing. Separuh lagi masih den semak untuk kali terakhir. InsyaAllah selepas den tekan ENTER keseluruhan manuskrip pada editor den akan buka PRE ORDER SELAMA SEBULAN, untuk beri masa editor menjalankan proses edit dan AP memproses lain-lain proses cetakan.  

AP masih baru. Jadinya, kami hanya mampu merealisasikan terbitan PCT ni dalam bentuk bentuk PRINT ON DEMAND. 

#chavsluke  #pct  #kerjamenulis #anganpenapresspublication #belakangtabirseorangpenulis #akandatang

Saturday, March 20, 2021

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 5

 


Rumah semi-d tiga tingkat di Jelutong Height yang selama ini menjadi rumah hinggap Nasrullah dan Shakila bila pulang, menjadi perteduhan terbaru Astrid. Berjiran pula dengan Datin Sarimah, satu-satunya adik Shakila.

“Ini rumah mummy?”

Astrid kagum dengan reka bentuk dan kawasan kediaman yang dipilih Shakila dan Nasrullah. Damai, mewah dan hijau.  

“Yup! Mak long dengan mama memang sengaja pilih rumah sebelah menyebelah macam ni. Alasannya, senang bibik senang nak kemaskan rumah tu bila mak long nak balik sini.”

Astrid mencebik bibir tak percaya. Dia tahu Shakila dan Sarimah rapat. Sarimah pun selalu ke Puerto Rico. Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ni memang dia yang melarikan diri daripada semua orang.

“Jom, Irah tolong bukakan pintu. Bibik dah kemaskan rumah ni. Bilik yang atas sekali tu, bilik Rid,” cerita Jumairah.

Rambut diraut bahagia bersama bibir lebar tersengih di bibir Astrid. Masih diingatinya dulu, dia pernah minta satu ruang khusus untuk menyendiri walaupun tinggal sebumbung dengan keluarga. Privasi!

“Betul ke? Wahhh bestnya.” Menari Astrid.

Jumairah lepaskan gelak. Dalam matang, masih terselit gaya manja dan bersahaja pada riak tingkah Astrid.

“Nak Irah, tolong angkat beg naik atas terus ke? Kat hujung sana ada lif kalau Rid tak nak guna tangga.”

Gelak Astrid. Kepala digeleng berbahasa tidak perlukan bantuan lagi. Sudah banyak dia menyusahkan Jumairah untuk seharian ini. Pasti terganggu kerja hakiki wanita tersebut.

“Betul ni?”

“Betul. Bukan susah sangat pun. Lagipun, Irah dah tunjukkan lif kat hujung sana. Saya boleh buat semuanya sendiri.” 

“Yalah kalau macam tu. Ni mama pesan. Malam nanti kita dinner sama-sama. Dalam jam lapan malam. Okey?”

Astrid angguk. Berbakul pesanan Shakila sebelum dia berlepas semalam. Termasuklah makan malam pertama di rumah Sarimah.

“Iya saya tahu. Mummy dah pesan sebelum saya berlepas. Jika saya terlewat, boleh Irah call saya. Takut terlajak tidur ni.”

Pinta Astrid sambil menunjukkan isyarat jari bersimbulkan telefon.

“Okey. Tak jadi masalah. Rid rehat. Dah masuk maghrib nanti Irah call.”

“Insyallah. Thank you Irah” balas Astrid.

Astrid menghantar Jumairah sampai ke pintu, sebagai adab menghormati dan menghargai pertolongan orang yang banyak membantunya.

Tingkahnya buatkan, Jumairah terkasima lagi. Tak dijangka Astrid yang dibesar dan mendapat didikan di Amerika boleh kekal memiliki adap macam orang Melayu yang membesar di Malaysia.

Dia memang puteri berhati berlian, puji hati Jumairah.

Hilang saja Jumairah daripada pandangan, Astrid menolak bagasinya ke arah lif.

“Daddy tunjuk kuasa betul,” komen Astrid.

Ditinggalkan bagasi di dalam lif. Seluruh ruang dalam rumah dijelajahinya dengan rasa kagum. Konsep moden, minimal dan segar menjadikan rumah hinggap ini tak ubah macam resort mewah di Kepulauan Mediterranean.

Sampai saja di tingkat atas, mata Astrid terus bergenang. Dadanya tiba-tiba rasa terhimpit. Terngiang-ngiang suara Qaleef padanya dulu.

“I nak kita ada privasi lepas kahwin nanti. Bina banyak memori bersama. I tak nak ada gangguan ketika I manjakan you atau I nak bermanja dengan you,” bisik Qaleef.

“Amboi. Kedekut. Jangan lupa, I ni tetap baby girl daddy sampai bila-bila ya.”

“You dah jadi baby idaman I, Astrid Johaida. Ikutkan hati tamak I ni, I nak kita duduk asing. Jauh dari keluarga. Tapi disebabkan baby I ni baby girl daddy dia. Jadinya, I terpaksa rela berkongsi tau. But, not in my territory.”

Astrid merenung wajah sejuk Qaleef. Nak saja disentuh jambang yang terjaga kemas di wajah Qaleef.

“Apa yang istimewa dalam territory you tu? You jangan macam-macam ya Qal.”

Senyum sejemput Qaleef selalu buatkan virus nakal Astrid melonjak tinggi suhunya.

Our private room, that only us to explore,” bisik Qaleef.

“Wow. Lagi?”

Swimming pool. Sebab baby I suka berenang dengan two piece bikini. That’s only me to watch.”

 “O-key. Lagi?”

Tak tahu nak soal apa. Aura menggoda Qaleef selalu buatkan jantungnya berdegup tak terjangka. Melalui pandangan mata Qaleef pun dia dah terpesona. Inikan pula ditambah dengan senyum dan bait yang mampu menaikkan rasa nakal dalam diri. Miang terus segala sendi!

“I nak jakuzi. Together...”

Jari Qaleef melurut lembut kening Astrid.

“... with aromatherapy candle around us. Romantik. Hanya untuk kita saling berkongsi kisah seharian kita...”

Diselitkan rambut Astrid di belakang cuping telinga.

“...you can use your magic hand on me too.

Merah pipi Astrid tiba-tiba. Nak terus renung mata Qaleef pun, dia tak mampu. Nak pula, bila bibir merah jambu tu semakin lebar nak ketawakannya.

“Ooooo...”

Terhambur juga tawa Qaleef. Cepat saja jarinya mengepit pucuk hidung Astrid. Geram!

“Kenapalah I setuju kita nikah bulan depan? Kenapa tak lepas you setuju....”

“Hah!” sampuk Astrid.

Cuak Astrid. Lain macam terus rasa jantung. Wajah yang tadinya merah menahan malu kini sudah bertukar serius.

“Kalau begini rasa terujanya nak jadi imam you, I minta terus nikah. Tak payah bertunang. Cepat kita boleh eksperimen apa yang I bayangkan tadi,” bisik nakal Qaleef sebelum menolak tubuh Astrid ke dalam bilik dan ditarik daun pintu.

Astrid berpusing memandang pintu biliknya yang tertutup. Terkejut. Rasa pelik dan rendah diri menyelubungi diri. Apa salahnya hingga dia ditolak masuk ke dalam bilik tanpa isyarat.

“Why Qal?” jerit Astrid melepaskan rasa sebak tiba-tiba.

“I almost kiss you baby. Almost.”

Menitik air mata Astrid. Terharu dengan cinta Qaleef yang mendidiknya sikit demi sikit.  

Jatuh terduduk Astrid memandang sekeliling ruang di tingkat atas ni. Sejak kaki melangkah keluar dari lif hinggalah dia melepasi pintu besar yang tergantung kunci pada tombol, hati dan akalnya menyebut nama Qaleef Al Jameel.  

“Qal, you jahat. Semakin, I cuba lupakan you. Impian cinta you tetap menemani I.”

Teresak Astrid menangis.

Ya Allah! Permudahkanlah urusanku. Aku terlalu cinta kan dia. Terlalu rindu. Terlalu sunyi tanpa dia. Lapangkanlah rasa ini untuk aku cari bahagia yang hilang dibawanya. Rintih batin Astrid merayu pilu.

 

 

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 4

 


Areef melemparkan beg galas atas katil. Kemudian berlalu ke pintu gelangsar balkoni. Langsir di selak hingga terbuka semua. Pemandangan menghadap Tambak Johor waktu malam sungguh mendamaikan.

Insiden dilanggar trolley di KLIA tadi masih bermain di fikirannya. 

Hilang kata tak kala mata coklat bidadari yang tiba-tiba menoleh padanya. Tautan kilat itu buatkan jantungnya terus berzikir, angel!

Opss sorry. My mistake.”

Suara serak basah bidadari tu memakunya dari membantu si bidadari mengutip kotak coklat yang berterabur atas lantai. Sesaat kemudian barulah dia tersedar dan terus membantu.

It’s suppose me to ask for apologies. My mistake.”

Senyuman si bidadari bersama sinar mata coklat tu telah berjaya memasung hatinya untuk tidak meliar lagi.

It’s okey.

Trolley si bidadari ditarik dan ditolak mendekat pada si dia kembali.

Ohh, thanks.

No problem. Tourist?”

Such as.

“Ooo...I’m Areef Hidayat. And you?”

“Astrid.”

Si bidadari menghulurkan tangan untuk mereka memulakan perkenalan. Disambut huluran salam perkenalan tu. Lembutnya!

“Nice to know you, Astrid.”

You too. Excuse, got to go now

Astrid berlalu meninggalkannya setelah melihat seorang wanita berhijab memegang sepanduk nama ‘ASTRID JOHAIDA NASRULLAH WILLIAM’.

“Muslim!”

Areef memandang seketika sebelum kembali mengatur langkah untuk ke terminal domestik.

Bodohlah kau Reef. Tukarlah nombor telefon. Sekarang ni, duduk negara mana pun boleh berhubung kot. Bebel hatinya. Penuh kesal.

Deringan telefon buatkan Areef mengeluh sendiri. Disauk poket untuk mengeluarkan telefon. Nama si dia yang tertera pada skrin buatkan dahinya berkerut.

“Hai sayang,” suara lemak merdu Munirah.

“Waalaikumsalam, baby. Kat mana?”

Lunak tawa Munirah yang terdengar sedikit sumbang di telinga Areef. Lewat kebelakangan ni, mereka selalu bertengkar. Sudah dua kali lamaran Areef ditolak Munirah dengan alasan tugasnya.

“I kat Bali sayang. Ada photoshoot. You apa khabar. Rindu you.”

“Rindu you juga baby. Dah nak masuk empat bulan kita tak jumpa. You sibuk, I free. You free, I sibuk. Mana hala tuju hubungan kita ni baby.”

Areef bersandar pada dinding pintu gelangsar. Sungguh penat naluri lelakinya menguruskan rasa cinta yang begitu besar buat Munirah. Mereka bukan sebulan dua bercinta, tapi dah makan tahun. Keluarga pun dah tahu tentang hubungan cinta mereka ni.

“Sabarlah sayang. Kita sama-sama nak bina kerjaya. Bagi I sikit je lagi masa ya, sayang,” pujuk Munirah.

“Itu je yang you cakap. Masa. Masa. Masa. Umur kita bukan makin muda baby. I nak kita settle down segera. I nak kahwin. Dengan you!”

Tegas Areef. Nekadnya teguh kini. Dia nak nikah dengan Munirah tahun ni. Setuju atau tidak, dia akan usahakan sampai Munirah tiada alasan untuk menolak lamarannya lagi.

“Tapi I tak ready lagilah sayang. Kontrak I dengan sponsor tahun depan baru selesai. Kelmarin, ada satu lagi kontrak yang I sign,” pujuk Munirah.

“Cukup! Dah lama I mengalah dengan you baby. Perkahwinan kita tak ada kena mengena langsung dengan kontrak modeling you tu. I pun tak pernah larang atau halang you teruskan kerjaya you sebagai model. You masih boleh jadi model lepas jadi isteri I. Kita bukan melanggar kontrak pun. Ke, dalam kontrak you ada ‘clause, can not get married’. Then you bagi tahu I. Senang I nak buat surat pembatalan kontrak.”

Munirah diam di hujung talian. Berbual dengan pegawai polis yang berkelulusan undang-undang ni memang tak pernah akan memang. Sepi talian seketika.

“I rasa macam you dah tak cinta kan I.”

“Sayang.”

Like I said before baby. Jika you rasa hubungan kita hanya sekadar singgah untuk enjoy. You silap. I bukan lelaki pemurah untuk jagakan jodoh orang lain. You kena terus-terang dengan I sekarang. Kita buat keputusan segera.”

Suara esakan halus Munirah terdengar di hujung talian. Areef pejamkan mata. Itulah yang sering berlaku setiap kali mereka berhubung rasa. Sakit memanglah sakit, tapi dia perlu buang semua toxic dalam perhubungan mereka.

“Baby...” seru Areef lembut.

“Sorry sayang.”

Areef melepaskan keluhan panjang.

“Hati you kena memilih ke baby?”

Munirah diam. Esakannya semakin kuat kini.

“You tahukan pendirian I tentang pilihan? Jawab baby. Menangis bukan penyelesaian.”

“Hurmmm...”

I need more than kekasih. I need you as my wife. Safe and secure. Seal with hug and kiss,” bisik Areef memujuk lembut.

“Sayang...” seru Munirah bersama esakan panjang.

“Jujur dengan I, baby. Kita perlukan hubungan yang manis bukan toxic macam ni. I penat. Penat sangat.”

Luah Areef. Tiada apa yang disembunyikan daripada si kekasih hati. Dia mulakan hubungan yang terbuka untuk dikenali dan mengenali gadis pujaan hatinya itu. Sedar tak sedar sudah hampir empat tahun mereka menjadi pasangan kekasih. Dua tiga tahun kebelakangan ni saja, hubungan mereka macam ada yang tak kena. Macam diapung tanpa tujuan.

“Give me time.”

“Berapa lama baby? Bagi tahu I satu jangka masa yang pasti. Sebulan lagi. Enam bulan. Setahun atau bila. We need to make a fullstop somewhere,” desak Areef tegas.   

“Enam bulan!”

“Then I suruh keluarga I buat persiapan. Tak nak bertunang. I nak terus nikah.”

Putus Areef dengan rasa yang sangat lega. Ringan sebelah bahu menahan tekanan keluarga tentang isu kahwin. Dia dah tak tahu nak bagi alasan apa untuk meyakinkan semua orang tentang keputusannya yang digantung tanpa alasan konkrik.

Thank you baby. I dah record persetujuan you ni. Kalau you macam-macam, I saman you,” usik Areef.

Suara esakan halus Munirah berbuar tawa mendamaikan hati lelaki Areef. Tak sabar nak tunggu enam bulan.

“I lebih rela terpenjara dalam istana cinta you daripada turun naik mahkamah melawan hujahan cinta  Tuan Lawyer tu. Belum masuk mahkamah pun I dah tahu I pasti kalah,” balas Munirah.

Love you baby,” bisik Areef.

Love you too, sayang.”

“Baby, I nak sembang panjang dengan you malam ni. Tapi, I dah janji nak jumpa orang. Esok jam berapa you free. I give you a call.”

“Malam. Lepas jam sepuluh malam I free, sayang.”

“Okey. I video call you esok. I rindu nak tengok you. Good night baby. Miss you.”

“Waalaikumsalam sayang. Night.”

Munirah menekup muka pada bantal. Dihamburkan esakan yang tertahan sejak tadi. Kalaulah takdir mampu diundur, dia memilih untuk berjuang habis-habisan melindungi dirinya demi membahagiakan Areef.

Ampunkan baby, sayang. Ampunkan baby. Jerit batin Munirah. 

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 3

 


KLIA sememangnya secantik namanya yang gah. KLIA memang lambang kemodenan Malaysia kini. Kekalutan mencari beberapa buah tangan dari kedai coklat buatkan Astrid Johaida terlanggar seseorang.

Opss sorry. My mistake,” habis jatuh bersepah beg kertas yang penuh dengan kotak coklat yang dibelinya tadi.

It’s suppose me to ask for apologies. My mistake,” ucap lelaki tersebut.

It’s okey,” balas Astrid yang mencangkung  mengutip kotak coklat yang bertaburan di lantai. Lelaki itu pun turut sama membantu.

Aduiii, kenapalah macam over pulak ni. Aku nak acah-acah langgar je. Trolley ni pun, nampak sangat terlebih gedik daripada aku. Tapi, mata aku ni tak puas tengok badan dia yang kemas balik kemeja putih tu. Karisma dia berjalan sambil bercakap di telefon tu... ahhh seksinya. Tapi sekarang, aku nak buat apa? Fikir Rid. Fikir. Bisik nakal hati Astrid.

Ohh, thanks,” ucap Astrid.

No problem. Tourist?”

Such as.

“Ooo...I’m Areef Hidayat. And you?”

“Astrid.”

“Nice to know you, Astrid.”

You too. Excuse, got to go now

Pantas saja Astrid minta diri berlalu setelah melihat seorang wanita berhijab membawa sepanduk bertulis namanya. Ditunduk sikit kepala sebagai tanda hormat pada lelaki bernama Areef sebelum laju menolak trolley.  

“Hai, I’m Astrid Johaida.

Astrid menyapa dengan memperkenalkan diri. Rasa macam kenal. Tapi tak pasti betul ke tidak. Lama sungguh dia tak balik Malaysia, bertahun rasanya.

“Saya, Jumairah anak mak su.”

Anak bongsu mak long ni memang lain sungguhlah. Nampak sangat kacuk dia tu. Tak macam Kak Teem yang kat Langkawi tu. Puji hati kecil Jumairah.

Astrid senyum senang. Betullah seperti yang dijangkanya tadi. Sempat juga, matanya melilau mencari kelibat lelaki yang sengaja dilanggarnya tadi. Lupa nak bertukar nombor telefon. Ruginya!

Oppss sorry. I’m Jumairah mak su’s daughter. Remember, Irah?

Terpegun sangat sampai terlupa yang Astrid bukan membesar di Malaysia. Entah-entah, nak cakap Melayu pun pelat.

“Ya Irah, Rid ingat. Lama kita tak jumpa. Lain sungguh dah sekarang ni. Saya masih anak Mak Long Shakila ya. Pekat darah Melayu lagi. Cakap Melayu je lah.”

Astrid memeluk erat Jumairah, membuang rasa kesal menyusahkan sepupunya ini.  Dia nak uruskan semua sendiri, tapi Shakila cakap semuanya sudah diuruskan. Rumah hinggap Shakila di Shah Alam pun sudah siap dibersihkan untuk menyambut kedatangannya.

Wow, not bad,” puji Jumairah lagi.

Terkejut dengan keramahan dan kemesraan Astrid yang di luar jangkaannya. Yalah, mereka sekeluarga dimaklumkan yang hidup Astrid ditatang macam minyak penuh oleh mentuanya yang berstatus jutawan. Harta tinggalan Qaleef pun semuanya diwasiatkan buatnya.

Tapi, Astrid yang berdiri di depannya berbeza. Nampak sangat mereka belum cukup mengenali peribadi seorang Astrid Johaida.

“Saya dapat seorang cikgu yang sangat bagus di US,” aku berkongsi cerita.

“Siapa?”

“Mummy dan daddy lah, siapa lagi. Jom, saya nak cari bantal dan tilam je ni. Penat.”

Jawapan selamba Astrid buatkan tawa mereka berpadu. Bersama langkah beriringan ke tempat parkir kereta di tingkat bawah.

Betul kata mama, anak bongsu Mak Long Shakila ni something sungguh lah. Masa kecik dulu dia nak dilayan macam princess. Manjanya nauzubillah. Ingatkan bila dah jadi princess billionaire ni, sombong. Rupanya tak. Macam boleh jadi geng aku je ni, bisik Jumairah.

“Macam mana flight?”

Jumairah menyoal sambil membantu menolak trolley beg.

“Macam biasa. Dalam flight memang bosan. Nak pula, perjalanan yang panjang ni. Boring! Tapi...”

Bicara Astrid terhenti. Memberi ruang pada perjalan kaki yang berlawanan arus memasuki pintu utama.

Jumairah menoleh ke belakang. Terpingga melihat Astrid sedang membantu seorang kanak-kanak. Mencangkuk sambil mengikat tali kasut kanak-kanak tersebut sambil diperhatikan saja oleh seorang lelaki. Setelah dibantu, Astrid menepuk pipi gebu kanak-kanak itu sebelum tersenyum dan berlalu meninggalkannya.

“Kenapa tu?”

“Tali kasut yang tak berikat tu akan buatkan dia jatuh.”

Berkerut dahi Jumairah mendengar penjelasan Astrid. Kepala kemudian berpaling ke belakang untuk melihat kelibat lelaki dan kanak-kanak tu. Pelik!

“Ooo kereta kat sana.”

Jumairah sudah menekan butang pengera  keretanya yang sudah nampak depan mata.

“Perjalanan panjang memang boring kalau tak ada peneman. Tapi okeylah. Saya tidur je. Orang  Melayu kata apa, kador tidur.”

Jumairah gelak. Lucu mendengar cerita Astrid.

“Cuti kat Puerto Rico tu, saya tak nyeyak tidur sikit. Lepas ni pula, jadual kerja saya padat. Itu yang nak tak nak, memang paksa mata untuk membuta je dalam flight tu.”

Pengakuan jujur Astrid berkongsi cerita. Lama sungguh dia tak jumpa keluarga sebelah mummynya ni. Itu yang sebaik saja kaki melangkah keluar dari perut kapal terbang, rasa dejavu dan damai menyapa hati. Gerak rasa selamat. Dilindungi dan disayangi tu lain macam.

Flight attendance tak kacau?”

“Maksud Irah tak cuci mata, mengorat macam tu?”

Senyum Astrid bertambah nakal. Ishhh see the leg lah. 

“Lebih kuranglah.”

Tersipu malu Jumairah dengan keselambaan sikap Astrid berterus-terang. Ditutup bonet belakang kereta. Lalu melangkah menuju ke pintu pemandu.

“Tak sempat. Saya memang tidur je. Tadi je, masa kat airport. Saya ternampak lelaki pakai kemeja putih. Tegap. Perfect from head to toe. Cara dia bercakap telefon sambil berjalan tu, uuu seksi. So, saya buat-buat macam terlanggar,” cerita Astrid sambil memakai tali pinggan keledar.

Terbeliak Jumairah dengar cerita sepupunya ini. Berkelip-kelip matanya memandang pada Astrid. Tak percaya!

“Lepas tu?”

“Memang terlanggar betul-betul pun. Sampai berterabur kotak coklat. Baru nak buat pickup line dah nampak Irah dengan sepanduk nama Astrid Johaida Nasrullah William. Pe-nuh tu. Sebelum ramai yang tahu nama penuh Rid, baik tolak trolley laju-laju ke Irah.

Jumairah gelak. Dapat diagak apa yang dikesalkan Astrid sekarang ni.

“Nombor telefon dapat?”

“Haram!” sepatah jawab Astrid.

“Takkan nama pun tak dapat. Sia-sia langgar orang dengan trolley.”

“Areef.”

“Cukuplah tu sebagai permulaan,” bahan Jumairah. Lucu lah pula.

“Ya. Permulaan yang sia-sia. Jumpa di KLIA. Maknanya kemungkinan dia bukan orang Malaysia tu sangat besar. Lainlah jumpa kat rumah Mak Su Sarimah,” balas Astrid selamba.

Terburai tawa Jumairah.

Memang sah spesis masuk air. Boleh dijadikan bff dan geng sehidup semati lepas ni. Tegas hati Jumairah.

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 2

 


“Baby, edah seorang balu ada hadnya. Sedih ada tempohnya. Tapi, apa yang Baby buat ni  dah lebih daripada tempoh edah. Dah melepasi musim kesedihan. Dah empat tahun sayang. Tolonglah belajar untuk hidup normal semula. Daddy sangat-sangat rindukan my little baby girl,” dahi Astrid dicium Nasrullah.

Shakila diam mendengar. Sejak Astrid pulang ke Puerto Rico beberapa hari lepas, emosinya macam roller coster. Sekejap baik. Sekejap murung. Semuanya disebabkan kenangan indah bersama Qaleef bermula dan berakhir di sini.

“Rid sedang usaha daddy,” jawab Astrid.

“Usaha lebih lagi baby. Ikhlaskan pemergian Qaleef.” Pujuk Nasrullah.

“Baby ingatkan pesanan terakhir Qal,” bisik Shakila.

Astrid angguk. Sampai bila-bila dia akan ingat saat-saat terakhirnya bersama Qaleef. Makin laju air matanya berderai.

“Baby,”seru Qaleef perlahan.

Keluar saja doktor dan jururawat. Astrid yang dicarinya.

“You selamat Qal. You kena cepat sembuh. I dah sah jadi isteri you,” bisik Astrid di sisi katil Qaleef.

Sejak mula Qaleef dikejarkan ke hospital, Astrid tak mahu berjauhan. Dia mahu sentiasa ada di sisi Qaleef.

Lepas lapan jam Qaleef keluar dari bilik pembedahan, barulah Qaleef sedar. Tiup oksigen sudah dikeluarkan dari hidungnya. Hanya tiup ubat yang masih tercucuk di kekura tangan kirinya. Doktor kata semuanya selamat. Peluru yang mengena dada dan perut Qaleef tak sampai ke organ penting badannya. Empat lima hari lagi Qaleef akan keluar hospital.

“Kiss my lip, baby.”

Pinta Qaleef perlahan. Badannya masih lemah. Kesan ubat bius bersisa pada tubuhnya. Dia bersyukur kerana hajatnya menjadikan Astrid miliknya yang sah tertunai.

“Itu yang kamu minta Qal,” tegur Nasrullah.

Lucu betul anak menantu hantunya ini. Sorang sanggup hilang nafsu makan, tak tidur sebab takut nak tinggalkan katil. Sorang lagi, bila dah sedar je terus minta dicium.

Opss sorry. Ingatkan baby je dalam ni,” malu Qaleef terlepas laku. Dipandang sekeliling dengan senyum kelat.

Bergema tawa penuh kesyukuran dalam wad vip yang sebelum ni muram dan sendu dengan esakan halus penunggunya. Semua panjatkan rasa penuh kesyukuran, tragedi tembakkan itu tidak meninggalkan berita sedih buat keluarga mereka.

“Qal, suruh baby you tu rehat. Dari semalam dia tak bergerak dari kerusi tu. Puas walid pujuk. Dia tak nak tinggalkan you,” celah Jameel.

Qaleef senyum memandang pada Astrid yang tak lepas menggenggam jarinya. Jiwa raganya rasa selamat dan bertuah kerana dicintai sepenuh hati oleh si isteri yang sangat dicintainya.

“Thank you baby. Next time, I want you to move on. Jangan rosakkan diri you kerana I. I hanya nak you hidup bahagia... with my love”

“Shsss... stop talking nonsense!” marah Astrid.

Besar matanya memandang Qaleef yang tersenyum saja sedari tadi.

“Dah sihat sikit, mulalah nak menyakat baby dia tu. Jomlah kita balik rehat. Esok datang balik. Semuanya dah selamat. Pengantin ni nakkan masa bersendirian.”

Nasrullah senyum memandang pada kawan baiknya, Jameel. Mereka pernah muda. Mengenali Qaleef yang hati romeo tu sudah difahami apa yang berlegar difikirannya tika ini.

Qaleef sengih nakal bersama gerakan bibir I love you pada Nasrullah dan Jameel. Itulah yang diinginkan bila sedar tadi. Dalam kepala hanya ada nama isterinya saja.

Astrid menjentik kekura tangan Qaleef yang tak dicucuk branula ubat. Gatal!

“Qal, baby. Daddy dah pesan pada nurse. Beri masa privasi sejam.”

“Awesome daddy,”ucap Qaleef.

Lebar senyum Nasrullah. Jodoh pilihannya, turut menjadi pilihan anak manjanya juga. Sebagai wali, dia dah lakukan yang terbaik buat si anak. Selebihnya, terserah pada mereka berdua menentukan layar bahtera mereka sendiri.

 Berpaling Astrid memandang pada Qaleef yang masih pucat wajahnya. Entah kenapa, hatinya masih belum rasa tenang. Selagi Qaleef tak keluar hospital selagi itulah dia tak senang hati.

“You ni Qal,” rungut Astrid.

Relax baby. Doktor cakap tak ada yang serius. Empat lima hari I dah boleh keluar. Luka ni akan tinggalkan parut je. Positif baby. Now come here.”

Astrid melepaskan hela bimbangnya. Berdiri dan menunduk badannya untuk memeluk tubuh Qaleef. Tangannya tak lepas menyentuh pada balutan putih pada dada dan perut si suami.

“I tak nak tengok you menangis baby,” pujuk Qaleef berbisik lembut.

Dicium rambut ikal Astrid yang diikat ala kadar. Kusut masai Astrid menantinya.

“I tak pernah bayangkan untuk menjadi suami you dengan cara macam ni, baby. I’m sorry.”

“Qal, stop talking nonsense please. I merayu Qal.” 

Tanpa salam. Tanpa isyarat. Bibir Qaleef dikunci dengan bibirnya sendiri. Pertama kali bibir itu dijamah. Pertama kali rasa itu disampaikan. Balasan Qaleef walaupun sekejap, tapi sudah cukup untuk mereka rasa maknanya hanya mereka ketahui.

“My soulmate now is my wife. I do love you,” bisik Qaleef perlahan. Senyum puas penuh bahagia diberikan pada si isteri.

“Cepat sembuh Qal. Untuk I. Untuk kita.”

“Dengan keizinan Allah, baby. Dengan keizinan Allah.”

Luruh juga air mata Astrid. Pelukan dan belaian Nasrullah dan Shakila mengembalikannya pada dunia nyata. Getaran bibir Shakila sudah cukup memberikan Astrid kebersamaan mereka yang dia tidak pernah biarkannya sendirian.

“Mummy tahu, susah untuk baby lepaskan Qal. Tapi, bila baby terus macam ni. Qal pun tak tenang kat sana.”

“Rid dah lepaskan Qal, mummy. Rid dah redakan pemergian Qal, daddy. Tapi, bila berada di sini semua tu muncul. Rid fikir lepas empat tahun. Lepas Rid tak jejak sini lagi, semua tu akan terubat. Tapi tak mummy. Qal di mana-mana.” Luah Astrid.

Tiada apa yang disembunyikan daripada pengetahuan Nasrullah dan Shakila. Dia perlukan sokongan mereka untuk segera pulih. Meratap bukan kemahuannya.

Shakila memandang Nasrullah penuh berharap. Permintaan Astrid untuk berpindah dan menetap di Kuala Lumpur sudah direstui mereka. Cuma, mereka belum bersedia melepaskan Astrid sendirian memulakan hidup baru di sana.

Kerlipan mata Nasrullah sudah cukup buatkan Shakila rasa bersyukur dan tenang.

“Daddy dan mummy akan sentiasa ada untuk baby. Daddy dah buat keputusan lepaskan bisnes ni pada Arshil. Dah tiba masanya, daddy bersara.”

“Hah!” Terkejut Astrid.

“Bersara dan menetap di Kuala Lumpur.”

“Hah!”

Tergamam Astrid. Tak pernah duga. Tak pernah fikir. Satu hari mereka sekeluarga akan menetap di Malaysia.