Dang Anum menghulurkan persalinan indah yang
terlipat dalam sebuah kotak lut sinar. Membulat mata Puteri melihat kotak itu, ianya
persis persalinan puteri dalam cerita Cinderella yang pernah ditontonnya di
Astro Ceria.
"Anum sudah tahu?" soal Puteri pelik.
"Tunku Raden ada di luar. Katanya mahu mencuba
ketangkasan Tia sebelum pulang ke Sakura," jelas Dang Anum.
"Nenda pun tahu?" terbeliak mata Puteri.
"Ini persalinan yang diminta Tia pakai. Pakaian
rasmi puteri Sakura," hulur Dang Anum.
"Tia ni bukannya pahlawan. Tia juga bukan
puteri-lah, Anum. Tia seorang petani dan peminat seni,"balas Puteri
menyangkal apa yang diminta.
"Sebagai seorang anak yang taat dan patuh. Tia
perlu berbakti pada bonda. Nak pulak pada masa darurat begini. Tia kena dengar
nasihat nenda yang dah tua ini. Kapal yang kehilangan nakhoda akan karam
setelah sekian lama hilang arah. Nenda yakin dengan Tia...kelebihan Tia adalah
hati Tia yang suci. Rasa kecintaan pada Pencipta yang terpuji disulam pula
kasih sayang yang tulus ikhlas buatkan Tia lebih istimewa dari Kal dan Fia.
Tolonglah bondamu Tia,…tolonglah Kal dan Fia. Sudah sampai masanya kamu jadi
diri kamu yang sebenar. Pegang tanggungjawab itu. Seorang puteri yang bijak tak
akan membiarkan keluarga dan rakyatnya hidup menderita," pujuk Raden Indra
yang menjenguk di muka pintu kamar.
"Nenda!" sebak terus hati Puteri. Terkesan
dengan kata-kata Raden Indra.
"Mari sini Tia. Nenda tukarkan Tia pada rupa
Tia yang asal. Sudah cukup lama Tia bersembunyi di sebalik wajah ini,"
panggil Raden Indra lembut buatkan Puteri bangun dan berdiri di hadapan cermin.
Raden Indra menyapu muka Puteri hingga bertukar
wajah Puteri menjadi putih kemerahan dan rambutnya hitam berkilat mengurai
panjang. Terbeliak Puteri hingga gelap matanya.
Gedebukkk!!!
Mengelesat Dang Anum dan Tun Mahmud mengangkat
Puteri yang pengsan tiba-tiba.
"Tia! Tia! Tia!" Raden Indra menepuk pipi
Puteri untuk mengejutkannya.
"Emmmm...." jawab Puteri ringkas dan
lemah.
"Kenapa Tia?" soal Raden Indra.
"Mmmm…Tia dah lupa bagaimana rupa Tia yang sebenar,
nenda. Boleh tahan juga, cantiknya Tia ni kan, nenda,"ucap Puteri buatkan
Raden Indra geleng kepala.
"Memang patutlah Mahmud dan Anum gelarkan Tia,
puteri sengal. Banyak tengok Disney Channel ya?" sengeh Raden Indra
mentertawakan Puteri.
"Biasalah tu nenda. Macamlah nenda tak kenal
siapa Tia,"jawab Puteri yang termalu-malu tika digelakkan Raden Indra.
"Kecantikan sebenar Tia ini akan mengundang
kekecewaan pada mereka yang tak mampu memiliki hati Tia. Oleh itu, nenda
cadangkan Tia berniqub. Menutup sebahagian wajah Tia buat sementara waktu sehingga
Tia benar-benar selesa dengan kehidupan di Sakura. Ianya lebih memudahkan
urusan Tia juga nanti," cadang Raden Indra hanya dalam mindanya.
"Nenda, betul ke apa yang Tia tahu?" soal
Puteri dijawab oleh senyuman Raden Indra.
"Betul Tia. Nenda sudah buka semua keupayaan
Tia," ucap Raden Indra penuh tertib.
"Biar betul, nenda. Tia boleh dengar apa yang
ada di fikiran nenda walaupun nenda tak cakap?" tercengang Puteri.
"Bukan nenda saja, malah sesiapa saja. Itu keistimewaan
kesaktian Nakashiro yang Tia warisi. Mengikut salsiah, kesaktian ini hanya
boleh diwarisi oleh salah seorang anak sama ada yang sulong atau pun yang
bongsu dalam sebuah keluarga keturunan YangDi. Armahrum Raja Nadim mahukan
puteri bongsunya yang mewarisi kesaktian ini. Siapa lagi kalau bukan Puteri
Tantiana," cerita Raden Indra lagi.
“Nenda tahu sejarah?” soal Puteri terkejut lagi.
“Lebih dari tahu Tia. Keturunan YangDi merupakan
keturunan bangsawan yang hebat dalam seni mempertahankan diri. Sifat
kepimpinannya sangat dikagumi, sebab itulah armarhum Raja Nadim sangat
disayangi oleh rakyat Sakura. Tapi Keturunan YungDang juga tidak kurang
hebatnya,” senyum Raden Indra.
“Bonda Keturunan YungDang?” soal Puteri bertambah
terkejut.
“Yalah, sudah bonda Tia itu anakanda tunggal nenda.
Keturunan kami terkenal dengan magik Kriswati yang arif dalam seni mengubati
dan kesenian halus. Semua yang berdarah YungDang miliki keistimewaan ini. Cuma
mereka sedar atau tidak saja,”
“Wahh! Hebatnya nenda ni,” senyum Puteri bangga.
“Sudah! Jangan nak tukar topik. Siap cepat, bonda
nak tengok ilmu mempertahankan diri Tia.”
"Nenda, Tia bukan pahlawan. Tia pertani."
"Sebelum bersalin kulit Tia sudah di asuh
dengan cukup ilmu sebagai puteri. Seni mempertahankan diri juga salah satu
cabang kesaktian Nakashiro yang sudah diserapkan dalam diri Tia. Sekarang Tia
akan dibelasah oleh Mahmud dan Anum," senyum Raden Indra.
Puteri kecut perut mendengar perkataan ‘belasah’
yang diucapkan oleh Raden Indra. Dang Anum dan Tun Mahmud memang pengiring yang
brutal dan menurut buku. Belum pernah
lagi mereka mengingkari undang-undang dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Bila arahan belasah dikeluarkan memang mereka akan belasah sampai lunyai. Dang
Anum mematahkan jari jemarinya hingga mengeluarkan bunyi ‘keletak’. Manakala
Tun Mahmud pula sedang membuat regangan kaki.
Puteri berjalan lemah lembut dengan kaki yang tak
terpijak tanah. Terapung! Beberapa kali Puteri membongkokkan badannya agar
kakinya menyentuh tanah, namun tak berjaya.
"Tia fokus pada serangan. Usah dirisaukan kaki pijak
bumi atau tidak," jerit Raden Indra di anjung rumah.
Belum
sempat Puteri mengelak, kayu belati yang dipegang oleh Dang Anum sudah
melekat dibelakangnya. Manakala kayu
belati Tun Mahmud pula sudah dihayun untuk memukul betis Puteri menyebabkannya
tersembam ke tanah.
"Hahahaha…" gelak mereka berdua.
Sepantas kilas Puteri tegak semula. Mata dipejam
rapat. Nafas ditarik penuh tertib dan teratur. Pukulan Dang Anum dan Tun Mahmud
ditepis dengan mudah oleh Puteri. Itu membuatkan panglima ninja itu bengang dan
gila membelasah Puteri. Raden Indra sengih melihat Puteri yang mengerakkan
badannya macam tarian hip hop bagi
mengelak dari dipukul dan ditangkap oleh mereka.
Priiiitttt! Bunyi wisel kedengaran. Semua serangan
dihentikan. Puteri sudah terapung lima kaki dari tanah tanpa dia sedari. Dang
Anum dan Tun Mahmud tercengang melihat gaya Puteri terapung, bercahaya dan
tegap sekali.
"Tia!" ucap Dang Anum yang mendongak
memandang Puteri.
Puteri memandang pada Dang Anum yang berdiri di
tanah sedang mencungap-cungap menahan penat. Tun Mahmud menongkatkan kayu
belati tadi sambil menyusun semula hembusan nafasnya agar pulih seperti
sediakala. Raden Indra merapati Puteri yang terkaku di awangan. Perlahan-lahan
kaki Puteri ditarik untuk mencecah tanah.
“Tia memang sudah bersedia untuk diputerikan di
Sakura,” ucap Raden Indra memeluk dan mengusap kepala Puteri penuh manja.
Cucunda yang seorang ini sangat rapat dengannya. Satu-satunya cucunda yang
belum diputerikan kerana diamanahkan untuk mempelajari ilmu magik dan kesaktian
hingga ke tahap tertinggi terlebih dahulu. Bila tamat pengajian, Puteri lebih
selesa tinggal di Bumi saja. Itu yang Ratu Ayu bersetuju dengan permintaan
Puteri untuk menetap terus di Bumi. Masanya dihabiskan di ladang bunga dan
buah-buahan. Tugasnya banyak kepada sumber alam.
“Nenda buatkan Tia kecut perut,” balas Puteri polos.
“Jadi puteri pun kecut perut?” soal Raden Indra
separuh mengusik.
“Kecut perut sebab nanti pasti akan terjumpa dengan
putera kacak yang buatkan jantung Tia berhenti berdegup,” balas Puteri yang
sudah keluar tawa halusnya dengan selamba.
“Sudah tiba masanya Tia punyai teman hidup. Putera
mana ya?”
“Putera Entah bin Tak Tahu,”balas Puteri berjenaka dan
berlalu meninggalkan Raden Indra sengeh memandang pada Dang Anum dan Tun
Mahmud.
Puteri yang penuh ceria
diserikan pula dengan sikapnya yang cukup menghiburkan buatkan Teratak Melur
cukup berseri bila Puteri ada di sana.
Siapa la putera entah bin tak tahu tu....
ReplyDeleteDia seorang yang sukar digambarkan kerna nama peliknya itu... wakakakaka
Deletebest3x...
ReplyDelete