Thursday, September 14, 2017

Bahagia Bukan Bidaan - Azlan

Berserabut kepala Azlan dengan pelbagai masalah yang muncul tiba-tiba. Hidup rasa tak terurus seperti dulu lagi. Di rumah dia berserabut dengan sikap anak-anak yang macam burung belatuk. Angguk geleng bila diajak berbual. Sepuluh patah ditanya, sepatah saja jawabnya. Cuti sekolah sudah tiga minggu berlalu, sepanjang tempoh itu Hakimi dan Haida duduk di rumah keluarganya di kampung. Bibik pun diheret balik kampung sekali. Tinggalkan Azlan sendirian di rumah.
Nak ambil hati anak punya fasal, terpaksalah diturutkan saja. Asalkan mereka tak minta jumpa Hana lagi. Sudah cukup. Dia sudah mengeluarkan peringatan tegas, mereka dilarang keras berjumpa atau hubungi Hana tanpa pengetahuannya. Kalau ingkar, sampai bila-bila pun mereka tak dapat jumpa Hana. Itu yang diangkat bendera melawan secara dingin.
Masuk pejabat, rasa macam nak meletup kepala. Sudahlah banyak peluang projek tercicir walaupun dipantau rapat-rapat. Operasi syarikat bercelaru. Dengan invois salah. Sebut harga salah taip harga. Macam-macam benda yang remeh temeh naikkan api kemarahannya. Boleh dikatakan setiap hari masuk pejabat mesti dia melenting marah.
Sugar,” sapa Nooraina yang berdiri di depan pintu bilik Azlan.
“Hmmm, ya Bie,” sahut Azlan lemah.
Pen merah dicampak atas meja. Fail yang setebal yellow pages ditutupnya. Azlan sandarkan badan pada kerusi. Lelah rupanya menguruskan operasi syarikat yang selama ini difikirkan mudah. Itu belum ditambahkan dengan tugas menyiapkan dokumen tender yang mempunyai tarik tutup yang serentak. Sakit!
Nooraina berjalan masuk ke dalam bilik Azlan. Kerusi di depan meja Azlan ditarik dan duduk manja di situ. Rambut yang terurai lurus disauknya ke sisi. Senyum menggoda terpamer di bibir Nooraina buat Azlan.
Sugar, Bie kena marah dengan Haji Daud sebab tak hantar report dan invois yang sepatutnya kita hantar setiap bulan pada kewangan. Siap dia sindir Bie lagi. Katanya company Bie ni dah kaya sangat ke sampai tak nak collect duit,” adu Nooraina.
Sebagai ‘front line’ , semua aduan dan tindakan disalurkan semula pada staf yang menguruskan operasi syarikat. Itu tugas staf operasi menguruskan dokumentasi yang perlu disediakan mengikut syarat yang tertulis dalam kontrak.
“Buatlah. Kenapa tak buat?” Soal Azlan pelik. Tali leher dicabutnya terus dari kolar kemeja. Rimas!
“Macam mana nak buat, manalah Bie tahu. Selalu tu Biah yang buat. Tadi bila Bie tanya Biah suh buat report dan invois tu, dia cakap tak tahu nak tulis apa. Semua tu biasanya puan yang bagi arahan nak buat macam mana,” manja suara Nooraina mengadu pada Azlan. Mengeluh kasar Azlan mendengar aduan Nooraina.
Lagi lagi puan! Lagi lagi puan! Ini puan. Itu puan. Apa kerja semua staf aku kalau semuanya Hana yang arahkan. Tak boleh fikir ke mereka? Benda senang macam tu pun nak tunggu arahan ke? Bentak Azlan dalam hati.
“Apa yang susah sangat nak buat report dan invois tu. You keluarkan semula kontrak yang dah kita tandatangan. Tengok kat bahagian pembayaran. Kat situ dah ada tulis peratusan yang perlu dituntut. Report tu pulak, apa yang susahnya. Extract from work order report. Tak kan itu pun tak boleh fikir,” jawab Azlan bengang. Ternaik nada suaranya.  
Tersentap Nooraina. Daripada nak mengadu manja terus tegak badannya berdepan dengan Azlan selaku majikan. Jangan buat main jika Azlan mengamuk. Nanti habis bergegar pejabat ni dibuatnya. Diam dan dengar adalah tindakan yang paling baik buat masa ini.
“Errr...tapi sebelum ni puan.”
“Puan! Puan! Itu sepatutnya kerja you, Bie. Kerja business development executive. Bukan kerja puan. This is your client. You got commission on every transaction. Do your job properly!” tengking Azlan.
Nooraina tertunduk memandang ke lantai. Belum pernah sejarah perkenalannya, ditengking oleh Azlan seperti ini. Hari ini baru dia mengalami perasaan itu. Kecut perut.
“Biah! Biah!” panggil Azlan lantang.
Tergesa-gesa Biah selaku setiausaha masuk ke dalam bilik Azlan. Muka dah berkerut risau. Kerja dengan Azlan ni memang hati kena kebal. Puting beliungnya tak terjangkau. Ada je yang tak kena. Nak pulak sejak dua menjak bergelar duda hot ni.
“Ya encik,” sahut Biah.
“Kenapa invois dan report Haji Daud pending? Bukan kerja admin dan dokumen ni semua kerja awak ke? Kenapa tak alert I kalau awak ada masalah tak boleh buat? Awak kat office ni kerja ke main facebook?” Marah Azlan.
Terkebil-kebil Biah kena marah. Tak berani nak menjawab.
Melihatkan Biah tak menjawab, kemarahan Azlan lagi meluap. Dihentaknya meja melepaskan marah.
Answer me, Biah!”
“Errr...sebenarnya encik, saya dah siapkan semua tu dan e-mel pada encik. Dah masuk reminder ke empat saya hantar pada encik. Tapi encik tak bukak pun lagi e-mel tu,” tergagap Biah menjelaskan keadaan sebenar. Terdiam Azlan seketika. Rasa macam penumbuk melekat kat batang hidungnya sekarang ini.
“Awak tak tahu nak print letak atas meja saya ke? Tak tahu nak cakap dengan saya,” marah Azlan lagi. Ego tak nak mengaku salah depan stafnya.
“Hmmm... saya memang tak akan print sebarang draf dokumen encik. Memang polisi yang puan tetapkan no print unless sudah disemak oleh puan atau encik. Saya tak nak kena potong alaun RM50 disebabkan salah cetak dan bazirkan kertas. Encik pun tahu kan, kat sini kita gunakan green policy,” jelas Biah cukup berhati-hati.
“Ahhhh!!!! Stupid! Dah. Dah. Sent it to my Ipad now. Kumpul semua orang, petang ni meeting lepas kerja. Attendance is compulsary.”
Arahan Azlan sudah memetir. Tak terfikir remehnya sampai begini. Sudahlah dia sibuk melobi projek yang semakin susah nak ‘close deal’. Ini ditambah pula dengan urusan pejabat yang kucar kacir. Pening!
Hani what have you don’t to me? Jerit Azlan dalam hati. Rambut diraut ke belakang. Sakit kepala.
Sugar,” seru Nooraina yang masih duduk menikus di depan Azlan.
Just leave me alone, Bie. Please,” rayu Azlan lemah.
Nooraina berjalan keluar. Namun sampai di muka pintu dia berpaling memandang pada Azlan semula.
I’m always here if you need me,” ucap Nooraina lembut.

Tak pernah dia terfikir akan melihat Azlan sebegini rupa. Nampak sangat tekanan yang dihadapinya cukup kuat. Kelmarin mereka terlepas kontrak baik pulih hospital yang telah dilobi selama enam bulan. Alasannya mudah, spesifikasi teknikal tak menepati teknologi terkini yang dikehendaki. Nonsense!

**********

Bab ini telah dikemaskinikan semula pada 5 Okt 2017. Maaf diatas kesulitan. Harap dapat baca semula. 

2 comments:

  1. sedihnya terpisah dengan anak anak tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk sis... dan setiap perjalanan tu ada keindahan yan tersembunyi. :)

      Delete