Thursday, September 14, 2017

Bahagia Bukan Bidaan - Nik Zachary Step In

NIK 
Lepas habis selesaikan kerja di tempat klien, Nik terus memandu menuju ke lokasi berpandukan pada pandu arah Waze. Dua puluh minit, Ranger Rover Sport miliknya berhenti di hadapan rumah banglo dua tingkat di Bangsar. Telefon bimbit cepat saja disentuh skrinnya untuk membuat panggilan.
“Aku dah ada kat luar,” sepatah kata Nik sebelum panggilan dimatikan. Mata Nik leka memandang pada skrin telefon. Jarinya laju menaip mesej.

Nik Zachary : Danny, don’t worry. Aku jumpa Uni. Aku janji tak biarkan Uni gila meroyan sampai nak belasah orang. Apa-apa aku roger balik.
Danny :        Pastikan bini aku balik in one piece. Susah sangat, suh Uni bawa lari kawan baik dia tu ke sini. Aku ada je kawan yang belum kahwin. Lupakan suami dia tu.  

Terburai gelak Nik. Danny selalu ambil mudah setiap perkara. Ingat semudah itu ke nak jodohkan orang. Nik geleng kepala tak percaya. Pintu di tempat penumpang dibuka dari luar. Murni masuk dengan selamba.
“Seronoknya. Dapat job baru ke?” Tegur Murni sebaik saja pintu ditutup. Tali pinggan keledar ditarik dan dipakainya, tanpa disuruh. Dah jadi rutin rasmi bila masuk kereta.
“Kaulah job baru aku. Ni tengok ni. Laki kau risau bini dia gila meroyan nak belasah orang. Kau ni tak habis-habis nak mengganas je Uni,” tegur Nik sesedap rasanya. Telefon diangkat sebelum diletak pada tempatnya.  
Danny memaksa Nik dan abangnya, Zambry untuk kenal rapat dengan Murni, bila dia dah buat keputusan untuk berkahwin. Menurut Danny, kawan baiknya perlu jadi kawan baik pada Murni juga. Bermula dari siitulah keserasian dan keakraban terjalin antara mereka. Murni yang berpersonaliti gila-gila dan lepas laku mudah mesra dengan keluarga besar Wilson.
Berdecit mulut Murni melepaskan geram. Tak suka dengan sikap terlebih risau suaminya. Dia baru kongsi rasa geram dan marahnya pada Azlan yang tak puas-puas nak sakitkan hati Hana. Ikutkan hatinya memang nak saja diayun kayu hoki ke atau  kayu golf ke kat kepala Azlan. Baru padan dengan muka dia.
“Eeee... aku sembang je. Bukan buat pun. Dia ingat aku tak ada otak ke nak belasah si malaun tu,” bebel Murni. Nik tertawa kecil. Kereta dipandunya tenang ke destinasi seterusnya.
“Sembang kau tu kencang sangat. Tak senang duduk laki kau kat Melbourne sana. Nasiblah dia ada kerja dua tiga hari ni. Kalau tak, memang dah terpacul depan kau,” usik Nik.
“Hmmm fahamlah aku sekarang. Ni mesti Danny yang suruh kau jumpa aku lah ni ya. Ingat tadi apalah sangat,” balas Murni. Terjawab sudah persoalan di fikirannya sebab kenapa Nik nak sangat keluar makan malam dengannya. Nik ni bukan jenis lelaki yang kaki merambu. Kalau tak ada sebab, memang dia lebih suka duduk rumah saja. Itu yang sampai sekarang tak jumpa calon teman hidup. Spesis bosan!
“Ni cuba baca mesej Danny ni,” suruh Nik sambil menyuakan telefon bimbitnya pada Murni.
Murni ambil dan baca. Kemudian, keluhan dilepaskan dengan bunyi yang kuat. Nik yang sedang memandu di sebelah menoleh pada Murni. Nampak riak wajah Murni berubah buntu.
“Sampai kang aku cerita lah. Sekarang ni tak ada mood. Baru lepas belasah orang,” kongsi Murni. Telefon dihulur semula pada Nik.
Nik angguk dan teruskan memandu. Faham sangat dengan perangai baran Murni. Diam lebih baik. Masing-masing senyap sepanjang perjalanan. Murni memandang ke luar tingkap memikirkan perihal Hana lagi.
Hana, aku sayang kau Hana. Sayang sangat-sangat. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat. Masa aku susah. Masa aku sakit. Kau sorang je ada sebelah aku. Keluarga aku pun tak buat macam kau buat kat aku. Sekarang ni, masa kau susah. Aku nak tolong. Serius, aku ikhlas nak tolong kau. Tapi kenapa kau tolak pertolongan aku. Kau suruh aku balik. Ini tak adil Hana. Aku nak kau pulih macam dulu. Aku nak kawan baik aku yang dulu. Yang sentiasa ada untuk aku. Jangan seksa aku macam ni Hana. Aku tak boleh biarkan kau macam ni. Aku tak boleh. Rintih Murni melawan lara di hati. Air mata yang ditahan sejak bertegas dengan Hana tadi menitis juga akhirnya.
Kereta Nik sudah berhenti di depan kedai makan nasi lemak antarabangsa yang terkenal di Lembah Klang. Enjin kereta sudah dimatikan.
“Jom,” ajak Nik.
Murni cepat-cepat mengesat air mata yang menitis di pipi dengan hujung jari. Dia memandang ke luar kemudian beralih pada Nik yang sudah berada di luar kereta. Cepat-cepat Murni keluar dari kereta.
“Nasi lemak?” Soal Murni ragu-ragu. Tak percaya Nik membawanya makan malam di sini. Lupakah Nik? Soal hati Murni. 
“Teman aku. Lapar sangat ni babe. Aku meeting dari tengah hari tadi sampai senja ni baru habis. Lepas maghrib aku terus ambik kau. Alaaa, tak naiklah badan kau tu kalau makan nasi lemak sepinggan,” pujuk Nik.
Tahu sangat alasan sinonim orang perempuan yang terlalu menjaga penampilan diri. Nasi lemak yang tak bersalah itu dijadikan punca mereka gemuk. Walhal, semua itu salah faham yang perlu diperbetulkan. Mudah je nak kekal sihat. Kawal pengambilan karbohidrat, minyak dan  gula dalam hidangan nasi lemak. Jangan makan terlalu kerap. Lepas tu pergilah bakar semula lemak jahat yang terkumpul dalam badan. Jangan terus tidur.
“Aku ni memang pantang jumpa nasi lemak. Kau dah lupa ke?” Soal Murni yang jalan beriringan dengan Nik masuk dalam kedai.
“Lupa apa?” Tanya Nik yang menarik kerusi bulat dari bawah kerusi.  Mujur tak ramai orang lagi. Kalau tak, memang mereka kena berdiri tunggu meja kosong. Murni tarik kerusi bulat di depan Nik. Sudah duduk,  mata tertatap pada hidangan lauk di meja bufet. Glurp!!!!
“Oiii aku lupa apa?” Soal Nik lagi. Tangan diangkat tinggi memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
“Aku ni pantang jumpa nasi lemak. Nak pulak nasi lemak versi Malaysia ni. Cuba kau tengok lauk pauk tu... Ahhhhhh! Heaven nya Nik. Ayam goreng panas-panas pulak tu,” cerita Murni penuh rasa teruja. Nik kemam bibir nak terburai tawa lucu.
Memang patut pun Murni ni berjodoh dengan Danny. Nafsu makan mereka berdua sama naik. Memang ada yang kena tarik balik rumah juga lepas ni.
“Kau jangan nak menggada. Jom order. Paling banyak kau boleh makan dua pinggan. Duit aku cukup-cukup lima puluh ringgit je ni. Aku tak keluar duit,” amaran Nik tegas. Siap pakej dengan jentikan dahi sekali.
Mendengus geram Murni. Pantang dahinya kena jentik. Memang trademark keluarga Wilson kot. Sikit-sikit jentik dahi. Danny pun selalu buat macam tu.
“Yalah. Yalah. Aku nak nasi lemak ayam dara tambah sambal sotong. Ais kosong gelas besar je,”jawab Murni. Mengalah.
Nik senyum. Terus memesan pada pelayan yang sudah tercongok berdiri di tepi meja mereka. Sepuluh minit kemudian hidangan yang dipesan sudah terhidang atas meja mereka. Murni tersenyum senang dengan pinggan yang disua depan mata. Cepat saja tangan ditadah untuk membaca doa sebelum sudu mencecah ke bibir.
Why you are here Uni?” Soal Nik.
Terhenti suapan Murni. Riak muka yang tadinya ceria berubah keruh. Mata memandang pada Nik sebelum menyuap nasi masuk dalam mulut. Murni diam mengunyah nasi lemak.
“Uni?” Tanya Nik lagi.
“Ingat tak, kawan aku hari tu,” jawab Murni berhati-hati. Nik angguk. Mestilah dia ingat. Mana dia boleh lupakan Cik Comel yang awal-awal lagi dah beri salam kenal pada hatinya.  
“Kenapa dengan dia? Aku lupa nama dia. Siapa ya nama dia?” Tanya Nik. Saja nak dipancing Murni menceritakan perkara sebenar tentang Hana.
“Hana. Nama kawan aku tu Hana. Kami berkawan baik sejak sekolah menengah lagi. Kemudian jodoh satukan kami lagi bila belajar di universiti yang sama. Hana ambil dietian. Aku ambil communication. Masa tu lah Hana kenal dengan Azlan. Bekas suami dia. Mereka bercinta sebelum Hana habis belajar. Lepas habis diploma, mereka kahwin. Hana tak sambung ambik degree sebab nak jadi isteri terbaik buat Azlan. Isteri yang solehah,” cerita Murni.
Nik diam mendengar. Beri peluang pada Murni meluah apa yang terbuku dalam hatinya. Teresak Murni menceritakan satu persatu apa yang dikesalinya menimpa Hana. Tiada satu pun yang disembunyikan dari Nik. Dadanya yang sempit dengan rahsia Hana kini lega. Selesanya macam sebongkah batu besar, baru diangkat dari kepalanya.
“Habis tu, Hana bagaimana sekarang?” Soal Nik.
 Soalan Nik buatkan Murni menangis tersedu depan Nik. Nasi lemak yang tadinya menyelerakan kini sudah ditolak menjauh. Tak dihiraukan langsung mata yang memandang ke arah mereka.
She’s not herself, Nik. She’s not herself. What should I do? Aku kawan baik dia yang hopeless sekarang ni. Aku tak tahu nak buat apa lagi,” ucap Murni dengan nada yang terputus-putus dek esakan halus yang terkeluar di bibir Murni.
“Bagi dia masa Uni. Apa yang dilaluinya itu sangat berat bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Kau pun fahamkan,” pujuk Nik lembut.
“Dia terlalu baik, Nik. Kenapa dia terlalu baik? Kenapa dia perlu baik sangat pada orang yang dah sakitkan hati dia berkali-kali.”
“Cinta!”

Sepatah jawapan Nik buatkan Hana akhirnya mengangguk setuju.

*********
bab ini telah dikemaskinikan semula pada 5 Oktober 2017. Maaf atas kesulitan. Diharap dapat baca semula.  

2 comments: