Monday, July 3, 2017

Continental Crush


“Eda cuti berapa lama kali ni?” soal Hajah Sofia pada anak daranya ini.
“Sudah Umi minta tolong tengokkan pembukaan Kopitiam umi tu. Eda ambil cuti tiga bulanlah. Bulan enam nanti baru Eda masuk kerja semula. Bos suruh Eda rehat sebelum pembukaan restauran baru di Copenhegan, Denmark.”
Sueda senyum bercerita. Hajah Sofia menggeleng kepala. Sejak bekerja di syarikat F&B antarabangsa empat tahun yang lalu, Sueda memang tak lekat di Malaysia. Tahun lepas di Guanzhou setahun. Sebelum itu, di Auckland lapan bulan. Sudah mengalahkan kaum nomat pulak cara hidup anak daranya yang sorang ni.
“Berapa lama pulak Eda kena duduk Denmark?”soal Hajah Sofia. Sueda tersenyum bila mendengar persoalan ibunya itu. Faham sangat akan hati tua si ibu yang gusar dengan cara hidupnya yang tak duduk setempat.
“Umi janganlah risau, Eda dah naik pangkat. Bos dah siapkan pembantu. Paling lama Eda duduk sana pun enam bulan saja. Lepas restauran dah stabil Eda balik sini. Hujung tahun ni, ada dua restauran akan di buka di Malaysia. Satu di Mutiara Damansara dan satu lagi di Dangga Bay, Johor. Umi lupa ke dengan janji Eda. Bila umur Eda dah dua puluh lapan Eda akan duduk tenang kerja di Malaysia je,”jelas Sueda lembut.
Hajah Sofia mengurut dada kelegaan. Susah rupanya nak menjaga anak dara yang ligak bekerja ni. Mujurlah si adik dah selamat bernikah tahun lepas. Tinggal si kakak ni yang liat sangat jodohnya. Macam-macam ragam. Puas mereka sekeluarga menasihati. Abang-abang Sueda pun dah angkat tangan ‘surrender’ tak tahu nak cakap apa.
“Alhamdulillah. Akhirnya jadi orang juga anak umi ni,”usik Hajah Sofia.
“Hahahaha... selama ni bukan orang ke umi?” geleng Sueda lucu dengan ayat penyata si ibu.
“Belum cukup jadi orang. Hari ini ikut ibu tengok progress kedai tak ni?”soal Hajah Sofia yang teruja untuk melihat restauran kopitiam yang akan diusahakan bersama seorang teman lama.
“Oh! Jam berapa umi nak pergi?” soal Sueda yang masih berbelah bagi. Kata-kata si ayah masih terngiang-ngiang di mindanya. Tak nak mengalahkan si ibu ini sibuk hingga menjejaskan kesihatannya.
“Temujanji umi dengan Aunty Rohana tu jam sebelas pagi. Jomlah, Eda tak pernah jumpa dia lagi kan?”pujuk Hajah Sofia. Sueda ni, payah nak ajak jumpa kawan-kawannya sejak kes, dikenenkan dengan anak salah seorang teman sekolahnya dulu. Sejak kejadian itu, Sueda memang tak teringin untuk melapangkan diri bagi menemani ibunya bertemu teman lama.
“Eda dah ada janji dengan Kak Puteri. Hari ni pelancaran novel terbarunya. Sepatutnya minggu lepas. Tapi bila tahu Eda balik minggu ini, dia anjakkan tarikh pada hari ini. Tak sampai hati pulak umi. Lagi pun Eda dah janji nak tolong sediakan makanan istimewa di kopitiam dia tu,”jelas Sueda.
“Mmmm... yalah. Kamu tu kalau dah jumpa Kak Puteri kamu tu memang sampai ke malam pun boleh. Jangan balik lewat. Malam nanti umi jemput Aunty Rohani sekeluarga datang rumah kita makan malam. Banyak yang ingin dibincangkan tentang pembukaan kopitiam tu. Umi tak faham sangat. Umi nak Eda ada. Ayah tak nak masuk campur dengan urusan kerja umi ni. Abang Man dan Abang Udin kau pun macam tu juga. Umi harap sangat Eda jadi tulang belakang umi,” rayu Hajah Sofia.
Sueda yang mendengar rasa sayu pulak. Serba-salah dibuatnya. Haji Azmi memang kurang berminat dalam perniagaan F&B ni, penat katanya. Dia lebih mencadangkan Hajah Sofia mengembangkan perniagaan tadika dan taskanya itu saja. Tapi Hajah Sofia berdegil, nak juga mencuba benda yang baru. Sebab itulah konsep kopitiam itu yang dipilihnya. Abang Man dan Abang Udin pula lebih suka kalau Hajah Sofia duduk rumah berehat saja. Kesian melihat si ibu terlari sana sini. Jadi Suedalah yang dipilih untuk menasihatkan si ibu yang teruja ingin membuka kopitiam ini.
“Umi memang serius dengan restauran ni ya umi?” soal Sueda tepat pada wajah Hajah Sofia.
“Ya. Umi pun dah laburkan lima puluh ribu sebagai modal untuk memulakan perniagaan ini. Umi buat ni dengan penuh niat nak berkongsi dan membantu, Eda. Begitu juga dengan Aunty Rohana. Kami nak berkongsi dan membantu. Insya-Allah, walaupun suami-suami kami ni kurang memberi sokongan moral, namun kami tetap yakin yang usaha kami ini berjaya. Percayalah,” Hajah Sofia meyakinkan anak daranya itu.
“Kalau macam itu. Malam nanti kita bincang ya umi. Eda akan bantu umi dan Aunty Rohana sampai kopitiam itu mampu beroperasi.” Sueda berjanji pada Hajah Sofia. Jika dia mampu melakukan magik pada restauran antarabangsa yang baru dibuka di luar negara, inikan pula kopitiam milik ibunya sendiri.
Girang wajah Hajah Sofia dengan persetujuan si anak dara.  
*******
 Sueda sibuk di balik dapur,Orkid Kopitiam di Bluvard KL Sentral. Puteri sibuk menyusun ruang santai di sudut sebelah kanan untuk sesi perasmian dan beramah mesra dengan peminat novelnya nanti. Suedah di bantu oleh tiga orang kakitangan ‘kitchen’ menyediakan hidangan makan tengahari ala continential. Dua jam semua siap terhidang seperti yang dijanjikan. Puteri senyum mekar sampai ke telinga dengan Sueda.
“Terima kasih dik,” ucap Puteri memeluk bahu Sueda.
“Eda hanya mengotakan janji je kak. Dah pergi siap, nanti grup novel akak sampai. Akak tak siap lagi,”suruh Sueda.
“Ai ai Cheif,” sengih Puteri berlalu ke balik ruang dapur.
Sueda masih dengan uniform putih masaknya. Sudah menjadi tabiat, bila menyediakan hidangan dan menyusun hidangan di meja bufet dia akan menyarung uniformnya ini. Kebersihan merupakan perkara yang paling dititikberatkan dalam industri F&B. Dia mengambil tempat duduk di meja di tengah kopitiam. Tangan ligat menari di telefon bimbit untuk membuka laman grup Puteri.
Status yang telah dinaikkan oleh ahkak kawasan yang menjaga laman grup itu memikat hati Sueda. Walaupun dia jarang komen. Dia selalu jadi bahan Puteri, nasiblah dia jauh beribu batu. Relakan sajalah jadi bahan Puteri dan ahkak kawasan, Cik Sebu dan Novel Queen. Nama memang tak nak kalah betul ahkak kawasan tu. Idea nakal dah sampai.
Kak Sebu dan Tuanku Novel Queen.... mana perginya ahkak kawasan ni. Kata nak jadi penyambut tetamu Kak Puteri kat Orkid Kopitiam ni. Cheq tunggu dah berjam kat depan kopitiam ni...!!!! – Sueda
Tak sampai lima minit komennya sudah dikomen oleh seorang follower setia Puteri.
Eda datang ke? Wah tak sabarnya nak jumpa cik Eda in person. Kita jumpa nanti ya. – Jig Nizin
Berubah wajah Sueda membaca komen dari Jig Nizin. Dia memang perasan setiap kali dia komen, pasti Jig Nizin akan komen pada status yang sama. Mujurlah dia sudah blok Jig Nizin dari menjadi teman dalam Facebook. Kalau tidak memang selalu dia diganggu dengan ‘private message’ yang mengganggu tugasannya yang jauh di perantauan. Perbezaan waktu buatkan dia selalu terganggu.
 Edaaaaaa. Ahkak winduuuu.... kejaplah. Ahkak kawasan mesti vogue nak make up dulu. Kejap lagi ahkak sampai. Eda sila-silakanlah diri tu. Tuan Puteri Keduak tu mesti tengah make up juga tu.... tak sabar nak jumpa adik kesayangan. Bila sampai KL sayang? – Cik Sebu
 Bibir Sueda mengukir senyuman lucu. Kepala digelengkan. Memang lepas rindu betul kalau masuk dalam grup novel Puteri Keduak ni. Perangai sorang-sorang memang tak semengah langsung. Main taram aje.
Sebu, you kat mana? Cik Eda yang tetamu ni dah siapkan masak untuk kita ni. Aiii dah terdiam tengok menu dia hari ini. Continential menu mengalahkan hotel lima bintang ni. Cepat-cepat!!!!! – Puteri Keduak
 “Hahahaha... Kak Puteri ni, sempat lagi tu. Orang dah cakap jangan cerita,” kata Sueda sambil menggeleng kepala.
Seriussssss??????? Gempak!!! Cik Eda dah mencemar duli turun ke Malaysia? Oh adinda kanda windu sama adinda – Novel Queen.
Puteri Keduak, biar betul? Cik Eda ni dah ada kat sini? Bukan lamunan seperti biasa ke? Uuuhhhh macam tak percaya. Akhirnya dapat juga aaaiii jumpa budak bertuah ni – Cik Sebu
Kak Sebu, Kak Queen... cepat cheq tunggu nak peluk ahkak berdua ni. Kak Puteri, cheq dah peluk cium cium cup cup cup lagi pagi tadi. Lambat siap, cheq denda ketuk ketampi. Tak kiralah ahkak kawasan brutal ke tidak... hahahaha – Sueda
Leka Sueda bermain berbalas komen di laman grup Puteri Keduak. Puteri yang sudah bersiap pun turut sama duduk di hadapan Sueda. Gelak tawa berpadu membaca komen yang taut bertaut lepas satu-satu.
“Eda, akak rasa si Jig ni sukakan kaulah,”komen Puteri.
“Hahahaha... akak jangan nak buat cerita. Saya ni tak nak masuk zon jiwang lagi ni. Perjuangan masih belum selesai,”tegur Sueda.
“Macamlah dia pergi berperang. Ok apa, akak tengok Jig ni. Susah tau seorang novelis lelaki nak sengal macam ni dengan follower grup kawan baik dia. Akak tahu sekarang ni, dia tengah tulis novel cinta. Nak lari dari genre asal seram dan misteri,” Puteri membela Jig Nizzin.
“Bila tahu dia novelis-lah Eda lagi tak nak dekat. Akak kan tahu citarasa Eda macam mana kan? Eda nak yang macho dan gagah perkasa. Tak nak yang lembut-lembut,”ucap Sueda.
Puteri yang mendengar kata Sueda tergelak besar. Memang sah Sueda ni tak berkawan dengan Jig Nizzim dalam laman sosial Facebook. Kalau tidak mesti dia tahu Jig Nizzim ini bagaimana orangnya. Orang itu punyalah macho, dia katakan lembut. Siap kau dik!!! Gelak Puteri dalam hati.
Memang dirancangnya perjumpaan sebegini untuk memperkenalkan Sueda ini dengan Jig Nizzin yang terang-terang nampak minat padanya. Sudah disusun dengan ahkak kawasan untuk mengenenkan dua-dua hamba Allah ini tanpa pengetahuan mereka.
“Mana ada lembut dik. Sasa lagi menggoda adalah,” ucap Puteri yang kenal benar dengan kawan baiknya itu.
“Hahahaha... nak mulalah tu. Dahlah kak. Eda nak gi spa sana jap, buat reflexology. Jap lagi mesti semua orang dah sampai. Akakkan orang yang diraikan. Abang mana?” soal Sueda.
“Abang Opee kau tu biasalah nak cari surprise buat akak dulu. Ishhh.. berdebar-debar akak dibuatnya,”kongsi Puteri.
“Hahahaha... so sweet. Sayang Abang Opee, macam tulah baru macho,”puji Sueda.
“Kau dengan Abang Opee kau ni memang tak boleh dibuat geng. Suka nak mengusik akak. Dahlah, pergilah rehat dulu. Nanti Abang Opee sampai, akak telefon Eda. Dia pun dah tak sabar nak tengok adik sepupu dia yang sorang ni. Dah jumpa setahun sekali macam inilah jadinya. Mujurlah adik sepupunya ni tahu jalan pulang,”
“Hahahaha.... dah mula dah,” Sueda sudah menjulingkan mata ke atas. Tahu sangat dia, yang ramai orang terdekat merajuk dengan tugas yang disandangnya ini. Tugasnya yang menjarakkannya dengan mereka semua.
************

“Puteri siapa minah yang lentik badannya tu?” soal Cik Sebu pada Puteri yang sedang menyain buku peminat yang  sedang mengerumuninya. Puteri menggangkat kepala memandang pada pintu masuk. Kemudian senyum terukir di bibir.
“Itulah adik angkat cheq Sebu. Eda,” jelas Puteri buatkan Cik Sebu terbeliak. Inilah pertama kalinya mereka nak bertemu dengan perempuan yang selalu komen-komen lepas tu lari dalam laman grup Puteri Keduak. Nak tengok gambar profile, memang tidak pernah ditukar dari gambar sepiring kek velvet. Tak pernah ada sekeping pun gambar peribadi yang disimpan dalam akaun facebooknya ini. Itu yang semua tak tahu bagaimana rupa Eda ini yang sebenarnya.
Sueda berjalan merapati Opee yang sudah tersenyum memandangnya. Tangan siap dilambai-lambai agar, Sueda menghampirinya.
“Abang Opee, apa ni perut ke depan ni,” sakat Sueda sambil menepuk perut Opee dengan selamba.
“Amboi dik, salam tak da tiba-tiba kutuk pulak. Memang nak kena belasah juga budak ni kang,” geram Opee.
“Hahahaha... relaxlah bro. Takkanlah usik sikit pun tak boleh kot. Mana Abang Opee cheq yang sengal tu?”
“Perut ini isu sensetif tau. Ini maknanya abang sayang isteri. Makan aje, apa yang disediakan oleh Kak Puteri kau tu. Wahhh! Kau dik lagi melentik abang tengok,” sakat Opee pula. Sueda terbongkok-bongkok memberi sembah hormat pada Opee. Saja nak menyakitkan hati Opee. Cepat saja Opee mencubit pipi Sueda.
“Hahahaha...” gelak Sueda tahu akhirnya dia akan dicubit juga. Opee pun turut sama tergelak. Dah faham sangat dengan perangai Sueda yang memang suka gelak. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit gelak. Nak mengelak menjawab soalan yang sensetif pun dia akan gelak.
Jig Nizzin yang duduk dengan Novel Queen tekun memerhati gadis yang mesra berbual dengan Opee. Gelak tawanya yang girang mencuit hati Jig untuk berkenalan dengan gadis itu. Cik Sebu menghampiri mereka berdua.
“Queen, dah jumpa Eda?”soal Cik Sebu tersenyum simpul.
“Puteri kata dia keluar sekejap tadi. Ini tengah tunggu dialah ni, Jig ni pun tak sabar nak tengok macam manalah rupanya si Kek Velvet dia tu. Betul tak Jig?”sakat Novel Queen.
“Hahahaha... teringin gak nak tengok macam mana rupanya si Kek Velvet tu,”akui Jig Nizzin.
“Rasanya kalau jumpa terpikat tak?” soal Cik Sebu saja nak tahu. Bibir tak lekang dari senyum dari tadi.
“Hahahaha... tak tengok muka pun dah terpikat. Inikan pula dah tengok orangnya,” perli Novel Queen. Jig Nizzin sengih aje tak membalas.
“Mmmmm... tunggu sini. I nak pergi kat orangnya,” ucap Cik Sebu berjalan ke arah Sueda dan Opee yang masih bertepuk bertampar di meja sana.
“Jig tengoklah Kak Sebu kau tu.... cakap sajalah. Ini buat suspend macam ni. Nasib baik akak ni tak ada lemah jantung. Kalau tidak memang dah jadi hantu dah ni,” jenaka Novel Queen.
“Elok gak tu kak. Boleh saya buat citer hantu vogue pulak,” sokong Jig Nizzin selamba.
“Amboiiii kau dik. Bagi betis nak lebih pulak ya.... lepuk kau kang,”geram Novel Queen.
Kedua-dua mereka terpegun seketika bila melihat Cik Sebu memeluk dan menjerit-jerit berpelukan dengan seorang gadis yang mempunyai susuk badan yang sangat mengiurkan. Penampilan gadis itu ringkas saja, dengan seluar denim biru lusuh dan t-shirt potongan badan warna putih yang ringkas. Rambutnya yang lurus dibiarkan mengerbang bebas. Cantik!!!
“Kak Queen. Itu ke Eda?” soal Jig Nizzim perlahan.
“Kalau itu Eda, macam mana Jig?” soal Novel Queen.
“Malam ni juga saya suruh mama masuk meminang,”sengih Jig Nizzin. Terus bahu Jig Nizzin dibelasah dengan buku novel yang dipegang oleh Novel Queen.
“Hahahaha.... memang kau ni taksub tahan angau dengan Eda tu ya?”
“Adalah sikit,” akui Jig Nizzim. Mata masih tak lekang memandang pada Sueda yang sedang berbual dengan Cik Sebu dan Opee.
********************
Jig Nizzin @ Raziq
Sueda bergambar selfie dengan peminat Puteri yang ramai-ramai ni. Macam-macam pos yang mereka lakukan. Tergelak-gelak Sueda melayan kerenah Puteri yang sememangnya selamba sengal. Padanlah dengan dua orang ahkak kawasan yang memang kepala tak betul. Siap melekap kat dinding pun boleh. Baring di lantai pun boleh. Gelak Sueda. Gaya anggunnya terus tukar jadi gaya selamba. Dah penat bergambar dan gelak, Sueda berjalan menjauhkan diri dari kumpulan peminat sengal Puteri itu.
“Cantik Eda melekap kat dinding tadi tu,” tegur Jig Nizzin yang menarik kerusi di sebelah Sueda.
“Hah! Apa dia?” tersipu Sueda disapa tiba-tiba oleh Jig Nizzin.
“Saya kata cantik Eda melekap kat dinding tadi tu. Comel je,” puji Jig Nizzin lagi.
“Hahahaha... itulah gambar paling kelakar saya pernah pos. Nasib baiklah sebab Kak Puteri kalau orang lain memang dah pengsan saya kat situ,”gelak Sueda halus.
“Bilik sampai sini?”
“Semalam. Penat pun tak hilang lagi. Mujurlah saya ni memang jenis yang berjalan. Jadi tak adalah jetlag sangat. Dah makan?” soal Sueda ramah.
“Dah. Sedap. Betul ke Eda yang masak semua ni? Eda ni, chef ya?” soal Jig Nizzin yang selesa bersembang dengan Sueda.
“Taklah... masak untuk suka-suka aje. Jig betul ke seorang penulis novel macam Kak Puteri?” soal Sueda. Pelik buat dirinya yang pertama kali bertemu muka dengan penulis novel lelaki. Ingatkan lembut. Tapi yang ada depan mata ni sedap dipandang. Manis lagi segak! Hahahaha gelak hati Sueda.
“Iya, saya penulis novel sambilan saja. Isi masa lapang aje pada mulanya dulu. Lepas kerja tulis-tulis lama-lama jadi selesa pula. Kenapa? Tak percaya?”sengih Jig Nizzin menyoal.
“Mmmm... adalah juga rasa tak percaya. Sebab novel ni kan untuk orang perempuan saja. Dari penampilan nampak macam ada yang tak kena aje,”ucap Sueda terus-terang. Tangannya masih memusingkan gelas cawan berkaki runcing. Jig Nizzin memandang Sueda yang memang nampak sebagai seorang gadis yang cukup berterus-terang. Sueda yang dikenalinya di laman grup Puteri Keduak sejak empat bulan lalu, cukup selamba memberi komen positif semangat pada Puteri.
“Apa yang tak kena, Eda?” soal Jig Nizzin dengan kening yang terangkat-angkat nakal. 
“Ingatkan lembut dan jiwang. Rupanya mat fakta juga,”cebik bibir Sueda. Buatkan Jig Nizzim meraup rambut ke belakang. Bangga dipuji!!!
“Terima kasih. Jiwang tu baru nak belajar. Sebelum ni tak ada geng nak layan jiwang saya. Nak lawan jiwang dengan Eda boleh?”jenaka Jig Nizzin bawa maksud yang tersirat.
“Saya? Hahahaha... biar betul Jig. Saya ni tak pandai ayat bunga-bunga ni. Saya tahu hal berkenaan barang dapur je..” balas Sueda mesra.
“Mmmmm... sound interesting. Kalau begitu, saya ini boleh disamakan dengan barang dapur yang bagaimana pada pendapat Eda?” idea Jig Nizzin ingin memanjangkan perbualan mereka.
Puteri bersama Cik Sebu dan Novel Queen menjeling saja dari jauh. Opee siap bagi peluang untuk adik sepupunya berkenalan dengan penulis novel hot masa kini itu. Sueda memusing-musingkan gelas di tangan. Mata masih memandang pada Jig Nizzin tanpa rasa sambil kepala ligat berfikir.
“Macam bawang besar kot.” Sueda menjawab setelah diam seketika.
“Bawang besar?” terangkat kening Jig Nizzin. Ingatkan tadi nak cakap macam kek ke, aiskrim ke, ada lah sedap sikit. Ini bawang besar!
Telefon bimbit Sueda berbunyi membuatkannya perbualan mereka terbengkalai. Jig Nizzin mengeluh panjang bila Sueda bangun meninggalkannya terpinga-pinga. Mana boleh buat macam itu? Soalan belum berjawab. Jerit hati Jig Nizzin.
**********
Hajah Sofia seronok bersembang dengan Hajah Rohana bersama keluarganya yang turut datang bertandang. Haji Saleh, suaminya Hajah Rohana ni bukan orang lain pun pada Haji Azmi. Kawan baik masa zaman universiti dulu. Jadi panjanglah sembang mereka.
“Mie, Ana kata anak perempuan kau yang kerja luar negera tu balik. Mana dia? Aku tak nampak pun?” soal Haji Saleh.
“Oooo.. si Eda ni memang tak lekat kat rumah. Adalah halnya kat luar tu. Padahal baru sampai semalam. Aku pun tak tahulah Leh. Budak-budak zaman sekarang ni, tak macam kita masa muda-muda dulu. Yang sorang ni obses kerja sikit,”luah Haji Azmi.
“Ini anak kau yang belum kahwin lagi tu kan?”soal Haji Saleh.
“Haaaa inilah dia. Tahun ni dia janji akan settledown duduk KL. Aku tak tahulah bila. Mungkin tigapuluh satu disember nanti kot. Tak makan saman sikit yang ini. Aku baru cakap pasal kahwin dia sudah pecut dua ratus lapan puluh kilometer sejam. Pening!!!”
“Hahahahaha.... terima aje pinangan siapa yang masuk minang Mie. Habis cerita.”cadang Haji Saleh.
“Cakap senanglah Leh. Tapi siapalah yang nak bermenantukan anak dara yang tak lekat kat rumah macam tu. Suami pun lari.”
“Gunalah kopitiam diaorang tu sebagai pengikat kaki dia tak pergi dah,”cadang Haji Saleh lagi sambil bibir muncung pada Hajah Sofia yang sedang bersembang dengan Hajah Rohana. Kesian pulak melihat teman baiknya ini.
“Hmmmmm.... entahlah, Leh. Aku nak tengok dulu dia cuti berapa lama dulu. Senang sikit nak susun strategi. Umi dia pun dah penat nak membebel tu.”
“Senang-senang aku pinangkan untuk anak bujang akulah Mie. Habis cerita. Si Raziq itu pun belum berbunyi nak kahwin lagi. Firma guaman dah ada, fitness centre pun dah mantap. Entah apa nak dicarinya pun aku tak faham,”kongsi Haji Saleh.
“Aku senang saja Leh. Tak banyak soal. Raziq tu memang aku berkenan sangat nak buat menantu. Suruhlah dia datang makan sini malam ni. Boleh temukan budak berdua tu,”sokong Haji Azmi.
“Betul ke ni Mie. Aku pun suka nak berbesan dengan kau ni,” gelak Haji Saleh. Cepat saja tangannya mendail nombor telepon Raziq. Tersenyum-senyum dia bercakap dengan Raziq.
“Ana, apalah kerjanya laki kita tu ya. Cakap bisik-bisik lepas tu gelak-gelak. Ajak bincang pasal kopitiam ni langsung tak nak masuk campur,” keluh Hajah Sofia.
“Biarlah Fia. Saya lebih senang jika mereka tak campur tangan. Dah penat nak ikut cara mereka aje. Kali ini biar kita buat ikut cara kita saja. Mana Eda?” soal Hajah Rohana.
“Kejap lagi baliklah tu. Jemput makan bubur jagung ni dulu, Ana,” pelawa Sofia.
Sedang mereka sedang bersembang kereta Nissan Mirano masuk di perkarangan rumah Haji Azmi. Seorang lelaki segak berpakaian keluar dari tempat pemandu. Haji Saleh sudah senyum meleret melihat Raziq keluar.
“Eh! Abang kata ada temujanji tadi?” soal Hajah Rohana pelik.
“Papa call suruh datang makan malam kat sini. Kata papa nak kenalkan dengan calon isteri abang. Mama tak cakap pun dah cari calon untuk abang?” soal Raziq yang bersalaman dengan Hajah Rohana dan Hajah Sofia. Terdiam kedua bonda itu mendengar pertanyaan Raziq.
“Eda single lagi ke Fia?”soal Hajah Rohana.
“Ha’ah” terkejut Hajah Sofia.
“Hai, rupanya laki kita yang lebih dulu mengatur jodoh anak-anak kita sebelum kita ya,”gelak Hajah Rohana.
“Itulah tu,” termalu-malu Hajah Sofia dengan cara suaminya yang terover bila soal jodoh Sueda. Raziq sudah berlalu duduk dengan kaum bapa di ruang tamu sana.
Raziq yang duduk mengadap Haji Saleh dan Haji Azmi hanya diam mendengar perbualan orang tuanya. Sesekali senyum terbit di bibirnya. Lucu jika orang tua bercakap tentang jodohnya tanpa sengan silu. Haji Azmi tak habis-habis bercerita tentang kebaikkan anak daranya yang bekerjaya teguh. Sesekali Haji Azmi menjerit pada Hajah Sofia untuk bertanya perihal cuti anaknya itu.
“Setuju ke Abang?” soal Haji Saleh selamba pada anak bujangnya.
“Dengar cerita memang teruja nak kenal orangnya, pa. Tapi betul ke masih tak ada yang punya ni uncle? Entah-entah sudah ada boyfriend, tunggu masa saja nak kenalkan dengan uncle?”duga Raziq terus-terang. Zaman sekarang ni, pantang saja ada yang berupa pasti cepat saja disambar. Nak pulak jenis yang bekerjaya macam anak Haji Azmi ni. Bukan calang orang juga ni.
“Assalamualaikum,” sapa tetamu yang riuh di luar memberi salam.
“Waalaikumsalam. Laaa balik juga semua rupanya. Umi ingatkan abang dan adik tak nak balik makan malam kat sini. Bibik masak nasi lebih sikit, anak-anak semua balik ni,” jerit Hajah Sofia selamba. Raziq yang duduk di ruang tamu, geleng kepala. Kalut semacam Hajah Sofia menerima kunjungan semua. Nampak sangat keluarga ini cukup santai dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
“Kami terpaksa balik umi. Ada orang ugut tak nak jumpa kalau tak balik malam ni,” celah si bongsu yang sedang mengelek bayi comel.
“Hahahaha... tahu pun takut,” gelak Hajah Sofia.
“Bukan takut umi. Segan aje. Aunty Ana, apa khabar? Dah settle ke belum?” soal Suria ramah.
“Alhamdulillah, sihat je, Suria. Secara dasarnya dah settlelah. Ni tengah tunggu kakak Eda kau lah ni. Nak tengok pandangan dia tentang menu yang ingin diketengahkan sebagai signature kitchen nanti,” cerita Hajah Rohana.
“Kakak mana umi?”soal Suria pelik.
“Tak balik lagi. Tadi dia ke Kopitiam Orkid tolong kak Puteri kau. Umi dah suruh balik awal. Entah, sampai sekarang tak sampai-sampai lagi,” risau Hajah Sofia.
“Laaaa... Kakak pergi sana ke? Kenapa tak nampak? Adik pun dari sanalah ni,” celah  Suria.
“Adalah kemana perginya tu. Dahlah jangan risau, kejap lagi baliklah tu,” Hajah Rohana mencelah, mengurangkan rasa risau dibenak hati teman baiknya itu.
“Mmmm... jomlah kita makan dulu. Lepas makan kang senang nak bincang,”pelawa Hajah Sofia yang sudah bangun.
Semua dipelawa ke ruang makan, setelah bibik memberi isyarat hidangan sudah terhidang di meja. Riuh rendah ruang makan dengan suara dan gelak tawa mereka. Haji Saleh memuji masakan Hajah Sofia yang memang dari dulu lagi air tangannya sering mendapat pujian teman-teman. Sedap!!!
“Assalamualaikum, orang rumah. Assalamualaikum,” ucap Sueda sebaik saja melangkah masuk ke ruang tamu.
“Kami kat ruang makan ni,” jerit Suria.
Berlari anak Sueda ke ruang makan bila mendengar suara si adik bongsu menyahut. Rindunya tak jumpa adik-beradik. Terjerit-jerit mereka berpelukan berdua. Sambung pula dengan si abang yang kuat menyakat. Dipeluk dan diciumnya berdecup-decup di pipi Sueda. Menjerit-jerit Sueda marah.
“Alamak ada tamu ke?” ucap Sueda yang baru tersedar dengan kehadiran tetamu yang tidak dikenalinya.
“Haaaa... baru perasan ada tetamu. Tadi tak sedar diri. Kenalkan ini Aunty Rohana, rakan kongsi umi tu. Yang itu suaminya, Uncle Saleh dan yang sebelah ayah tu, anaknya, Raziq,” Hajah Sofia memperkenalkan tetamunya pada Sueda.
Cepat saja Sueda bersalaman dengan Hajah Rohana dan menggangguk kepala tanda hormat pada Haji Saleh. Raziq sudah mengulum senyum bahagia. Pucuk dicita ulam mendatanglah ni.
***************
 Sueda membasuh pinggan di dapur bersama bibik. Itu memang tabiatnya lepas makan bila berada di rumah keluarga. Dia ingin bersihkan sendiri meja makan. Apa yang kurang pun tak tahulah. Bibik selalu bising.
“Assalamualaikum, boleh saya tolong.”
“Waalaikumsalam. Haaaahh, tak apalah. Tetamu di luar saja. Saya nak panggil apa ya, Jig ke Raziq?” soal Sueda.
“Panggil abang je pun boleh,” senyum Raziq cukup selesa berada dengan Sueda yang tenang dan santai saja. Sueda memang cukup tak selesa orang luar memasuki daerah keselesaannya di dapur. Boleh jadi haru biru dibuatnya. Nak pulak yang masuk itu adalah lelaki. Boleh koma tak reti nak basuh pinggan.
“Oh! Ha ha.”
“Tak tahu pulak abang yang Eda ni anak dara Aunty Sofia, kalau tahu dah lama abang...” Raziq tidak meneruskan katanya. Mata memandang pada Sueda yang menoleh memandangnya tanpa kelip. Lucu wajah Sueda waktu ini. Rasa macam nak cubit-cubit pipi mulus gadis itu.
“Kalau tahu kenapa?”polos pertanyaan Sueda. Raziq merapatkan wajahnya di sisi telinga Sueda. Berderau darah menyerbu ke muka menahan malu. Tak pernah lagi lelaki asing bersikap sebegini dekat dengannya. Senduk yang di tangan Sueda terlepas masuk dalam sinki semula. Raziq sudah senyum.
“Abang masuk meminang awal-awal. Tak payah tunggu papa dan uncle yang temukan. Penat dah abang tunggu orang nak berbalas ayat jiwang dengan abang. Rasanya sekarang tak lagi. Orang yang sesuai sudah ada depan mata,”bisik Raziq buatkan Sueda mengecilkan mata sebelum keningnya terangkat sebelah.
“Masuk meminang? Ayat jiwang? Maaflah a-bang, saya tak sedia lagi. Perjuangan masih belum selesai,”ucap Sueda.
“Sudahlah nak bermadah berhelah bagai. Semua cerita Eda sudah ada dalam poket abang ni. Uncle Mie dah ceritakan semuanya. Dua puluh lapan tahun tu lagi lima bulan kan? Abang tak peduli kira ON aje ni. Uncle kata minggu depan dah boleh bertunang,” sakat Raziq.
“Hah?”
“Tak payah nak hah, hah Eda. Orang yang ramai kar ruang tamu tu dah sepakat dari tadi. Semua setuju. Kita tunang ya Noorish Sueda? Persoalan Raziq buatkan muka Sueda pucat lesi. Tak ada ribut, tak ada taufan tiba-tiba dia akan bertunang.
                “Haa! Eda kenapa muka kamu pucat lesi tak berdarah?” soal Haji Azmi yang masuk ke dapur. Hati tuanya nak berguling-guling gelak melihat kesungguhan Raziq ingin memperisterikan anaknya. Rupanya mereka dah berkenalan di laman grup Puteri. Bak kata pepatah tak cukup tapak tangan stadium Bukit Jalil tu pun dia sanggup tadahkan bila Raziq meluahkan hasrat hatinya secara spontan tadi. Yang lain pun turut setuju tanpa sebarang bantahan. Tinggal yang empunya diri saja yang belum tahu.
                “Ayah ada buat apa-apa keputusan sebelum tanya Eda ke?” soal Sueda memandang Haji Azmi yang selamba dengan muka stoon-nya itu.
                “Keputusan apa?” soal Haji Azmi yang memegang gelas berisi air suam. Raziq yang berdiri di sisi Suedah mengulum senyum. Pandai betul orang tua ni berlakon.
                “Keputusan pilihanraya Azmi dan Sofia kat depan tadi sudah sebulat suara bersetuju dengan hasrat wakil rakyat YB Raziq ni, rasanya kami tak sanggup nak lepaskan orang sekacak Raziq pada orang lain. Anak dara ayah pun apa kurang jelitanyakan. Baik dipadankan saja. Kalau tidak rugi. Tak baik membazir,” balas Haji Azmi.
                “Ayahhhh!”
                “Sebarang bantahan hanya akan dibuka selepas seminggu bertunang. Itu pun kalau diperkenankan. Pokoknya sebarang bantahan tidak dilayan,” Haji Azmi berlalu meninggalkan Sueda dan Raziq berdua di dapur.
                Sueda memandang Raziq yang tunduk dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Pasti Raziq sedang ketawa dengan butiran kata Haji Azmi. Memang orang tuanya ini cakap main selamba saja. Kalau orang tak biasa memang ingat dia cakap main-main. Tapi itulah sikap semula jadi Haji Azmi yang pandai memainkan emosi orang sekelilingnya.
                “Abang ketawa kenapa?” soal Sueda.
                “Bahasa uncle tu lucu sangat. YB Raziq dipanggilnya abang ni...hahahaha agak-agaklah kalau nak bergurau pun,” terburai juga deraian ketawa Raziq.
                “Ayah memang macam tu. Hishhhh...”kesah Suedah buatkan Raziq terdiam.
                “Tak sudi ke jadi isteri abang?” soal Raziq seolah berbisik.
                “Saya tak kenal abang. Macam mana saya nak jadi isteri abang. Yang saya kenal Jig Nizzin, salah seorang follower dalam laman grup Kak Puteri. Seorang lelaki yang minat novel. Ehhh! Bukan minat tapi menulis novel. Selain daripada itu saya tak tahu,” jelas Sueda terus-terang.
                “Jom nikah dulu, lepas tu baru tahu luar dalam abang,”
                “Hahahaha... nikah kahwin ni bukan boleh buat main-main. Ini kehidupan. Saya akui saya ni banyak kurangnya, tapi paling tidak pun saya sudah impikan kehidupan berlandaskan Islam dalam melangkah ke gerbang perkahwinan nanti. Saya nak membina ummah yang penyayang dan tertib dalam kelompok masyarakatnya. Dah puas merantau, saya ingin duduk di satu tempat dan jalankan tugas sebagai isteri dan ibu dalam teratak saya sendiri,” ucap Sueda meluahkan impiannya. Raziq terkedu. Gadis yang moden memikat dihadapannya ini sangat unik. Bibit bahasanya yang ringkas lagi berterus-terang sangat memikat hatinya. Tanpa disedari tanganya sudah mengulas lembut pipi Sueda.
                “Cinta tak kenal siapa, Eda. Cinta itu lahir dari hati abang hanya pada gambar potongan kek velvet merah. Setiap bait kata yang Eda mainkan dalam grup itu semakin hari mencuri semakin dalam hati abang ini. Sanggup abang tak keluar dari grup bila terpandangkan nama Eda yang like like setiap komen. Mujurlah Cik Sebu dan Novel Queen sporting gila dengan abang. Bolehlah dating lima sepuluh minit dengan Eda dalam tu. Kalau tak macam manalah abang nak kawal rasa rindu yang mengebu di hati ni,”
                “Amboiii ayat!” senyum Sueda geli geleman mendengar kata Raziq.
                “Hihihi baru belajar ayat pancing awek. Terkesan tak?” sakat Raziq selamba.
                “Hahahaha... geli adalah. Cair belum lagi,” balas Sueda.
                “Ehem... Ehem... kalau macam nilah gayanya, kira jadilah tu Fia ooiii. Merasalah kita berbesan,”sakat Hajah Rohana yang beriringan masuk ke dapur.
                “Alhamdulillah, syukur,”
                Raziq dan Sueda terus pusing badan mengadap pada sink. Sorang basuh pinggan, sorang lagi lap pinggan. Bibik sudah lama lari ke luar bila nampak kelibat Raziq masuk dapur. Kedua bonda dah senyum-senyum nakal nak mengenakan anak masing-masing. 
                “Tak payah cakap pun, umi dah faham. Mata Eda dah jawab dah. Sedialah, Ana tak payah tunanglah, kita ambil mudah dan ringkas. Nikahkan aje budak berdua ni,”usik Hajah Sofia buatkan pipi Sueda merah menahan malu. Raziq pula sudah senyum sampai ke telinga. Bahagia sungguh kalau terus bernikah.
                “Abang okey ke?”
                “Dah continential crush lama dah ni, mama. Kira-kira nak continential love, rasanya saya dah ready nak salam tangan tok kadi. Kalau nak malam ni pun saya sanggup,”kias bahasa Raziq sudah menjeling-jeling memandang pada Sueda.
                “Hahahahaha... continential crush????? Abang, abang,” gelak Hajah Rohana.
***********
               
Berita gempar!!!! Adik angkat kak Puteri sudah bertunang dengan salah seorang hot novelis gak. Cer teka siapa? – Novel Queen
                Sueda yang duduk di kitchen kopitiam yang baru nak beroperasi ini tersengih membaca notifikasi yang tertera di telefon bimbitnya. Tangan nakal saja nak membalas.
                Siapa? Siapa? Kanda Queen – Sueda
                Betul tu Kak Queen, siapa? – Jig Nizzin.
                Sueda terus menggangkat kepala memandang pada Raziq yang berdiri di pintu kitchen sambil jari ibu jari ligat menaip di telepon pintarnya. Gaya memang tak nak kalah betul tunang yang dua hari disandangnya.
                Tak nak cakap. Nak orang tu sendiri yang buat pengakuan berani mati kat sini. Ada berani? – Cik Sebu
                “Hahahaha... tak ada maknanya,” gelak Sueda bercakap sendirian.
                “Apa yang tak ada maknanya tu sayang?” ucap Raziq yang menarik stool di tepi Sueda.
                “Niii....,” ucap Sueda menggangkat tinggi telepon pintarnya sebelum bangun dan menuju ke dapur.
                “Ceritalah, bukan luak pun. Ke Sayang malu?”duga Raziq memandang pada Sueda. Makin hari makin cinta mengebu-gebu. Tak terfikir cinta itu mudah bila kena pada masa dan tempatnya.
                Sueda yang memegang kuali, menoleh memandang pada Raziq. Sudip dilagu-lagukan dalam kuali dengan kuat. Geram juga dengan bahasa tersembunyi si novelis hot ni. Kelentang-kelentung bunyi sudip berlagu dengan periuk. Tiga orang tukang masak senyum saja melihat gaya Sueda yang mengomel sendirian sambil memasak.
                “Bawang besar! Bawang besar! Bawang besar!” bebel Sueda.
                “Apa tu sayang? Nak masak mee kari kena guna bawang besar ke?”soal Raziq menjenguk kepala ke kuali.
                “Continential love need orion to buzz the appertited, mister writer.”
                “Is that true? Onion? Jangan bersusah payah sayang. Abang senang aje terima red velvet yang moist tu untuk teman abang dalam bilik.”
                “Tak romantik langsung,’ cebik Sueda.
                Raziq tersenyum sambil mengaru belakang leher yang tetiba sengal. Sesekali menoleh memandang kepada tiga orang tukang masak yang sedang melihat Sueda memasak. Hari ini mereka melakukan ‘FOOD BRAINSTOMING’ untuk mereka signature dish untuk menu hidangan rasmi kopitiam ini.
                “Abang, jangan kacau Eda tu. Sekarang ni masa kerja. Dah siap nanti nak dating ke, pergilah mama tak halang,” tegur Hajah Rohana menegur perangai Raziq.
                “Mana ada kacau mama, abang tengok je. Mama, masak mee kari kena letak bawang besar ya?” soal Raziq saja nak mengusik Sueda yang sempat memberi jelingan manja padanya kembali.
                “Hahahahaha... sudah tu. Meh duduk sini. Kita jadi ‘food tester’ je.” Hajah Sofia dah tak tahu nak cakap apa dengan perangai sengal Raziq ni. Ingatkan ahli korporat serius. Rupanya sama saja naiknya dengan Sueda perangainya. Memang pinang dibelah dua sungguh.
                Raziq duduk di stool bersama dengan Hajah Rohana dan Hajah Sofia. Setiap hidangan yang Sueda hidangkan dengan siap hiasan dilihatnya dengan penuh rasa kagum. Sueda memang arif dan cukup teliti dengan tugasnya. Setiap hidangan diambil gambar lalu dihantar di facebook peribadinya. Status itu ditambah lagi dengan sebaris ayat yang buatkan bibir Raziq tersungir senyum. ‘Continential Meal’ special for me from my lovely wife to be.
                Tak sampai lima minit, telefon bimbit Raziq berkelip-kelip dengan notifikasi yang masuk.
                Jig, akak tak peduli. Akak nak juga. Nampak menyelerakan. – Novel Queen.
                Yummy!Yummy! Jig. Gemuklah kau nanti ni – Cik Sebu
                Jig, angkat call. Kak Puteri nak call ni, kau orang dating tak ingat dunia. Sampai update status makanan kat FB lagi. Cakap dengan Aunty Sofia nanti, terus lesen kena tarik – Puteri
                Abanggggg Jig. Nak kahwin tak jemput – Anita Jelita
                Oh! Jig sampainya hati. Makan tak jemput – Lynn Hangat
                Akak nak tengok gambar wife to be Jig. Ini satu pengumuman yang paling mengejutkan. Cepatttttt! – Kak Shima.
                Leka Raziq melayan notifikasi facebook di telefon pintarnya. Sueda sudah susunkan bermangkuk hidangan yang akan dihidangkan di kopitiam ini. Sekarang masa untuk mencuba dan brainstoming untuk memilih hanya 20 hidangan saja. Hidangan roti, sup, mee, meehon, kuehteow dan nasi dengan hiasan yang cukup cantik dalam pinggan makan putih. Memang gaya continential.
                “Maa, kalau macam nilah. Bakal isteri abang, kira cepatkan lagi majlis pun abang sanggup. Sudahlah cantik, bijak, pandai masak pula tu. Bolehlah mama, nikahkan abang cepat,” usik Raziq selamba saja mengusik.
                “Abang!!!! Kita tengah buat kerja ni. Ishhhh... tak habis-habis nak main-main,”geram Sueda.
                “Hahahahaha.... abang dah lah tu. Duduk diam-diam. Kita makan je. Tarikh nikah tu kan ke kita dah setuju lagi tiga minggu je lagi. Kesian kat mama dan umi, bila orang harapan kami nanti abang bawa lari gi honeymoon. Kopitiam ni macam mana?”pujuk Hajah Rohani memujuk.             
                “Alaaa... mama. Abang tengok Eda ni makin hari makin geram pulak. Comel sangat,”puji Raziq dengan tersenyum-senyum nakal memandang pada Sueda yang buat tak dengar saja.
                “Bawang besar!” ucap Suedah perlahan.
                “Sayanggggg... tak baik kutuk abang perlahan-lahan macam tu. Abang dah puas google khasiat bawang besar. Memang bagus untuk lelaki macam abang ni. Sayang mesti tak akan mengeluh lepas tu. Rasanya mesti sayang tak lepaskan abang keluar bilik,” sakat Raziq.
                Menderu darah ke wajah Sueda. Malu dengan kata-kata Raziq yang terang-terang. Wajah bahagia kedua-dua ibunda usah cakaplah, cukup berseri-seri melihat telatah anak-anak yang mengenyam nak nikah.
                Sueda tekan butang hijau di telefon bimbitnya. Laman facebook dimasuknya. Berderet notifikasi yang menderu masuk dari laman grup Puteri Keduak.
                Tahniah Mrs Jig to be – Kak Shima
                Tak cerita pun – Kak Puteri
                Nak demand gambar tunang cik Eda – Novel Queen.
                So sweet Jig – Cik Sebu
                Pantas saja kepala diangkat memandang pada Raziq yang sedang merenungnya. Isyarat mata bertanya kenapa? Diberikan pada Raziq.
                Nurish Sueda my wife too be. Continential crush make me want to like crazy. To hold your love deep inside me, make me counting time to the limit. Twenty one days, five hours and thirty second more .... you become my Mrs Jig Nizzin.
                “Cair?” soal Raziq.
                “Your continential crush memang macam bawang besarlah abang. Semua masakan yang letak bawang besar penuh manis dan menambah perisa masakan. Setiap helaian kelopak bawang bawa rasa yang tersendiri. Nak makan mentah pun sedap, nak masak pun sedap. Mana mungkin saya boleh lari dari bawang besar ni. Saya masuk dapur saya nampak dia. Saya ke meja makan saya nampak dia. Saya ke kedai pizza pun saya nampak dia. Teruk crush cinta novelis hot ni. Sampai setiap saat dia kira... memang parah saya dibuatnya. Mujurlah red velvet tak ada bawang,” rungut Sueda mengakui.
                “Memang korang berdua ni tengah kemaruk cintakan? Umi dan mama ada kat depan pun, korang tak sengan silu bercengkerama. Jangan nak ngada-ngada crush sini crush sana. Fokus makanan ni dulu. Cepat habis ni, cepatlah korang bercinta semula.” Geleng Hajah Rohana yang geli-geleman mendengar usikan si pasangan ni.
                “Mama ni tiba-tiba pulak tak sporting. Abang tukar fikiran kang....”sakat Raziq pula.
                “Sudahlah tu abang. Pergi balik kat gym abang kat sebelah ni. Crush dengan Eda teruk sangat. Buruk mama tengok perangai tu.” Geleng Hajah Rohana.
                “Inilah dia ma, continential crush. Segar, teruja dan membahagiakan. Hanya orang yang terpilih saja mampu melalui perasaan cinta sebegini.”
                Tepuk dahi semua yang dengar bahasa Raziq. Tak makan saman. Memang cinta pandang pertama dan jodoh Allah itu indah buatkan dia berasa sangat bersyukur. Pilihan keluarga memang yang terbaik, nak pulak sudah dipersetujui oleh hati. Restu keluarga lagi memberikan rasa cinta yang cukup indah dari merindui yang halal.
Continential kata hikmah buat dia yang hidup moden namun masih berfikiran ketimuran dengan tatasusila dan peradapan yang cukup tertib dalam pergaulan.



T.A.M.A.T

No comments:

Post a Comment