Monday, July 3, 2017

Halalkan Cinta Dengan Kalimah Aku Terima - Part 1

Kerja semua sudah siap. Jam masih awal lagi. Hari ni boss besar masuk awal pulak. Tak pernah-pernah masuk Studio awal hari ni boss buang tabiat ke. Dari tadi asyik tersengeh-sengeh aje tengok komputer. Dia buat kerja ke dia main game. Aduii aku serba salah dibuatnya. Nenek suruh cakap dengan boss besar, nak ambil cuti kahwin. Tak kan boss besar  tidak berperikemanusiaan untuk tidak luluskan cuti. Eeeeeee malunya nak cakap dengan boss besar ni yang aku cuti nak kahwin.
“Efa! Kenapa dari tadi saya tengok awak tak tentu arah. Awak nak jumpa saya ke?” soal Ammar Zaim menahan lucu melihat Nur Afeefa tak tentu arah di meja kerjanya.
Saya nak jumpa boss sekejap. Ada hal nak cerita. Boss free?
Seperti biasa bahasa isyarat menjadi perantara kami di pejabat. Rahsia masih kemas dalam lipatan, Studio Kasih tiada siapa yang tahu yang Nur Afeefa boleh bercakap seperti biasa.
Masuk dalam bilik saya atau awak selesa kita berbahasa isyarat saja?
Soal Ammar Zaim membalas dengan bahasa isyarat juga.
Bahasa isyarat lebih mudah dah selesa. Saya pun tak tahu nak mulakan macamana ni.
Mulut aku sudah ke kiri dan ke kanan. Minda sedang bersenam, ambil semangat untuk bercerita.
Cakap aje terus terang. Saya dengar. Cepat, Doraemon!
Comellah pulak buat muka macam tu. Nobita pun boleh terus jadi macho kalau macam ni bisik Ammar Zaim. Berdiri bersandar di muka pintu mengadap Nur Afeefa. Sempoi punya boss besar.  
Saya nak sambung cuti. Sebab saya nikah sabtu ini.
Ammar Zaim buat muka terkejut. Dalam hati bukan main gelak guling-guling lagi.
Awak kena tangkap basah ke? Tiba-tiba aje kahwin?
Amboi! Boss besar aku ini, mulut boleh tahan juga macam dah luput insuran lagaknya. Cakap main lepas sahaja. Kenapa! Aku ini ada muka senang kena tangkap basah ke? Memang simpang malaikat 444. Stress-lah pulak nak sembang pasal kahwin ini dengan boss besar. Rasa pipi ni memang sudah merah menyala malu. Boss besar ni macam tak faham, faham pulak.
Tidak! cuma gatal nak kahwin aje. Saya kena cuti petang ni, esok dan lusa. Isnin saya masuk kerja. Nenek kat kampung sudah bising macam machinegun tercabut pemacu. Tak boleh berhenti.
Ammar Zaim sudah tak tahan lucu. Terus terburai ketawanya. Mujurlah Nur Afeefa pun ketawa sama. Kalau tidak pecah rahsia. Kelakar dengan jenaka Nur Afeefa.
Cukup ke? Nanti awak call saya pulak minta disambungkan cuti sampai seminggu pulak. Dah jadi pasangan pengantin barulah katakan?
Saja Ammar Zaim mengusik Nur Afeefa, buatkan lagi merah pipi Nur Afeefa malu.
Sudahlah tu boss. Kata-kata boss tu  akan melekat dalam minda saya. Bila suami saya suruh saya cuti, saya akan suruh dia sendiri yang call boss. Saya tak nak cakap malu. Mesti boss kata saya ni gatal kan? Kalau Khalil dan Muntaz tahu pulak, lagilah korang ketawakan saya guling-guling…. Doraemon dah jumpa nobita-lah katakan. 
Ammar Zaim sudah menekan perut ketawa, Nur Afeefa memang lucu. Tak bercakap pun dia sudah boleh buatkan orang ketawa dengan telatah dan mimik mukanya yang bijak berinteraksi dengan penuh perasaan.
Baiklah awak boleh cuti. Dengan syarat kerja awak semua sudah siap.
Nur Afeefa sudah tersenyum lebar. Gembira sekali. Boss besar ini tidak seperti yang disangkakan. Tak jadilah aku nak berhenti kerja kalau macam ni. Aku seronok kerja sini. Geng sekepala, boss besar pulak begitu bertimbang rasa. Mana nak dapat situasi macam ni di tempat lain.   
Sudah siap boss. Terima kasih boss. Saya nak jemput boss ke majlis perkahwinan saya yang ringkas pada ahad. Makan-makan aje kat dewan rumah nenek saya. Nanti saya sms alamat. Maaflah boss, tiada kad jemputan.
Lama Ammar Zaim merenung Nur Afeefa. Ringkas sungguh gadis di hadapannya. Lari meninggalkan status, pangkat dan harta semata-mata ingin bersederhana dalam kehidupan.
Insyallah saya akan datang. Kawan-kawan lain?
Aku hanya senyum, menggangkat bahu. Meninggalkan Ammar Zaim senyum meleret. Mengutuk akulah tu. Tahu! Suka hatilah boss besar, janji hati aku tenang hari ini. Kerja sudah siap, aku dah dapat cuti. Sekarang tengah tunggu driver kehormat sampai pulak. Siapa lagi kalau bukan Hasbi Afifi, tadi dia kata nak lepak kedai mamak sekejap. Dah sejam aku tunggu tak sampai-sampai. Manalah pulak dia merayap.
Kereta Honda Arcord hitam berhenti di hadapan pintu. Hasbi Afifi keluar. Aku boleh nampak dari ruang kerja di tingkat satu. Kenapa mata Hasbi Afifi sebelah lebam?
Belum sempat aku hendak menegur, boss besar dulu sudah menyapa Hasbi Afifi. Hailah boss besar ni, kenapalah sibuk sangat? Ishhhh peramah sungguh, hati aku punyalah tak tahu arah ni. Memang orang yang buat mata Hasbi Afifi ni kena belasah dengan aku kejap lagi ni.
Aku sampai di bawah terus berbahasa isyarat dengan Hasbi Afifi.
Kenapa mata tu lebam? Apa yang terjadi?
“Jangan banyak soal. Masuk dalam kereta, nanti abang cerita. Okey bro thanks, jumpa lagi,”  suruh Hasbi Afifi tegas.
“Okey, apa-apa nanti calling calling,” Ammar Zaim berpesan. Wajahnya jelas sedikit risau.
 Dalam kereta aku diam menunggu Hasbi Afifi bersuara menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.  Senyap seketika.
“Apa sebenarnya terjadi ini? Siapa yang buat abang Hasbi ni macam  ni?”
“Asman dan Jawahir,” balas Hasbi Afifi ringkas. Nampak sangat kemarahan masih bersisa di wajahnya.
“Kenapa?”
“Harta,” balas Hasbi Afifi.
“Harta sedang di proses pindah milik pada Nenda. Mereka tak puas hati jumpalah Nenda terus. Biar Nenda tahu perangai Asman itu sebenarnya, mata duitan,” marah aku jelas dengan nada suara yang tegas dan keras.
“Mereka akan sabotaj pernikahan Efa, selagi Efa tak serahkan pada mereka,’ jelas Hasbi Afifi lemah
“Asman itu Efa tolak tepi. Tapi Jawahir itu papa Efa. Sanggup dia buat semua itu kerana harta. I could believe it?”
This is reality of life Efa. Nak tak nak kena telan juga. Sekarang kita kena fikir untuk tidak mengkucar-kacirkan majlis pernikahan Efa ini,”
“Bukan keturunan keraton jika Efa takut dengan bayang-bayang sendiri. Kacau bilaulah majlis Efa. Malukan Efa, Efa sanggup. Kalau itu yang mereka benar-benar mahukan. Selama ini Efa diam bukan bererti Efa terima segala macam ugutan mereka. Bukan kerana Efa lemah. Efa diam sebab Efa hormat mereka. Efa sanjung taraf mereka. Kerana Allah…..,” suara aku masih lagi tidak puas hati. Hasbi Afifi sudah memandang aku tanpa kelip.
“Kenapa?” aku menyambung.
“Inikah adik abang Nur Afeefa Jawahir?” sindir Hasbi Afifi.
“Hahahahaha… puteri keraton,” jenaka aku meredakan ketegangan. Kami berdua ketawa dalam kereta. Pipi Hasbi Afifi aku pegang. Mengadui Hasbi Afifi.
“Aduiii sakit aaaa,”
“Itulah pasai, masa belajar silat hari tu, mengelat. Sekarang padan dengan muka, baru kena sikit sudah lebam,” suka aku kutuk terang-terang.
“Sudah abang ni tak minat kekerasan. Itu sebab abang tak nak belajar langsung, Nenda yang paksa-paksa sangat,” luah Hasbi Afifi.
Aku faham perasaan itu, aku pun sama juga. Dipaksa untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar lebih memahami keturunan sendiri. Bagi meningkatkan jati diri dan keyakinan pada diri sendiri.
“Macamlah Efa ni suka sangat kekerasan,” balas aku.
“Itulah keistimewaan cucu Syamsuzaman ni. Yang lelaki punyalah berbadan macho tapi jiwanya sungguh lembut. Yang perempuan pulak punyalah lemah lembut tapi jiwanya Allah Ya Rabbi brutal. Kesian si Zaim itu nanti dapat isteri brutal macam Efa ni,”
“Ehhhh tolong sikit mana ada Efa brutal…abang, Efa nak jumpa papa,”
“Haaa! itu bukan brutal ke tu? Sudah jangan degil, biar aje dia datang jumpa kita kat rumah atuk. Kita jangan sekali-kali sujud di kaki dia. Abang rasa tidak salah tindakan kita untuk menarik semula papa kembali kepada ajaran agama Islam yang telah lama ditinggalkannya. Entah solat ke entahkan tidak tu?” cerita Hasbi Afifi buatkan aku terdiam sejenak.

Ya Allah, aku mohon padaMu. Bukakanlah mata papa kami untuk kembali menyembahmu. Dan permudahkan pencarian cahayamu untuk dia mengejar agamaMu. Dan ampunkanlah segala dosa-dosa silamnya. 

No comments:

Post a Comment