Monday, July 3, 2017

Cikgu, I Love You



Puteri Noorliyana & Lyana
Lyana mengeluh dengan keputusan yang telah diambilnya dalam keadaan terpaksa. Orang semua berangan-angan nak jadi anak orang kaya, tapi baginya cukuplah dia hidup dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Apa gunanya wang dan harta yang banyak tapi masa bersama anak-anak diabaikan. Mujurlah nenek dan atuk di kampung faham. Puas jugalah dia berfikir bagaimana ingin keluar dari istana indah keluarganya di Ibu Kota.
Akhirnya otak geliganya telah menyelamatkannya untuk tempoh lima tahun. Sejak lima tahun yang lalu Lyana bersekolah di pendalaman dan tinggal bersama nenek dan atuknya. Janji yang diberikannya adalah dia akan keluar dari kampung setelah memperolehi keputusan SPM yang cemerlang. Sejak atuk meninggal dua bulan yang lalu, nenek sudah sering sakit-sakit. Asmanya pun semakin teruk membuatkan Lyana jadi tak tentu arah.
                “Betul ke mak aku kata kau nak pindah balik ke KL, Lyana?”soal Anisah, sahabat baik Lyana dari tingkatan satu lagi.
                “Betul. Saya nak nenek dapat rawatan di KL sana. Klinik kat sini sekadar ambil oksigen tu bolehlah. Lagi pun cuaca sejuk di kampung ni sudah macam kurang sesuai buat nenek,”jelas Lyana.
                “Bila kau nak ke KL?”
                “Lepas habis exam tengah tahun.”
                “Bulan depanlah. Alaaaa Lyana, nanti aku rindu kat engkau,”rengek Anisah yang memeluk lengan Lyana manja.
                “Saya pun Ani,”ucap Lyana mencium dahi sahabat baiknya itu. Mereka memang terkenal sebagai tokoh calon pelajar yang bakal menaikkan nama sekolah untuk SPM akan datang. Sikap mereka yang aktif dalam aktiviti sekolah dan kokurikulum hingga berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri juga sangat dipuji guru. Pokoknya memang pelajar yang menjadi kesayangan gurulah mereka berdua ni.
                “Mesti geng kita semua akan terkejut nanti Lyana,”balas Anisah sayu kembali.
                “Janganlah cerita. Saya pun hanya cerita pada Tuan Pengetua je semalam. Nenek pun saya dah pesan jangan cerita kat mak kau. Rupanya terlepas. Saya tak nak sedih-sedih Ani. Walau dimana jauh pun saya berada, hati saya tetap pada kampung ni. Kau pun tahukan, kalau boleh satu kampung ni nak saya peluk. Lima tahun saya membesar disini, berhujan. Meredah banjir. Berpanas terik. Berlari. Merangkak. Berjalan. Menangis dan ketawa semuanya saya belajar disini. Jangan iringi pemergian saya dengan tangisan Ani. Jangan. Saya tak mampu bernafas di sana nanti,”pinta Lyana.
                “Aku hilang sahabat yang paling memahami aku Lyana. Sahabat yang sanggup bersusah dengan aku. Sahabat yang sanggup membantu aku dan adik-adik aku bangun selepas ayah aku meninggal. Aku sayang kau Lyana,” Anisah terus menangis.
                “Saya sentiasa bersama kau Ani. Sentiasa ada dalam hati kau. Dah aku dah lapar, tadi aku dah pesan dengan akak kantin nak makan nasi goreng kerang dengan begedil. Kejap lagi nak pergi berlatih netball pulak. Tak ada tenaga pulak aku nanti,”alasan Lyana untuk tidak menangis di depan Anisah.
                Anisah melepaskan lengan Lyana untuk membiarkan Lyana berjalan ke kaunter makanan.
                “Kak, nasi goreng saya tadi dah siap?” soal Lyana di depan kaunter.
                “Dah Lyana. Kejap,” sahut kakak kantin dari dalam.
                “Begedil saya kak?”soal Lyana lagi bila lihat nasi goreng semata yang berisi dalam piring itu.
                “Cuba masuk kat bilik makan cikgu ni. Akak rasa ada lagi begedil tu. Cikgu pun semua dah habis makan,”suruh Kakak kantin. Lyana pun masuk sambil membawa piring nasi goreng yang masih berasap. Seorang cikgu lelaki yang tidak dikenali juga sedang berdiri melihat lauk yang terhidang di meja hidangan. Begedil hanya tinggal seketul je dalam pinggan hidangan. Kedua-dua tangan berebut untuk mengambilnya. Tangan Lyana terhenti.
                “Maaf,”ucap cikgu lelaki itu.
                “Opsss, tak apa. Saya minta maaf cikgu. Tak apa cikgu ambillah,” Lyana terus mengalah.
                “Ehh! Tak apa, awak ambil. Makan dengan nasi goreng tu sedap,” ucap cikgu lelaki itu berbasa-basi.
                “Terima kasih, cikgu. Esok-esok saya boleh makan lagi. Cikgu pasti cikgu baru kat sini. Tak baik saya sambut cikgu baru dengan upacara rebut begedil. Tak rock. Itu hak cikgu, sebagai tanda selamat datang saya pada cikgu. Saya boleh minta akak kantin ni gorengkan saya telur,”ucap Lyana terus berlalu meninggalkan cikgu lelaki itu berdiri di situ.
                Terkilan juga nak makan begedil. Tapi nak buat macam mana bukan rezekinya. Lyana menatang piring nasi goreng ke dapur belakang. Dengan muka seposen dia meminta sebiji telur untuk digorengkan. Sengih Kakak kantin dengan gelagat manja Lyana yang sentiasa menerjah dapur kantin setiap kali hari sekolah. Tahu sangat dia dengan selera Lyana.
                “Kau nak apa lagi ni Lyana? Tak dapat begedillah tu,”sengih Kakak kantin.
                “Tinggal satu je. Kesian pulak kat cikgu baru tu. Kak gorengkan telur mata goyang untuk saya,”pinta Lyana lembut.
                “Yalah. Dah rasa ni sikit. Kang kempunan pulak. Esok akak buat lagi,”Kakak kantin cubit sedikit begedil yang tinggal suku dari pinggan bubur nasi anaknya. Terus disuapnya ke mulut Lyana.
                “Erkkk. Alhamdulillah terima kasih kak,” senyum Lyana bahagia dilayan bagaikan keluarga sendiri di sini.
                “Dah keyang tak payahlah telur mata goyang,”usik kakak kantin.
                “Ehhh! Itu mesti. Tak kick kalau tak ada telur mata goyang. Hilang semangat nak lari kat padang kejap lagi,”balas Lyana.
***********
               “Eh! Aku dengar kita dapat Cikgu Bio baru. Guru sementara menggantikan Encik Kasim yang ambil cuti sebab sakit jantung tu,” Siti si deejay sekolah sudah mula membuat hebahan. Tahu saja cerita terkini di sekolah ini. Itu belum lagi dia buka cerita perihal anak-anak muda di kampung mereka itu lagi.
                “Oooo...”ucap Lyana sambil lewa. Kepala masih berat dengan pemintaan papa dan mama minta segera turun untuk dihantar terus masuk kolej swasta.
                “Siti, lelaki ke perempuan?” soal Anisah yang teruja.
                “Lelaki handsome macam Daniel Hanney pelakon kesukaan si Lyana ni,”usik Siti. Tahu sangat kelemahan Lyana. Pantang dengar nama pelakon pujaan hati pasti yang terus mengedik. Belum sempat Lyana dan Anisah nak membalas, seorang guru lelaki memasuki kelas 5 Sains 1. Hassan selaku ketua tingkatan, melakukan tugas memberi salam dan hormat kepada guru itu.
                “Waalaikumsalam. Duduk,”suruh guru lelaki itu penuh hormat. Siti sudah mencuit bahu Anisah. Lyana masih lagi mengelamun mencari jalan menyelesaikan kemelut permasalahannya itu.
                “Saya Khairul Fahmee yang akan mengajar kamu semua Bio, Fizik dan Kimia. Menggantikan Cikgu Kasim yang mengambil cuti sakit selama tiga bulan. Sebelum saya memulakan kelas hari ini, saya ingin mengenali awak semua. Mula dari sebelah kiri dulu,” pinta Fahmee dengan penuh tertib.
                Lepas seorang demi seorang memperkenalkan diri, sementara Lyana masih lagi mengelamun jauh.
                “Lyana,” bisik Anisah menolak sikit badan Lyana menyedarkannya.
                “Haaa,”balas Lyana termalu-malu.
                “Cikgu tanya tu. Nama dan perkenalkan diri,”ucap Siti mengampuk. Lyana terus memandang cikgu lelaki yang sedang memandangnya sambil tersenyum. Hatinya mengeleng. Cikgu begedil rupanya.
                “Nama saya Puteri Noorliana. Umur belum tujuh belas tahun lagi. Birthday lagi lima bulan. Bintang Capricon. Tinggi 169 cm. Berat 49 kg. Anak perempuan tunggal. Masih single but available... mmmmmmm itu je kot,”ucap Lyana memperkenalkan diri.
                Fahmee sudah tersengih lucu. Macam-macam kerenah. Patutlah sebelum masuk kelas ni tadi, dia sudah dimaklumkan tentang kelas ini dipenuhi oleh kumpulan pelajar yang bijak tetapi sengal dan pasti yang paling sengal adalah lima gadis yang duduk sekumpulan di barisan depan tepi pintu masuk ni.
                “Hahahaha... Baik. Disebabkan awak sudah perkenalkan diri begitu detail, jadi saya tiada pilihan untuk turut sama memperkenalkan diri saya. Nama saya sekali lagi Khairul Fahmee. Graduan lulusan Ohio, USA dalam bidang Kejuruteraan. Baru seminggu balik ke tanah air. Ambil keputusan untuk mengisi jawatan sebagai guru sementara kepada Pak Su sayang yang disahkan mengidap sakit jantung. Cikgu Kasim tu, Pak Su saya. Masih bujang, tapi tak available. Bintang cancer. Tinggi 180cm. Berat 60kg. Dan saya suka bersukan. Okey?” jelas Fahmee mencari keserasian dengan anak didiknya.
                “Woooooooooo,” sahut mereka semua.
                “Anak sedara Cikgu Kasim ke,”kata Siti yang cukup ramah.
                Lyana diam tak menjawab. Malas nak fikir. Biarlah teman-temannya berborak dengan cikgu baru itu. Yang dia tahu, dia perlu mencari alasan yang cukup munasabah untuk melambatkan tarikh pemergiannya meninggalkan kampung.
                “Siapa diantara kamu yang terror BIO, Fizik dan Kimia?” soal Fahmee ramah.
                “Orang tu tak lain tak bukan Lyana-lah cikgu. Dia ni memang sapu bersih dengan ADD Math, Mod Math dan Inggeris. Ini calon straight A’s”jelas Siti.            Fahmee memandang pada Lyana yang dari tadi mengelamun. Badan saja ada di dalam kelas, fikiran dah melayang ke tempat lain.
                “Lyana!” panggil Fahmee.
Lyana masih mengelamun.
“Lyana!” panggil Fahmee berjalan dan berdiri di sebelah meja Lyana yang masih lagi mengelamun.
“Ehem! Ehem! Lyana,” panggil Fahmee dengan suara yang sedikit tinggi buatkan Lyana terkejut.
“Errrrr... cikgu sakit tekak? Sekejap, saya memang selalu bawa streepsil perisa lemon,” ucap Lyana sambil memusingkan badannya ke belakang untuk mengambil gula-gula spreepsil dalam beg galasnya.
“Hahahaha... saya tahu saya ni handsome. Janganlah awak cepat jatuh cinta pulak. Saya tak nak bercinta dengan anak murid saya,” balas Fahmee sengal. Riuh rendah kelas 5 Sains 1. Muka Lyana sudah merah menahan malu dan geram. Cikgu muda ni memang nak kena ni. Baru masuk sudah berani nak memalukannya depan kelas. Nantilah, alang-alang sudah nak tukar sekolah ni, apa pun dia sanggup lakukan.
“Saya tahu cikgu handsome. Tapi saya pun cun juga. Entah-entah cikgu yang dah terjatuh hati kat saya dalam diam. Anyway, I’m really fall in love with you cikgu,” balas Lyana selamba. Lagi riuh kelas siap dengan tepuk-tepuk meja lagi.
Fahmee sudah geleng kepala. Tersalah percaturan rupanya. Parah juga nak meredakan suasana ini semula. Itulah nak ikut lagi perangai sengal. Terlupa pulak yang budak kampung depannya ini nampak lembut tapi sengal kuasa dua rupanya.
Cikgu Khairul Fahmee
************************
Seminggu berlalu Fahmee rasa cukup seronok dan selesa mengajar di sekolah menengah ini. Suasananya cukup membahagiakan. Siapa sangka sekolah pendalaman macam ini punyai keistimewaan yang tak terhingga. Patutlah Pak Su Kasimnya  tak mahu berpindah mengajar di bandar. Kehidupan yang tenang dengan kemesraan penduduk kampung yang dirasakan bagaikan sebuah keluarga yang cukup besar. Baru seminggu, dirasakan penerimaan penduduk kampung dengan kehadirannya sangat membahagiakan. Daripada Tok Pengetua ke Imam Masjid hinggalah kepada taukeh kedai runcit semua mengenalinya. 
Fahmee  duduk bersandar di kerusi rotan di ruang tamu. Pak Su Kasim berjalan keluar dari biliknya. Jemu dah duduk berbaring dalam bilik.
“Fahmee, dah balik?”soal Pak Su Kasim buatkan Fahmee tak jadi melelepkan matanya. 
“Iya, Pak Su,”jawab Fahmee.
“Bagaimana kelas hari ni. Maksud Pak Su kelas kesayangan Pak Su 5 Sains 1?” soal Pak Su Kasim begitu mengambil berat pada dua puluh lima orang calon pelajar cemerlang yang dikhaskan dalam kelas tersebut.
“Memberansangkan. Mereka memang berpotensi cerah untuk cemerlang dalam SPM nanti tu. Seperti yang Pak Su ceritalah, lima hang lembut tu memang menduga keimanan saya. Terutama sekali Lyana,”kongsi Fahmee buatkan Pak Su Kasim tersenyum girang. Siapa yang boleh tanding penangan godaan Lyana yang selamba tu. Gadis periang yang banyak ragam yang mencuit hati. Sejak berpindah dan duduk dengan atuk dan neneknya di sini tak pernah dia mendengar cerita buruk mengenai Lyana ni, selain kisah lucunya yang mencuit hati.
“Apa pula yang dibuatnya kali ini?”soal Pak Su Kasim.
“Masa latihan bola tadi, dengan selambanya dia menjerit di tepi padang memberi sokongan pada saya sampai tergolek saya jatuh terkejut,”cerita Fahmee yang tidak menyangka perangai Lyana yang begitu selamba.
“Apa yang dijeritkannya?”
“Go, go cikgu Fahmee. I love you, cikgu,”cerita Fahmee yang dah tersengih lucu. Pak Su Kasim yang mendengar terus tergelak kecil sambil mengelengkan kepalanya. Dulu, Cikgu Azman menjadi serangan godaan lima hang lembut tu, sebab cikgu tu punyai mata yang galak melihat ke dada Anisah saja bila bercakap. Lyana juga yang tukang pembetul keadaan, kini Fahmee pula. Apalah kesilapan salsiah yang telah Fahmee ini lakukan?
“Baru cakap macma tu dah jatuh tergolek?”
“Mana taknya, budak Lyana tu macam tercabut wayar kat kepala dia. Boleh pulak dia selamba jerit macam tu pada saya. Budak-budak semua dah bersorak sakan. Sampai yang menyatakan tahniah cikgu, susah nak pikat budak sengal tu buat marka. Cikgu yang baru seminggu sudah menjadi kegilaannya. Boleh sembut saya nak mengajar macam ni Pak Su,”kongsi Fahmee yang cukup terusik hati lelakinya dengan golokan Lyana yang selamba tu.
“Hahahaha... Pak Su kenal benar budak Lyana ni. Tak adalah dia ada hati pada kamu tu Fahmee. Ini mesti kamu ada buat sesuatu pada dia ni. Setahu Pak Su lima hang lembut tu cukup didikan tatasusilanya. Nak pulak si Aisyah tu yang bertudung labuh tu. Itu anak Lebai Mat. Siti, anak Mak Bedah yang ada warong kat pekan tu. Jamilah, anak Tok Penghulu. Si Anisah pulak, anak yatim duduk sebelah rumah Lyana. Lyana tu pulak mak bapanya orang besar, kat KL sana. Disini dia duduk dengan nenek. Atuknya baru meninggal. Dengar cerita dia dipanggil balik semula ke KL tapi dia ni masih berat hati. Entahlah apa keputusannya,”cerita Pak Su Kasim.
Fahmee terdiam. Patutlah dia selalu nampak Lyana duduk termenung panjang bila bersendirian. Ada kisah disebaliknya rupanya. Sudah dua tiga kali dia terserempak dengan Lyana di tepi padang sekolah dalam keadaan begitu. Bila bersendirian, wajah ceria Lyana hilang serinya.
“Oooo... kiranya anak elit kampung nilah ya.”
“Bukan elit. Tapi kebanggaan kampung ni. Mereka ni cukup segala segi untuk menempatkan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara. Itulah harapan Tok Penghulu dan Tuan Pengetua, sebab itulah Pak Su panggil kamu ke mari. Kalau ikutkan Pak Su, senang aje nak cari guru sandaran kat pekan sana. Tapi Pak Su nak orang itu dari darah daging Pak Su sendiri. Syukurlah kamu setuju. Papa kamu pun, banyak bantu anak-anak kampung ni dalam pelajaran Mee,”cerita Pak Su Kasim lagi.
Fahmee diam menunduk. Memang pada mulanya dia keberatan untuk datang ke sini. Yalah, kehidupannya yang sudah biasa dikelilingi dengan kemodenan kehidupan dengan keriuhan hiruk-pikuk bandar yang mengisi ruang hidupnya. Setiap masanya terisi dengan teman-teman yang seangkatan dengannya. Petang di padang bola, malam pula futsal. Lepas tu lepak kedai mamak. Syarikat perunding milik papanya baru sekali diterjah sebelum menerima pemintaan Pak Su untuk mengajar di sini selama tiga bulan. Sehingga selesai Pak Su menjalani pembedahan jantung. Itupun setelah dipujuk oleh Papa dan Mama, demi kesihatan satu-satunya bapa saudara yang dimilikinya. Kalau ikutkan hati mudanya, memang ditolak mentah-mentah. Apa kelas graduan lulusan kejuruteraan luar negara pulang menyandang jawatan sebagai guru sandaran sementara. Buang tabiat ke?
“Mee, tabung biasiswa untuk dua puluh lima orang pelajar ini sudah cukup. Tok Penghulu datang sini, seronok berceritakan hal itu tadi. Kami sudah tak risau lagi nak tempatkan budak-budak ni di Universiti mana pun. Yang kami harap sangat, budak-budak ni mendapat bimbingan dari kamu dan beberapa orang cikgu lagi. Anak-anak kampung ni perlu setanding dengan anak-anak muda di bandar sana. Mereka mampu cemerlang, kerana merekalah peransang buat adik-adik di bawah mereka,”cerita Pak Su Kasim lagi. Hati Fahmee tercuit dengan kata-kata Pak Su Kasim. Nampak sangat penduduk kampung ini begitu mengharapkan kejayaan anak-anak didiknya ini. Begitu besar harapan mereka ini hingga sanggup mewujudkan tabung biasiswa lagi. Efisien.
“Tabung biasiswa?”soal Fahmee ingin tahu tentang cerita itu.
“Iya. Tabung biasiswa khas untuk dua puluh lima orang pelajar yang ditempatkan dalam kelas 5 Sains 1 tu. Semua yang terlibat, termasuk budak itu sekali. Sehari mereka perlu menabung seringgit dari duit belanja harian mereka. Tak boleh tidak. Keluarga pula perlu menabung sepuluh ringgit sebulan. Begitu juga pihak sekolah memperuntukkan dua ratus lima puluh ringgit sebulan untuk tabung ini. Selebihnya dari sumbangan orang luar. Idea ini terbit masa anak-anak ni melangkah ke tingkatan tiga. Potensi mereka sudah dikenalpasti oleh Cikgu Kamsiah, guru kaunseling. Dialah yang mencadangkan tabung ini, memandangkan ekonomi keluarga yang sempit bakal menarik mereka untuk tidak maju ke depan. Alhamdulillah, setiap tahun ada hamba Allah yang menyumbangkan sebanyak tiga ratus ribu untuk tempoh tiga tahun. Tahun ni belum lagi dengar cerita tentang sumbangan misteri itu. Mulia sungguh hati orang tu, sanggup menyumbang dalam senyap,”cerita Pak Su Kasim lagi.
Fahmee semakin teruja. Banyak sangat benda yang luar biasa di kampung ini. Nak pulak yang bersangkutan dengan pelajar di kelas 5 Sains 1. Dia merasakan, mereka di dalam kelas 5 Sains 1 itu bagaikan bersaudara. Saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap petang lepas solat zohor mereka akan kelihatan berkumpul di kantin melakukan ‘study group’ selama dua jam. Kemudian masing-masing mengikut aktiviti riadah kesukaan mereka. Ada yang di tengah padang bermain bola, nettball dan ada yang berjalan pulang ke rumah. Malam pula, dia selalu bertembung dengan mereka di masjid. Usai solat isyak, mereka ini akan mengaji dan bersolat hajat bersama Lebai Mat.
Kalau di ibu kota, nak mengadakan solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan perlu dimaklumkan dengan mengunakan memo pada ibu bapa terlebih dahulu. Itu pun penglibatannya sangatlah tidak memberansangkan. Namun, disini semua itu berlaku sendiri tanpa perlu mengeluarkan memo pemberitahuan. 
“5 Sains 1 ini memang luar biasa, Pak Su.”
“Hahahaha.... 5 Sains 1 ke, budak Lyana tu?”sakat Pak Su Kasim.
“Ooooo... itu tersangat luar biasa sengalnya. Tak ada malu langsung. Saya yang bujang ni pun merah pipi tahan malu. Ini satu sekolah dah cerita yang Lyana tu girlfriend saya. Sampai Cikgu Anis yang kecil molek tu pun tak berani nak dekat dengan saya. Melepas!!!”keluh Fahmee.
“Hahahaha... ada hati nak jadi menantu Tok Penghulu rupanya. Fahmee! Fahmee!” gelak Pak Su Kasim.
“Ooooo... Cikgu Anis tu anak Tok Penghulu lah ya Pak Su. Patutlah ada iras Aisyah. Selalu dia ingatkan saya tentang kenakalan si lima hang lembut tu. Rupanya kakak si Aisyah,” senyum Fahmee yang mulai faham.
“Cikgu Anis tu graduan lulusan Mesir, dah bertunang pun. Kenal masa belajar dulu. Tunangnya, mengajar di UIA. Bila cuti semesta, tunangnya akan berkampung di sini, buat tuisyen percuma pada anak kampung ni. Kalau dikirakan, setiap anak kampung yang berpotensi sudah dikumpulkan nama mereka oleh Tok Penghulu. Laporan dari Tuan Pengetua tentang prestasi anak-anak ini diperolehi setiap bulan tak pernah tercicir lagi.... dan satu jawatankuasa penyelaras dibentuk. Pak Su salah seorang ahli jawatankuasanya,”
“Oh! Tak sangka saya begitu tersusun sekali program kecemerlangan ini. Siap tubuhkan jawatankuasa penyelaras dan tabung biasiswa lagi,”kagum Fahmee.
“Visi Tok Penghulu dan Tuan Pengetua tu seiring, Mee. Mereka ingin bangunkan kampung ini dari segi pendidikan dan salsiah anak-anak. Agama itu landasannya yang utama. Bila dimulai sejak kecil, segalanya tak payah dipaksa. Semua mengikut aturan kebiasaan yang disusun. Belajar di sekolah. Belajar berkumpulan. Redha dan pasrah dengan ketentuan Allah setelah seharian berusaha dan berdoa.”
Fahmee akui akan itu. Itulah yang dirasainya selama seminggu berada di kampung ini. Semuanya nampak tersusun. Suasana meriah di masjid usah ceritalah, mengalahkan sembahyang raya. Lepas selesai bersolat hajat pasti ada hidangan ringan yang dihidangkan. Paling tidak pun cucur kodok bawang dengan kopi O panas. Memang melekat suasana kampung.
**************
Menjelang minggu Hari Guru yang jatuh pada 16 May, hari Jumaat. Cikgu  Kamsiah telah menubuhkan ahli jawatankuasa majlis Hari Guru yang di Pengerusikan oleh Aisyah. Siap pasang khemah lagi di padang sekolah. Tok Penghulu dan JKKKK kampung pun sama naik memeriahkan lagi majlis sambutan hari guru ini. Pagi lagi suasana gotong royong menyediakan menu makan tengahari sudah dilancarkan. Seekor kambing disembelih untuk dijadikan lauk kurma dipadankan dengan ayam masak merah yang diberatkan dengan nasi hujan panas. Acar timun menjadi penyeri hidangan. Lepas solat subuh mereka sudah berkampung di padang sekolah. Cikgu, pibg sekolah dan para ibu juga pelajar yang bertugas sudah tercorok di khemah. Semua mengejar masa kena siap masak sebelum jam sebelas pagi.
“Lyana, nenek nak ikut sekali,” ucap Nenek Tijah perlahan.
“Laaa, nenekkan tak sihat hari ni. Nenek rehatlah kat rumah. Ana tak nak susahkan nenek. Kat sana nanti nenek tak selesa. Dahlah kita nak jalan kaki ke sekolah,”pujuk Lyana lembut.
“Tak apa. Nenek duduklah atas kerusi tu. Ana tolak nenek ya. Nenek teringin nak tengok. Nanti dah duduk KL, suasana macam ni dah tak boleh rasa dah. Ana pun nanti dah terbang gi luar negara tinggalkan nenek,”luah Nenek Tijah buatkan Lyana sebak dan serba-salah. Itu yang dirasakannya juga.
“Yalah. Tapi nenek kena janji jangan nak buat kerja. Nenek duduk tengok je tau?”pesan Lyana tegas, buatkan Nenek Tijah tersenyum girang. Cucunya ini memang tegas sama macam arwah suaminya. Ketegasannya itulah sebenarnya keistimewaan yang menarik kasih sayangnya pada gadis bertubuh tinggi lampai ini.
“Iya tuan puteri,”ucap Nenek Tijah sempat menarik hidung mancung si cucu. Berat sangat hati nak melepaskan si jelita ini pergi sebenarnya. Tak puas menagih kasih sayangnya yang tak belah bagi.
“Beg baju semua nenek dah kemaskan?”soal Lyana.
“Sudah tuan puteri. Papa Ana dah telefon, esok pagi dia hantar pemandu ambil kita di sini. Dia tak dapat datang sebab ada mesyuarat katanya. Mama pun sama,”jelas Nenek Tijah. Tahu sangat dia wajah Lyana akan berubah bila dimaklumkan hal itu.
“Mereka sanggup beli kasih sayang Ana dengan duitkan nek,”luah Lyana lepas. Tak sangka betul bila syaratnya yang meletakkan harga pada nilai kasih sayangnya ditunaikan oleh Tan Sri Raja Alaudin. Tiga ratus ribu setahun untuk tabung biasiswa sekolah untuk memastikannya mengikut kata Tan Sri Raja Alaudin bila umurnya menyinjak usia tujuh belas tahun. Dan tiga bulan lepas dia meletakkan syarat sebanyak setengah juta ringgit untuk disedekahkan pada tabung pendidikan bagi mengikatnya untuk melanjutkan terus pengajian ke luar negara dengan berbekalkan O-level yang telah diperolehinya dalam diam.
Tempatnya juga sudah disediakan di Ohio, USA. Dia akan berlepas Isnin nanti dan Nenek Tijah akan menetap di Kuala Lumpur bersama keluarganya sehingga dia selesai pengajian selama empat tahun di sana. Segala perancangan sudah tersedia.
“Ana. Anggap saja niat Ana itu ikhlas untuk membantu. Lambat-laung mereka sedar juga yang kasih sayang Ana lebih dari nilai wang ringgit mereka,”pujuk Nenek Tijah.
“Bila nek? Sampai bila baru mereka sedar yang Ana tak perlukan wang ringgit mereka. Yang Ana minta adalah masa, perhatian dan kasih sayang mereka pada Ana,”sebak Lyana mengenangkan nasibnya yang cukup malang berbanding teman rapatnya yang lain. Hidungnya sekadar menumpang kasih sayang atuk dan nenek sebelah ibunya yang disisih keluarga kerana mereka hidup sederhana tak macam keluarga mereka yang lain di bandar sana kaya raya.
“Nenek tak ada jawapan untuk itu, sayang. Itu semua rahsia Allah. Namun, nenek tahu yang satu hari nanti mereka akan sedar yang kasih sayang cucu nenek yang jelita ni sangat mahal untuk dilepaskan. Itu janji Allah pada setiap hambanya yang sabar menempuh dugaan hidup. Ingat, arwah atuk selalu cakap. Setiap dugaan yang diturunkan pada kita, sekadar yang termampu kita tanggung saja. Sebab Allah itu maha pengasih lagi penyayang. Dia hanya mahu hambanya meminta-minta pertolongan dariNya. Bukan menyusahkan. Dan sebagai hamba yang taat, kita perlu berusaha untuk menghadapi dugaan itu dengan penuh redha dan pasrah. Guna akal yang waras. Bukannya mengikut nafsu hati yang sakit,”nasihat Nenek Tijah buatkan Lyana terus memeluk tubuh uzur itu.
“Ana sayang nenek. Ana sayang sangat-sangat. Nenek dan arwah atuk selalu ada untuk Ana. Ana janji nek. Ana janji jadi anak yang solehah. Anak yang taat pada ibu ayah. Hamba yang taat pada suruhan Allah. Nenek tunggu Ana balik ya. Ana nak tunjuk pada nenek, ijazah Ana. Ana nak kongsi semuanya dengan nenek,” meleleh Nenek Tijah dengan janji Lyana. Cucunya ini begitu hauskan kasih sayang ibuayah. Sanggup lari dari semuanya semata-mata ingin merasai maksud kasih sayang itu sendiri. Lima tahun di sini, cucunya itu membesar menjadi gadis remaja yang cukup menawan paras budibahasanya. Semua orang kampung jatuh hati dengan budibahasanya yang cukup memikat. Tingkahnya dengan orang tua, tak terperi. Tingkahnya dengan teman rapat yang bukan mahram pun terkawal rapi. Siapa tahu disebalik hijab yang disarungnya itu, gadis ini merupakan anak gadis tunggal kepada pewaris diraja yang berjaya dalam perniagaan. Dua abangnya sudah bergelar doktor dan bertugas di luar negara. Manakala, adik bongsunya juga belajar di luar negara. Duit digunakan untuk menjauhkan anak-anak dengan kasih sayang ibubapa yang sibuk membesarkan empayar mereka.
“Nenek tahu sayang. Nenek tahu. Dah jom, nenek dah tak sabar nak tengok orang sembelih kambing ni.”
“Mmmmm....”Lyana mengesat air mata dipipinya. Subuh-subuh buta, Nenek Tijah sudah buatkan hatinya yang berat meleleh sayu. Entah bagaimanalah ingin diperkhabarkan pada teman-teman malam ini di masjid nanti. Persoalan itu sudah berlegar-legar di fikirannya sejak seminggu yang lalu.
Nenek Tijah sudah menyarung tudung labuhnya. Perlahan-lahan dia berjalan dengan menggunakan tongkat menuju ke arah kerusi roda yang disandarkan di tepi dinding dapur. Tingkap dan pintu rumah dipastikan kunci terlebih dahulu oleh Lyana. Nenek Tijah duduk di kerusi roda yang di tolak oleh Lyana sambil bercerita mengenangkan kembali kisah lucu mereka sepanjang berjalan ke sekolah. Bila berselisih dengan orang kampung mereka berhenti berbual seketika. Tahu sangat mereka dengan cara manja Lyana dengan Nenek Tijah. Selalu mereka berdua begitu.
Fahmee yang sedang membantu memotong kambing tersentuh melihat cara Lyana melayan Nenek Tijah. Sopan dan penuh dengan kasih sayang. Terdetik rasa bahagia dihatinya melihat sikap Lyana yang satu ini. Hilang sikap nakal dan sengalnya seketika. Bila Nenek Tijah ingin ke tandas, dipimpinnya penuh hormat walaupun ketika itu dia sedang berada di hujung padang  sana sedang memasang belon untuk majlis sambutan Hari Guru jam sembilan pagi nanti.
“Cikgu Fahmee, dari tadi lagi asyik curi pandang pada Lyana. Ada apa-apa ke?” soal Cikgu Ali menyusik. Kisah Cikgu Fahmee dijadikan bahan cinta Lyana tersebar luas di sekolah. Malah sudah sampai ke masjid sana orang bercerita. Biasalah kalau cerita sensasi macam ni cepat je merebaknya.
“Jarang saya tengok budak remaja begitu prihatin macam itu pada neneknya yang uzur. Serius saya tak pernah nampak di KL sana, adegan kasih sayang sebegini,”cerita Fahmee terus terang.
“Lyana tu ikon modal insan kampung ni cikgu. Walaupun dia bukan dilahirkan di sini, tapi budibahasanya mengalahkan anak orang kampung. Ramai yang segan dengan dia sebenarnya. Nak mengorat, jauh sekali. Tak sampai hati walaupun ramai yang ada hati dalam diam dengan dia ni. Salah seorangnya cikgulaa,”
“Hahahaha... tak adalah. Saya ni bahan kenakalannya saja,”geleng Fahmee memberi alasan.
“Bertuah siapa yang jadi suami Lyana ni nanti. Masak pandai. Bijak pun bijak. Rupa pun ada. Budibahasa tinggi. Agama pun elok. Apa nak lagi. Berani dengan tidak je,sebab.....”
“Sebab apa cikgu Ali?”
“Dia ni sengal sikit,”sengih Cikgu Ali.
“Hahahaha... bukan sengal sikit. Sengal banyak tu,”gelak Fahmee.
“Kalau orang tak kuat iman memang dah lama jatuh cinta dibuatnya. Mujurlah cikgu ni hanya jatuh tergolek masa main bola. Hahahaha... lucu sungguh. Kalau saya, mahu juga saya kejar budak Lyana tu satu sekolah. Kendong bawa terus rumah tok kadi. Habis cerita,” jenaka Cikgu Ali.
“Hahahahaha..... taklah sampai macam tu kot,”gelak Fahmee bergema lagi. Lucu betul.
“Kadang-kala itu saja cara yang menasihati Lyana yang terlebih sengal ni. Sebagai gadis muslimah yang sopan, bahasa tu kena jaga sikit. Jangan main sedap mulut je. Kena jaga air muka sendiri. Kalau tak nak jaga air muka orang lain.... walaupun mangsanya memang bersalah pada amnya. Tapi cara itu salah,” jelas Cikgu Ali yang sudah tahu kenapa Lyana bersikap begitu pada Fahmee. Cikgu Kamsiah sudah bercerita dengan mereka kelmarin. Pada Fahmee pun juga. Fahmee dah minta maaf atas keterlanjuran sikapnya sewaktu mula-mula sampai ke sekolah ini dulu. Itulah yang dikatakan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau lariiiiii. Nak mati duduk situ.
************
Lyana seperti biasa membuat gempar dengan persembahan spontan bermain guitar sambil menyanyi lagu kesukaan Tuan Pengetua nyanyian Jamal Abdillah, Kepadamu Kekasih.
“Kepadamu kekasih, Aku berserah....Kerana kutahu, Kau lebih mengerti... Apa yang terlukis di cermin wajahku ini, Bersama amali...Kepadamu kekasih, Aku bertanya. Apakah kau yang menerima kukembali..... Atau harus menghitung lagi, Segala jasa dan bakti. Atau harus mencampakku.....Ke sisi tanpa harga diri......” mendayu suara Lyana mendendangkan lagu itu penuh perasaan.
Tuan Pengetua yang faham riak tersembunyi Lyana turut sporting turun padang untuk sama-sama mendendangkan lagu itu berdua. Berpaling Lyana seketika, mengelap air mata yang bergenang di kelopak matanya. Sungguh! Sungguh terharu dengan kasih sayang Tuan Pengetua yang tak ubah macam ayahnya. Dia pasti akan merindui nasihat dan teguran Tuan Pengetua kelak. Pasti! Lyana cukup yakin akan hal itu!
“Terima kasih Lyana. Ini hadiah yang paling berharga buat diri saya. Saya pasti akan merindui awak nanti,” ucap Tuan Pengetua perlahan.
“Terima kasih cikgu. Cikgu yang akan saya rindui. Maafkan segala terkasar bahasa dan tingkahlaku saya selama ini ya, cikgu. Dan jangan cikgu terlupa mendoakan kejayaan saya di sana nanti,” balas Lyana ramah.
“Awak adik didik kebanggaan saya, Lyana. Mana mungkin saya lupakan awak. Banyak jasa awak pada sekolah dan kawan-kawan awak yang lain. Jika tidak kerana....”
“Shsss... cikgu. Saya tak nak cakap pasal perkara itu. Semua itu ikhlas dari saya. Macam yang saya beritahu dulu. Itu harga kebebasan saya untuk mengenal erti kasih sayang di kampung ini. Terima kasih kerana sudi terima saya ya cikgu. Saya sayang cikgu sangat-sangat. Cikgu doakan saya capai cita-cita saya ya cikgu,” mohon Lyana.
Tuan Pengetua angguk menahan sebak. Sucinya kasih sayang seorang anak yang ketandusan kasih sayang keluarga. Sanggup melakukan apa saja untuk merasai erti kasih sayang dari orang lain. Jauh dari keluarga sendiri. Berapa ramai lagi anak remaja yang senasib dengan Lyana di luar sana. Tuntutan kehidupan dan nafsu berharta membuatkan ramai ibubapa yang terlepas pandang masa yang beharga dengan anak-anak yang sedang membesar.
“Lyana satu lagu lagi,”jerit Cikgu Ali mematikan berbualan Lyana dengan Tuan Pengetua.
“Betul tu, satu lagi untuk semua cikgu. Tak nak lagu sedih,” ucap Tuan Pengetua yang sporting. Lyana sudah memandang pada teman rapatnya yang duduk di penjuru pentas. Sekali gamit je, semua menderu naik ke pentas. Boleh dikatakan semua pelajar tingkatan 5 Sains 1 sudah duduk di atas pentas dengan guitar dan seruling. Acapella!! Magik!!
“Lagu ini sebenarnya kami ingin persembahkan sehari sebelum percubaan nanti. Kira nak bagi surprise. Tapi kira hari ini kira rehersal dari kamilah ya, cikgu. Buat cikgu-cikgu yang telah bersusah payah mendidik kami hingga kami pandai mengeja, mengira dan membaca, terimalah aku janji kami ‘I WON’T GIVE UP’ dari pelajar tingkatan 5 sains 1”cerita Lyana yang menjadi jurucakap buat semua.
Ada yang berdiri. Ada yang duduk bersila. Ada yang duduk di kerusi yang diangkat letak di atas pentas. Persembahan dua puluh lima orang pelajar harapan sekolah.
When we look into your eyes,
It's like watching the night sky,
Or a beautiful sunrise,
Well, there's so much they hold,
And just like them old stars
you see that us come so far
To be right where we are
How old is our soul?
Well, we won't give up on dream
Even if the skies get rough
We giving you all my love
We still looking up
And when we’re needing your guide
To do some navigating
You’re here patiently waiting us
To see what we’re doing
'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, we won't give up
We don't wanna be someone who walks away so easily
We here to stay and make the difference that we can make
Your love and kind plus doa teach us to move on
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, we will win with full of joys
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
We had to learn what we got, and what we’re not, and who we are
We won't give up on dream
Even if the skies get rough
We giving you all our love
We still looking up, still looking up.
Berlenangan air mata guru-guru yang mendengar, aku janji yang diluahkan sendiri sebagai tanda terima kasih atas jaga guru yang mendidik selama ini. Tok Penghulu dan ahli JKKKK serta semua para ahli PIBG yang hadir juga turut berkongsi rasa sebak. Walaupun ianya dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris namun niat murni dan harapan mereka itu terluah dari air muka dan kesungguhan mereka menyampaikan lagu tersebut. Nenek Tijah menundukkan wajahnya untuk mengesat air mata yang mengalir. Sungguh dia tak sanggup menatap wajah Lyana yang sayu meninggalkan segala yang disayanginya demi merawat dirinya yang semakin uzur.
 “Kak Tijah, dahlah jangan sedih sangat,” pujuk mak Anisah yang duduk sebelah kerusi roda Nenek Tijah.
“Aku sayu Jijah. Cucu aku tu, luhur sangat hatinya. Sudahlah tu, semua nak ditanggungnya sendiri. Kalaulah aku punyai kuasa dan hak itu ditangan aku, sudah lama aku bawa dia lari dari semua ini,” kongsi Nenek Tijah.
“Sabarlah kak. Dia lakukan ini semua untuk kebaikan kesihatan akak juga. Dia dah besar kak. Memang sepatutnya dia ikut pemintaan papanya itu. Sudah lama mereka pujukkan?”soal Jijah memujuk.
“Mmmm...,”angguk Nenek Tijah.
“Dah biarlah dia berhibur sikit. Malam nanti sudah nak bersemuka dengan kawan-kawan dia pulak. Menangis pulak bebudak tu nanti.”
 “Itulah. Kau tengok tu. Dia boleh lagi bergelak bertampa lagi dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu itu semua. Mana orang nak tahu, bagaimana hati dia menangis sendirian,” jelas Nenek Tijah yang masih ingin menceritakan hal Lyana pada Jijah.
“Dia seorang gadis yang kuat semangat kak. Saya yakin dia akan berjaya dengan cemerlang. Akak beruntung punyai cucu sehebat Lyana,” puji Jijah. Nenek Tijah tak mampu bersuara. Diperhatikan saja telatah Lyana dari jauh. Moga Lyana sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan dunianya sentiasa.
****************
 Fahmee duduk di kantin setelah penat mengemas di padang sekolah tadi. Mengambil angin sebelum berlalu pulang ke rumah Pak Su Kasim. Lyana datang menghampiri Fahmee.
“Cikgu Fahmee,” panggil Lyana lembut.
“Ada apa Lyana?” soal Cikgu Fahmee bila melihat Anisah dan Aisyah menunggu saja di tepi pokok sebelah kantin. Maknanya mereka tidak berdua saja di sini.
“Saya nak minta maaf pada cikgu atas keterlanjuran bahasa saya pada cikgu selama cikgu mengajar di sini. Saya tak bermaksud untuk memalukan cikgu dan saya juga tidak bermaksud dengan apa yang saya katakan itu,”ucap Lyana terus-terang.
“Maksud awak, awak tak cintakan saya?”soal Fahmee ingin mengusik Lyana lagi. Suka melihat wajah Lyana yang dari tadi merah menahan malu. Tersipu-sipu saja tingkahnya untuk berterus-terang begitu.
“Errrrr....,”gagap terus Lyana sambil memalingkan kepalanya memandang pada Anisah dan Aisyah.
“Saya tak faham Lyana?” desak Fahmee lagi. Memang nak kenakan Lyana ni puas-puas. Bukan siapa ada pun bersama mereka. Yakin sangat dia tidak akan membuatkan Lyana berasa malu macam yang dilakukan di kelas tempoh hari.
“Saya tak pandai nak buat ‘perfect crime’ cikgu. Nak main curi-curi hati orang kena pada tempatnya. Tak boleh main salah curi. Jika saya curi hati cikgu, cikgu kena curi hati saya balik. Barulah cikgu boleh bernafas dengan normal. Saya pun sama... kalau tidak matilah saya tak bernafas cikgu,” jawab Lyana senafas. Tak perlu diperkembangkan lagi maksud yang tersirat dalam kata-katanya itu. Tiada guna pun. Esok dia akan meninggalkan kampung ini untuk selamanya. Fahmee terpinga-pinga memahami bahasa Lyana.
“Apa maksud awak Lyana?”soal Fahmee.
“Maafkan saya cikgu. Itu maksud saya, sebab saya selalu cakap cikgu, I love you pada cikgu depan semua orang. Maafkan saya cikgu. Saya harap cikgu dapat doakan kejayaan saya. Peperiksaan semakin hampir ni. Dosa saya pulak banyak dengan cikgu. Maaf ya cikgu. Assalamualaikum,” ucap Lyana terus berlalu meninggalkan Fahmee berganda dua pingganya.
“Lyana,”panggil Fahmee.
“Ya, saya.”
“Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Maafkan saya, Lyana,” ucap Fahmee. Lyana hanya membalas dengan sebuah senyuman ikhlas saja. Akhirnya mesejnya sampai juga pada Fahmee. Jangan sesekali menjatuhkan air muka anak murid walaupun sekadar gurauan di mata pelajar lain. Bergurau biarlah berpada pada tempatnya. Mereka remaja yang sedang memerhati dan mencari idola hidup. Cikgu itulah idola yang paling dekat selain daripada ibubapa di rumah.
Sekeping kad yang tertinggal di meja kantin diambil oleh Fahmee. Dia tahu itu kad yang Lyana tinggalkan untuknya. Tulisan tangan yang molek bulat-bulat itu sangat dikenalinya. Cantik tersusun tulisan yang berpen biru itu. Gambar lukisan tangan itu buatkan Fahmee tergelak kecil.
“Tadi nak minta maaf sebab tak ada perasaan. Yang dilukisnya gambar perempuan dan lelaki dengan nadi bergetar ni maksudnya apa? Adehhhh! Lyana, Lyana. Did you know that I love you too. I love you too, Lyana,” ucap Fahmee perlahan. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
*******************
 Suasana di masjid gempar malam ini, selepas Tuan Pengetua membuat pengumuman yang Lyana akan meninggalkan mereka kerana sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Ohio. Esakan dan kata tak puas hati mereka pada Lyana kedengaran dari setiap sudut.
“Maafkan saya kawan-kawan. Saya tak bermaksud nak sembunyikan hal ini. Cuma Saya tak mahu semua rasa sedih sepanjang hari-hari terakhir saya di sini. Anggaplah pemergian saya ni sementara saja. Satu hari nanti kita akan berjumpa lagi di sini. Kita kejar cita-cita dan impian kita masing-masing,” jelas Lyana mudah.
“Mana aci, Lyana. Kau pergi dulu dari kami semua. Janji hari tu nak pergi sama-sama. Nak naik kapal terbang sama-sama,” ucap Aisyah.
“Aci kat India, Aisyah,” gurau Lyana.
“Lyana!”tegur Anisah yang sudah teresak di sebelahnya.
“Baik. Baik. Dengar aku janji saya. Walau dimana pun saya berada. Korang semua tetap kawan baik saya sampai bila-bila. Dalam sampul surat tu ada alamat email saya. Dan ada alamat grup yang telah saya cipta untuk kita sentiasa berhubung. Sekarang ni teknologi dah canggih. Mungkin kita boleh conference call sekali sekala di sekolah. Cikgu pengetua mesti benarkan, jika saya bersiaran dari makmal komputer universiti sana nanti. Boleh jadikan peransang semangat buat korang semuakan,”pujuk Lyana lembut.
Mengeleng Lebai Mat dengan telatah budak-budak ini semua, sampai Lyana serba-salah dibuatnya. Kesian pulak melihat dengan riak wajah Lyana yang sayu je dari tadi.
“Macam nilah anak-anak. Kita buat aku janji di sini. Cukup enam tahun dari sekarang, kamu semua berkumpul semula di sini. Tunjukkan hasil perjuangan kamu semua tu. Lyana, boleh kamu janji untuk datang sini semula selepas enam tahun nanti. Tunjukkan pada kami semua, hasil didikan kami ni membuahkan hasil ke tidak. Tak sabar pakcik nak tengok kejayaan kamu tu,” pinta Lebai Mat.
“Insya-Allah pak cik. Saya akan cuba,”tunduk Lyana.
Pemergian Lyana diiringi dengan esakan kesedihan teman-teman rapatnya. Orang kampung pun turut sama terkesan dengan berita mengejut itu. Fahmee yang baru tahu berita itu terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Rasa yang baru berputik, perlu diperbetulkan kembali.
“Lyana,” panggil Fahmee yang menunggu di pagar masjid.
“Ya, cikgu,”Lyana berhenti melangkah.
“Saya nak email Lyana,” pinta Fahmee.
“Hah?”
“Boleh saya dapat email Lyana?” pinta Fahmee lagi. Lyana yang termalu-malu terus mencapai pen marker yang tersimpan dalam beg galasnya. Tapak tangan Fahmee di tarik dan dituliskan selamba di situ.
lyanamee@gmail.com, maaf saya tak layan surat cinta ya cinta!! Daaa - Lyana
“Okey cikgu,”senyum Lyana.
“Terima kasih. Tak nak email saya ke?” soal Fahmee lagi.
“Mmmmm... tak payah kot. Nanti tak boleh bernafas dengan normal. Parah. Assalamualaikum, cikgu,” ucap Lyana perlahan lalu meninggalkan Fahmee dengan hati yang berbunga.
“Nak lupakan cinta yang berputik? Rasanya tak sanggup kot,”ucap Fahmee sendirian. Tanpa disedarinya Pak Su Kasim ada di belakang. Tersenyum Pak Su Kasim melihat gelagat Fahmee. Tak cinta konon. Porahhh!
“Hai lain macam je sedihnya ni,”usik Pak Su Kasim
“Hahahaha... bila hati dah confirm suka. Bunga pulak jual mahal. Mana tak sedih pak su,”balas Fahmee.
“Hahahaha... sanggup ke tunggu sampai enam tahun tu?” soal Pak Su Kasim lagi.
“Kalau dengan bunga yang sama macam ni, seratus tahun pun saya sanggup...hahahaha,”gelak Fahmee dengan penuh kiasan.
“Kalau dah jodoh tidak ke mana Fahmee. Kamu doakan aje. Nak buat lebih pun tak guna sekarang ni, dia tak pandang kamu pun,”balas Pak Su Kasim.
“Saya faham Pak Su. Biarlah dia kejar cita-cita dia dulu. Sambil-sambil tu saya tanamlah sikit-sikit rasa itu pada dia,”jawab Fahmee tak malu langsung. Pak Su Kasim sengih panjang. Panjang akal sungguh anak buah dia yang sorang ni. Kalau nak, memang dikejarnya sampai dapat. 

*************************
6 tahun berlalu.
Lyana sudah menamatkan pengajian di peringkat master sebulan yang lepas. Kini dia sedang mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. ‘Civil Engineering’. Tawaran di firma perunding di ibu kota buatkan Lyana menarik nafas lega kerana dia tak payah pening kepala untuk memikirkan jalan menolak pelawaan Tan Sri Raja Alaudin untuk bekerja di empayarnya. Sekarang baru Tan Sri Raja Alaudin dan Puan Sri Mahani terasa untuk mengejar kasih sayangnya. Lepas Nenek Tijah meninggal dua tahun lalu, Lyana mengambil keputusan untuk membawa diri duduk diperantauan buat seketika. Tiada apa yang ingin dijadikan sistem bata menagih perhatian keluarganya lagi. Dia pulang pun kerana janjinya pada Lebai Mat.
“Cik Puteri Norliyana Raja Alaudin,” ucap Ketua Jabatan Kejuruteraan.
“Iya, saya,” ucap Lyana mengangkatkan kepalanya memandang pada Ketua Jabatan yang dinantikannya itu. Tergamam Lyana seketika. Macam tak percaya.
“Apa khabar Lyana?”ucap Ketua Jabatan itu ramah.
“Errr.... cikgu? Baik. Khabar baik. Saya tak silap tempat ke ni? Ini betul ke Perunding Berjaya Sdn Bhd?”soal Lyana canggung.
“Betul. Selamat datang ke Perunding Berjaya Sdn Bhd... dan selamat kembali pada hati saya,”ucap Fahmee dengan penuh yakin.
Lyana sudah tak tentu arah. Ingatkan bila tak melayan email yang sering dititipkan buatnya itu, rasa itu boleh berlalu. Namun bila sudah diasak dengan email setiap hari selama enam tahun siapa yang tak cair. Madah pujangga mengalahkan sasterawan negara.
“Mmmmm...,” itu saja yang mampu dibalasnya.
“Bukankah saya dah cakap dalam email saya. Kenangan yang paling manis dalam hidup adalah bila dua insan saling merindui. Namun tidak berkomunikasi tetapi keduanya saling mendoakan dalam sujudnya masing-masing. Sihat?” senyum Fahmee yang suka dengan penampilan Lyana yang lebih angun dari zaman remajanya dulu.
“Terus rasa nak demam,” balas Lyana selamba.
“Hahaha... janganlah. Saya tak buat apa-apa pun, cuma cakap benda yang benar. Sekali saya dah ucap sayang, sampai bila-bila rasa itu ada. Saya ikhlas dan saya bukan lagi cikgu Lyana,”pancing Fahmee terus. Sudah tak nak tunggu-tunggu lagi. Bunga di depan matanya ini, bukan calang-calang bunya. Lepas mengetahui asal usul Lyana dua tahun lalu, memang Fahmee melancarkan operasi memikat dengan bersungguh-sungguh. Ini memang edisi pupus dah ni.
Lyana dah tak tahu nak cakap apa. Diam saja yang mampu dilakukannya. Nak sengal pun terus sempit. Fahmee di hadapannya ini memang nampak sangat kesungguhannya, sampai kepala dia pun boleh jammed.  
“Kalau iya pun, ikutlah adat orang melayu. Saya masih punyai ibu dan ayah. Bukanlah sebagai seorang Islam kita diperhaluskan dengan tertib merisik dan meminang dengan lebih sopan. Budaya cinta ini bukan budaya kita sebagai seorang islam. Couple tu langsung tak masuk buku. Saya nak biarlah rasa cinta itu dibelai bila ijabkabul disempurnakan. Bolehkan cikgu,” jelas Lyana.
“No hal. Risik sudah dilakukan. Peminangan je yang belum saya sempurnakan. Saya menunggu Lyana balik saja. Nak tahu dari mulut yang empunya badan, sebelum saya masuk meminang. Boleh ke saya masuk meminang. Saya dah lama jadi perfect crime for your love ni,” ucap Fahmee separuh berbisik.
“Perfect Crime?”soal Lyana terkejut. Mana mungkin, Fahmee ingat lagi akan kata-katanya dulu tu. Jari Fahmee menunjukkan frame gambar yang besar sebelah mejanya. Masyallah, kad yang dilukiskan Lyana elok tersimpan di situ.
“Allah?”
“Kenapa tak cakap saja masa tu, cikgu, I really love you,” usik Fahmee semakin nakal bila melihat wajah Lyana merah.
“Errr... malu kot,”balas Lyana dah tak tahu nak jawab apa.
“Kot? Kalau Lyana berani sikit, mungkin Lyana akan dengar balasan dari saya,” senyum Fahmee yang sudah menyulam bahagia.
“Balasan apa?”
“Yes, I love you too budak kecik,” ucap Fahmee penuh syahdu.
“Ooooo..... oh?”terkejut Lyana ganda sepuluh. Dia tak salah dengar ke? Cikgu boleh jatuh cinta dengan anak murid. Tak ku sangka?
“Pardon me, cikgu?”soal Lyana inginkan kepastian.
“Hahahaha... comel. Dah. Jom. Saya nak terus gi rumah Lyana, jumpa dengan papa dan mama Lyana hari ni juga,” desak Fahmee yang memang tak sabar menunggu hari ini.
“Kejap? Kejap? Cikgu cakap sekali lagi?”soal Lyana.
“Awak kena cakap dulu baru boleh saya balas,” suruh Fahmee.
“Saya cakap?”
“Iya, awak cakap macam yang awak cakap dulu. Kemudian baru boleh saya cakap,” pinta Fahmee.
“Cikgu I love you!”
“Iya Lyana.... I love you tooo,”
“Alaaaaaa..... kenapa sekarang baru cakap,”lepas Lyana.
“Haah?”terkejut Fahmee. Tadi bukan main malu. Sampai merah-merah pipi. Ini sudah sengal pulak.
“Penat aje, saya kontrol ayu depan cikgu. Ishhhh...”geram Lyana.
“Heyyy... siapa yang kata tadi terus masuk meminang. Awak ni jangan main-main Lyana. Saya serius ni,”geram Fahmee.
“Hahahaha... cikgu I love you,” balas Lyana.
Sakat Lyana. Rindu nak tengok muka Fahmee yang merah menahan malu. Itulah yang buatkan Lyana simpan rasa cinta yang berputih sampai hari ini. Sikap malu Fahmee dalam rasa macho dan perasan handsomenya itu. Nak buat macam mana, sudah aturan hidup dia jatuh cinta dengan guru sandaran yang mengajarnya juga. Mujurlah jodoh itu miliknya. Kalau tidak sampai ke anak cucu akan diingati tarikh hari guru untuk mengingati sikap sengal selambanya terpekik menyatakan suara hatinya dalam sengal. Cikgu, I love you.





T.A.M.A.T 

1 comment: