Monday, July 3, 2017

Halalkan CINTA dengan Kalimah Aku Terima!! Part 4

Keayuan seri pengantin dengan baju kurung songket bertanah putih bertompok bunga kecil benang emas, ringkas dan nampak klasik juga dilengkapi dengan tudung berwarna emas dan putih siap net melengkapkan lagi langkahku ke masjid untuk majlis pernikahan di sana. Masjid yang sekangkang kera pun perlu menggunakan kereta, kesian sungguh pada Hasbi Afifi menjadi driver kehormat aku setelah diarahkan Nenda. MakSu punya kerjalah ini, ada ke keluarkan statement yang menyatakan pengantin perempuan tak elok jalan kaki panas-panas ini. Mana dia belajar tidak tahulah. 
Hasbi Afifi membukakan pintu untuk aku melangkah keluar. Tiba-tiba hati jadi sayu dengan layanan baik dari abang kandung yang tidak pernah jemu berada di sisi walau apapun keadaan aku. Airmata cepat-cepat aku kesat.
“Nur Afeefa Jawahir, abang takada apa-apa yang mampu tunjukkan kasih sayang abang pada adik. Terimalah restu abang yang tidak terhingga pada calon suami adik. Abang yakin, dia mampu bimbing dan jaga adik dengan baik. Terima kekurangan diri dia, sayang dia sepenuh hati dan jangan ingkar suruhannya. Abang sentiasa bersama adik walaupun adik sudah menjadi isteri, Zaim,” Hasbi Afifi berpesan sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta. Tangan Hasbi Afifi aku salam dan kucup lama. Aku sayang abangku, Hasbi Afifi. Dialah yang aku ada selain Atuk dan Nenek.
“Terima kasih abang,” aku sudah sebak. Sejarah hidup kami buatkan kami begitu akrab dan sangat memahami satu sama lain. Zaim, calon suami pilihan keluarga. Aku tidak kenal langsung. Aku tidak mahu tahu langsung. Biarlah kami kenal dan bercinta sesudah lafas aku terima nikahnya.
“Ishhh menangis pulak, sudah tu. Efa kena senyum aje, mulut tu jangan buka. Nanti semua orang pengsan,” pesan Hasbi Afifi.
Betul kata Hasbi Afifi, aku kena ingat itu. Saudara mara semua tahu yang aku ini masih lagi bisu, kalau tiba-tiba aku bercakap di khalayak ramai memang kacau-bilau majlis dengan ambulan tujuh lapan biji bergilir-gilir bawa tetamu pergi hospital. Sakit jantung terkejut.
Langkah kakiku diawasi oleh ratusan mata yang memandang. Rasa macam buat catwalk pulak, bila Khalil dan Muntaz tak habis-habis memetik pemaju kamera.Aku pulak sekejap senyum, sekejep sengeh, sekejap nakal. Sukahati aku aje nak buat apa.  Masuk dalam masjid aku lihat pengantin lelaki duduk segak tengah menulis di borang yang dibawa oleh Tok Kadi. Muka tak nampak sebab dia membelakangkan pintu utama.
Alhamdulillah, dari susuk tubuh dari belakang aku dapat rasakan ianya seorang pemuda yang sedap mata memandang. Tak sabar pulak rasanya nak bercinta. Hahahaha vitamin G tersalah ambil pagi tadi kot, ada ke dalam masjid pulak boleh gatal. Tidak kena langsung. Itulah tadi makan masak asam pedas rebung, bukan ke dah miang satu badan. Salah neneklah, ada ke pilih rebung sebagai hidangan makan tengahari sebelum nikah. Memang sah-sah lah cucu dia miang.
Aku duduk di atas bantal pengantin yang terletak di sebelah kanan bersama tetamu perempuan yang lain. Nenek, Nenda, MakSu berada di kelilingku. Aku membetulkan duduk simpuhku di bantal. Kalau bukan majlis pernikahan aku, memang aku nak duduk bersila saja. Senang, tidak terkepit-kepit macam ini.
Kepala aku angkat memandang pada Tok Kadi. Mata tak boleh tutup. Kepala tidak mahu kaleh tempat lain. Pengantin lelaki manis saja tersenyum.
Tangan aku sudah bergerak, berbahasa isyarat.
Boss besar?
Pengantin lelaki, senyum membalas juga dengan bahasa isyarat.
Iya, kenapa?
Muka tak bersalah sungguh, Pengantin lelaki itu boleh membalas bahasa aku. Aku nak tengok pengantin lelaki aku, bukannya nak tengok muka boss besar kat masjid ini pulak
 Mana pergi pengantin lelaki saya?
Pengantin lelaki sudah tergelak kecil. Aku memandang pada Nenek, kemudian Atuk dan Hasbi Afifi. Mereka hanya senyum mengganggukkan kepala aje.
“Pengantin lelaki boleh bercakap kan. Bukan bisu, saya takada pengalaman lagi nak menikahkan orang bisu dengan bahasa isyarat,” jenaka Tok Kadi bila melihat aku berinteraksi dengan pengantin lelaki.
Gamat masjid dengan gelak sopan dari hadirin. Aku tersipu malu dengan pelbagai persoalan besar di kepala. Boss Besar?
“Saya boleh bercakap Tok Kadi,” Ammar Zaim sudah malu. Pengapit kacak di kiri kanan pun tersipu senyum malu-malu. Ishhh aku confuse macam ini, mana satu pengantin lelaki ni.
“Pengantin perempuan boleh cakap kan?” soal Tok Kadi pada aku. Aku hanya membalas dengan anggukan kepala. Malu siut, Tok Kadi baling soalan macam tu. 
“Ikutkan semua borang nikah kahwin ni sudah diisi oleh kedua-dua pengantin, wali dan saksi. Saya nak juga dengar sendiri dari mulut pengantin perempuan, sudi ke tidak saya nikahkan Cik Nur Afeefa binti Jawahir dengan Encik Ammar Zaim bin Dato Jameel?” soal Tok Kadi.
Aku sudah tercengang. Apalah punya Tok Kadi, takkan tak faham kot. Aku dah hias cantik-cantik datang sini, mestilah aku setuju. Kalau tidak buat apa aku datang sini. Ini suruh aku cakap depan orang ramai pulak, malulah. Anggukan kepala perlahan dan isyarat tangan aku menjawab.
Iya saya setuju.
“Maaf Cik Nur Afeefa, saya tak faham bahasa isyarat cik. Anggukan kepala itu yang saya faham, tandanya setuju. Betul ke Cik Nur Afeefa setuju?…. Bukan apa nak sahkan aje, sebelum saya mulakan upacara ini,” senyum Tok Kadi.
Aku tengok pengantin lelaki sudah tersengeh. Mesti dia tengah ketawakan aku itu. Ishhh tak boleh buat kawan betul. Tok Kadi ini pulak satu, tidak-kan kat sekolah tidak ajar bahasa isyarat yang senang macam itu. Aku sepatutnya buat pemintaan, dapatkan Tok Kadi yang faham bahasa isyarat, tidaklah malu sangat macam ni. Senang sikit nak kawtem.
“Saya setuju,” jawab aku pendek.
“Sedap pun suara, dengar tu pengantin lelaki. Tadi dia tak percaya awak ni pengantin lelaki dia. Sekarang baru dia percaya dan setuju” senyum Tok Kadi.
Opocottt… Tok Kadi faham bahasa isyarat. OMG malunya aku. Itulah Nur Afeefa dalam rumah Allah ini jaga sikit hati tu, jangan nak mengumpat orang aje kerjanya. Walaupun tak terluah namun Allah dengar. Baik cepat-cepat iyshtifar. Muka dah tunduk memandang karpet masjid yang cantik, sorok muka. Masa ini, rasa macam nak kira berapa helai benang digunakan untuk siapkan permaidani yang cantik ini.
Banyak pesanan yang dititipkan oleh Tok Kadi akan tanggungjawab suami dan isteri sebelum kami dinikahkan. Ulangkaji dari yang aku baca dan usrah yang aku hadiri sebelum ini. Tugas sebagai isteri, tugas sebagai suami. Hak isteri, hak suami. Semuanya diperkhabarkan oleh Tok Kadi. Rasanya hampir sejam jugaklah kami dengar kutbah nikah dulu. Aku sudah dua tiga kali berkalih duduk, sesemut.
“Aku terima nikahnya Nur Afeefa binti Jawahir dengan mak kawin seribu seratus sebelas ringgit tunai,” lafas akad terang lagi nyata oleh Ammar Zaim. Sempat lagi dia mengenyit mata pada aku setelah disahkan oleh saksi dan Tok Kadi. Kureng asem punya pengantin lelaki. 
Alhamdulillah, selesai. Majlis berjalan dengan lancar. Tiada lagi yang perlu aku bimbangkan tentang ugutan ada yang ingin mengacau-bilaukan majlis. Doa dimohon dan diaminkan oleh semua. Syukur Alhamdulillah yang ke 25x untuk hari ini. Pengantin lelaki bangun berlalu ke depan untuk menunaikan solat sunat.
“Selamat pengantin baru kakak ipar,” usik Anis.
“Jahat. Tak nak kawan,” aku sudah merajuk. Anis sudah mengekek ketawa.
“Anis… abang kaukan rambut panjang. Bila masa pulak dia tebas habis,” usik Khayla.
“Kau pun tahu ke Khayla?” aku terkejut.
“Hehehehehe… aku tahu semalam. Masa pergi rumah Anis,” cerita Khayla.
“Eeeeee… jahat. Tak nak kawan,”
“Janganlah macam tu. Penat abang saya tebas habis rambut kesayangan dia untuk isteri tersayang,” usik Anis.
Boss besar dah potong rambut panjang dia. Ehhh! Mustahil mungkin dia sorok dalam songkok kot. Tak masuk akal sungguh. Emmm takpa nanti aku tahu juga. Hahahahaha miang.
Pengantin lelaki bersama dua pengapit yang kacak bergaya menghampiri aku yang diapit dengan jelitawan dunia. Sorang aku kenal siapa lagi kalau bukan Ilman Firas boss kecik Studio Kasih, sorang lagi allahualam aku tak kenal.
Assalamualaikum, sayangku.
Sapa pengantin lelaki dengan bahasa isyarat. Aku menoleh melihat Tok Kadi yang tersenyum. 
Waalaikumsalam boss besar. Boleh cakap biasa tak, tok kadi pun faham bahasa isyarat? Saya malu.
Dengar suara Tok Kadi sudah mengekek ketawa dalam iman. Aku senyum malu, Pengantin lelaki geleng kepala lucu. Sempat juga mata menjeling pada nenek, atuk dan Hasdi Afifi yang faham bahasa isyarat. Nampak mereka pun ketawa juga. Ishhh pengantin lelaki ni memang nak kena cium ini. Opppsss!
“Ahemmm.. Afeefa, izinkan abang sarungkan cincin kahwin kita,” ucap Ammar Zaim lembut. 
Aku hanya membiarkan tangan kanan ditarik lembut untuk disarungkan cincin bertatah pertama zamrud. Akhirnya dahi aku dikucup lembut. Inilah pertama kalinya, diri ini disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim. Aurat yang selama ini aku jaga dengan cermat akhirnya dicemari dengan penuh halal oleh seorang lelaki bergelar suami. Alhamdulillah syukurnya, terima kasih Allah.
“Boss lama sikit, tahan. Nak dapatkan short cantik ni,” arah Khalil.
“Efa jangan merah sangat pipi tu, nanti gambar kita tak cantik,” usik Ammar Zaim disambung pula dengan bahasa isyarat yang mereka berdua yang faham.
Abang jatuh cinta pandang pertama dengan Efa. Kekurangan Efa ini yang melengkapkan abang. Peace yooo!

Aku sudah memohon padaMu Ya Allah, izinkanlah aku membuka lembaran CINTA SESUDAH NIKAH ini dengan penuh keberkatan dariMU.

No comments:

Post a Comment