“Elly
sayangkan dia?”
Elina
tersenyum kelat. Gadis mana yang mampu lupakan cinta pertama yang hadir dalam
hidup mereka. Walaupun penolakan cinta itu menyakitkan. Tapi budi yang
diberikan itu buatkan dia pegang teguh pada janji sampai ke hari ini.
“Bukan
hak Elly untuk mempertahankan hubungan yang bukan milik Elly sepenuhnya dari
mula lagi. Dan sebagai manusia yang berjanji. Elly pegang pada janji tu sampai
sekarang, Abang Em,” lirih Elina perlahan.
“Elly
tahu dia kat mana sekarang?”
Elina
geleng kepala. Dia tak pernah ambil tahu langsung. Masa setahun menetap di
Malaysia, Elina tak pernah langsung terserempak dengan dia. Waktu senggangnya
dipenuhkan dengan aktiviti sukarelawan.
“Nama
penuh dia?”
“Megat
Nasrudin Megat Alaudin.”
“What ????”
Terkejut
Emran mendengar nama yang disebut oleh si adik. Dia kenal sangat dengan
gerangan nama tersebut sejak di zaman sekolah lagi. Kenal sangat.
“Abang
Em kenal ke?” Soal Elina dengan kening yang berkerut.
“Errrr
taklah. Dia Melayu rupanya.”
Emran
memberi alasan berhelah. Dia dah janji tak ambil apa-apa tindakan, tapi dia tak
terikat untuk bersemuka dengan kawan lamanya tu. Dia perlu dengar cerita dari
sudut pandangan yang lagi satu itu dulu.
Elina
layangkan senyum kelat. Realiti yang menyakitkan sebenarnya. Tapi semua tu
terpaksa diharung juga dengan senyuman manis menggoda. Dia pun sudah hipokrit
pada diri sendiri.
“Itulah
yang Almarhumah nenda pernah pesan pada Elly sebelum dia mangkat. If you’re brave to say good bye. Life will
reward you with a new hello. Elly ambil semua tu untuk membina kekuatan
Elly sendiri. Elly nak hidup macam ni, sederhana. Nak orang kenal Elly sebagai
Elina Maisara bukannya Tengku Elina Maisara Tengku Abidin. Elly adore Almarhumah nenda jalani hidupnya
jauh dari pengaruh istana. Elly nak jalani kehidupan yang sebegitu.”
Emran
mencapai tangan Elina yang terletak di atas meja. Kekecewaan buatkan si adik
cukup mengawal dan memasang tembok tinggi bagi mengenal pasti siapa yang wajar
mengelilingi hidupnya.
“Bergelar Tengku Elina Maisara Tengku Abidin
pun Elly mampu jalani hidup macam Almarhumah nenda. Tiada bezanya. Elly tetap
bebas melakukan aktiviti kesukaan Elly cuma dikawal oleh bodyguard demi menjaga keselamatan Elly je. Bukan nak kongkong
hidup Elly.”
Pujuk
Emran lembut. Dia tak mahu Elina pinggirkan diri dari bermasyarakat dengan kaum
kerabat di raja seperti sebelum-sebelum ini. Mereka semua tahu yang Elina
menetap di Amsterdam tapi mereka tak pernah tahu yang Elina sudah hampir
setahun kembali ke tanah air. Elina sering mengelak.
“Abang
Em ni suka buatkan Elly hilang akal, kan. Malaslah nak fikir. Sampai masa nanti
Elly buat keputusan.”
Kata
putus Elina mudah. Buat apalah nak pening kepala. Dia masih ada lagi tiga bulan
untuk merubah takdir.