“You nak cari maklumat asal
usul diri you kan?”
Dua orang gadis yang
berpakaian seksi duduk di meja Jacinta. Terhenti tingkahnya nak menyiapkan
assignment yang perlu di hantar pada pensyarah subjek Psikologi hujung minggu
ini.
Dadanya berdegup kencang
memikirkan tindakan luar alam yang baru dilakukannya dua hari sudah. Iaitu
mengupah seorang pengodam dari pasaran gelap yang disyorkan oleh penyiasat yang
diupahnya baru-baru ini. Nak murah, tanggung saja risikonya.
“Errr...ya,” jawab Jacinta
penuh gusar. Takut tindakannya diketahui.
“Sebab ini kan?”
Sua salah seorang daripada
gadis itu. Kertas laporan kesihatan dirinya yang sangat berbeza daripada mama
dan papanya, menimbulkan tandatanya yang
sangat besar buat Jacinta. Liur ditelan payah.
“Ya.”
“Kenapa you nak tahu asal diri
you dengan mengupah pengodam masuk dalam data sulit pendaftaran kerakyatan di
Thailand?” Soal siasat ditujukan pada Jacinta cukup bersahaja.
Jacinta semakin berdebar.
Salah jawab dia akan dipenjarakan sebab memecah masuk data sulit kerajaan. Tapi
itu saja caranya untuk dia mendapatkan jawapan tentang siapa dirinya sebenar.
“Sebelum I jawab soalan tu.
Siapa you all?”
Jacinta seolah berani dan
yakin dengan tindakannya. Walhal, rasa takut tu menguasai diri.
“I, Bella dan yang ni, adik I
Nadia. You tak perlu risau. Kami bukan orang jahat. Dan juga bukan CIA ataupun
Interpol. Anggap kami kawan yang boleh bantu you dapatkan jawapan yang you
cari. Dengan syarat...” Bella tertawa kecil. Segala apa yang ada dalam fikiran
Jacinta dapat dibacanya cukup jelas. Tiada satunya suara hati dan fikiran
Jacinta tak dapat didengarnya.
“Syarat apa?” Soal Jacinta
dengan suara bergetar. Tak pernah terfikir ada orang yang mahu menolong sampai
begini sekali.
“Kami akan latih dan bimbing
you. You sendiri yang akan pecahkan soalan tu sendiri,” terang Bella satu
persatu.
“Me???”
Jacinta terkejut. Jika dia
mampu lakukan sendiri, takkan dia upah orang lain untuk selesaikan hal ini.
Nonsense!
“Jangan risau Jacinta
Virissya. Nadia ni pengodam hebat. You akan sentiasa mendapat maklumat yang you
perlukan hanya dengan satu call je. You perlu percayakan diri sendiri.
Percayakan diri sendiri...”
Kata-kata Bella telah
mempengaruhi Jacinta yang tanpa sedar menurut akur.
“You akan tahu asal usul you
sampai ke nenek moyang you Jacinta. Itu janji kami pada you.”
Notakaki : Selfpublish Angan Pena. Akan datang tidak lama lagi.