Lautan Kasih di bawah Bulan Kejora sungguh indah di
pandangan mata Puteri. Pulau kecil menghijau yang memutih persisiran pasirnya
dengan sebuah istana kayu yang cukup sederhana di gigi pantai memberi
kesempurnaan Lautan Kasih. Puteri berdiri di jeti kayu menanti ketibaan Putera
Nashrid.
Putera Nashrid muncul dengan gaya yang cukup
menggoda lagi mendebarkan hati Puteri.
“Hebat. Tiada siapa yang mampu sampai ke sini selain
Beta sendiri.” Putera Nashrid bertepuk tangan tanda kagum dengan kesaktian
Puteri.
“Sayatak miliki apa-apa keistimewaan, melainkan hati
yang ikhlas yang penuh yakin pada tujuan saya kembali ke Kejora. Sebab itu saya
mampu sampai ke mari. Cantik istana hinggap tersembunyi Tuanku Putera ini,”
ucap Puteri memuji keindahan Lautan Kasih.
“Terima kasih. Kenapa suara Tuan Puteri sudah
bergetar? Sudah kecut perut ke, Tuan Puteri?” senyum Putera Nashrid.
“Bukan. Tuanku Putera yakin ke tiada siapa yang
mampu sampai ke mari?” soal Puteri inginkan kepastian.
“Lautan Kasih ini dipagari dengan lapisan benang
emas, sutera dan perak yang ditatahkan zamrud biru. Hanya mereka yang kesaktian
Nakashiro tahap satu saja yang mampu sampai dengan selamat. Buktinya Tuan
Puteri Bulan Kejora sendiri yang sanggup meninggalkan pengiring yang hebat
semata-mata ingin menguji diri. Tak fikir risiko yang bakal dihadapinya,”
sengih Putera Nashrid semakin nakal.
“Saya bukan seperti yang Tuanku Putera fikirkan.
Saya lakukan semuanya bersebab,” bela Puteri tak mahu diperlekekkan lagi.
“Jadi tunggu apa lagi. Tayangkan kecacatan Tuan
Puteri pada Beta,” desak Putera Nashrid.
“Tunku Putera sanggup cedera parah hanya melihat
kecacatan saya?” provok Puteri pula.
“Hahaha…Beta masih kuat iman untuk cedera parah pada
seorang puteri hingusan,” riak Putera Nashrid.
“…dengan sesungguhnya ianya datang dari Pencipta
saya yang agong. Saya tidak pernah kesal dengannya. Kecacatan ini menginsafkan
saya….saya….” ucap Puteri satu persatu buatkan Putera Nashrid naik berang.
“Shoottt!!!”
jerit Putera Nashrid.
“Di bawah bulan Kejora saya pertontonkan kecacatan
saya ini untuk tatapan Tuanku Putera. Nescaya selepas ini, Tuanku Putera akan
insaf dan perkemaskan iman di dada. Kesaktian kita tidak seberapa, semua itu pinjaman
sementara dari yang Maha Kuasa Pencipta. Sampai tikanya kita akan pergi jua…”
Puteri menjatuhkan niqub yang menyembunyikan separuh wajahnya.
Bagaikan cahaya menebus keluar. Dia melapangkan
minda dan tubuhnya untuk diimbas Putera Nasrid dalam sesaat. Kecantikan luar
biasa dengan pertemuan lautan dan bulan Kejora melengkapkan penampilan Puteri
yang sangat menakjubkan. Tidak pernah seumur hidup Putera Nashrid melihat
puteri perawan yang begitu cukup sempurna sifatnya.
“Di mana kecacatan Tuan Puteri, Beta tak nampak
setitik noda pun pada tubuh Tuan Puteri?” bisik Putera Nashrid penuh menggoda.
Cepat saja Puteri mengunci kembali minda dan banteng
dirinya dari dicerobohi oleh Putera Nashrid. Cukuplah sesaat dibenarkan.
“Pada ketidak sempurnaan titik noda itu sendiri.
Sebagai makhluk saya perlu ada kelemahan, perlu ada kekurangan diri,” balas
Puteri yang terketar menahan godaan Putera Nashrid yang sangat melodak
dijiwanya.
Tangan sasa Putera Nashrid sudah membuka tali hijap
yang menyelubungi badan Puteri satu persatu. Puteri tidak mampu untuk melawan.
Kuasa Putera Nasrid lebih hebat menguncinya berdiri kaku di situ.
Setiap helai yang dijatuhkan buatkan jantung Puteri
berhenti berdegup. Putera Nashrid senyum memandang. Lima, Enam, Tujuh, Sembilan
dan akhir sekali tujuh belas helai sudah dijatuhkan. Tinggal sehelai sutera
satin labuh yang berbelah panjang di peha kanannya melekap cantik di badan
Puteri. Menahan air liur Putera Nashrid melihat kecantikan Puteri yang bagaikan
baru dikupas dari kepompong. Kini selendang yang membalut kepala Puteri pula di
buka satu persatu. Dada Puteri berombak cemas.
“Takut?” soal Putera Nashrid.
“Cemas,” balas Puteri selamba.
Geram betul Putera Nashrid dengan sikap Puteri yang
tidak mahu mengaku kalah. Walaupun sudah diperlakukan begitu, Puteri masih
degil ingin bergelut dengannya. Sungguh berani Puteri Bulan Kejora ini. Itu
yang membuatkan Putera Nashrid semakin galak mengerjakan Puteri hingga dia
mengaku.
Helaian selendang terakhir tertarik lembut
membuatkan rambut ikal berkilat Puteri beralun cantik di tiup angin. Kalah
puteri Arab. Kalah ratu dunia. Kalah pari-pari jelita dengan keindahan yang
ditatap oleh Putera Nashrid ini.
“Angin malam membawa perkhabaran hadirmu di
Kejora….lindungan awam selalu memisahkan Beta dari Bulan Kejora…Sakura
menyembunyikan zamrud nun jauh di Bumi….lama Beta menunggu…,” bisik Putera
Nashrid di leher Puteri yang diselak rambutnya. Terpejam mata Puteri digoda
habis-habisan oleh Putera Nashrid.
Kepalanya ligat mencari jalan bagaimana menangkis
godaan mengila Putera Nashrid itu. Dia tidak mahu mati kekejangan dek menahan panahan
cinta Putera Nashrid. Dia ingin membalas dengan penuh keterujaan. Puteri Bulan
Kejora tidak mudah mengaku kalah. Cepat saja kelopak matanya dikelip manja lagi
menggoda. Tersengih Putera Nashrid berbalas rasa.
“Tuanku Putera yang budiman sedang mengoda saya ni…”
senyum Puteri mencairkan Putera Nashrid.
“Tuan Puteri sudah tergoda?” duga Putera Nashrid
yang tangannya sedang bermain anak rambut Puteri di sisi telinga.
“Hampir…” ucap Puteri ringkas.
“Hampir? Beta yang sudah tergoda dengan Tuan Puteri.
Ubatilah hati Beta yang tidak menentu ini. Cumbuilah Beta yang inginkan belaian
lembut Tuan Puteri. Lingkar tubuh Tuan Puteri begitu meransang emosi Beta…”
bisik Putera Nashrid yang memeluk Puteri erat sambil dagunya disangkutkan di
bahu Puteri.
“Tuanku
Putera…!” panggil Puteri lembut menahan kegelian yang memuncak.
“Iya, Tuan Puteri.”
“Lihat Bulan Kejora sedang mempersendakan Tuanku
Putera yang budiman. Cuba menakluki tubuh gadis dengan kuasa saktinya. Sungguh
tidak mengerti bagaimana ingin menggoda gadis dengan dirinya sendiri. Adakah
Tuanku Putera kurang yakin dengan keupayaaan Tuanku Putera?” soal Puteri lembut
namun cukup tajam menikam jantung keegoan Putera Nashrid. Sepantas cahaya
Puteri dilepaskan dari kekuasaan saktinya.
Tersenyum
lega Puteri, terus melangkah terapung di permukaan air menjauh dari Putera
Nashrid. Pesona Puteri yang terapung di bawah bulan Kejora dengan pantulan
cahaya di Lautan Kasih membangkitkan aura kasih itu sendiri. Renungan mata layu
Puteri yang kebiruan seakan memanggil Putera Nashrid berjalan di permukaan air
dengan aura memikatnya yang penuh karisma. Mengetip bibir Puteri melawan gelora
di jiwa.
“Menari Tango dengan Beta,” pinta Putera Nashrid
merayu.
“Dan lepas itu saya akan pulang semula tanpa
dihalang?” soal Puteri minta kepastian.
“Sekiranya Tuan Puteri belum cukup terpesona dengan
Beta… Beta izinkan dengan hati yang sangat berat melepaskan Tuan Puteri pergi,”
rayu Putera Nashrid berharap sangat Puteri tergoda dan jatuh cinta padanya.
“Itu bukan kuasa saya…, rasa itu kurniaan Pencipta.
Jika itu kehendaknya saya rela,” ucap Puteri menahan debar.
Alunan lagu Tango dengan gaya tari Putera Nashrid
buatkan kepala lutut Puteri goyang. Pelukan pinggang oleh tangan sasa Putera
Nashrid buatkan hempedu Puteri mengempes kecut. Alunan dan lentukan gaya tari
yang dipimpin Putera Nashrid buatkan Puteri lelah menarik nafas biasa. Dadanya
berombak kencang. Satu kucupan hinggap di bahu Puteri yang terdedah. Berhenti
aliran darah di pipinya. Pucat menerjah.
“Tia…” bisik Putera Nashrid mengoda
“Tu-an-ku Pu-te-ra,” terketar suara Puteri.
“Tia…” bisiknya lagi.
“Jangan goda saya lagi… saya belum bersedia. Ini
salah! Salah sama sekali!” ucap Puteri yang menutup matanya rapat.
Auwwww.... hot very hotttt...
ReplyDeleteerrrkkkkk... terpanas ya... hahahaha
DeleteWowwww
ReplyDelete