Monday, July 3, 2017

Halalkan CINTA dengan Kalimah Aku Terima!! Part 3

“Wahhh, tak sangka Efa boleh jadi macam Cinderella pulak lepas make over dari subuh tadi,” usik Hasbi.
“ Masih ada lagi empat jam. Rasanya kita kena jadi hulubalang ni, kalau tidak ada yang pengantin lelaki tak sabar nak ajak dating,” sambung Zainul pulak. Aku sudah berbahasa isyarat tangan dengan mimik muka geram lagi.
“Apa yang Efa cakap Hasbi?” soal Zainul melihat Hasbi Afifi yang mengekek ketawa.
“Dia cakap Watch Out,” senyum hadirin.
Hailah… hilang sikit keayuan melayan usikan nakal Hasbi dan Zainul. Kalau aku tahu, malam tadi aku masak tepung kanji banyak sikit senang nak gam mulut budak dua orang ni. Suka hati aje usik aku depan tetamu.
Dua orang wanita datang menghampiri aku untuk menyarungkan cincin dan gelang tangan sebagai tanda pertunangan termetri. Aku sempat menjeling pada Anis di sebelah yang tersenyum simpul. Kenapa Datin Zulaikha yang sarungkan aku cincin tunang? Anis kenal ke siapa calon suami aku? Kenapa dia tidak bercerita?
Pipiku dicium kiri dan kanan. Ucapan tahniah dan terima kasih dibisikkan di telingaku lembut. Aku mencium tangan kedua-dua mereka sebagai mengucapkan terima kasih dah hormat pada mereka.
“Anis, kau kenal bakal suami Efa?”
“Baru pagi tadi tahu Efa calon isteri saudara Anis,” senyum Anis.
“Betul ke ni?” soal Khayla yang terlebih excited.
“Calon yang sangat sepadan dengan Efa,” senyum Anis lagi. Aku memeluk Anis erat. Alhamdulillah, itu yang mampu aku ucapkan kala ini. Debaran bertambah kencang.
“Aiii Doraemon, senyum sikit kami nak ambil gambar,” ucap satu suara. Aku menoleh pantas memandang, air liur terasa dah hilang dari tekak. Dua orang yang sangat aku kenali Khalil dan Muntaz.
“Jangan buat muka blur. Studio Kasih dilantik oleh keluarga pengantin lelaki untuk merakamkan detik-detik bahagia korang berdua. Amboi budak kecik ni nak kahwin tak nak bagitahu kita ya,” marah Khalil. 
Muka aku dah merah padam, malu. Memang sengaja aku tak nak Studio Kasih tahu kecuali boss besar. Takkanlah boss besar yang bagitahu semua orang. Ishhh tak mungkinlah, mana ada lelaki yang kipochi macam itu. Boss besar pun tidak ada nampak macam jenis yang kipochi. Siapalah bakal suami aku ni? Makin nak dekat nikah makin banyak pulak kejutan demi kejutan yang aku terima. Boleh naik semput dada dibuatnya.
“Tak bagi tahu pun datang juga-kan?” pujuk aku. Khalil dah rebah di lantai. Muntaz sudah jadi patung tegak berdiri. Khayla dan Anis sudah mengekek ketawa.
“Ambek kaw,” cakap Khayla. Lagi kuat mereka mengekek.
“Tadi kak Ifa kena sampuk, ini abang Khalil dan kak Muntaz pulak. Nape, kat rumah Efa ni memang tempat Korang kena sampuk ke?”
Princess Cinderella please take me…..,” jenaka Khalil yang tersengeh nakal.
“Efa bercakap! Kak Muntaz mimpi ke ni…. suara cukup lembut dan manja,” puji Muntaz. Aku dah berpaling pada dinding rumah. Menutup malu, tangan kanan aku gengam dan ketuk dinding dua tiga kali. Aku terlupa lagi!!!!! Nur Afeefa ingat kau tu bisu, cuba mulut itu jangan ringan sangat. Sudah tiga orang Studio Kasih yang tahu aku ini tidak bisu. Aku nak lari ambil tepung kanji kat dapur, biar mulut susah nak buka sampai selesai majlis.
Gelagat aku, buatkan Khayla dan Anis lagi kuat mengekek. Ishhhh BFF aku dua orang ni tak boleh pakai langsung. Tahu gelakkan aku aje hari ini.
“Sudah tu, Efa. Macamlah cute sangat buat macam tu. Doraemon!. Cepat posing, abang Khalil nak ambil gambar Efa ni,” Khalil sudah memberi arahan.
“Nak posing macamana, Efa bukannya tahu. Nak ambil gambar tahulah. Apa kata abang posing Efa tangkapkan gambar,’ cadangan bernas.
“Ehhh budak kecik ni ada yang kena lepuk ni kang. Tas, kau tunjukkan kat Efa ni nak buat macamana biar aku aje tangkap kat dalam ni dengan pengantin Daraemon ni,” Khalil sudah geram.
“Dah habis ke belum ni, Pengantin kena makan sebelum I nak makeup untuk bernikah pulak ni,” Rofifah mengeluarkan kenyataan. Aku sudah terbeliak. Tadikan dah make-up ini nak make-up apa lagi. Ishhh susah betul jadi pengantin ini.
“Ifah.. kau tolong sikit. Budak kecik ni tak tahu nak posing macamana,” suruh Khalil.
OMG. Ada ke di suruhnya Rofifah ni yang ajar aku posing. Memang matilah aku kena dera dengan Rofifah yang terkenal dengan gaya gediknya itu. Aku baru terfikir nak lari dia sudah menunjukkan aksi gediknya siap suruh aku ikut lagi. Sekarang bukan Khayla dan Anis aje yang mengekek, dengan aku-aku sekali sudah mengekek ketawa. Lawak betullah si gedik nak mengajar aku yang ala-ala ustazah rock ni jadi gedik. Bila dengar riuh, ramai pulaklah nasi tambah yang ingin menambah perisa dalam menyerikan gambar pertunangan aku. Entah berapa keping gambar yang diambil Khalil dan Muntaz pun aku tak tahu. Banyak yang tak jadi rasanya, dengan gelak yang tiba-tiba terburai. Dengan mata yang tiba-tiba berkelip. Dengan ekspresi muka yang pelbagai. Memang aku kena tapis gambar ini dulu sebelum sampai ke meja boss besar untuk kelulusan nanti.
“Aku tak tahu pulak kawan baik aku sorang ni sengal rupanya,” komen jujur dari Khayla.
“Saya setuju. Bila mulut dah berbunyi baru kita boleh nampak Efa yang sebenarnya seorang gadis yang sangat sengal dan nakal,” sambung Anis.
“Hahahahaha… macam komplot nak boikot Efa aje ni. Mentang-mentanglah hari ini statusku akan bertukar menjadi puan. Korang dah berlagak ya,”
“Mestilah… kami masih bebas. Kau aje yang dah terikat,” usik Anis.
“Itu yang tak best tu, nak ikut pergi weekend outing jugak,”
“Sekarang tak boleh, kau kena jaga laki. Masak untuk laki. Dah masak hantar kat rumah sewa sikit. Tunggu kami kahwin pulak lepas tu baru kita boleh weekend outing sama-sama,” usik Khayla.
“Amboi outing tinggalkan Efa, masak nak Efa hantar kat korang. Banyak cantik muka,”
“Memanglah cantik, Kak Ifa yang make-up kan tadi…..but we will miss you Efa…takada lagi alarm clock bergerak nak ketuk pintu bilik aku pagi-pagi, nak masakkan makan malam yang sedap-sedap…. yang sanggup menari dan menyanyi lagu hisdustan dengan aku,” Khayla sudah sebak.
“Saya pun…. we will miss you so much housemate….dah takada geng nak sepahkan dapur… main tepung, main telur … lepak tengok DVD…..mengaji sama…,” Anis pula bersuara sebak.
“Insyallah Efa akan cari masa untuk tetap bersama korang. You’ll always in my heart. I love you so much,” kami berpelukan menangis teresak-esak. Sampai kena marah dengan kak Rofifah sebab habis make up dia.
Nenek punyalah tidak mahu aku keluar bilik, sampai makanan tengahari pun di hantar masuk ke dalam bilik pengantin. Menu makan tengahari memanglah menyelerakan nak pulak  ditemani Anis, Khayla, Rofifah dan Delisha. Namun selera aku hilang.
Aku disuruh makan, memang tak lalulah. Debaran di hati ni tak keruan dari tadi. Rasanya jantung ni buat overtime kot. Laju dia berdenyut. Aku pun tak sedar bila aku luluskan jantung buat overtime. Sedar-sedar aje dia dah laju dari tengahari tadi.

No comments:

Post a Comment