Monday, July 3, 2017

LELAH



Sofia meneliti tiket penerbangan yang ada di tangannya. Keputusan untuk kembali semula ke Malaysia setelah tujuh tahun menghilang dibuatnya setelah tak tertahan rasa rindu pada satu-satu abang dan adiknya di Malaysia. Nak pula bila Mak Su yang duduk depan rumah ayahnya memaklumkan yang abang dan adiknya akan melangsungkan perkahwinan serentak. Majlis Perkahwinan?
Teringat lagi saat-saat akhir sebelum membuat keputusan melarikan diri dulu. Haji Talib beriya-iya memaksa Sofia menerima peminangan TY, anak muda yang sangat dikagumi. Macam-macam propaganda yang dilakukan oleh Haji Talib supaya Sofia menerima.
“Ayah, Sofia tak boleh nak terima. Sofia tak kenal siapa TY tu? Yang ayah minta ini satu benda yang cukup berat buat Sofia. Ini hal kehidupan Sofia,”geram Sofia pada malam dia bertekad untuk bertegang urat dengan Haji Talib dan keluarganya yang lain. Yang lain semua sudah senyap bila Sofia nampak begitu bersungguh-sungguh menyatakan kata tak setujunya dengan keputusan yang telah Haji Talib buat.
“Ayah kenal TY tu. Dia bukan calang orang. Budibahasanya tinggi. Pendidikan agamanya molek. Kerjanya usah cakaplah. Satu Malaysia semua kenal dia. Pokoknya, masa depan Sofia terjamin bila berkahwin dengannya,”jelas Haji Talib.
“Ya Allah, ayah ni. Bagaimana Sofia nak berkahwin dengan orang yang Sofia tak pernah jumpa dan kenal? Ayah, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Betul kata ayah yang ekonomi yang stabil tu akan menjamin masa depan Sofia. Tapi, itu bukan yang Sofia cari dalam mencari pasangan. Duit semua orang boleh cari. Sofia nak cari pasangan sendiri. Sofia nak serasi dengan pasangan Sofia sebab setiap hari muka tu yang Sofia tengok. Mulut tu yang Sofia akan lawan bertekak. Tangan tu yang Sofia akan salam untuk memohon restu. Pokoknya disini, Sofia tak boleh terima. Sofia tak akan terima peminangan ini. Keputusan Sofia muktamat,”tegas Sofia.
“Ayah dah buat keputusan, Sofia kena kahwin juga dengan TY. Keputusan di tangan ayah bukan Sofia,”marah Haji Talib membuak. Selama ini, Sofia tak pernah meninggikan suara lembutnya pada Haji Talib. Namun hari ini, Sofia sudah naik hantu. Dia bukan Sofia anaknya yang mendengar cakap.
“Ayah dah lupa, Sofia berhak membuat keputusan. Sofia sudah dua puluh tiga tahun. Sofia sudah cukup matang menentukan masa depan Sofia,”tegas Sofia tak mahu kalah. Sebelum ini, dia hanya menyatakan ketidakpuasan hati melalui ibu dan abang adiknya saja. Bisik-bisik selalu sampai ke telinga Haji Talib. Tapi kini, Sofia menyatakan pendiriannya secara terang dan lepas.
“Jika itu keputusan Sofia. Ayah beri dua pilihan, terima TY dan terus bekerja di Purnama atau tak terima TY dan cari kerja di kilang?”duga Haji Talib. Tahu sangat dengan perangai anak perempuan tunggalnya ini, mana biasa bersusah sikit. Kerja di Purnama pun selalu mengeluh, inikan pula nak kerja kilang. Mati hidup balik pun Sofia tak akan buat.
Sofia terdiam. Pilihan perlu dilakukan sekarang. Tawaran yang diterimanya dari Madam Kwan untuk membantunya di Sydney terbentang luas. Mula dulu hati rasa berat sangat nak tinggalkan ibu dan keluarga di sini. Tapi kini, dia tiada pilihan lain selain terpaksa meninggalkan segalanya kerana tak mahu berkahwin dengan jejaka bernama TY.
“Huh! Baru sedar, tak bersedia nak hidup susahkan. Dah jangan banyak cakap. Hujung bulan ni nikah. Dua minggu lepas tu baru diadakan majlis resepsi. Ina uruskan apa yang patut. Abang dah maklumkan pada keluarga TY pun. Mereka tiada halangan dengan cadangan abang ni. Nak jaga lembu sekandang tak sesusah menjaga sorang anak dara yang degil macam ni,” balas Haji Talib yang terus bangun meninggalkan ruang tamu.
Sofia memandang pada ibunya yang teresak di sofa sana. Hanif dan Hafez yang tadi menunduk memandang pada wajah sayu Sofia. Tak berdaya mereka membantu si adik keluar dari kemelut jodoh pilihan orang tua. Tersepit mereka di situ.
“Ibu, maafkan Sofia sekiranya lepas ini Sofia lakukan perkara yang memalukan ibu. Sofia tiada pilihan lain, ibu. Ayah tak nak dengar cakap Sofia,”ucap Sofia membuatkan Ina, Hanif dan Hafez memandangnya tanpa kelip.
“Sofia nak buat apa?”soal Hanif selaku abang sulong.
“Sofia perlu pentingkan masa depan Sofia. Yang hidup nanti Sofia, bukannya ayah. Sofia memang tak boleh terima,”jelas Sofia tegas.
“Jangan buat kerja bodoh Kak Sofia. Ingat, itu ayah. Apa yang mata hati orang tua ni tak sama dengan mata hati kita melihat kak. Ayah pasti sudah nampak segala kebaikan yang paling terbaik buat akak. Jangan ikut nafsu kak,”pujuk Hafez yang bongsu.
“Akak dah terpaksa dik. Maafkan akak. Akak janji akan jaga nama baik keluarga kita walau dimana pun akak berada. Akak sentiasa berhubungan dengan abang dan adik,”jelas Sofia lagi membuatkan hati ibu dan adik-beradiknya tak tentu arah.

****************
“Miss,”tegur seorang lelaki yang ingin duduk di sebelah Sofia telah mengejutkannya dari lamunan kisah silam. Dengan keadaan kelam-kabut Sofia bangun hingga membuatkan air kotak yang di tangan lelaki itu tertumpah di badannya.
“Opssss sorry. Sorry sir. Very sorry,” ucap Sofia
Yusman tergamam bila melihat gadis yang berdiri di depannya. Mana mungkin dia boleh melupakan gadis itu. Sampai matipun dia tak boleh lupa raut wajah gadis yang manis di depannya ini.
“It’s okey,”senyum Yusman.
“Serius?”soal Sofia cemas. Rasa dadanya dah sempit macam nak kena lelah bila cemas begini. Kenapalah hati dia rasa cemas sangat nak balik kampung, padahal selalu je dia pulang ke KL menghadiri mesyuarat di ibu pejabat. Madam Kwan pun dah lama memujuknya pulang bertugas di Kuala Lumpur je, pejabat di Sydney sudah stabil dan boleh berjalan dengan sendiri.
 Yusman terus mengeluarkan t-shirt yang memang ada dalam beg galasnya yang diletakkan di kompatmen atas. T-shirt yang tersarung di badannya di buka selamba. Sofia terkedu dengan Yusman yang duduk berjiran dengannya dalam kapal terbang yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ini.
“Sorry, cik... if you don’t mind. Lekit,” ucap Yusman selamba.
“Sila. Sila. Saya faham,” balas Sofia bila terdengar ucapan cik yang terlepas di bibir Yusman. Matanya tertacap pada susuk otot perut Yusman yang berketul-ketul. Oh!! Cintaku berputik??? Ubat asma terus digagaunya dalam tas tangan yang disangkutkan di kerusi depan. Kepala dipusingkan ke tingkap dan ubat asma itu disebut panjang.
You okey?” soal Yusman yang sudah duduk di kerusi. Pelik melihat wajah Sofia yang tiba-tiba memerah tak tentu pasal.
 “Mmmmm...”jawab Sofia pendek.
By the way I’m Yusman and you’re?”
“Sofia. Nama saya Sofia.”
“Malaysia?”
“Iya. Yusman?”
 “Sama. Bercuti?”
“Kerja,”balas Sofia pendek.
“Oooo... kerja di Sydney?”soal Yusman mengumpul maklumat gadis di hadapannya ini.
“Iya. Yusman?”
“Main golf,”balas Yusman selamba. Sofia jadi tertarik dengan cerita Yusman. Ini mesti taikon usahawan Malaysia yang selalu mengadakan temujanji dengan kliennya di padang golf. Sampai ke luar negara main golf, memang superb!.
Perjalanan yang mengambil masa sebelas jam tak terasa lama, bila berjiran dengan lelaki yang bernama Yusman. Macam-macam yang diceritakannya. Dalam diam Sofia rasa selesa dan tenang berbual dengannya.
Sofia memandang ajah Yusman yang lena tidur disebelahnya. Pertama kali dalam sejarah lelaki asing yang dari Malaysia seperti Yusman ini duduk disebelahnya. Terasa macam dah lama kenal. Terasa macam mereka berkawan baik di Malaysia sana. Padahal, baru saja mengenali lima jam lalu. Semput nafas Sofia bila memandang wajah maskulin Yusman tu. Tidur pun nampak kacak. Cantiknya ciptaan Allah ini. Dalam diam, akui Sofia.
“Alangkah beruntungnya kalau wajah ini dapat aku sentuh. Rasa kesat di kumis ni mesti seksi rasanya. Mmmmmm...”ucap Sofia berbisik. Badannya yang mengiring dengan mata tak putus memandang Yusman yang sedang tidur buatkan timbul pelbagai rasa dalam diri Sofia.
“Sentuh jelah saya tak marah...”gerak bibir Yusman yang terpejam matanya.
Glurppp! Pucat lesi wajah Sofia. Cepat saja, dia memejamkan matanya rapat-rapat. Rasa malu melebihi segalanya. Yusman rasa nak tergelak melihat rupa comel Sofia. Kalau dulu sekilas pandang je dari jauh pun sudah tak keruan hatinya. Sekarang duduk dengan jarak jengkal je. Wajah yang comel tanpa selendang ni memang berubah terus dari Sofia yang dilihatnya tujuh tahun dulu. Sofia sekarang ni sudah berhijap moden. Ayu dan terserlah mulus lembut wajahnya.
Gerakkan kelopak mata Sofia lagi mengeletek hati Yusman bermain dengan si gadis di sebelahnya ini. Diperhatikan sebelah kelopak mata Sofia perlahan-lahan terbuka.
“Hai,” balas Yusman yang dari tadi menilik wajah mulus Sofia.
Terus Sofia berpusing mengadap tingkap. Malu berganda-ganda. Tawa halus Yusman, kedengaran juga di telinga Sofia. Badan dikakukan tanpa rentak. Memang sampai KLIA nanti dia akan terus menyorok dari Yusman. Serius dia malu pada Yusman. Bersama Yusman tak sampai beberapa jam, dia lemas dengan lelah pandangan matanya pada susuk tubuh yang mengoda itu. Selalu, lelaki yang tergoda dengan susuk tubuh yang mengiurkan si gadis. Ini terbalik pulak. Sofia tergoda dengan susuk tubuh lelaki yang maskulin disebelahnya ini. Dunia betul-betul dah terbalik!
******************
“Sofiaaaaa,”panggil Yusman melihat Sofia sudah meninggalkan ruang bagasi untuk ke tempat pemeriksaan kastam. Sofia menoleh dan tersenyum kelat. Apa lagi?
“Iya.”
“Nak nombor telefon untuk call Sofia nanti.”
“Saya tak ada telefon bimbit. Public phone pun tak jumpa,”balas Sofia mudah.
“Hahahaha... pelik! Telefon rumah ke? Atau pejabat pun boleh?” tanya Yusman yang tak ingin putus hubungan dengan Sofia. Semua klue berkenaan Sofia perlu ada dalam tangannya.
“You lupa ke yang saya baru balik ke Malaysia. Rumah pun tak tahu macam mana.... pejabat pun lagi seminggu baru lapor diri. Rasanya soalan you tu terpaksa dibiarkan dengan penuh keterpaksaan,”sengih Sofia sambil mengenyit mata nakal pada Yusman. Lega rasa hatinya. Sikap nakal terselit dalam dirinya bila dia teringin sekali melihat wajah Yusman yang cukup menggoda bila mengulum senyum sambil mengelip mata sejenak. Rasa boleh terbang diri dibuatnya.
“Akaun email ke? Facebook, Twitter, Instgram. Tak ada ke?” soal Yusman tak mahu mengerah kalah.
“Saya tak ada semua itu. Saya ini buta teknologi. Okey, may I go now,” ucap Sofia meninggalkan Yusman yang kecewa.
Entah kenapa hati Sofia bagaikan dipanggil untuk menoleh ke belakang memandang pada wajah sugul Yusman buat kali terakhir. Bila ditolehnya, Yusman masih tetap memandangnya tanpa kelip dan penuh mengharap. Berbelah bagi hati Sofia ingin mengecewakan Yusman begitu sekali. Apa salahnya kalau mereka berkawan.
Geleng kepala Sofia dengan kata-kata nakal hatinya. Kaki terhenti. Telefon bimbit dikeluarkan dari tas tangan. Business Card Yusman yang diperolehinya semasa di perut kapal terbang tadi dipandangnya. Jarinya ligat menaip sesuatu di skrin telefon pintarnya ini sebelum butang ‘send’ dihantar.
Wajah macho tapi hilang taring bila monyok macam tu. I can be reach via facebook account Sofia Mairasa. Do Add me. See You – Sofia
Yusman yang membelek telefon bimbitnya tersenyum menerima pesanan ringkas daripada nombor yang bernama ‘Private Number’. Namun pantas kepalanya mendongak semula ke atas. Mencari kelibat Sofia. Tiada!
“Alhamdulillah. Facebook pun facebooklah. Asalkan aku ada klue dimana nak cari kau Sofia. Aku akan cari hati kau sampai dapat,”janji Yusman.
Dari KLIA Yusman terus pulang ke rumah keluarganya dengan hati yang penuh tanam bunga yang sedang mekar. Rasa berjalan pun sudah terapung aje sekarang ni.
Tengku Mahani yang menyambut kepulangan anaknya pun pelik. Tak pernah-pernah Yusman berkelakuan begini, kenapa tiba-tiba tersengih saja dari tadi. Selepas menuangkan air teh pada cawan si anak terunanya ini. Tengku Mahani bersuara.
“Yus, minggu depan majlis perkahwinan Hanif dan Hafez berlangsung. Mereka kahwin serentak. Mama dan papa pergi. Yus nak pergi sekali ke asing?”soal Tengku Mahani. Yusman yang sedang menunduk mengambil cawan teh terdiam. Dia tahu akan majlis perkahwinan ini. Hanif dan Hafez sudah ingatkannya berkali-kali. Siap nak suruh dia jadi pengapit lagi. Tapi dia tak mahu. Dia segan.
“Yus, malulah mama. Dulu Yus sepatutnya jadi menantu Uncle Talib tu....tak sangka pula disebabkan Yus, anak gadisnya itu lari dari rumah. Sampai sekarang tak balik-balik,” kesal Yusman.
“Yus, itu kisah dulu. Uncle Talib pun tak salahkan Yus. Perkara sudah nak jadi nak. Hmmmm dimanalah si Sofia ni berada ya. Apalah khabar dia?” terus fikiran Tengku Mahani mengimbau kembali wajah ayu gadis yang cukup manis dengan selendang panjangnya sentiasa di kepala. Ke mana-mana pasti berselendang.
“Kalau jodoh Yus dengan Sofia tu jadi. Mesti anak Yus sudah tigakan mama?” Yusman sudah mula berangan semula. Tadi dia bersama Sofia. Ini berangan kembali mencintai Sofia. Macamlah Sofia tu ingin sangat nak berkahwin dengannya.
“Hahahaha... Kalau jodoh Yus. Tapi tak. Bukan tak ada orang lain yang berminat. Yus tu yang jual mahal. Atau Yus memang tunggu Sofia tak?” duga Tengku Mahani hanya disambut dengan senyum Yusman yang melirik. Telan air liur juga Tengku Mahani mengetahui kebenaran yang satu tu. Patutlah sampai sekarang Yusman tak mahu bercerita tentang kahwin.
“Subhanallah, Yusman!... dulu kata redha. Ini dah macam pungguk rindukan pulak mama tengok. Parah penangan cinta pandang pertama kau ni Yus” geleng Tengku Mahani melihat wajah anaknya yang cukup pelik hari ini.
“Nak buat macam mana mama. Semua yang lahir dari Yus-kan ke exclusive. Termasuklah cinta,” sengih Yusman terus bangun meninggalkan Tengku Mahani terpinga-pinga. Parah kalau Yusman bertindak begini. Mana nak dicarinya Sofia? Takkanlah sampai bila-bila pun Yusman nak tunggu Sofia. Cinta itu sangat menyusahkan. Nak pulak cinta pandang pertama yang hanya dirasai oleh sebelah pihak saja.
“Mana mama nak cari Sofia ni Yus?” ucap Tengku Mahani lepas. Tiba-tiba hati ibunya rasa buntu dan lelah dengan aturan hidup anak bujangnya ini.
“Tak payah cari ma. Yus dah jumpa,”jerit Yusman dari tangga.
“Yusman!!!!!”geram Tengku Mahani.
***********
Hanif masih tak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarinya ini. Yusman betul-betul menyampaikan berita yang langsung tak terfikir olehnya. Yusman yang jumpa Sofia?
“Yus betul ke ni?”
“Kau sendiri tengok kan. Aku bukan cakap main-main. Bila aku cakap aku jumpa Sofia, memang aku jumpa Sofia. Dia saja yang tak kenal aku,” cerita Yusman yang berkongsi kisah dia berjumpa Sofia semalam. Itu saja yang dia ada. Gambar yang diambil curi-curi semasa Sofia sedang nyenyak tidor. Bolehlah dibuat sebagai penawar rindu.
“Kalau dia dah balik kenapa dia tak call aku. Hafez pun tak?” bengang Hanif.
Keluarga sudahlah terlalu merindui Sofia. Masakan ibubapa tak sayangkan anak-anaknya. Mulut saja riuh membebel memarahkan si anak. Namun jauh dibenaknya rasa kasih sayang itu membuak-buak. Hanya anak saja yang selalu tak perasan akan kasih sayang ibu bapa yang cukup luhur itu. Sofia ini pun satu. Janji nak titipkan khabar berita, sampai sekarang satu perkhabaran pun tidak dititipkan. Sudah hampir tujuh tahun Sofia menghilang. Puas dicarinya dimerata tempat. Namun jawapannya tiada.
“Hanif..... aku masih nakkan Sofia. Kalau dia masih belum berpunya,” cerita Yusman terus-terang buatkan Hanif tersentak. Ingatkan cerita lama dah tutup buku, rupanya tempoh masanya dipanjangkan.
Pengalaman lalu buatkan Yusman tekad untuk mengenali dan rapat bersama keluarga Haji Talib ini. Tujuh tahun tempoh untuk dia mengenali keluarga ini luar dan dalam. Penerimaan keluarga ini juga sangat mengharukan Yusman. Tanpa sebarang pertalian darah, Yusman sudah dianggap sebagai sebahagian keluarga besar Haji Talib. Yusman cukup disenangi oleh keluarga besar Haji Talib.
“Kali ini kalau kau serius. Aku cadangkan kau tangkap hati Sofia dulu. Kau kena buatkan hati Sofia jatuh tersungkur pada kau dulu. Baru kau cakap dengan ayah. Sejak kes Sofia lari dari rumah kerana aturan jodoh. Ayah sudah tak nak masuk campur lagi hal jodoh anak-anak ni. Siapa pun yang anak bawa jumpa, jika itu elok dan sesuai di mata tuanya. Dia restu aje,” cadang Hanif.
“Habis tu aku nak cakap apa dengan Sofia? Takkanlah aku nak cakap, hey, boleh berkenalan. Saya ni dulu calon suami tak jadi awak. Begitu?”soal Yusman tak setuju.
“Kenapa tak boleh? Atau kau takut nak menangih cinta Sofia?”duga Hanif.
“Aku tak pernah takut. Kalau aku takut, sudah lama aku lupakan Sofia. Tapi sayangnya aku tak boleh buat macam tu. Dia betul-betul dah bawa lari hati aku yang satu tu,”jujur ungkapan Yusman. Hanif akui akan hal itu. Dari sinar mata Yusman dapat dipandang semua itu. Jika mereka bercerita tentang kisah dulu-dulu yang melibatkan Sofia, mata Yusman pasti bersinar. Tiada siapa yang dapat sangkal akan kebenaran yang satu itu.
“Cinta itu butakan bro. Sampai parah kawan aku ni dikerjakan oleh cinta pandang pertama tu kan,”usik Hanif selamba.
***********************
Kenanga Teknologies Berhad yang berada di Jalan Duta menjadi destinasi Sofia yang baru tiba semalam. Dia perlu menguruskan sedikit urusan lapor diri sebelum bercuti di kampung. Setelah urusannya di Jabatan Sumber Manusia dan Kewangan selesai. Sofia melangkah ke pejabat CEO.
Sofia merupakan Sr. System Analysis yang sangat dihormati kerana sikapnya yang pandai mengambil hati klien yang dijaganya dan sikap bertanggungjawabnya pada tugas. Beberapa peluang kenaikan pangkat pun ditolaknya kerana cukup selesa dengan tugas yang dilakukannya. Selepas didesak oleh Madam Kwan, Sofia menerima kenaikkan pangkat kepada Head-System Analysis, Asia Pasific Region.
“Good Morning, bos,” jenguk Sofia dia muka pintu bilik Madam Kwan.
“Laaaa... dah sampai rupanya Cik Sofia Maisara saya ini. Masuk,”suruh Madam Kwan. Sofia tersenyum manis dengan pelawaan itu. Perkenalan dengan Madam Kwan secara tidak sengaja dulu banyak merubah hidupnya. Madam Kwan melayannya bagaikan anak sejak Sofia menyelamatkannya dari menjadi mangsa ragut tidak lama dulu.
“Bos sihat?”
“Sihat. Dan sekarang akan lebih sihat dengan adanya Sara di sisi saya,” jenaka Madam Kwan.
“Hahahahaha.... bos rindukan saya ya?” sakat Sofia buatkan Madam Kwan tersenyum bahagia. Mana boleh tak rindukan gadis lincah macam Sofia ni. Bersama Sofia dirasakan aura positifnya kuat. Cerianya bertambah-tambah dengan jenaka dan gelak tawanya yang periang. 
“Saya mengaku saya rindukan Sara juga. Ehh! Bukan ke minggu depan baru lapor diri? Dah balik kampung ke belum?” soal Madam Kwan yang tahu kisah disebalik penerimaan tawarannya pada Sofia tujuh tahun dulu.
“Lepas ni kot bos, saya dah call bibik.”
“Kot? Hahahahah.....tak habis-habis dengan komplot bibik dia tu,”gelak Madam Kwan.
“Ini yang terakhir. Bos, kalau jadi apa-apa pada saya, parcel tu bos hantar pada abang saya ya,” pinta Sofia lemah.
“Sara. Fikir yang positif. Belum cuba sudah nak mengalah. Ingat, tak ada seorang pun manusia di muka bumi ini tidak melakukan kesalahan. Dan setiap kesalahan itu bersebab. Kita sebagai manusia perlu tentukan sama ada sebab itu boleh kita putarkan semula tak pada kebaikan yang kita impikan. Nak pula dalam kes Sara ni. Tujuh tahun tu tempoh masa yang lama, Sara. Saya yakin pasti ayah dan ibu Sara sudah maafkan Sara. Cukup-cukuplah menyeksa diri hidup bersembunyi dari keluarga. Tak ada gunanya,” nasihat Madam Kwan panjang lebar. Sesekali, Sofia perlu disedarkan akan konsep memaaf untuk teruskan kehidupan. Memohon maaf itu mudah. Namun memaafkan kesilapan orang lain pada kita lebih mudah dari itu. Kita ini saja yang selalu kedekut dan bongkak untuk menyalurkan kata kemaafan itu.
“Bossssss....”Sofia terkedu. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya.
“Sudah tu jangan nak sedih sedih kat sini. Lepas ni terus balik kampung. Jumpa ayah dan ibu, Sara. Dan sekarang jom ikut saya makan tengahari dengan klien baru kita. Saya nak Sara jaga klien ini. Dia ni taikon oil & gas di Malaysia. Kita dapat projek rangkaian komunikasinya dengan beberapa lagi anak syarikat,”cerita Madam Kwan.
“Bos?”
No excuse. Lets go. By the way Ku Yus sudah tunggu kat coffeehouse kat bawah,” ucap Madam Kwan.
“Bos, saya ni kasual hari ni. Tak sesuai,”alasan Sofia yang ingin melepaskan diri.
No excuse Sara. Saya nak Sara kenal Ku Yus. Dia akan jadi tanggungjawab Sara lepas ini.”
“Baik,”Sofia sudah tak punya alasan.
Madam Kwan berjalan beriringan dengan Sofia ke meja Yusman yang sedang duduk membelek Ipad di tangannya. Sapa Madam Kwan mengejutkan Yusman.
“Ku Yus,”sapa Madam Kwan cukup mesra.
“Madam Kwan and siapa ni....”berubah terus wajah Yusman yang tak menyangka akan bertemu dengan Sofia begini. Sofia yang dari tadi sudah dapat mengagak situasi ini yang akan berlaku bila matanya yang nakal melilau mencari siapakah si gerangan Ku Yus ini.
“Ku Yus ni, bila ada yang muda. I yang dah veteran ini tak dipandang langsung. Kenalkan my Head-System Analysis, Asia Pasific, Sofia Maisara. Dia yang akan menjadi contact person Ku Yus selepas ini,”jelas Madam Kwan.   
Yusman menghulurkan salam perkenalan pada Sofia. Dengan rasa yang teragak-agak Sofia menyambut huluran salam perkenalan Yusman itu.
“Hai, saya Yusman.”
“Sofia Maisara. Call me Sara saja,” ucap Sofia.
“Tapi saya suka dengan nama Sofia dari Sara. Boleh saya panggil Sofia?”
“Terpulang pada Ku Yus.”
“Madam Kwanlah ni. Dah banyak kali panggil saya Yusman je. Nama Tengku tu, terlalu berat untuk saya pikul. Biarlah saya dengan nama Yusman saja,” pinta Yusman mudah. 
Dekat tiga jam juga, perbincangan mereka berlangsung. Masing-masing serius mencari kata sepakat untuk projek yang memakan masa bertahun ini. Komitment antara dua syarikat sangat dititik beratkan. Yusman cukup teliti dan cerewet bila bersangkutan dengan kerja. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih, Sofia berlalu ke parkir. Kereta syarikat yang baru diambilnya itu diperiksa terlebih dahulu. Nissan Murano ini masih belum dibuka plastiknya. Ini salah satu yang terkandung dalam pakej kenaikkan pangkatnya.
“Hai, not bad,” sapa Yusman yang berdiri di sebelah kereta Nissan Murano yang sedang diperiksanya itu.
“Ohh!”
“Free malam ni?”soal Yusman lembut.
“Maaf, saya bercuti lagi. Minggu depan baru masuk kerja. Saya nak balik kampung lepas ni,”jelas Sofia.
“Kat mana?”
“Bumi Malaysia.”
“Hahahaha... bumi Malaysia ni besar cik adik ooiiii. Di mana daerahnya?”
“Sini-sini aje.”
“No 11, Jalan Dato Pahamin 2, Kampung Melayu Subang ke?”soal Yusman mengejutkan Sofia. Sungguh dia tak pernah memberitahu alamat rumah keluarganya pada sesiapa melainkan pegawai di Jabatan Sumber Manusia saja tadi.
Did we know each other before this?” soal Sofia inginkan kepastian.
I’m not sure. You think?”
************************
                Gempar rumah Haji Talib bila menerima kunjungan daripada anak gadisnya yang tujuh tahun menghilang. Pengsan sekejap Ibu Ina melihat Sofia muncul di depan mata dimasa semua sibuk menyiapkan persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan dua lagi anaknya.
                “Ayah, Sofia nak minta maaf atas apa yang telah Sofia lakukan pada keluarga dan juga pada ayah dan ibu. Sofia benar-benar kesal kerana meninggalkan keluarga tanpa khabar berita. Sofia bukan tak nak balik, tapi Sofia takut ayah dan mak masih tak boleh terima Sofia. Cuma kali ini, Sofia terpaksa ambil langkah nekad. Sofia nak lihat majlis perkahwinan abang dan adik dengan mata kepala Sofia sendiri,” ucap Sofia yang masih takut-takut berdepan dengan Haji Talib yang serius saja wajahnya dari tadi. Tanpa sebarang patah kata. Mujurlah ada Pak Su, Mak Su, Pak Ngah dan Mak Ngah yang berkampung di rumah banglo Haji Talib. Kalau tidak tak tahulah Sofia bagaimana keadaannya.
                “Kenapa baru sekarang kau nak balik? Kau ke mana? Hina sangat ke keluarga ini, sampaikan tak ada langsung khabar berita untuk kami. Kalau iya pun tak suka dengan keluarga ni, takkanlah sampai tak boleh nak maklumkan pada kami yang kamu tu sihat dan selamat,”suara Haji Talib serius lagi tegas.
                “Errrrr....Sofia minta maaf ayah. Sofia takut dan marah sangat waktu itu. Sofia minta maaf,” ucap Sofia yang sudah sebak dadanya. Sungguh dia ingin pulang atau memberi khabar berita pada keluarganya. Namun desakan perkahwinan itu membantutkan rasa itu.
                Tubuh yang sedang melutut mengadap Haji Talib itu terus ditariknya ke dada. Haji Talib memeluk erat satu-satunya anak gadisnya yang ada. Anak gadis yang membawa diri kerana dipaksa berkahwin satu ketika dulu. Anak gadis yang dikongkong sebaik yang mungkin. Kerana kasih dan sayangnya yang tidak terhingga pada anak gadisnya ini.
                Sofia terus membalas pelukan ayahnya itu. Rindu sangat dengan orang tuanya ini. Air mata usah cakaplah, sudah tak henti-henti mengalir. Kalau mampu diputarkan semula waktu. Sofia mahu berjanji yang dia akan merajuk sekejap saja. Taklah lama sampai tujuh tahun. Tak lelah hidupnya menanggung seksa merindu yang begitu mencengkam jiwanya. Rindukan keluarga yang sesekali dicuri-curi mengintai bila dipanggil menghadiri mesyuarat di KL.
                “Ayah dah lama maafkan Sofia. Dan ayah nak minta maaf kerana selama ini ayah banyak kongkong Sofia. Ayah desak Sofia untuk terima saja keputusan ayah. Kini ayah sedar, melepaskan anak yang disayangi untuk melalui kehidupan sendiri adalah sangat diperlukan. Biarlah segala keputusan tentang kehidupan itu ditentukan oleh si anak. Kerana itulah proses pelajaran kehidupan yang sebenar. Jatuh bangun selepas membuat sesuatu keputusan adalah pengalaman yang sangat tak ternilai nikmatnya. Ayah minta maaf, Sofia,” bisik Haji Talib yang turut sama menangis sambil memeluk Sofia.
                “Ayah!!!” Sofia mengeratkan pelukannya. Sungguh dia terharu.
                “Shssss.... ayah tahu. Anak ayah ni rindukan ayah sangat-sangat,” ucap Haji Talib.
                Malam itu, semua saudara-mara terdekat dipanggil untuk sedikit kenduri kesyukuran dengan kepulangan Sofia ke pangkuan keluarga. Hanif dan Hafez lebih teruja untuk mendengar cerita dari mulut celoteh Sofia.
                “Kak kau pergi mana sebenarnya ni?” soal Hafez selamba.
                “Akak terima tawaran kerja di luar negara,”jawab Sofia.
                “Mana?”
                “Sydney.”
                “Habis tu, sekarang ni cuti ke apa ni?” soal Hanif.
                “Sekarang ni tengah cuti seminggu. Minggu depan dah kena lapor diri di ibu pejabat di Jalan Duta,”jelas Sofia.
                “Kerja apa?” soal Hafez.
                “Head- System Analysia untuk Asia Pasific Region. Baru naik pangkat. Itu yang boleh pindah balik KL tu,” jelas Sofia terus-terang.
                “Woooooo..... korporatlah ni. Bukan calang pulak tu. Asia Pasific tu? Lepas ni bolehlah minta hadiah perkahwinan yang besar sikit kan? Nak cover hadiah birthday yang tujuh tahun tak dapat tu lagi,” sakat Hafez buatkan Sofia tersenyum.
                “Tak payah minta. Akak dah siapkan pun. Tunggu nak bagi aje. Tapi kecil ajelah. Tunggu lepas abang dan adik salam tangan tok kadi dulu. Lepas tu baru Sofia bagi,”balas Sofia.
                “Sofia tak nak cari calon ke? Awak tu dah nak masuk three series tu?”
                “Malas fikir. Biarlah ayah yang cari.”
                Ucapan Sofia menjadi pelik di telinga Hanif dan Hafez. Dulu, Sofia begitu beriya-iya menolak pilihan keluarga sebab nak cari sendiri. Nak kenal dan serasi dulu dengan pasangan hidup sebelum membuat keputusan ya atau tidak. Tapi ini sudah terbalik pulak. Apa sebenarnya yang melanda jiwa gersang Sofia waktu ini.
                “Dik... kau masih ada mengharap yang TY tu ke?”
                “Entahlah, biar ayah yang tentukan,” ucap Sofia mudah.
                Belum pun Sofia menyambung cerita, telinganya terus tegak bila mendengar suara Yusman memberi salam dan duduk bersama dengannya dan adik-beradiknya yang lain.
                “Awak ada sini juga?” soal Sofia terperanjat.
                “Eh! Dah kenal ke?” soal Hafez menyakat.
                “Baru kenal. Yusman ini, klien baru Sofia.”
                “Laa, iya ke? Kalau Sofia nak tahu inilah calon suami tak jadi Sofia tu,” Hanif memperkenalkan Yusman pada Sofia.
                Terkejut Sofia menerima berita itu. Sungguh dia tak tahu. Tapi kenapa panggil nama TY. Kenapa Yusman tak munculkan diri waktu itu? Perubahan wajah Sofia yang sangat ketara itu memang sudah dijangka oleh Yusman dan Hanif. Mereka sudah mengaturkan rancangan untuk Yusman dapat mencuri hati Sofia dalam diam.
                Sofia mengagau nabulizer yang sentiasa ada dalam poket bajunya. Disedutnya seketika agar nafasnya kembali normal. Sekali sedut tak menjadi. Jantungnya berdebar. Denyutannya sepantas kuda berlari. Sedutan ke dua. Jantungnya kembali stabil , namun denyutan masih kacau bilau berlari. Kebetulan demi kebetulan sepanjang pulang ke tanah air ini memberikan impak yang cukup tinggi pada jiwa Sofia.
                Hanif memberi isyarat pada Hafez untuk membiarkan pasangan yang tak jadi kahwin ini bersemuka. Inilah pertama kalinya mereka duduk bersembang empat mata sejak Yusman menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan Sofia pada Haji Talib 
                “Errrrr.....” Sofia tak tahu nak cakap apa. Batuk-batuk kecil pun mulai kedengaran.
                “You okey? Nakkan CPR. Saya terlatih sijil tu ada dua tiga kat opis tu,” ucap Yusman lagi membuatkan batuk Sofia menjadi-jadi. Sesekali nabulizer itu dibawa ke mulut.
                “Sofia, saya masih dengan niat saya memperisterikan Sofia. Tawaran saya tu belum ada tarikh luput kecuali Sofia sudah berpunya. Hari itu saya berterus-terang pada Uncle Talib rasa cinta saya. Tapi itulah..... ayah dah tergoda tapi anaknya pula melarikan diri. Sekarang saya nak berterus-terang pada yang empunya badan terus..... Sofia, saya tak main-main cintakan awak. Orang kata apa, cinta pandang pertama. Saya ikhlas cintakan awak. Saya tak tahu bagaimana semua ini terjadi. Masa tu, Sofia baru keluar dari Purnama. Saya dalam kereta. Sofia tak nampak saya. Tapi saya nampak Sofia dengan cukup jelas. Lama juga saya soal siasat hati sendiri. Namun setiap kali terpandang Sofia dari kejauhan, hati saya cukup yakin yang Sofialah jodoh yang paling kuat untuk saya. And the pass seven years, this feeling is killing me. I’m tired of missing you.....please give me a chance to make you fall in love with me....”pinta Yusman memujuk.
                Sofia mati kata. Seluruh badannya mengeletar. Angan nak sentuh wajah maskulin dalam kapal terbang hari itu terus dimakbulkan Allah sekiranya dia bersetuju dengan permintaan Yusman ini.
                “Give me time to think and understand,”ucap Sofia.
                “Tujuh tahun telah terlalu lama Sofia. Saya tak mampu berikan tambahan masa yang lebih lama dari tujuh hari. Sekiranya dalam tujuh hari itu, Sofia tak ada kata putus untuk saya. Saya anggap memang Sofia tak sudi menerima peminangan saya dulu. Dan saya akan angkat kaki tidak mengganggu Sofia langsung,”ucap Yusman tegas.
                “Tujuh hari saja. Mana cukup?”
                “Tawaran saya cukup exclusive Sofia. Bukan calang orang yang mendapat cinta saya yang tulus suci ini. Tujuh hari! Tiga hari lepas majlis perkahwinan Hanif dan Hafez saya akan berjumpa Sofia. Namun dalam tempoh tujuh hari itu, saya mohon berilah saya ruang untuk mempromosikan diri saya pada Sofia. Tak adilkan membuat keputusan sebelum mengenali tuan yang empunya badan?”
                Sofia cukup rasa lelah bersama dengan Yusman dengan keadaan suaranya yang lemah menggoda. Kalau diperlahankan sikit lagi, sudah macam suara dalam kelambu pun ada. Cukup gemersih hingga ke pangkal tangkai cintanya. Nak pula dengan gaya selamba dan bersahajanya itu. Aduhhh! Memang tergolek-golek jatuh.
                “Promosi?”
                “Iyalah. Ingat senang ke nak jadi exclusive macam ni,” sengih Yusman yang suka melihat pancingannya menampakkan hasilnya.
                Yusman melihat Sofia mengeluh berat. Apa tak cukup kacak ke dirinya untuk bergandingan dengan Sofia? Nak kata aura memikatnya tumpul, rasanya sampai sekarang dia selalu menerima pelawaan dari wanita di luar sana untuk keluar makan dan bercuti bersama. Gaya Sofia berfikir sambil memusingkan nabulizer di tangan itu nampak sangat fikiran gadis ini bercelaru bila bercakap tentang perkahwinan. Lelah betul nak dapatkan cinta gadis ini.
*********************
                Majlis perkahwinan Hanif dan Hafez dilangsungkan dengan serba-sederhana seperti yang dikehendaki oleh kedua mempelai. Namun, segalanya meriah. Nak pula bila saudara-mara mendapat tahu berita kepulangan Sofia. Kehadiran Sofia dan Yusman menjadi usikan senda-gurauan mereka.
                Sofia duduk berehat di penangga belakang rumah bersama bibik dan Mak Su. Pinggan yang sudah dibasuh itu dilap untuk dimasukkan semula ke dalam kotak untuk senang diangkut pulang oleh tukang masak pagi esok. Kenduri-kendara yang dilakukan secara gotong royong ini memang menyeronokkan, tetapi sangatlah memenatkan.
                “Sofia,” panggil Mak Su lembut. Masa inilah Mak Su nak mengorek cerita dari bibir Sofia yang payah nak bercerita bila tang hal peribadi.
                “Ya, Mak Su.” Sahut Sofia yang tangannya masih ligat mengelap dan menyusun pinggan dalam kotak.
                “Yusman tu nampak macam nak sambung balik niat yang terbatal sebelum ni. Sofia okey ke?” soal Mak Su terus-terang. Tangan Sofia sudah perlahan mengelap pinggan. Kepalanya masih menunduk memandang pada pinggang yang masih ditangan.
                “Kalau Mak Su jadi Sofia, Mak Su terima tak?”soal Sofia perlahan. Dia memang lelah dibuatnya dengan layanan Yusman yang sangat prihatin dan mengambil berat sepanjang empat hari yang berlalu.
                “Kalau Mak Su-lah, ini kalau Mak Su-lah ya. Mak Su terima je. Tutup mata tak payah fikir-fikir. Sebab arwah opah pernah cerita pada Mak Su, bila lelaki tu sayangkan kita lebih daripada kita sayangkan dia insya-Allah bahagia rumah tangga. Dia akan menjaga kita sepenuh hatinya. Mak Su pun pelik dengan Sofia ni, macam tu punya handsome pun Sofia tak terpikat. Kamu ini lurus ke tidak di Sofia. Kamu jangan!” usik Mak Su.
                “Hahahaha...Mak Su ni. Saya luruslah, mana ada bengkok-bengkok. Hemmmm.....”keluh Sofia.
                “Kenapa yang mengeluh tu?” soal Mak Su.
                “Saya lelahlah Mak Su.”
                “Ubat kamu tu mana. Ishhh kamu ni Sofia, dah tahu asma tu selalu menyerang, yang jauh-jauhkan ubat tu kenapa?” bebel Mak Su.
                “Hahahaha... bukan lelah asmalah Mak Su. Ini lelah dengan perhatian Yusman tulah,”balas Sofia sambil tertawa kecil. Dia memang boleh bersembang pelbagai cerita dengan Mak Su. Banyak jugalah rahsia peribadinya yang Mak Su simpan berbanding ibunya sendiri. Entah kenapa, Sofia selesa berkongsi cerita dengan Mak Su.
                “Hahahaha... kamu ni Sofia. Nak kata budak kecik. Rasanya umur tu dah nak masuk dua puluh sembilan tahunkan. Dah memang cukup ranum untuk berumahtangga berbanding tujuh tahun dulu. Apa yang kurangnya Yusman tu, Sofia? Cuba cerita dengan Mak Su,”pujuk Mak Su.
                “Sofia tak tahu pulak yang Yusman tu calon suami tak jadi Sofia, Mak Su. Masa balik sini hari tu, kami duduk sebelah menyebelah. Masa tu hati Sofia ni gatal sangat menilik wajah dia sampai ke perut dia pun Sofia tilik. Orang yang kacak macam dia ni memang satu dalam seribu. Yang hanya dalam majalah je boleh tengok. Dalam realiti rasanya boleh kira dengan jari. Kemudian kami berjumpa lagi di pejabat Sofia. Dia klien baru yang bakal Sofia jaga bila memulakan tugas nanti. Mak Su rasa tak semua kebetulan ini menyesakkan jiwa Sofia bila tahu yang lelaki yang Sofia gatal dalam diam hari tu rupa-rupanya, suami tak jadi Sofia? Sofia ni tak punya apa-apa Mak Su. Sofia takut sebenarnya memberikan kata putus ‘Iya, saya sudi’ pada lelaki handsome dan digilai ramai ni. Sofia hilang hal exclusive memiliki dia,”cerita Sofia habis-habisan pada Mak Su.
                Mak Su diam sejenak. Baru dia tahu sebenarnya Sofia ni takut nak kahwin rupanya. Hari tu alasannya lain. Ini alasannya lain pula. Memang tak ada jalan lain selain paksarela jugalah ni. Lelah sungguh nak buatkan budak ni bernikah.
                “Sofia. Jangan tengok pada rupa paras dia atau pada perutnya yang berketul-ketul tu dulu. Tengok pada budibahasanya. Tengok pada tiang agamanya. Solat dia. Kelakuan dia pada ibubapanya. Pada orang tua yang lain. Dan perhatikan sikapnya pada kanak-kanak. Pada Mak Su orang yang mudah mesra dengan budak-budak ni, seorang lelaki yang sangat penyayang dan bertanggung-jawab. Rupa paras yang menarik dan kerjaya yang stabil itu merupakan bonus buat Sofia,”nasihat Mak Su. Sofia sudah memaling wajahnya memandang pada Mak Su. Dia terlepas pandang pada landasan memilih calon suami menurut Islam kalau macam tu. Solat Yusman sepanjang dia berada di sini, memang nampak ada. Sikap Yusman dengan ibubapanya penuh hormat dan kasih sayang. Bukan buat-buat. Yusman dengan adik-adik sepupunya yang kecil memang boleh ngam sampai boleh jadi postman kirim salam rindu padanya.
                “Nantilah Mak Su. Sofia fikirkan. Sekarang ni nak lepaskan rindu pada ayah dan ibu saja dulu. Sofia nak kador balik masa tujuh tahun yang Sofia menyendiri di bumi kanggaru tu. Kalau Sofia tahu, rajuk Sofia mesti tak panjang sampai macam itu sekali,” jelas Sofia yang nampak sangat kesal dengan tindakan bodohnya dahulu. Melarikan diri bukan penyelesaian masalah. Itu sikap orang yang pengecut menghadapi kehidupan.
                Tanpa Sofia sedar perbualannya dengan Mak Su didengari oleh Yusman yang berdiri di store belakang rumah. Setiap butir bicara Sofia didengari dengan jelas oleh Yusman. Pantas jarinya menghantar pesanan ringkas pada Sofia.
                I’ll change my mind. Give you few more days to think. And please listen to this song. Lelah by Chakra Khan. – Yusman.
**********
                Tiga bulan sudah berlalu. Yusman langsung tak menjenguk Sofia langsung untuk mengetahui apa keputusan Sofia dengan perlanjutan tawaran cintanya itu. Sofia lelah menahan rindu. Pesanan ringkas yang menjadi pengganti diri Yusman yang selalu dititipkan juga sudah tidak muncul lagi.
                Kini dirinya pula yang menjadi lelah mengejar cinta exclusive Yusman.
                “Aku lelah, dan teramat lelah....Menanggung beban sendiri....Aku lelah ku teramat lelah....Uuuhhhhhh.......Biarkan bintang tak terangi......Asalkan kau ada disini....” lagu Sofia yang sering bermain di bibirnya tika ini. Tak kiralah dia berada di pejabat atau di apartment, lagu ini sering berlagu di bibirnya. Parah menanggung rindu exclusive ini rupanya. 
                Semalam sebelum berangkat ke Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat dengan team System Analysis-nya Sofia menerima parcel berisi CD lagu Lelah lagi tapi itu nyanyian dari Yusman sendiri. Aduhhhh! Parah hati dibelit dengan rasa cinta yang berputik dan rindu yang semakin mencengkam. Ini yang buatkan Sofia lagi teruk diserang lelah merindui Yusman yang sudah penuh di hatinya.
                “Excuse me,” sapaan itu menyedarkan Sofia dari lamunan yang panjang di tepi kolam renang waktu malam begini. Selesai mesyuarat tadi, dia berjalan menyusuri kolam renang resort ini untuk menenangkan dirinya.
                “Hah!” balas Sofia terkejut.
                “You look terrible. It’s that show that you miss me?”soal Yusman yang hanya berpakaian kasual. Sofia memejamkan matanya rapat-rapat. Lelah sungguh melihat Yusman yang selamba memikat ada di hadapan matanya ini.
                “I’m tired pretending everything is okey, Yusman,”jelas Sofia perlahan.
                “Tired? Pretending? Tolong berikan pencerahan,” pinta Yusman sambil tersenyum penuh kemenangan. Itulah strategy yang dilakukannya untuk memancing hati Sofia. Betul kata Hanif, Sofia ini jinak-jinak merpati. Bila dah dibelai dan ditinggalkan terus, dia jadi lemah. Dan dengan sendirinya dia akan menyerahkan hatinya dengan rela. Hai, gadis macam ni pun ada rupanya.
                “Pretending that I’m not fall in love with you. Bila kata rindu mulai bermain di bibir. Air mata mula bergenang di tubir mata dan senyum sudah mulai hilang. Rasanya itu sudah namanya cinta sedang sakit di situ,” jelas Sofia.
                “Maksudnya?” saja Yusman ingin mendengar dari bibir Sofia.
                “Maksudnya, maksudnya.....maksudnya....”
                “Apa maksudnya Cik Sofia Maisara?” soal Yusman dengan pandangan mata yang nakal. Sofia jadi geram dibuatnya. Issshhh sudah terang lagi bersuluh, masih lagi nak suruh dia ulang cakap. Terus Sofia bangun dan menolak Yusman yang sedang berdiri di hadapannya. Dengan keadaan yang spontan, Yusman terjatuh dalam kolam. Sofia jadi panik seketika bila melihat Yusman tenggelam timbul tenggelam timbul dalam kolam. Tindakan pantas Sofia adalah terjun sekali ke dalam kolam dan menyelamatkan Yusman.
                Dengan kepayahan dan dibantu oleh dua orang petugas resort yang menghulurkan bantuan, Yusman berjaya diangkat naik ke tepi kolam. Petugas resort memusingkan badan Yusman untuk menyedarkannya. Namun Yusman masih lagi tak bertindakbalas.
                “Awak tahu CPR? Beri dia CPR,”suruh Sofia pada petugas resort itu.
                “Maaf cik, saya tak pandai. Nanti saya panggil kawan saya yang pandai. Boleh cik tunggu sini,” suruh petugas resort itu.
                “Ishhh kenapa tak cakap. Tepi,” arah Sofia yang sudah bersimpuh di sisi Yusman. Badan Yusman di tolak dan diiringkan ke kiri. Dan kepalanya di luruskan ke depan. Kemudian di tolak mengiring ke kanan pula. Kemudian Yusman di terlentangkan dengan kepada didongakkan. Dada Yusman ditekan mengikut kiraan satu dua tiga empat lima. Kemudian berhenti melihat ada tak perubahan berlaku. Menggeleng Sofia bila melihat Yusman tidak bertindak balas.
                 Hidung Yusman dikepit sementara bibit Yusman dibetulkan sebelum Sofia mendekatkan wajahnya untuk memberikan bantuan pernafasan. Bila bibir Sofia melekat di bibir Yusman, belum sempat Sofia ingin meniup. Yusman sudah menarik kepalanya. Terpanar Sofia seketika. Terus ditolaknya kepala Yusman menjauh.
                “Eeeee... tak senonoh. Saya punyalah bersungguh-sungguh nak menolong. Boleh pulak awak ambil kesempatan,” marah Sofia yang sudah merah pipinya. Petugas resort sudah tersengih-sengih lucu.
                “Dik terima kasih. You may go now,” suruh Yusman yang sudah tersengih nakal.
                “Upahnya bang?”soal salah seorang dari petugas resort itu.
                “Esok pagi jumpa abang kat coffeehouse,”senyum Yusman buatkan mereka meninggalkannya berdua dengan Sofia.
                Sofia sudah berjalan menuju ke kaunter swimming pool yang sudah tutup. Tuala di situ diambilnya untuk menelap badannya yang lencun dek terjun menyelamatkan Yusman tadi. Yusman menghampiri Sofia dengan penuh rasa bahagia.
                “CPR tu memang melemaskan saya. Sudahlah lama merindui. Dapat pulak bonus macam tu. Nak lagi boleh?”usik Yusman.
                “Awak dah melampau. Awak sudah dikira mencabul kehormatan saya. Awak, awak kena bertanggungjawab,” geram Sofia yang teramat malu. Tak pernah seumur hidupnya insiden seperti ini berlaku. Lain yang terniat dihati, lain pulak yang jadi.
                “No worry sayang. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Saya sudah tak sanggup merindu. Cukuplah lelah saya merindui awak selama ini. I want to be yours for the rest of my life. And i want you to be mine forever. Would you marry me?”ucap Yusman penuh romantis.
                “Jawapannya bukan ada pada saya. Saya ikut saja apa kata ayah. Kalau awak betul nak bertanggungjawab, minta saya melalui ayah,” ucap Sofia berlapik.
                “Baik,” sahut Yusman terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon Haji Talib dihubungi.
                “Assalamualaikum uncle. Maaf call malam-malam ni........alhamdulillah.... uncle, saya nak minta izin ni.........ya uncle...... saya nak minta izin untuk nikah dengan Sofia Maisara anak uncle, boleh tak uncle?.......hahahahahaha...... saya serius ni uncle, saya dah cakap dengan Sofia yang ada di depan saya ni, dia suruh saya minta keizinan daripada uncle..... apa keputusan uncle itulah keputusan dia....... baik uncle saya pasang loud speaker.......okey uncle cakap,”
                “Sofia.”
                “Ya ayah. Sofia dengar?”
                “Kalau Yusman ini calon suami Sofia. Ayah dan ibu dari dulu lagi dah setuju. Sekarang ini tunggu jawapan Sofia saja. Kalau kali ini ayah terima rasanya Sofia lari dari rumah lagi tak?” soal Haji Talib.
                “Tak.”
                “Sungguh, Sofia tak lari?”
                “Sungguh.”
                “Yusman, kira confirm. Uncle setuju. Bila nak langsungnya tu, jangan lambat-lambat. Uncle dah lama tunggu nak satukan kamu berdua ni,” bahagia Haji Talib.
                “Uncle, hujung minggu ni nikah boleh?”soal Yusman dah tersengih-sengih bahagia.
                “Hujung minggu ni, maksudnya esok atau lusa. Kamu dia betul Yusman?”soal Haji Talib terkejut.
                “Betul uncle, tak tipu,”senyum Yusman lagi. Sofia hanya dia menunduk. Tak nak masuk campur. Rasa malu tadi masih tak hilang dari wajahnya. Nak pandang wajah Yusman yang menggoda itu pun dia tak sanggup.
                “Kalau macam tu. ON,” balas Haji Talib terus mematikan panggilan.
                “Dengar tak?” soal Yusman yang dibalas dengan anggukan kepala oleh Sofia.
                “Dah tak boleh lari lagi. I know that i’m handsome and most wanted bachelor in town. But my heart is taken by an exclusive girl by the name of Sofia Maisara. I want you to the star that shine my sky. Will you?” soal Yusman mengharap.
                “Bak bait lagu Chakra Khan, ditemani bulan dan mentari......dengan cinta yang tulus dan suci, asalkan lelah ini kan sangat bererti, aku lelah dan teramat lelah.....melarikan diri dari cintamu. I’m tired of hiding anymore. If accepting the proposal is the great solution... i choose to accept it with full of my heart,” balas Sofia menunduk.
                “Alhamdulillah. Berbaloi sungguh lelah cinta ini... akhirnya dapat juga dipeluk cinta yang selama ini abang rindui. Terima kasih Sofia. Terima kasih. CPR tadi betul melemaskan jiwa abang. Namun lelah merindu itu memberi kekuatan abang untuk terus berusaha melangkah membina mahligai yang diredhai Allah. Maafkan abang kerana terpaksa mengambil tindakan ini. Kalau tidak kerana CPR lemas ini rasanya, sampai bila-bila pun Sofia susah nak terima abang,” senyum Yusman.  
LELAH – Chakra Khan
Rindu ini, tak akan mati
Walaupun apa yang terjadi
Oh akankah sang mentari
Sampaikan ceritaku ini
Aku lelah, dan teramat lelah
Menaggung beban sendiri
Aku lelah ku teramat lelah
Uuuhhhhhh
Biarkan bintang tak terangi
Asalkan kau ada disini
Akanku lakukan semua
Siapa yang kau minta
Agarkan kau bahagia
Luka ini tak sakiti
Kan kurasakan sampai mati
Aku lelah kuteramat lelah
Menanggung beban sendiri
Aku lelah kuteramat lelah
Biarkan bintang tak terangi
Asalkan kau ada disini
Akanku lakukan semua
Segala kau minta inginkau bahagia
Relaku menanti disini
Ditemani bulan dan mentari
Dengan cinta yang tulus dan suci
Asalkan lelah ini kan sangat bererti
Aku lelah dan teramat lelah.....


T.A.M.A.T 



No comments:

Post a Comment