Thursday, September 7, 2017

Bahagia Bukan Bidaan - Prolog


Hana yang lesu kelelahan keluar dari restoran mamak bistro. Saja dipenuhkan jadual dengan janji temu yang sambung menyambung dengan klien dan pembekal. Dia tak mahu kepala diserabutkan dengan memikirkan perihal Azlan. Panggilan telefon dengan setiausahanya untuk mengetahui perkembangan operasi syarikat hari ini dilakukan sambil berjalan menuju ke kereta.
Hana berdiri di depan Ranger Rover Sport warna merah berkilat di depan kedai. Kunci penggera di tekan namun kereta tersebut masih bisu. Kerutan risau mulai timbul di dahi.  
“Biah nanti saya call awak balik... Ahhh, jangan kata kau buat hal pulak maghrib ni,” keluh Hana. Telefon bimbit yang dipegang dimasukkan dalam beg galas.
Kunci penggera siap diketuk bekali pada tapak tangan. Sebelah telinga yang bersumbat ‘earphone’ dicabut keluar dari telinga. Resah hati. Sempat mata mengilas pada jarum jam di pergelangan tangan kiri.
“Aduiii janganlah buat hal macam ni. Sudahlah abang out-station hari ni,” bebel Hana. Mata Hana memandang pada Ranger Rover Sport warna merah di depan mata.
“Kenapa cik?” Soal tauke restoran. Dari tadi diperhatikan gelagat Hana. Pelik, melihat wajah Hana yang tadinya penuh keyakinan kini kelihatan kebingungan di depan restoran miliknya.  
“Entahlah encik. Saya pun tak tahu. Tiba-tiba pulak kereta ni tak boleh unlock. Nak kata bateri kong. Tak masuk akal, sebab baru Isnin lepas buat servis. Dah bekali tekan alarm ni tak boleh,”adu Hana polos.
Terangkat sebelah kening tauke restoran yang berpenampilan rugget dengan denim dan kemeja kotak-kotak mendengar penjelasan Hana. Dipandang kereta di depan mata kemudian dipandang pula pada wajah bingung Hana. Nak gelak macam tak sampai hati. Akhirnya dia ambil keputusan untuk beraksi seperti melihat nombor plat kereta depan di hujung sebelah kiri. Hana hanya memandang tak mengerti.
“Rasanya AB0 55 nombor kereta saya,” jelas tauke restoran.
Merona merah wajah Hana. Terus Hana melangkah laju berdiri di depan kereta. Air liur ditelan pahit. Perlahan wajah diangkat memandang pada tauke restoran yang tersenyum manis.
“Maaf,” sepatah balas Hana.
“Cuba cik tekan alarm sekali lagi,”suruhnya lembut.
Hana menurut. Selang empat buah kereta mendengar bunyi tik tik tik. Membesar bukaan mata Hana terkejut. Langkah terus diatur laju menuju ke kereta tanpa menoleh ke belakang langsung. Malunya!
“Pandu kereta elok-elok ya cik. Jangan gabra,” jerit tauke restoran yang tersenyum senang. Mata tak berhenti memandang pada Ranger Rover Sport warna merah yang keluar meninggalkan kotak parkir.

Assalamualaikum cik comel. Jika kita berjodoh, pasti kita akan dipertemukan  lagi di masa depan. Bisiknya dalam hati. 

*******************
Prolog ini telah dikemaskini mengikut plot cerita baru pada 5 Oktober 2017. Maaf atas kesulitan. 

No comments:

Post a Comment