Monday, December 15, 2014

Berani Kerana Kasih - Pengenalan

Terus terang saya tak pernah menulis kisah fantasi. Ini merupakan cubaan pertama saya atas sokongan kengkawan grup Angan Pena awal tahun 2014. Dan dengan rasa teruja ianya di hantar ke beberapa buah penerbitan dan ianya ditolak untuk diubah mengikut aturan syarikat terbabit. 

Saya ambil semula dan perap. Pertama kali dibuka semula untuk disemak dan rasa ingin meletakkan haluan naskah ini, saya mengambil keputusan untuk menjadikannya karya blog saja. Saya ingin bebas mengekalkan apa yang saya fikir dan faham atas kata nama fantasi itu (menurut fahaman saya sendiri)

Jesteru, terimalah gorengan fantasi ala-ala kegemilangan kehidupan dulu-dulu. Cerita ini adalah cerita rekaan mengikut firasat kepala saya saja. Ianya sekadar hiburan di masa senggang. Jika ianya tak masuk pada gerne pembacaan anda, Maaf!!!

Berani Kerana Kasih ini akan menemui anda semua pada setiap hari jumaat bermula minggu ini. N3nya akan dimuatnaik secara automatik sekali setiap minggu. Ianya akan jatuh pada hari Jumaat.  



Nota kaki penulis.

Bukan mudah untuk menulis genre fantasi. Kepala perlu dua kali ganda kreatif daripada biasa. Kepada semua penulis fantasi, SAYA TABIK SPRING pada anda semua. 
Apapun terimalah percubaan pertama saya. Naskah ini hanya akan dihabiskan di sini saja. Insya-Allah. 

No comments:

Post a Comment