Wednesday, September 13, 2017

Bahagia Bukan Bidaan - Saudara Murni?

Nik Zachary berjalan menuju ke meja Hana. Murni melihat perubahan wajah Hana yang menunduk tiba-tiba terus menoleh pandang belakang. Murni terus berdiri.
Ooo damned. It’s you?” Soal Murni dengan pandangan terkejut.
Nik dengan kedua belah tangan menyeluk poket seluar hanya angkat bahu. Bibir tersenyum senang. Gaya santai bersahaja dengan penampilannya yang cukup ringkas. T-shirt putih, denim biru dan selipar jepun.
“Rasanya betullah tu,” balas Nik mesra.
Misha yang duduk di sebelah Murni sudah tersipu malu mengawal tingkah lakunya. Siapa yang tak kenal Nik Zachary, salah seorang waris lelaki keluarga Wilson  yang masih berstatus bujang. Pakej lengkap yang dimiliki oleh Nik buatkan dia menjadi idaman sesiapa saja yang mengenali keluarga Wilson itu. Termasuklah Misha.
“Kat Kuala Lumpur. Atau lebih spesifik lagi, kat Bangsar ni?” Soal Murni. Siap ditepuknya bahu Nik mesra.
“Restoran aku ni,”jelas Nik menunjuk ke arah restoran mamak bistro di belakangnya dengan muncung.  
“Wow! Aku tak tahu pun,” kata Murni. Kagum berganda dengan sepupu rapat suaminya ini. Tak sangka boleh jumpa kat sini.
“Kau kan kenal aku ni macam mana. Tak boleh duduk diam. Kalau nak duduk lama-lama kat sini kena ada kerja. Projek tak sentiasa ada kan. Jadi sekarang ni, aku masih ada sebab kenapa aku disiplin bahagiakan masa aku kat sini dah sana. Kau pulak buat apa kat sini? Danny dan budak-budak mana, tak nampak pun,” ramah sapaan Nik. Mata berbahasa minta Murni kenalkan Hana padanya. Murni dah kemam bibir. Faham sangat maksud bahasa badan Nik tu.
“Aku balik seorang je kali ni. Ada hal sikit. Oh, Ya! kenalkan. Ini kawan baik susah senang aku, Ain Farhana. Panggil Hana je... Hana, kenalkan. Ini Nik Zachary sepupu rapat Danny,” ucap Murni memperkenalkan Hana pada Nik.
Nik hulur tangan sebagai tanda salam perkenalan. Hana sambut lembut. Muka yang kosong dan suram dilayangkan bersama senyum tawar.
“Hana,” ucap Hana pendek.
“Nik. Nik Zachary. Nice to know you, Hana,” balas Nik. Senyum manis terpamer di bibirnya. Matanya tak berkalih dari merenung tepat pada anak mata bundar Hana yang jelas terpamer kesakitan. 
Digenggam erat jari Hana bagaikan tak mahu dilepaskan. Membulat mata Hana, bila tangannya tak dapat ditarik dari terus digenggam oleh Nik. Dibalas tenungan mata Nik. Buat seketika mereka berdua berada di dunia milik mereka.
“Saya kenal awak?” Soal bahasa mata Hana.
“Ranger Rover Sport warna merah, ABO 55. Ingat lagi tak?” Balas bahasa mata Nik yang mengecil bersama senyum senget di bibir.
“Alamak! Malunya,”balas bahasa mata Hana yang terpejam malu.
“Ehem! Ehem!”
Dehaman Murni buatkan Nik tertawa halus. Terkantoi buta-buta depan Murni. Memang berdesinglah telinganya disinggahi soalan sekejap lagi ni. Hana mengemam bibir. Tangan yang dilepaskan Nik terus menggosok pucuk hidung untuk mengawal rasa malu.
“Laaa, Misha pun ada ke,” Nik terus menyapa Misha yang sudah memuncungkan bibir duduk di kerusi sebelah Murni. 
“Baru perasan ke Abang Nik,” balas Misha acuh tak acuh. Penat saja dia menyeringai comel sebelah Murni tadi. Alih-alih perhatian diberikan pada Hana. Sentap lah!
“Perasan dah dari tadi. Saja nak tunggu Misha tegur abang. Amboi, sombongkan. Baru ni abang nampak Misha,” usik Nik. Tahu sangat bagaimana nak cairkan hati adik manja si Murni ni.
“Kak Uni, tengok tu. Bila masa pulak Isha sombong tah. Manalah Isha tahu Abang Nik ni ada restoran kat sini. Ingatkan kat Melbourne tu je. Dah tahu Isha memang duduk sini, tak tahu nak call ke. Kita pulak yang disalahnya,” pot pet mulut Misha membebel tak puas hati. Geram hati Misha dituduh sombong oleh crush pujaan hati.
Murni jentik dahi Misha. Kemudian tertawa lepas. Tak sangka adik kesayangannya ni, senang kena main dengan Nik yang memang kaki menyakat. Mengaduh Misha sambil menggosok dahinya. Pedih doh!
Hana menunduk memaksa diri menghabiskan roti canai yang dipaksa makan oleh Murni tadi. Tak sanggup nak angkat muka memandang pada Nik. Malu yang menyinggahi di hati bila teringatkan insiden lucu tu buatkan pipinya merona merah. Didengari saja usikan Nik pada Misha dan bualan mesra mereka tanpa mencelah.
“Okeylah ladies. Got to go. Tapi sebelum tu. Ini kad aku. Call je. Tak kira masa. Jarak aku hanya satu panggilan telefon je. Remember that, I only one call away,” kata Nik pada Hana yang terakhir menerima kad nama Nik. Perkataan ‘one call away’ buatkan hati Hana berdetik amaran keras pada jajahan hatinya yang sedang berdarah seksa.
Misha memandang Nik berperasaan yang ucapan itu ditujukan padanya. Tersipu-sipu malu melayangkan senyum manis dengan kepala di angguk mengerti.
Nik berlalu meninggalkan meja Hana kembali pada meja yang masih didiami Lokman yang hanya memandang dari jauh. Murni mencubit lengan Misha yang menggeletis manja sejak Nik menegur mereka.
“Ingat sikit, awak tu dah bertunang. Jangan nak menggatal,” tegur Murni. Tahu sangat kelemahan si adik yang akan hilang kewarasan akal bila bertemu Nik. Kuasa apa yang si Nik tu adapun dia tak pasti. Memang macam kena pukau Misha dibuatnya.
“Nik Zachary tu kak. Itu pun tak faham,”jawab Misha sambil menggosok kesan cubit di lengan kirinya. Ishh, jari Murni tu mengutil memang pijau. Boleh lebam kulit dibuatnya.
“Kenapa dengan Nik Zachary?” Polos pertanyaan Hana. Dia perasan dari tadi lagi, tapi tak sempat nak mencelah Murni terlebih dulu mengutil lengan Misha.
“Salah seorang waris lelaki yang masih bujang dalam keluarga Wilson. Adik Uni si Isha ni pulak, memang dah lama jatuh hati dengan si Nik tu. Tapi nak buat macam mana, Nik hanya anggap dia adik je. Itu yang frust menonggeng tu,” usik Murni. Tersenyum senyum Murni.
Bila diingatkan kembali sikap berani Misha ucap perkataan ‘saya cinta awak’ pada Nik memang sampai esok pun dia tak berhenti gelak. Budak yang baru nak kenal erti hidup. Main taram je cakap tanpa usul periksa. Misha ingatkan Nik tak faham Bahasa Melayu sebab sepanjang Misha jumpa Nik memang berabuk Bahasa Inggeris pekat pelat Aussie tu. Mujurlah Nik ni spesies yang selamba gila. Dia buat bodoh je.
“Itu mesti tengah mengutuk Isha tu,”kata Misha yang mengecilkan mata memandang Murni. Benci betul tengok muka Murni yang tiba-tiba jadi ayu macam tu. Macam muka nak mengenakan orang lagaknya.
“Mana ada. Ketawa pun tak boleh,” jawab Murni memberi alasan mudah. Bibirnya mengulum tawa dari terlepas. Di kalih wajah ke sisi membelakangkan Misha.
Berkerut dahi Hana cuba memahami apa yang terjadi depan mata. Murni ni kalau dapat peluang mengusik si manja, Misha ni memang tak dilepaskan peluang. Hana mudah saja faham isi usikan Murni. Tapi, yang sekarang ini dia tak faham langsung. Matanya memandang pada Nik di selang enam meja di depannya. Kebetulan Nik pun sedang memandang padanya. Senyum sebaris Nik buatkan Hana cepat-cepat alih pandangan pada Misha dan Murni semula.  
“Itu cerita lama okey. Memang masa tu Isha ni gedik. Bodoh pulak tu. Eee malunya. Dahlah tak nak cerita lagi. Isha dah bertunang pun kan. Fullstop,” mengalah Misha.
Murni terus memeluk bahu Misha. Dikucupnya kepala Misha yang bertudung lilit. Lepas rasa rindu pada si manja.
“Itu pun nak merajuk. Dah. Akak minta maaf ya. Rindu nak usik Isha. And by the way Hana,” kata Murni berpaling pandang pada Hana yang memerhati dari tadi.
“Nik tu bujang terlajak tau. Dia tak nak kahwin sebab nak kahwin macam orang lain kahwin. Dia tak nak kahwin sebab suka. Dia hanya nak kahwin bila sampai jodoh dia nak kahwin,” jelas Murni.
Hana tawa sinis. Mata nakal memandang kembali pada Nik. Wajah tenang dan selamba Nik buatkan Hana rasa sebu.
Lelaki semua sama. Ada rupa, harta, berduit. Perempuan macam kad sentuh Touch & Go. Sentuh sampai puas. Bila ada kekurangan tinggalkan. Bebel hati Hana.
“Gatal!”

Terpacul sepatah komen Hana buatkan Murni tersedak.  


****************
Bab ini telah dikemaskinikan semula pada 5 Okt 2017. Maaf diatas kesulitan. Harap dapat baca semula. 

9 comments:

  1. Allahuakbar.... sedihnya... dapat rasa mcm mana perasaan Hana. Apa pon semuanya ketentuan kalau dah tertulis kita perlu percaya pada qada dan qadar... 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...mata den pun sama lebat macam hujan kat luar ni. sob sob sob

      Delete
  2. Allahuakbar.... sedihnya... dapat rasa mcm mana perasaan Hana. Apa pon semuanya ketentuan kalau dah tertulis kita perlu percaya pada qada dan qadar... 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... namun bukan mudah untuk belajar redha.

      Delete
  3. Sedihnya....tak tergambar perasaan Hana tika ini..

    ReplyDelete
  4. kadang kadang perceraian ini...mereka lupa akan anak anak... saper yg mrk hendak duduk bersama... dan menghabiskan masa.. dan begitu kejam seorg ayah..yg menghalang anak anak berjumpa dengan wanita yg bergelar ibu... biarlah mamat tu muflis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya si minah gedik Noraina tu nak lagi ker mamat tu... hmmm...

      Delete
    2. ya kak... itu salah satu punca biasanya pasangan ibu ayah itu teruskan melayari rumahtangga. Anak2 penguat kasih sayang ibu ayah.

      Delete