Monday, July 3, 2017

SELINGKUH

Ini salah satu Projek Cerpen & Lagu yang sedang saya lakukan di laman grup Angan Pena. Tak pernah lagi menulis genre yang sebegini sebak sesak nafas. Serius ini bukan genre kesukaan saya. Saya tak suka konflik. Tapi sebagai pemain bahasa saya perlu belajar bermain dengan emosi sendiri dan emosi pembaca. Diharap percubaan pertama saya ini mendapat tempat di hati semua pembaca. Yang baik itu datang dariNya dan yang silap dan kurang itu datang dari kekhilafan saya sendiri... Selamat menbaca semua. 



Zalia cemas bila diminta pulang oleh Pembantu Peribadinya, Siti. Hal tergempar yang melanda Ilham Holdings buatkan Zalia tak senang duduk di Kota Singa ini.  Semua temujanji dengan investor yang disusun sebelum ini ditangguhkan pada minggu depan. Ilham Holdings itu adalah anak kedua buat Zalia selepas Alif anak tunggalnya yang kini belajar di asrama penuh di Kuala Lumpur.
Sampai saja di KLIA, Zalia terus berdesup ke Ilham Holdings. Berdaya Resort, anak syarikat yang diusahakan Zalia semakin mencanak naik dipersadar industri yang semakin mencabar ini. Dato Mutalib selaku Pengarah Urusan Ilham Holdings cukup puas hati dengan prestasi anak syarikatnya yang diusahakan sendiri oleh menantu kesayangan. Kepercayaan yang diberikan pada Zalia memang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tiada rasa ragu timbul pada hati Dato Mutalib juga lembaga pengarah yang lain. Zalia memang calon yang tepat.
"Puan Zalia...saya tak nak bawa mulut tapi saya rasa puan patut tahu," Siti telan air liur untuk memberitahu perkara mungkar ini pada bos besarnya yang sangat tenang raut wajahnya. Noreen yang duduk di sebelah Siti pun sudah tunduk tak tahu nak cakap apa. Sungguh, selama dia bekerja sebagai Pembantu Peribadi Dato Mutalib tak pernah sekali pun dia melihat Zalia mengamuk marah. Senyum saja sepanjang masa. Apa yang beraku depan mata mereka ini buatkan timbul rasa bersalah yang membuak dalam hati mereka berdua.
Ipad merah itu diberikan pada Zalia yang baru sampai dari Singapura. Dengan hati yang tak sedap, Zalia menyambut ipad itu. Folder yang tertera nama ‘my boss’ itu disentuhnya. Matanya terbuntang seketika tak tahu nak bereaksi bagaimana. Di hadapannya ini terduduk dua orang yang paling rapat dengannya di Ilham Holdings ini. Makin lama makin laju sentuhan jari Zalia pada skrin ipad. Wajahnya yang tenang sudah berkerut seribu. Rasa macam nak campakkan saja Ipad tu pada dinding. Namun, rasa itu dikawalnya sebaik mungkin.

"Apa semua ni Siti, Noreen?" soal Zalia yang lelah. Inikah sebabnya dia dipanggil pulang ke pejabat dengan kadar segera? Inikah sebabnya dia terpaksa menangguhkan temujanjinya dengan investor di Singapura sana?  Satu yang kurang wajar mencampurkan urusan peribadi dengan kerja. Lima temujanji pentingnya dengan investor dari Singapura terpaksa ditunda.
"Kami sudah tak sanggup bersubahat lagi puan. Kami sayangkan puan. Perkara ini semakin lama semakin terang di mata kami di sini," jelas Siti.
“Selama ini mereka buat sembunyi-sembunyi. Tapi makin lama, makin berani hingga staff di Ilham Holdings sudah sok sek sok sek mengata. Kami faham situasi puan. Sebab itu kami tak cerita, tapi kami tunjukkan bukti. Apa yang kami lakukan ini bukan untuk menjatuhkan rumahtangga puan. Kami lakukan ini sebab kami sayang puan, kami nak puan bahagia. Puan layan kami macam keluarga puan sendiri. Sebagai keluarga kami perlu tunjukkan pada puan kebenaran ini,” jelas Noreen satu persatu.
Tangan dan kaki Zalia seram sejuk mengigil, namun ditahan juga rasa nak meraung sekuat hati itu. Air mukanya dan air muka suami, Mukriz perlu dijaga. Hal rumahtangga tak perlu dipertontonkan di pejabat. Itu melanggar etika hidup Zalia sendiri.
"Hmmmmmm....apa pun saya ucapkan terima kasih pada kamu berdua. Saya pinjam dulu Ipad ini. Saya nak siasat sendiri. Ini melibatkan maruah saya dan suami saya. Ini juga melibatkan maruah kawan baik saya, Suzanna. Saya tak mahu bertindak melulu,"ucap Zalia cukup berhati-hati. Padahal gelora dihatinya hanya tuhan saja yang tahu akan ribut taufan dengan kilat sabung menyabung.
“Puan….” Panggil Siti lembut membuatkan Zalia yang sudah bangun berpaling semula. 
“Puan sentiasa ada kami, jika puan nakkan tempat mengadu dan bercerita,”ucap Siti ikhlas. Zalia hanya membalas dengan senyuman kelat. Kepala dianggukkan dan dia berlalu pergi menuju ke pejabat Dato Mutalib.
********************
                Dato Mulatib yang selesai berbincang dengan Zalia tentang perkembangan Berdaya Resort dan investor dari Singapura itu, tak sempat nak senyum bahagia bila melihat gambar di Ipad yang dihulurkan Zalia. Hati tuanya berkecamuk bila melihat gambar ini. Sesekali matanya memandang pada Zalia dan Ipad itu silih berganti.
                “Celaka punya anak. Maknanya khabar angin yang melanda Ilham Holdings ini betullah ya, Lia?” soal Dato Mulatib garang. Wajah Zalia yang tenang tak terusik itu, lagi buatkan Dato Mutalib hilang sabar. Tangan terus saja mencapai ganggang telefon untuk menghubungi Mukriz. Perkara ini perlu diselesaikan segera. Zalia tidak wajar diperlakukan begitu.  
"Papa...please no. Biar Lia je yang selesaikan hal ini. Lia bagi tahu papa ni sebab Lia nak papa tahu hal anak kesayangan papa. Selama ini syak Lia berasas papa. Cuma Lia tiada bukti kukuh. Sekarang semuanya jelas depan mata,"ucap Zalia yang bersemuka dengan bapa mertuanya. Kerja dengan keluarga mertua yang kaya-raya ni dugaannya cukup besar. Hati kena sentiasa bersedia ikhlas. Zalia satu-satunya menantu perempuan pada Dato Mutalib. Menantu lelaki Dato Mutalib yang sulong dan yang kedua, masing-masing menerajui pengurusan tertinggi Ilham Holdings bersama dengan Mukriz selaku CFO bagi Ilham Holdings. Anak-anak perempuan Dato Mutalib pula tidak mahu bekerja bawah payung Ilham Holdings, mereka lebih senang dengan langkah mereka sendiri.
Dato Mutalib tunduk. Bukan dia tak dengar khabar angin mengenai hal anak lelakinya ini yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan kawan baik isterinya sendiri. Tak kenang dek untung. Zalia yang cukup serba-serbi ini pun dia masih lagi nak cari lain.
"Apa yang Lia nak buat?"
"Buat bodoh dalam berakal papa. Lia bukan macam isteri orang lain. Lia sedar kekurangan Lia. Asal usul Lia dari keluarga susah. Pendidikan Lia pun, keluarga papa yang tanggung. Dan Lia dapat agak alasan apa yang abang akan berikan pada Lia….. abang nak anak lagi. Seorang saja tak cukup buatnya. Tapi itulah rezeki yang Allah turunkan buat kami. Lia nak buat macam mana papa, bukan Lia tak cuba. Cuma rezeki itu belum ada lagi. Pada Lia, apa yang Allah berikan itu Lia terima dengan penuh syukur. Abah selalu pesan pada Lia jangan mengharapkan yang lebih sekiranya yang ada dalam tangan ini pun Lia tak mampu jaga sepenuh hati Lia."
Dato Mutalib jeda. Kata-kata Zalia buatkan dia rasa terpukul. Keikhlasan Zalia masih seperti pertama kali dia berjumpa Zalia yang melakukan praktikal di syarikatnya.
"Lia nak papa cakap dengan Mukriz?" cadang Dato Mutalib yang ingin membantu Zalia.
"Jangan papa. Lia nak papa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Lia tekad pertahankan hak Alif dalam semua harta abang. Itu hak kami. Dan Lia nak sangat papa doakan agar Lia sentiasa tabah dalam mempertahankan rumahtangga Lia ni, pa."
Pemintaan Zalia yang sememang tegas dan berprinsip luhur itu buatkan Dato Mutalib mengeluh berat. Besarnya dugaan menantu kesayangannya ini. Bukan calang orang yang mampu berdepan dengan situasi begini dengan cukup tenang macam Zalia. Walaupun wajah Zalia nampak tenang, namun raut wajahnya yang sedikit suram itu menampakkan kesedihannya yang melampau.
Mukriz yang menerjah masuh ke pejabat Dato Mukriz terkejut melihat Zalia duduk mengadap dengan muka yang serius. Timbul rasa cemas di benak Mukriz kerana Suzanna sedang menunggunya di luar pejabat Dato Mukriz ini. Mereka sudah bercadang untuk keluar makan bersama. Peluang beginilah yang selalu dinantikan kerana Zalia tiada di sini. Kini rancangannya untuk keluar dengan Suzanna pasti tergendala.
“Eh! Lia pun ada? Bila balik, abang tak tahu pun,”ucap Mukriz bersahaja memeluk bahu Zalia dan mengucup dahinya. Zalia tersenyum kelat. Tangan Mukriz dicapai dan disalamnya dengan penuh hormat seperti tiada apa yang berlaku. Dato Mulatib yang memerhati gelagat pasangan ini rasa sangat sakit hati dengan perangai Mukriz. Hipokrik!
“Papa panggil balik. Ada hal penting,”celah Dato Mulatib.
"Kenapa tak cakap balik awal ni, ling. Boleh abang jemput kat KLIA,"kata Mukriz bersahaja mesra seperti biasa. Zalia dalam diam rasa bagaikan nak termuntah dengar kata-kata manis Mukriz itu. Lembut gigi dari lidah rupanya.
“Papa hantar Pak Ali untuk jemput Lia di KLIA tadi. Ni pun Lia kena pergi semula ke Singapura untuk selesaikan dengan investor di sana. Abang tak kisahkan Lia kena outstation lagi ni?” pancing Zalia.
“Tak selesai lagi ke?” soal Mukriz.
“Belum,”jawab Zalia manja. Saja dilunakkan suaranya walaupun hakikatnya dia nak meraung sekuat hati. Rasa nak tampar-tampar saja wajah kacak berkumis kemas Mukriz itu.
“Lia buat untuk Ilham Holdings jugakan. Maknanya untuk keluarga kita. Bukan Lia pergi berjoli kat sana. Janji Lia pandai jaga diri. Abang okey,” balas Mukriz yang sedang menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Dahinya berkerut-kerut membaca balasan pesanan ringkas yang masuk menderu-deru dalam telefon bimbit Mukriz tu.
“Papa, jom lunch sekali. Lia, dari pagi lagi belum sarapan. Nak balik sini jumpa papa, lepas tu nak balik rumah tidor. Penat sangat ni pa,” adu Zalia mesra dengan Dato Mutalib. Mukriz yang sedang menaip di telefon bimbit, terus berpaling memandang pada Zalia. Baru dia perasan wajah kepenatan Zalia. Tak prihatin langsung.
“Sorry, Lia. Papa ada lunch appointment. Ni Riz ada ni, pergilah lunch dulu,”suruh Dato Mulatib. Zalia sudah berisyarat mata untuk tidak mahu berdua saja dengan Mukriz hari ini, hatinya belum cukup kuat dan tenang. Dia takut kesedihan dan kekecewaan yang dialaminya ini membuatkan dia cepat melenting bila bersama Mukriz.
“Jom, Ling. Abang pun rindu kat Ling. Dah tiga hari Abang tak tengok Ling,”pelawa Mukriz penuh romantis. Zalia senyum kelat dan akur dengan perlawaan Mukriz itu.
 Suzanna yang menunggu di luar pejabat Dato Mutalib tercengang melihat Mukriz keluar dengan lengannya dipaut mesra oleh Zalia. Tak tentu arah Suzanna mencari alasan bila Zalia tanya dia buat apa di depan pejabat Dato Mulatib. Terus Suzanna kata yang dia mencari Zalia, bila Siti memaklumkan yang Zalia berjumpa Dato Mulatib itu yang dia terus terjah kemari.
Zalia menyumpah seranah dalam hati, bila dengan selamba Mukriz mempelawa Suzanna untuk turut sama makan tengahari bersama. Zalia hanya memilih untuk makan di Coffeehouse Berdaya Resort saja. Mudah dia nak masuk pejabat sebaik sahaja habis makan nanti. Sakit matanya melihat lakonan dua orang penipu ini depan matanya.
Suzanna macam cacing kepanasan bila perlu makan bersama Zalia dan Mukriz di coffeehouse. Zalia dengan wajah selamba dan buat bodoh sengalnya tetiba bereaksi manja melayan Mukriz. Sesekejap Zalia memaut lengan Mukriz dengan manja. Sesekejap Zalia melentukkan kepalanya di bahu Mukriz yang duduk disebelahnya. Saja aksi romantis dipamerkan di hadapan Suzanna.
"Abang apa ni makan macam ni, pun boleh comot. Meh sini, abang ni makan lama makin manja,"kata Zalia. Mukriz yang sedang makan terhenti dan terus menyuakan wajah pada Zalia. Dengan lentuk yang manja dan selamba Zalia mengucup tepi bibir Mukriz yang terkena sos Fish & Chips. Terkedu Mukriz dibuatnya. Suzanna yang memandang aksi daring Zalia it uterus merah padam pipinya. Mesti geram! Zalia peduli apa hak dia, lantak dialah nak lap dengan apa pun.
"Errrrr...."ucap Mukriz.
"Hahahaha….. abang nak malu dengan Sue pulak. Ishhh abang ni, dia tak kisahlah. Betul tak Sue? Haii… abang ni itu pun nak malu. Lebih daripada ini saya dah buatkan," ucap Zalia selamba. Dapat dirasakan yang kaki Suzanna sudah menendang kaki Mukriz di bawah meja hingga Mukriz mengaduh dengan kerutan di wajahnya saja.
"Linggggg....."
"Mmmmm..." jawab Zalia sambil memotong kentang goreng dalam hidangannya itu.
"Errrr....Lia,bagaimana dengan appointment you dengan investor tu?" celah Suzanna yang tak tahan mendengar suara-suara manja Zalia dan Mukriz.
Zalis dah gelak dalam hatinya yang sakit. Tahupun cemburu. Tahupun sakit hati. Yang pergi ambil hak kawan sendiri tu kenapa? Memang kena selingkuh jugak dengan kuali chef kat kitchen tu.
"Itulah tu Sue, I kena turun Singapura semula pagi esok. Malam ni dah tak larat, nak balik tidor aje. Macamlah KL-Singapura tu dekat. Kali ni meeting lama sikit kot mungkin tiga empat hari. Banyak yang nak diputuskan sebelum I serahkan pada CFO ni uruskan hal MOU nanti. Ishhh...penat dah badan ni. Abang....I miss you so much and gonna miss you for few more days," suara manja Zalia pada Mukriz yang tersenyum kelat. Sejak kebelakangan ini, Zalia memang suka sangat bersuara manja begitu padanya. Lentuk manjanya lebih memikat dari Suzanna. Itu baru Zalia bersuara manja, belum lagi Zalia mulakan aksi gesel-gesel larinya lagi, boleh panasaran Mukriz dibuatnya. Cara memikat Zalia sungguh tak terduga sekarang ni.
"Ling pergi sekejap je kan. Habis meeting tu cepat-cepatlah balik. I gonna miss you tooo darling,"balas Mukriz yang tanpa sedar kata-katanya itu membuatkan Suzanna geram.
Zalia bersorak-sorai dalam hatinya. Cukup suka membuatkan pasangan kekasih gelap ini berkacaran. Dia tak buat apa-pun, sekadar bermanja dan melayan rasa cintanya pada suaminya saja. Tak lebih dari itu.
*****************
                Zalia mengambil keputusan untuk memandu saja kali ini. Hatinya tak tenang duduk di rumah mahupun di pejabat. Nak ke Ilham Holdings lagilah dia tak lalu. Dia memandu menuju ke asrama Alif di Cheras. Lepaskan rindu pada si bujang kesayangan.
                Alif yang melakukan prep di bilik belajar terkejut menerima kunjungan Zalia yang sudah sebulan sibuk tanpa henti. Dapat jumpa pun sekejap-sekejap. Tubuh ibunya yang dulu berisi pun sudah nampak langsing walaupun wajahnya nampak suram.
"Ibu."
"Alif, ibu minta maaf. Sekiranya esok-esok keluarga kita ni tak sempurna macam ni lagi. Bukan ibu tak cinta, bukannya ibu tak sayang tapi masa tu ibu dah kalah dalam menanggani cabaran hidup. Hidup ini makin kita melangkah dewasa makin banyak pengorbanan yang perlu kita lalui,"luah Zalia yang berkongsi rasa dengan anak tunggalnya itu.
"Ibu, Alif dah 16 years old Ibu. Please don't treat me like I'm 10 years old. I can see what happen," ucap Alif penuh serius. Zalia memandang wajah Alif mohon penjelasan. Mustahil Alif boleh terbau aktiviti sumbang Mukriz sebab Alif duduk di asrama penuh.
"What did you see?"soal Zalia inginkan penjelasan yang nyata.
"ibuuuu....Alif tahu ada something going on between ayah and Aunty Sue. I saw it with my eyes. So please stop pretending that you're loving couple, okey. Alif nak muntah tengok," jelas Alif terus-terang.
Zalia rasa macam nak meraung dengan kata-kata Alif yang sangat dilindungi dari sebarang gangguan emosi. Kalau boleh, sebaik mungkin dia tak mahu melibatkan Alif dalam hal ini. Tapi kata-kata Alif itu meunjukkan dia dah tahu segala-galanya. Robek hati Zalia bagaikan dikunyah lumat oleh mukriz suami yang sangat dicintainya.
"I'm not pretending anything Alif. When people in love, they express their feeling too action. And it's goes to me. Furthermore, ianya halal dan memberi pahala buat ibu. Sebagai seorang isteri yang mencintai suaminya, setiap sayangnya itu adalah pahala. Bukan itu ke yang ustazah ajar kat sekolah?" nasihat Zalia penuh hemah. Dia tak tahu emosi Alif terganggu akibat pincangnya rumahtangganya ini.
Alif diam. Zalia nampak Alif sedang menggenggam jarinya sekuat mungkin dari tadi. Nampak sangat Alif menahan rasa sepertinya juga. Namun, darah muda Alif cepat membuakkan rasa marah. Zalia faham sangat dengan perangai anaknya yang satu itu. Saling tak tumpah dengan perangainya menanggani konflik hidup. Diplomasi.
"Alif tak akan maafkan ayah, ibu. Walau apapun alasan ayah, Alif tetap tak mampu maafkan. Ibu tak ada cacat kurangnya. Ibu ada segalanya yang seorang suami inginkan. Malah ibu dah banyak berkorban untuk ayah dan keluarganya. Ibu tolonglah sayangkan diri ibu sendiri dulu, do something to teach them a lesson. A good lesson from you....and please know that i love you so much ibu," kata-kata semangat dari Alif itu membuatkan hati kebal Zalia cair. Air mata yang bertakung di tubir mata mengalir deras jatuh ke pipi. Buat pertama kalinya Zalia menangis depan Alif. Tiada lagi rahsia antara mereka berdua.
Alif bangun dan memeluk Zalia yang sedang duduk dari belakang. Bisikan Alif buatkan Zalia jatuh tersungkur menahan pilu.
"Alif akan jaga ibu sebab ibulah ibu yang paling Alif sayang. Islam wujudkan poligami untuk kesejahteraan ummah sebab nak membendung zina. Tapi dalam hal ini Alif langsung tak menyokong tindakan ayah sekiranya ayah ingin berpoligami. Ayah tak layak," bisik Alif mengeluarkan pendiriannya. Anak remaja ini sungguh petah berbicara. Apa yang terkeluar dari bibirnya payah nak disangkal, sebab semuanya berdasarkan fakta.
"alif….., ayah lebih dari layak, Nak.  Lebih dari itu pun ayah mampu lakukan. Please don't hate him so much. People make mistake, not because he did not love us. It’s because he forget who we are in here," ucap Zalia sambil meletakkan tangannya ke dada. Jiwa Alif perlu dibeli semula. Alif tidak wajar membenci Mukriz, itu tidak perlu berlaku.
"Seorang suami layak berpoligami sekiranya dia mampu menjaga dan membimbing anak isterinya sebaik mungkin. Mampu menjadi imam dalam setiap sujud keluarganya. Mampu menyayangi dan melindungi hati isterinya seikhlas hatinya. Ada ayah lakukan itu untuk ibu?" bisik Alif tegas. Zalia menggeleng menjawab soalan anaknya.
“Alif…. Sebagai anak bukan hak kita untuk mempersoalkan keputusan orang tua kita. Ibu puji sikap Alif yang sayang dan melindungi Ibu. Tapi sebagai ibu yang baik, ibu perlu nasihatkan Alif untuk tidak sesekali derhaka pada ayah. Apapun kesalahannya, sebagai anak kita hanya mampu berdoa agar Allah itu buka mata hatinya untuk melihat dari sudut yang berbeza,” nasihat Zalia.
“Ibu! Kenapalah ibu ni baik sangat? Ayah dah buat macam ini pun ibu masih nak hormatkan ayah lagi. Ibu dah hilang akal ke?” geram Alif.
Sungguh, dia tak faham dengan sikap Zalia yang tenang sentiasa. Orang sekeliling sudah berjoget-joget bercerita perihal kecurangan Mukriz dengan Suzanna boleh lagi Zalia ambil sikap tenang begitu. Ishhh!
“Alif……bila hati kita marah, syaitan suka sangat nak peluk dan cium kita. Sebab kita ni sudah jadi kekasihnya. Tapi bila api kemarahan itu kita basuh dengan zikir, rasa tenang itu tak siapa boleh ucapkan dengan kata-kata. Bertindak dalam keadaan tenang adalah lebih waras dan saksama berbanding bertindak mengikut emosi yang kacau. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan atas muka bumi ini, Liff. Percayalah,”pujuk Zalia lembut.
“Ibu boleh terima ayah buat ibu macam ni hina?”soal Alif lantang. Zalia terdiam. Tidak dijangka itu yang keluar dari bibir Alif.
“Isteri mana yang sanggup Liff….”ucap Zalia lemah dan perlahan.
Then wake up and fight. You deserve better life. Remember your superhero will always be with you no matter what….kalau ibu nak Alif belasah ayah pun, Alif sanggup,”ikrar Alif tegas. Zalia terus memeluk tubuh anaknya seerat mungkin. Itulah kuasa semangatnya untuk terus kuat berjuang. Itulah hartanya yang akan dibawa ke akhirat kelak. Doa dari Alif.
*******************************
Setelah melepaskan rindu pada Alif dan melalui saat-saat pilu bersama, Zalia memandu ke Cyberview Resort. Dia tak tegar untuk memandu dalam keadaan bingung seperti itu. Dia ingin tidur dan berehat seketika dari segala kemelut ini. Fikirannya sangat tak tenteram. Semangatnya hilang. Alasan menghadiri mesyuarat investor itu, adalah gimik untuk mengasingkan diri buat seketika. Gimik untuk memerangkap Mukriz dan Suzanna sebenarnya.
Zalia duduk sendirian di bilik hotel cyberview resort ini. Komputer riba dipasang dan dibiarkan di atas katil. Zalia ingin berendam dalam bathtub. Jiwanya sangat lemah dek cengkaman cintanya yang punah. Kecurangan secara terang-terangan telah menggoncang mahligai yang dibina lapan belas tahun dulu. Mana mungkin dia mampu berdiam diri. Hati mana yang tak kecewa. Allah jugalah tempat Zalia mengadu.
Usai berendam lebih dari dua jam. Zalia keluar dari bilik mandi dengan matanya yang bengkak menangis. Jubah mandi pendek yang tersarung tidak ditukarnya. Dia kebingungan yang teramat. Katil yang kosong itu, dijatuhkan badannya dengan longlai.
Rasa bersalah dan menyesal menyelubungi dirinya. Kesibukan kerja di Ilham Holdings milik keluarga Mukriz ini buatkan dia terlepas pandang perubahan pada diri suaminya itu. Kalau dari mula lagi diketahui pasti hubungan mereka dapat dibendung untuk tidak sampai jauh sebegini.
Sambil berbaring tangan Zalia tiba-tiba menekan ikon CCTV yang diletakkan pada laman desktop komputernya. Harapan dapatlah dia melepaskan rindu memandang wajah Mukriz dari kejauhan. Pemasangan CCTV ini sudah lama terpasang, namun tidak berfungsi dengan sempurna sebab masing-masing sibuk. Kelmarin, Siti sudah memaklumkan yang system pengera keselamatan dan CCTV rumahnya sudah diselenggara dan ianya sudah diprogramkan dalam komputer ribanya. Maksudnya dia boleh melihat rumahnya dari mana-mana saja dia berada.
Membulat mata Zalia melihat adegan berahi yang dilakonkan oleh Suzanna dan Mukriz di ruang tamu rumahnya. Sehelai demi sehelai pakaian yang dilucutkan ditonton bagaikan ingin menggantung diri saja rasanya.
"Astagfirullahalazim. Subhanallahhhhhhhh Allahhhhhhuakbarrrrrrr......" menjerit Zalia sepuas hatinya dengan air mata yang mengalir deras. Cinta yang disemai selama ini bekecai menjadi debu, memang tiada ruang untuk diselamatkan lagi. Mana mungkin dia boleh melupakan semua ini.
Zalia meraung menangis bersungguh-sungguh sendirian dalam bilik hotel ini. Segala rasa kesal, sedih, bersalah, kecewa diluahkan dengan tangisan yang penuh hiba.
“Ya Allah. Kaulah tempatku mengadu. Aku terlalu buntu, Ya Allah…… Aku terlalu lemah, Ya Allah……terasa beban di bahuku cukup kuat Ya Allah. Mereka melakukan zina dalam rumahku sendiri. Astaqfirullahalazim. Kau tenangkanlah hatiku Ya Allah….. Kau perbesarkanlah kesabaranku ini Ya Allah….. aku tak berdaya…… tunjukkanlah aku jalan keluar yang paling mudah demi kebahagiaan semua pihak….. aku akur Ya Allah. Aku akur dengan dugaanmu……”ucap Zalia lemah dalam doanya ketika bersujud mengadu pada Allah. Itulah jalannya yang terbaik. Berserah kembali pada yang Maha Esa.
*******************
Zalia hanya menghubungi Dato Mutalib memaklumkan cuti kecemasannya selama dua hari sebelum berangkat ke Singapura. Dia perlu patuh dengan peraturan syarikat, walaupun dia memang tak berdaya untuk menjejakkan kakinya ke Ilham Holdings lagi. Sungguh-sungguh dia malu!!
Dato Mulatib mengeluh. Noreen dan Siti dipanggilnya masuk ke dalam pejabat. Budak berdua ni, banyak menyimpan rahsia Zalia. Itu perlu dikoreknya.
“Noreen, tahu yang Lia cuti kecemasan?” soal Dato Mutalib.
“Tahu, Dato. Tadi Siti ada maklumkan pada saya. Kemudian puan akan terus ke Singapura selama tiga hari. Temujanjinya pun semua sudah diatur sepanjang tiga hari di sana,”jelas Noreen.
“Bila Siti akan turun ke Singapura?” soal Dato Mutalib pada Siti yang diam menunduk. Hari ini emosi Siti cukup terganggu, dari mula masuk kerja hinggalah petang ini mukanya muram saja.
“Puan kata, kali ini saya tak payah ikut. Dia boleh uruskan sendirian. Dia suruh saya siapkan dokumen untuk diserahkan pada CFO sebaik sahaja puan balik dari Singapura nanti, Dato,” jelas Siti.
“Maksudnya?”
“Maksudnya, puan hantar draft diskusi dalam bentuk voice recording pada saya untuk membolehkan saya menyiapkan rangka proposal disini. Bila dah siap, saya email saja pada puan. Dia yang akan menyemak dan email kembali pada saya untuk print dan hantar pada CFO untuk semakan seterusnya,”jelas Siti. Kerja dengan Zalia memang mudah sebenarnya. Flexible dengan adanya kemudahan komputer riba dan internet. Sebab itulah Siti mampu bertahan selama lapan tahun menjadi pembantu Zalia. Faham sangat cara kerja Zalia yang tersusun itu. Zalia tidak pernah campur adukkan urusan kerja dan peribadi. Tumpuannya pada kerja dengan serius menyebabkan dia terlepas memerhati tingkah suaminya.
“Awak ke yang berikan gambar itu semua pada Lia?”soal Dato Mutalib.
“Bukan Siti seorang saja Dato, saya pun terlibat sama,” jawab Noreen dengan pantas.
“Terima kasih kerana sayangkan menantu saya,” balas Dato Mulatib lemah.
“Saya minta maaf Dato. Kami bukan berniat ingin hancurkan rumahtangga puan Lia. Kami inginkan dia bahagia dan hidup dengan lebih sempurna. Sakit telinga saya ni dengar orang sok sek sok sek cakap tentang keburukan puan Lia. Dia terlalu baik untuk encik Mukriz buat dia macam tu sekali Dato,” luah Siti lepas. Air mata turut sama lepas dari tubir mata.
“Orang tua bercinta macam tulah Siti,”keluh Dato Mulatib lemah.
“Maaf Dato, rasanya Dato perlu tahu mereka bukan sekadar bercinta lagi. Saya rasa inilah sebab utama kenapa puan Lia ambil cuti kecemasan. Boleh saya pinjam laptop Dato?” pinta Siti sambil mengesat air matanya. Noreen yang terpinga-pinga memandang Siti, dengan pelbagai persoalan. Ada lagi ke yang ditemui oleh Siti?
“Minggu lepas saya bantu puan Lia menyelenggara sistem pengera dan cctv di rumah. Untuk tujuan keselamatan, sistem tambahan telah dimasukkan bagi membolehkan tuan rumah memantau keadaan rumah dari manapun dia berada dengan menggunakan talian internet. Puan Lia minta untuk menyimpan rakaman pemantauan rumah ini selama seminggu sebelum refresh dengan rakaman baru. Dan ianya boleh dibuat naik sebagai bahan bukti kecurangan yang tak pernah saya jangka berlaku. Ini rakaman semalam. Dato tengoklah,”jelas Siti yang menyampah tahap nak pijak-pijak saja muka Suzanna itu. 
Dato Mutalib yang menonton rakaman itu sudah merah padam mukanya menahan marah. Sungguh dia tak sangka begitu teruk sekali perangai anaknya berselingkuh dengan akauntan Ilham Holdings yang merupakan kawan baik, Zalia.
Zina yang terang lagi bersuluh ini sudah tidak dapat disorokkan lagi. Dato Mutalib perlu melakukan sesuatu. Mukriz dan Suzanna dipanggil pulang ke rumah agam Dato Mutalib. Ini sessi terjah keluarga. Menantu Dato Mutalib yang dua orang itu pun dipanggil pulang ke rumah. Sebelum Mukriz dan Suzanna sampai, Dato Mutalib sudah mempertontonkan rakaman yang dimuatnaik oleh Siti tadi dalam laptopnya. Syed Husin, menantu sulong dan Muhammad Hisham, mengucap panjang.
“Papa, tindakan kita ini salah. Mencampur urusan rumahtangga Mukriz,”tegur Syed Husin.
“Papa tak nak bersekongkol dengan zina, Sin. Kita sudah nampak dan mendiamkan saja pun sudah berdosa.”
“Lia tahu hal ni ke pa?” soal Hisham.
“Tahu.”
“Mmmmm... patutlah kebelakangan ini, Lia sibuk semacam. Saya pun ada tegur dia, suruh bawa berehat sikit. Hal investor tu bukanlah darurat sangat, malah Berdaya Resort tu boleh mencanak naik tanpa campurtangan investor tu,” Hisham sudah faham situasi.
“Mana Lia pa?’soal Syed Husin.
“Dia pergi menenangkan diri seketika. Lusa baru ke Singapura ada temujanji selama tiga hari. Lepas tu baru balik,” cerita Dato Mulatib dengan apa yang telah Zalia maklumkan padanya.   
 “Assalamualaikum, eh Abang Long dan Abang Ngah pun ada. Ada apa ni pa. Takkan mesyuarat pengurusan tertinggi Ilham kat rumah Dato Mutalib pula,”jenaka Mukriz memandang pada Suzanna yang berdiri disebelahnya.
“Waalaikumsalam. Apa salahnya sekali sekala. Duduk Riz, Sue. Long panggilkan mama masuk sekali,” suruh Dato Mutalib. Datin Salina sudah pengsan tadi bila diperkhabarkan akan hal Mukriz dan Suzanna yang sudah bersekedudukan. Itu belum lagi dipertontonkan dengan rakaman video berahi Mukriz itu lagi. Mahu sakit jantung Datin Salina dibuatnya. Sudahlah Zalia tu kehulu-kehilir melayan kerenah Datin Salina yang cerewet sampaikan anak-anak sendiri pun tak sanggup nak layan.
Mukriz dan Suzanna berpandangan. Macam pelik saja bila mereka berdua dipanggil ke rumah waktu petang begini. Selalunya hal syarikat hanya diselesaikan di pejabat saja. Mungkinkah? Suzanna hanya menggangkat bahu tak tahu.
“Sebelum mama masuk, papa nak Riz dan Sue see this video. And please keep to yourself. I need an suggestion how to handle the issue,” ucap Dato Mutalib penuh tertib.
Mukriz menarik kerusi dan duduk di sebelah Suzanna. Buka saja video itu di dalam rumahnya, dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dipertontonkannya. Dadanya sudah membuak marah. Hal privasinya disalahgunakan oleh Dato Mutalib. Rasa egonya cukup tercabar. Suzanna sudah pucat lesi. Badan sudah menggigil kesejukan. Perkataan Mati sudah keluar dari bibirnya. Nak memandang wajah Dato Mutalib, ooohh tidak sama sekali.
“Apa semua ini papa?” suara Mukriz naik satu oktaf dari biasa.
“Bukan papa yang jawab soalan kamu tu Riz. Sepatutnya kamu yang jawab soalan yang sama pada papa?” balas Dato Mutalib tenang.
“Siapa yang buat semua ni?”soal Mukriz cukup tak puas hati.
“Jangan ditanya siapa yang buat Riz. Soal dulu kenapa semua ini berlaku. Kamu sedar tak Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, orang yang ditindas itu doanya makbul. Nak pula yang ditindas itu adalah isteri yang mendengar kata suami, tidak meninggalkan solatnya, menutup aurat, menjaga pergaulannya dan sanggup berkorban untuk keluarga. Kamu tu pernah tak tanya diri sendiri, sudah cukup ke aku ni membimbing isteri dan anak-anakku menjalankan ibadah mereka pada Allah. Sudah cukup ke aku ni melindungi isteri dan anak-anakku walau dimana mereka berada?” Dato Mutalib memulakan sesi belasahnya. Muhamad Hisham diam mendengar.
Mukriz tak betah untuk duduk disini. Tidak untuk mengadap wajah Datin Salina nanti. Pasti dia kalah. Mukriz sudah bangun, belum sempat dia melangkah Datin Salina sudah terpacul di depan matanya. Satu tamparan di pipi Mukriz diberikan. Suzanna yang tunduk dari tadi terus mendongakkan kepalanya. Tergamam. Datin Salina menghampiri Suzanna dan satu lagi tamparan diberikan di pipi Suzanna pula.
“Tak mengenang budi. Sudahlah menantu aku tu kutip dan merayu pada kamu supaya memberikan kau pekerjaan hingga kau boleh hidup senang macam ini. Kau boleh pulak menggoda dan berzina dengan suaminya. Kau ni hati batu neraka ke, hati besi neraka? Ishhh kalau ikutkan hati aku yang menanah ni aku bunuh juga kau sekarang ni,”jerit Datin Salina yang sudah hilang sabar. Mukriz sudah terduduk semula di kerusi sebelah Suzanna yang sudah menangis.
“Ina....bawa bersabar. Awak tu tak boleh terlalu marah, nanti sakit pulak jantung tu. Kita disini untuk berbincang, menyelesaikan segala kemelut yang melanda. Zina ni bukan perkara main-main. Riz, papa tak nak tahu bagaimana perkara ini terjadi. Yang papa nak tahu bagaimana kamu nak akhiri kerja terkutuk kamu ini?" soal Dato Mutalib mudah.
Mukriz diam tak berkuit. Suzanna menangis sambil memandang penuh mengharap jawapan daripada Mukriz. Dia sudah lama ingin mengakhiri perbuatan sumbang mereka ini dengan satu ikatan yang sah. Namun, pelbagai alasan yang Mukriz berikan.
“Entahlah papa,”jawab Mukriz.
“What?” Suzanna sudah melenting. Sungguh, itu bukanlah jawapan yang diharapkan keluar dari bibir Mukriz.
“Perempuan sundal. Diam, biar Riz yang membuat keputusan,” tengking Datin Salina.
“Mama....we’re here to listen and give opinion. Not to blame each other. Find solution,”tegur Dato Mutalib lembut. Kata-kata Dato Mutalib itu bagaikan satu sembilu yang menusuk ke sanubari Mukriz waktu ini. Dia jadi tak berani memikul sebarang tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Kemewahan, pangkat, rupa dan masa membuatkan dia terlajak mengikut nafsu yang melulu. Siapa yang menolak ikan secantik Suzanna yang sentiasa ada di sisi. Nak pulak dengan gaya gedik dan pakaian yang cukup menggoda. Uptodate memanjang.
“Papa, Riz perlukan masa untuk fikirkan semua ini semula. Bukan melulu seperti ini. I’m not ready yet,” ucap Mukriz.
Not readyDee look at me, who am I to you,” terkejut Suzanna. 
“Errrrr.....”gagap Mukriz nak menjawab.
Say it Dee. Say it loud that you love me more than Lia,” desak Suzanna yang sudah hilang sabar.
Datin Salina sudah mengetap bibir menahan geram. Kalau tidak kerana Dato Mutalib ada sekali, memang sudah lunyai betina sundal tu menjadi mangsa belasahnya. Dato Mutalib diam memerhati. Hati lelakinya kuat menyatakan, Mukriz lakukan untuk suka-suka sahaja. Tidak sampai untuk mengambil Suzanna menjadi isterinya yang sah.
“Riz, tengok mama dan tell me the truth. You have to choose either one, betina ni atau pun Lia. Kamu tak boleh dapat dua-dua, sebab kamu belum layak untuk berpoligami. Jangan tambahkan lagi dosa di bahu kamu tu Riz,” ucap Datin Salina.
“Riz tak akan lepaskan Lia mama. Apa pun jadi, Riz tak akan lepaskan Lia. She’s my wife mama,” ucap Mukriz menekankan siapa Zalia dihatinya.
“Sekejap...sekejap... if we know this....abang Lia tahu ke hal ni? Kalau belum, mudahlah sikit kerja kita. Kalau tak..mmmm...” soal Datin Salina yang baru sedar akan persoalan itu.
“She know long ago before us,” balas Dato Mulatib buatkan wajah Mukriz dan Suzanna dah tak serupa orang.
“Lia tahu pa?”soal Mukriz. Pantas saja tangannya mendail nombor telefon bimbit Zalia. Patutlah sejak dua menjak ni Zalia lain saja. Layanan Zalia pun manja sangat. Setiap pemintaannya Zalia tunaikan. Hingga dirasakan macam baru berkahwin pula.
“Riz!” panggilan Suzanna dipandang sepi oleh Mukriz waktu ini.
“Riz!” tangan Suzanna yang menyentuh lengan Mukriz ditepis lembut oleh Mukriz.
“Riz, papa nak kamu nikah dengan Suzanna. Hal Lia, kita tunggu saja apa keputusan Lia. Kamu tak lepaskan pun, dia berhak dapatkan fasakh dengan bukti yang terang lagi bersuluh ini. Kamu memang seorang suami yang tidak mampu membimbingnya ke jalan Allah. Sudahlah tu, Sue bersiap. Esok pagi kita ke pejabat agama,” mudah arahan yang Dato Mutalib keluarkan. Mukriz memandang tajam wajah Dato Mutalib.
“Ini hal rumahtangga saya papa. Papa tak berhak nak tentukan dengan siapa saya perlu bernikah. Zalia tetap isteri saya walau apapun terjadi. Itu keputusan saya,” ucap Mukriz tegas.
“Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab kamu perlu membersihkan diri kamu dari zina. Dan cara itu dengan menyucikan diri kamu juga pasangan kamu secepat yang mungkin. Buatlah solat taubat banyak-banyak. Kita ni bukannya muda lagi Riz. Semakin lama semakin dekat kita pada pintu kubur tu. Sudahlah dosa yang lain tak terpikul, inikan pula dosa zina ni. Kamu tak malu ke, kalau alif tahu,” nasihat Dato Mutalib.
“Tak payah atuk, Alif dah tahu,” sahut satu suara yang langsung mereka tidak jangkakan. Alif yang berdiri di pintu terus melangkah masuk. Muka Mukriz langsung menunduk.
Datin Salina terus bangun mendapatkan Alif. Dato Mutalib sudah mengeluh berat. Ini sudah jadi kes berat ni. Dari perkara ini mudah diselesaikan kini sudah menjadi bertambah rumit dengan kehadiran Alif.
“Alif cuti ke?” soal Datin Salina lembut membeli jiwa Alif yang nampak sangat tegang wajahnya.
“Iya. Alif minta cuti dari sekolah lepas terima panggilan dari ibu tadi. Ibu mana, atuk?” soal Alif serius. Langsung tidak dipandangnya wajah Mukriz. Hatinya cukup marah dan geram pada Mukriz.
 “Ibu cuti kecemasan selama dua hari. Lepas tu dia ada mesyuarat di Singapura selama tiga hari. Kenapa Alif?” soal Dato Mutalib cuak dengan soalan cucunya itu.
“Ibu tak pernah say good bye pada Alif. Pagi tadi Ibu cakap macam tu lepas tu ibu nasihatkan Alif jaga diri elok-elok. Apa-apa call Atuk. Ibu never say that to me, never!!!” jelas Alif bengang dan risau dengan Zalia.
“Alif dah cuba call ibu?” soal Dato Mutalib lembut. Hatinya cukup tak senang waktu ini.
“Dari lepas ibu letak phone subuh tadi sampailah sekarang ni. Sampai nak tercabut jari Alif dail nombor ibu. Tak angkat-angkat. Ibu cuti pergi mana atuk, biar sini Alif yang jumpa ibu. Alif tak sedap hatilah. Ibu tak pernah macam ni,”geram Alif yang menghenyakkan badannya pada bantal sofa di lantai.
“Alif bawa bersabar. Atuk tengah selesaikan hal ini. Alif dah solat?”
“Sudah atuk. Semua sudah, yang belum solat taubat je lagi. Arhhhhhhhhhhhhh,”jerit Alif kuat.
“Alif, behave,” tegur Mukriz.
You behave. Because of you and you, Alif hilang ibu hari ini. I will never forget that. Ibu terlalu baik untuk dihina cara yang kamu berdua lakukan. Hilang terus rasa hormat Alif pada kamu berdua. Payah ke nak lepaskan dengan penuh hormat pada benda yang kita sudah tak perlukan lagi? Bila suka diambil, bila tak suka ditinggalkan macam tak ada hati,” bindas Alif berbeza.
You don’t have right to question me. I’m your father!”tengking Mukriz.
Keadaan sudah menjadi tidak tentu arah di rumah agam Dato Mutalib. Syed Husin dan Muhamad Hisham sudah menghampiri Alif untuk ditenangkan. Alif di bawa masuk ke dalam bilik menjauh dari Mukriz yang bagaikan ketam terbakar merahnya.
“Riz...” panggil Suzanna.
“Shut up Sue! I need space to breath now,” ucap Mukriz kemudian berlalu meninggalkan Suzanna sendirian di situ.
Dato Mutalib dan Datin Salina terdiam. Sungguh, ini bukanlah yang mereka inginkan terjadi dalam rumah tangga mereka. Tapi apa yang berlaku perlu diperbetulkan. Tanggungjawab perlu dipikul. Menunding jari bukanlah jalan penyelesaian.
*********************
Tanpa mereka sedari Zalia memang sudah lama berada di rumah agam Dato Mulatib. Subuh tadi dia pulang dengan menaiki teksi saja. Hanya bibik yang perasan. Zalia sudah pesan jangan ganggu dia sampailah dia sendiri keluar dari bilik nanti. Dan segala apa yang berlaku di ruang tamu tadi sudah didengarinya cukup jelas.
Hal seperti ini bukan asing lagi buat Zalia. Mukriz memang kerap juga mempunyai teman wanita di luar sana. Cuma belum sampai ke ranjang seperti yang dilihatnya dengan Suzanna semalam. Tiada lagi penjelasan yang diharapkan. Semuanya sudah jelas. Doanya selama ini, dimakbulkan. Allah permudahkan jalannya walaupun penuh liku dan sangat menyakitkan. Keputusan pun sudah nekad diputuskan, kerana itulah dia datang ke rumah agam ini.
“Assalamualaikum,” ucap orang memberi salam di luar rumah membuatkan Dato Mutalib bangun.
“Waalaikumsalam. Besan?” terkejut Dato Mutalib menerima kunjungan Lebai Musa bersama isterinya di hadapan pintu rumahnya.
“Apa khabar Lib?” ucap Lebai Musa lembut.
“Baik, ehhh jemput masuk Musa. Ina, besan kita datang ni,” pelawa Dato Mulatib dengan ramah.
Datin Salina memandang pada wajah Suzanna yang tercengang lagi. Kenal sangat Suzanna dengan perangai Hamidah, ibu Zalia yang macam bertis jagung berkelicap itu belum lagi dengan teguran sinisnya tentang cara pakaiannya lah. Cara cakapnya lah. Semuanya yang tak kena pada Hamidah yang bertudung labuh. Tarbiahnya sungguh sinis dan kasar. Suzanna tak boleh terima. Itu belum lagi perangainya yang suka menunjal-nunjal bila bercakap. Pokoknya maksud yang disampaikan sekali dengan gerakan tangan dan mimik mukanya sekali.
“Midah, apa khabar lamanya tak jumpa.” Datin Salina memeluk dan melaga pipi kiri dan kanan pada pipi Hamidah.
“Alhamdulillah, Ina sihat?” ucap Hamidah penuh syahdu. Dia sungguh tak mahu berkata lebih. Dia tak mampu nak menahan sebak yang bersarang dalam dadanya bila diminta oleh Zalia untuk datang ke sini hari ini. Pemintaan Zalia yang merayu itu lagi membuatkan hati keibuannya membengkak. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada Zalia, hingga begitu merayu sekali Zalia memintanya bersama suami datang ke rumah ini.
“Alhamdulillah Midah. Alhamdulillah.”
“Lia, mana?” soal Hamidah terus. Hatinya yang resah tak sanggup lagi ditahan-tahan. Sepanjang perjalanan dari Alor Star hingga ke mari pelbagai spekulasi yang menerjah di mintanya suami isteri. Tak pernah-pernah Zalia membuat perangai begini, tiba-tiba hari ini Zalia merayu dia datang.
“Zalia?” Datin Salina sudah tak tahu nak jawab apa. Resah dirinya nak menceritakan hal yang berlaku.
“Midahhhhhhhh!!!!!” panggil Lebai Musa dari ruang tamu. Berlari-lari anak Hamidah mendapatkan Lebai Musa yang sudah memegang dadanya.
“Rizzzz!!!” panggil Dato Mutalib lantang. Mukriz yang duduk di varanda rumah terus berlari masuk ke dalam. Terkejut dia melihat kelibat bapa dan ibu mertuanya di ruang tamu. Syed Husin, Muhammad Hisham bersama Alif yang berada dalam surau juga berlari anak ke ruang tamu. Zalia hanya menjengah dari tangga saja. Dia masih belum bersedia untuk turun. Biarlah Dato Mutalib dan Datin Salina yang menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Itu lebih baik dari perkara aib itu keluar dari bibirnya.
“Allah! Abang, kenapa ni?” Hamidah bertambah cemas. Hal Zalia masih belum berjawab ini pula Lebai Musa jatuh mengurut dada.
“Lia, Midahhhhh,” terketar-ketar butir bicara Lebai Musa.
“Musa, bawa bertenang. Kita boleh bincang perkara ini. Eloklah semua ada di sini. Alif pun ada. Riz pun ada. Sue pun ada. Lia saja yang tak ada,” ucap Dato Mutalib tenang. Biarlah dia yang menjadi perantara apa yang terjadi ini. Semua sudah duduk berkumpul di ruang tamu bersedia mendengar cerita yang akan Dato Mutalib bukakan. Suzanna yang duduk tersisih jauh sedikit mendapat pandangan mata yang cukup tajam dari Hamidah. Lebai Musa hanya mengucap dan menggelengkan kepala saja mendengar segala yang diceritakan oleh Dato Mutalib. Alif berdiri di tingkap memandang ke luar. Belum mampu lagi dia memandang wajah Mukriz dan Suzanna dengan rasa tenang. Rasa macam nak tampar-tampar pipi kedua-dua itu saja. Datin Salina hanya dia di sebelah Hamidah. Dia malu dengan apa yang Mukriz sudah lakukan pada Zalia. Sungguh tidak disangka begitu sekali layanan Mukriz pada Zalia.
“Hmmmm.... nak buat macam mana perkara dah jadi. Hal Riz dengan Suzanna tu kami tak berhak campur tangan. Hal Lia pun kami tak berhak campur tangan. Namun apa jua keputusan Lia kami terima dengan hati terbuka. Kami sedar, kami ni pipit. Lia pun sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Talib dan Ina. Kami serahkan segalanya pada Lia,” ucap Lebai Musa yang sudah faham hujung pangkal ceritanya. Rasa kesal memang terbit di benak hatinya, namun apakah daya manusia ni mampu merancang dan berusaha. Selebihnya, Allah yang tentukan.
“Tok Wan, Alif ikut Ibu. Alif tak nak duduk sini,”celah Alif tiba-tiba.
“Ayah, maafkan Riz yah. Ibu, maafkan Riz,” ucap Mukriz menunduk.
“Ayah maafkan Riz sebagai menantu ayah. Selebihnya Riz sendiri kena bertaubat. Minta kemaafan dari Allah. Kita hidup di muka bumi ni hanya sementara je Riz. Kaya, miskin, cantik, buruk, sihat, sakit semuanya pinjaman. Semuanya tak kekal. Begitu juga dalam rumahtangga. Hari ini kita sayang dan cinta sepenuh hati. Esok lusa kita tak pasti cinta itu ada lagi ke tidak. Sebab semuanya terjadi kerana Allah. Selagi kita lupa untuk mencintai Allah sepenuh hati kita, selagi itulah kita mengejar cinta nafsu. Kita lelaki ni selalu nampak isteri yang ada di rumah tu sebagai kaca yang tak berharga. Sebab yang di rumah ni halal untuk diperlakukan sesuka hati. Sedangkan belian yang diluar sana yang selalu kita impikan kerana sinar kecantikannya melampaui kehendak duniawi kita. Tanpa kita sedar, kitalah yang sepatutnya mengilatkan kaca di rumah agar tiada habuk dan sentiasa terang sampai ke Jannah. Itu tugas kita tu. Jatuh pada pundak kita sebagai suami. Bukan pada orang lain.” Nasihat Lebai Musa pada Mukriz.
“Mana Lia, Rid?” soal Hamidah lemah. Sedu-sedannya sudah tak mampu mengeluarkan bunyi lagi. Pilu sangat bila mengetahui Zalia menyimpan kisah kecurangan Mukriz ini sendirian. Patutlah Zalia kurus dan cengkung saja kebelakangan ini. Bila ditanya tak balik kampung ke tidak, dia pasti membalas banyak kerja.
“Entahlah, ibu. Riz telefon dia tak angkat. Ini yang Riz risau ni,” lemah jawab Mukriz.
“Kamu puas hati Sue? Puas hati menikam kawan baik kamu sampai dia mati tersungkur. Kamu runtuhkan rumahtangga yang dibinanya selama lapan belas tahun macam itu saja. Mana pergi nilai kewanitaan kamu ni, dulu rumahtangga kamu runtuh dan merempat. Lia inilah yang kutip kamu. Bantu carikan pekerjaan pada kamu. Carikan rumah untuk kamu tinggal. Sakit pening kamu dia yang bersusah payah berbanding dengan keluarga kamu sendiri. Tergamak kamu bunuh kasih sayang orang yang selama ini bersengkang mata demi melihat kamu hidup sempurna dan bahagia. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku harap sangat Allah turunkan pengajaran yang setimpal buat kamu. Ingat Sue, bumi ini bulat. Bila sekali kita buat baik, seratus kali kebaikan hadir dalam hidup kita. Begitu juga sebaliknya. Insaflah Sue,” nasihat Hamidah yang sudah tak mampu meluahkan rasa sakit hati yang teramat bila memandang wajah Suzanna.   
“Mak cik Sue tak sengaja,” jawab Suzanna.
“Tak sengaja apa sampai melakukan zina. Kalau kau tak terhegeh-hengeh tak ada maknanya si Riz tu buat macam tu pada kamu. Benda sebegini bukan kemahuan seorang Sue,” sedas balas Datin Salina.
“Sudahlah tu. Sekarang kita tunggu saja Lia sampai. Dia yang menanggung. Biar dia yang putuskan,” Dato Mutalib memutuskan untuk mengelakkan pertelingkahan berlanjutan. Tanpa mereka sedar, Zalia duduk di tangga mendengar setiap butir perbincangan mereka. Sudah tiba masanya untuk dia turun dan bersemuka dengan semua. Zalia turun perlahan-lahan ke ruang tamu mengadap semua orang.
“Lia dah buat keputusan yang Lia mahukan perpisahan. Sebuah perkahwinan perlukan perkataan redha dan rela dalam setiap nafasnya.”
“Zalia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” terkejut Mukriz dengan suara Zalia yang tiba-tiba bergema di ruang tamu.
“Iya, bang. Keputusan Lia muktamat. Lia tak perlukan abang untuk bahagia. Papa, Mama, Ayah, Ibu... maafkan Lia. Lia sudah tak mampu. Alif maafkan ibu.... ibu dah cuba tapi ibu tak mampu.....” ucap Zalia yang berdiri di tengah ruang tamu. Alif terus berlari anak mendapatkan Zalia. Tubuh kurus itu dipeluknya erat.
I no need him too, ibu. I just need you. Only you,” pengakuan Alif bagaikan pisau yang sangat tajam buat Mukriz yang sudah terhenyak di sofa. Zalia memeluk dan mencium umbun kepala Alif dengan penuh kasih sayang. Hari ini genap lapan belas tahun usia perkahwinan mereka. Sungguh ajaib petunjuk Allah ini.
“Abang tak mampu nak lepaskan Zalia... tolonglah berikan abang peluang sekali lagi. Abang janji abang akan berubah. Demi anak kita Lia, tolong maafkan abang,”rayu Mukriz.
“Maaf. Abang nikah saja dengan Sue. Dia yang paling memerlukan perlindungan abang. Papa, Lia masih menguruskan Berdaya Resort kan? Mama, Lia masih boleh jadi anak mamakan?” ucap Zalia selamba. Tiada lagi air mata yang mampu mengalir.
“Sentiasa Lia. Walaupun Lia sudah bercerai dengan Riz, Lia tetap anak perempuan kesayangan papa dan mama. Pintu rumah kami sentiasa terbuka buat Lia. Jangan lupakan kami ya Lia,” ucap Dato Mutalib yang terima keputusan Zalia dengan hati yang pasrah. Permata ini akan keluar juga dari rumahnya.
“Ibu, ayah jom kita balik rumah Lia. Alif jom. Ibu dah penat sangat, ibu nak tidur je,” ucap Zalia tenang.
“No Lia. No. Abang tak akan izinkan Lia pergi mana-mana. Abang pun akan ceraikan Lia. Dan abang tak akan bernikah dengan Sue. Ini keputusan abang,” ucap Mukriz berdiri menghalang Zalia dari melangkah keluar.
“What Mukriz? You dah gila. You cintakan I lebih dari Lia-kan?” marah Suzanna. Dah tak tahan dengan wayang pilu di depan matanya ini.
“Betul Sue. I dah buat keputusan. I tak akan menikahi you dan I tak akan melepaskan Zalia pergi. Isteri macam you I boleh petik saja jari tapi isteri macam Lia hanya inilah satu-satunya. I tak mampu Sue. I’m sorry. We’re over,” putus Mukriz.
“Mukriz!!!!! You tak boleh buat I macam ni. Ini maruah dan masa depan I. You perlu bertanggungjawab,”desak Suzanna.
I’m not Sue. Sorry, it’s just sex with no feeling.”
“Astagfirullahalazim. Mukriz?”terkejut Datin Salina. Apa sebenarnya yang terjadi pada Mukriz ni. Budaya apa yang dianutinya ini?
 “Lia, please Lia pujuk Riz nikah dengan i Lia. Please, I dah mengandung anak dia Lia. Pleaseeee,”rayu Suzanna.
“Maaf Sue. I dah tak kenal siapa Mukriz dan I dah lupa siapa Suzanna. Mulai sekarang, you ikut jalan you sendiri dan I ikut jalan I. Kita tak pernah ada apa-apa hutang lepas ni. I dah maafkan you. Selebihnya you kena usaha minta petunjuk dari Allah. I’m done, Sue,” ucap Zalia.
Zalia sudah tidak menghiraukan panggilan Mukriz. Tarikan tangan Mukriz ditepis kasar oleh Alif. Inilah keputusan yang paling berat tapi paling bahagia yang pernah Zalia lakukan setelah lapan belas tahun bergelar isteri pada seorang suami bernama Mukriz. Sampai di muka pintu, Zalia berpaling.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke lapan belas bang. Inilah hadiah perbebasan yang paling indah sepanjang Lia bergelar isteri. Terima kasih abang.”
 Dato Mutalib mengeluh dalam. Inilah pengakhiran kisah percintaan Mukriz dan Zalia yang berakhir dengan selingkuh berahi Mukriz dengan Suzanna teman baik Zalia sendiri. Lebih malang lagi, aksi selingkuh mereka itu disaksikan oleh Zalia dengan takdir yang Allah tunjukkan padanya. Jodoh dan ketentuan Allah itu sebenarnya sangat indah. Manusia itu sendiri yang tidak mahu melihat keindahaan itu dari sudut kehidupan yang sebenar. Jangkamasa perkahwinan bukanlah penjamin cinta itu kekal. Ianya perlu sentiasa dibajai disiram dan dijaga dengan kasih sayang, cinta, iman dan takwa untuk berjalan bersama menuju ke jannah.



TAMAT

No comments:

Post a Comment