Monday, July 3, 2017

Halalkan Cinta dengan Kalimah Aku Terima - Part 2

Sampai di rumah nenek. Khemah sudah terpasang. Beberapa saudara mara yang rapat dengan Nenek sudah berkumpul untuk berkampung. MakSu dan PakSu pun sudah berbaik semula Alhamdulillah banyak perkara boleh diuruskan dengan muzakarah berbincang antara hati ke hati tanpa rasa marah, kecewa, dikhianati dan rendah diri. PakSu dan Atuk melenting bila mendengar cerita daripada Hasbi Afifi tentang Asman Haibal dan Jawahir yang menumbuk dan menggunakan kekerasan pada Hasbi Afifi.  
“Aku kalau dapat si Jawahir ni memang lunyai aku kerjakan. Makin melampau-lampau dia, kerana harta sanggup dia buat macam tu pada anak-anak dia. Cucu aku,” marah Atuk.
“Awak tu dah tua abang Haji. Bawa-bawa bertenang sikit, nanti elok-elok sihat walafiat sudah… duduk hospital pulak,” nasihat nenek.
“Betul cakap nenek tu atuk. Biarlah kami orang muda yang uruskan, bukannya besar sangat hal ini pun. Efa pun sudah buat laporan polis. Tak nak nanti majlis pernikahan Efa kucar-kacir pulak dibuatnya,” aku cuba pujuk Atuk.
“Tak besar kamu kata Efa? Kamu tak nampak ke bengkak mata abang kamu tu, kamu tak dengar ke yang orang sedang ugut nak kucar-kacirkan majlis pernikahan kamu?” soal atuk buatkan aku senyum aje.
“Atuk, biarkanlah polis yang uruskan. Esok sudah majlis pernikahan Efa. Efa tak nak nanti Atuk tidak ada sini bersama Efa pulak. Bolehkan atuk?”pujuk aku lembut
 “Abang Aji, betul cakap si Efa ni. Biarlah pihak polis sahaja yang uruskan,” nenek sudah risau.
“Kalau semua sudah sepakat. Atuk ikut saja yang terbaik tapi kalau dia datang kacau juga memang dia nak kena dengan parang panjang atuk yang tergantung kat dinding tu,”pesan atuk.
Aku menelan air liur melihat pedang samurai sedepa panjangnya tersangkut kemas di dinding ruang makan. Rasanya sekali libas boleh terpotong kepala dibuatnya. Ehhh! Tak sanggup nak baca muka depan surat khabar kalau macam itu – Seorang Abah Mengamuk Dengan Melibas Kepala Anaknya Dengan Pedang Samurai Gara-gara Harta.
Dari kejadian malam itu, Raden Sri Kartika mencemar duli meninggalkan seketika martabat dan protokol hidup sebagai Kerabat DiRaja Keraton yang dihormati, di Yokyakarta. Berlagak sebagai orang kebanyakan di rumah nenek. Nak tak nak terpaksalah Nenek dan Atuk menyewa sebuah banglow Homestay selang dua buah rumah untuk keselesaan keluarga dari Indonesia. Kata nak rasa hidup sebagai orang biasa, tapi pembantu rumah sampai tiga orang diangkut sekali. Senyum geleng kepala aku dengan telatah kerabat keraton aku ini. Suka hatilah asalkan mereka selesa.
Seksa juga bila dua orang nenek yang menjaga aku sebelum bernikah ni. Banyak sangat pantang larangnya. Empat hari sudah, aku diwajibkan ke salon untuk membuat pelbagai rawatan. Seekarang ini Salon pulak yang didatangkan khas ke rumah. Pagi petang badan aku diulik macam tuan puteri. Memang puteri pun. Puteri Keraton yang menolak tahta.
Sampai nak turun ke tanah pun tidak benarkan. Ooooo memang mati kuman aku kalau macam ini. Duduk dalam bilik mengaji sahajalah, insyallah kurang sikit dosa aku dengar orang menyumpat. Nak pulak kerabat NenekSu semua ada. Ishhhh…… sabar ajelah.
“Kahwin dengan siapa Efa ni kak?” soal NenekSu.
“Orang biasa aje, kerja biasa-biasa aje,”
“Ooooo… ingatkan kahwin dengan kerabat keraton sebelah Marrisa. Ramai yang turun,” cebik NenekSu. Memang ramai kerabat mama yang mencemar duli menghadiri majlis pernikahan aku ini.
“Cucu mereka nikah, mestilah mereka datang. Lagipun kita bolehlah berkenal rapat dengan keluarga sebelah sana,” cerita Nenek lebih kurang.
“Kenapa tergesa-gesa, takada dengar cerita tiba-tiba nak nikah? Dah terlanjur ke?” sindir NenekSu lagi.
“Ishhhh kamu ni Sue kesitu pulak. Kalau sudah jodoh nak buat macamana. Si Efa tu tak nak bertunang…. Kebetulan pengantin lelaki pun dah sedia nak nikah. Itu yang kami nikahkan terus tu… buat apa nak tunggu lagi,” cerita Nenek.
Pagi-pagi lepas sarapan aku sudah diandam oleh siapa lagi kalau bukan kak Rofifah jurusolek dari Studio Kasih. Terkejut ayam sekejap aku pagi tadi, bila melihat Kak Rofifah datang dengan beg make-up bagai. Menurut Kak Rofifah, kawan baiknya adalah kawan kepada pengantin lelaki.
Inilah jadinya kalau segala urusan diuruskan oleh bakal suami. Tak nak ambil tahu langsung, sudahnya pagi-pagi dah terkejut ayam. Baju tunang bewarna unggu lembut aku keluarkan dari dalam almari. Cantiknya. Potongan jubbah modern ala-ala gaun malam begitu mengikut citarasa aku ringkas, elegen, sweet, selesa dan yang paling penting menutup aurat.
“Budak kecik ni cuba duduk diam-diam. Kak Ifa nak makeup ni,” Rofifah yang penuh kiri kanan dengan berus makeup.
“Duduk diamlah ni,” balas aku. Rofifah terus jatuh terduduk. Mukanya terus pucat. Apa yang aku dah buat ini? Seingat aku, dalam bilik ni tidak pulak ada hantu ke apa ke sampai Rofifah ni boleh tersampuk macam itu sekali.
“Kak Ifa! Kak Ifa! Kak Ifa….,” aku menepuk-nepuk perlahan pipi Rofifah yang masih lagi terbeliak mata memandang aku tidak berkelip. Ishhh risau pulak aku. Bahu Rofifah aku goyangkan perlahan, menyedarkan Rofifah. Tiba-tiba airmatanya mengalir perlahan dari ekor mata.
“Kak Ifa… kenapa ni? Cakaplah jangan buat Efa risau,” aku sudah mati akal. Tangan Rofifah memegang pipi aku pula.
“Suara Efa merdu….Kak Ifa jatuh cinta dengan suara Efa….,” Rofifah sudah senyum bahagia. Aku sudah sujud di bantal besar di sebelah kiri, menutup muka malu. Terlupa aku boleh bercakap pulak dengan kak Rofifah. Sebelah tangan memukul bantal berkali-kali. Dengar suara kak Rofifah ketawa geli hati. Sukalah tu, bocor rahsia aku.
“Sudah tu, sudah. Jom kak Ifa buat make over lagi gempak. Biar cik abang tak keruan tengok?” aku jadi menggigil dengar.
Ini lagi sorang mulut pun lebih kurang macam MakSu yang tak habis-habis dengan fakta ‘Why Men Love Bitch’ dia. Tengah sibuk solek, pintu bilik di ketuk. Siapa lagi yang sampai kalau bukan bff aku, Anis dan Khayla. Lagi riuh rendah bilik pengantin dengan kemunculan Anis dan Khayla. Menurut MakSu pihak pengantin lelaki sudah sampai duduk di rumah bertanggah di sebelah rumah Nenek aje. Alamak aku belum siap lagi, pihak lelaki sudah sampai.
“Kak Ifa, sudahlah tu tak payah beriya-iya sangat. Sikit-sikit sudahlah. Efa tak biasalah,”
“Ini sikitlah ni. Okey sekarang dah boleh pakai baju,” suruh Rofifah membantu aku memakai baju tunang. Malulah pulak nak pakai baju depan orang. Aku mengambil baju dan berlari anak masuk dalam bilik air.
“Pemalu sungguh,” komen Anis.
“Dia memang selalu macam tu ke?” soal Rofifah.
“Sejak nak kahwin ni, Vitamin Malu dia terlebih sikit kak,” sambung Khayla sudah tersengeh. 
“Dia tahu ke?” bisik Rofifah perlahan pada Anis. Anis hanya senyum dan menggeleng kepala. 
“Tahu apa kak?” soal Khayla.
“Tahu yang dia sebenarnya cantik sangat..,” puji Rofifah yang nampak sangat lucunya.
“Ustazah tu…emmmmm,” komen Khayla.
Usai bersiap. Aku masih duduk dalam bilik dengan penuh debaran. Bagaimanalah rupa suami aku nanti. Bolehkah dia terima aku?  Bolehkah aku terima dia? Keluarganya bagaimana? Adik beradiknya? Perlu aku jadi bisu sahaja?
MakSu masuk minta pengapit membawa aku duduk di pelamin ringkas di ruang tamu untuk upacara menyarung cincin tunang. Jam di dinding bilik sempat aku kerling, lamanya mereka berbincang sekarang dah jam satu tengahari. Baru nak sarung cincin tunang.
“Efa, kau nervous ya?” bisik Khayla.
“Gila nervous,” balas aku ringkas. Khayla dan Anis mengeratkan lagi pegangan tangan mereka. Memberi sokongan dan semangat untuk aku. Aku sayang mereka.
Melangkah sahaja aku di pelamin cute di penjuru ruang tamu, suasana menjadi senyap sesaat. Kemudian riuh dengan siulan dan usikan saudara mara. Yang terlebihnya siapa lagi kalau bukan dua orang budak nakal, Hasbi Afifi  dan Zainul Arifin.

No comments:

Post a Comment