Friday, May 11, 2018

Bab 3



USAI selesai urusan menangkap gambar pengantin, Elina duduk makan bersama Tajol, abang susuannya. Sejak pulang ke Malaysia setahun yang lalu, dia memilih untuk berhubung rapat dengan keluarga susuannya di kampung. Nak merasai cara hidup orang kampung sebetulnya.

Dibesarkan oleh Almarhum nenda di Amsterdam buatkan dia kurang arif tentang kehidupan masyarakat di Malaysia. Balik sekali sekala ke Malaysia pun, bukannya bebas buat itu ini. Semuanya kena ikut aktiviti yang disusun oleh keluarga. 

“Kot ya pun penat janganlah ditunjuk kat muka. Depan rezeki ni,” tegur Tajol. 

Selaku abang dan juga rakan kongsi pada si bongsu ni bukannya mudah. Dia degil dan ikut sedap kepala dia je nak buat semuanya sendiri. Itu yang buatkan abang kandungnya, Tengku Emran pening. Mujurlah ada Ayu, pembantu peribadi merangkap pengawal peribadi yang sering mengekor Elina ke mana-mana saja. Terkawallah sikit perangai gilanya tu.

Pelik! Orang lain nak hidup senang. Nak hidup mewah. Berharta, berpangkat. Tapi si bongsu yang sorang ni, nak merasai cabaran hidup susah macam orang biasa. Sanggup berhujan, berpanas semata-mata nak pikul rasa tanggungjawab. Tak nak orang tahu siapa asal usulnya melainkan anak angkat Abah Aji iaitu Haji Arifin, bekas guru agama di Istana nendanya dulu. Berbuih mulut Tengku Abidin, ayahandanya menegah. Dia tetap dia.

“Abang Taj, kenapa masa ni cepat je berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak setahun Elly balik sini. Tiga bulan lagi Elly dah tak leh bebas macam ni. Ayahanda dan bonda pula, dah tak sabar nak uar-uarkan pada dunia yang puteri bongsu mereka dah balik Malaysia,” lemah bicara Elina.

“Ibu ayah mana yang tak sayangkan anak, Elly. Lagipun, sampai sekarang Elly tak jumpa orang tu kan? Nak buat macam mana, dah itu perjanjian Elly. Reda aje laaa,” kata Tajol mengingatkan Elina.

 Perkenan Tengku Abidin menurut kehendak Elina itu bukan diberi dengan membabi buta je. Abah Aji dan Mak Aji diberikan tanggungjawab untuk membimbing Elina mendalami ilmu menjadi seorang isteri solehah. Daripada ilmu memasak, mengemas hinggalah pada adab bersosial dalam rumah tangga. 

Elina mengeluh. Abang dan kakaknya, bukan main senang lagi cari pasangan hidup. Belum habis belajar dah ada calon. Dia pula sampai sekarang masih terkial-kial mencari. Macam terkena sumpahanlah pula, payahnya. 

Macam-macam jolokan yang diberikan padanya. Ada yang kata dia ni ‘playgirl’ sebab senang sangat keluar dengan lelaki sampai bingit telinganya mendengar Mak Aji membebel tak henti-henti. Tapi lepas dia berubah dan jual mahal sikit, lekatlah pula jolokan ‘ice queen’, sampaikan Abah Aji sendiri yang nasihatkannya jangan kasar sangat dengan lelaki.  Ahhh dunia ni tak pernah nak senangkan hidup gadis sepertinya dalam nak mencari jodoh dengan sesuka hati.

Tangan masih menyuap nasi minyak berlaukkan ayam merah. Menu wajib bagi majlis perkahwinan Melayu. Ikutkan hati, dia memang dah muak makan menu yang sama selang seminggu sepanjang musim cuti sekolah ni. Tapi nak buat macam mana, dah itu je yang dihidangkan pada jurugambar pengantin macam dia ni. Nak tak nak telan ajelah. 

“Hai, Elly kan ni?” sapa seorang lelaki kacak lagi smart yang tiba-tiba berdiri di sebelah Elina.

 Elina mendongak pandang. Tajol pula memandang padanya. Senyum kelat campur terkejut terpamer di wajah Elina.

“Tengku Harris!” 

Haaa mujur I perasan you. Mula-mula tadi takut juga. Takut silap orang. Tapi bila tengok lesung pipit you tu, I beranikan diri,” Harris tanpa disuruh menarik kerusi dan duduk bersebelahan Elina. 

Elina ketawa buat-buat. Kemudian dia toleh pada Tajol yang masih dengan pandangan mata inginkan penjelasan. 

Crush mestilah tak lupakan?” Sinis balasan Elina sambil memberi hint ringkas pada Tajol.

“Sebab itulah I beranikan diri tegur. Dah lama I cari crush yang tiba-tiba hilang dari radar ni. Sampai sekarang I masih tak boleh lupa percutian kita kat Bali tu tau.”

Cerita Harris membuka nostalgia percutian mereka dahulu. Bercantum kening Tajol mendengar perkataan ‘percutian bersama kita’ yang baru keluar di bibir lelaki bernama Harris ini. Elina telan liur bila melihat perubahan riak wajah Tajol. Ada yang kena pelangkung ni karang.

Hantu kau Harris. Dulu memanglah aku pernah crush kat kau. Tapi agak-agaklah. Itu cerita dua tahun lepas. Aku tak cukup matang lagi. Bebel Elina dalam hati. 

Iya! Oooo... Harris kenalkan. Hubby I, Tajol. Sayang, kenalkan ni mantan crush I. I jatuh cinta dan kenal dengan Harris ni masa trip ke Bali dua tahun lepas kalau tak silap. Dia caring sangat masa tu. Betulkan Harris?” jelas Elina cukup bersahaja.

Tajol buat muka serius. Kepala dianggukkan. Dia tahu tentang cerita di Bali tu. Dalam hati punyalah berguling gelak tengok perubahan riak wajah Harris bila dirinya diperkenalkan. 

Ooooo... ini ke dia Tengku Harris, anak Tengku Mahmud tu.  Aku pernah dengar nama dia ni. Crush tiga hari si bongsu. Agak-agaklah Elly ooiii. Crush pun boleh jadi mantan ke? Masaklah kau Harris. Masak! Kau mesti dah buat pasal dengan si bongsu ni. Kalau tak, takkan terus di‘mantan’nya kau sebelum waktu.

“Hah! You dah kahwin. Bila?..."

No comments:

Post a Comment