Istana Nong menyambut kehadiran Puteri dengan penuh
sopan. Putera Nashrid sendiri yang mengiringi Puteri sepanjang majlis
berlangsung. Putera Nashrid memperkenalkan Puteri pada pari-pari ternama di
Kejora. Sambil-sambil itu Puteri sempat mengimbas sekeliling. Gelagat Puteri
Abbie dan beberapa puteri lagi menarik minat Puteri. Bukan apa, gaya mereka
yang mengundang tumpuan mata nakal sang
putera yang melihat mereka sebagai barang yang sangat memberahikan.
“Adakah saya ni spesis pelik?” soal Puteri pada
dirinya sendiri.
“Memang pun,” celah Putera Nashrid yang hadir dengan
dua gelas minuman buat mereka berdua.
“Majlis keraian begini bukan cara hidup saya. Perhatian
dan pujian cukup melalaikan saya. Hidup saya bukan untuk menerima sebarang
pujian,” ucap Puteri ikhlas.
“Gaya Tuan Puteri ini menolak lumrah kehidupan
seorang puteri yang sememangnya dahagakan pujian dan perhatian ….adalah sangat
pelik. Tuan Puteri gering?” jenaka Putera Nashrid.
“Gering? Maksud Tunku Putera, saya demam ke?” soal
Puteri yang kurang mahir dengan bahasa Istana.
“Iya,” angguk Putera Nasrid.
“Sejujurnya. Saya masih sihat lagi Tuanku Putera,”
senyum Puteri.
“Bermalam di sini ya. Beta ingin membawa Tuan Puteri
melihat Mendalin dengan lebih dekat,” pelawa Putera Nashrid dengan senyum yang
mengoda.
Ohhh! mengeletar lutut Puteri bila bersembang berdua
dengan Putera Nashrid. Seksanya penyakit cinta ini. Habis semua organ dalaman
tak tentu arah dibuatnya. Lutut dan sendi yang lain bagaikan longgar. Patutlah
ada pepatah manusia di Bumi yang menyatakan bila demam cinta melanda,
pesakitnya tak lalu makan, mandi tak basah dan tidur tak lena.
Puteri menyeru Tun Mahmud dan Dang Anum minta
pendapat mereka untuk bermalam di Istana Nong ini. Tun Mahmud menjalankan
tanggungjawabnya melihat keadaan sekeliling sebelum memberikan sebarang
cadangan pada Puteri.
“Tia, saya sudah periksa. Istana Nong memang selamat
untuk Tia bermalam,” jelas Tun Mahmud yang selalu peka tentang keselamatan
Puteri.
“Jangan kuathir, bukan Tuan Puteri saja yang
bermalam di sini. Ramai juga puteri yang tumpang bermalam. Tuan Puteri dibawah
undangan Beta, keselamatan Tuan Puteri memang tanggungjawab Beta,” ucap Putera
Nashrid penuh yakin.
“Itulah yang
sangat menakutkan saya. Adab saya sangat terpelihara. Tunku Putera bukan mahram
saya. Bahasa tubuh Tunku Putera dapat saya fahami maksudnya dengan mudah sekali. Sekiranya Tunku Putera inginkan
saya, nikahi saya dengan sah dan terima kecacatan saya seadanya,” terus terang
Puteri berbahasa minda dengan Putera Nashrid.
“Perkahwinan bukan satu yang dibuat main Tuan
Puteri. Ianya ikatan yang sangat suci, jangan dipermainkan dengan gelodak nafsu
yang terbit,” balas Putera Nashrid dalam bahasa mindanya. Puteri Bulan Kejora
hingusan ini sangat mencabar kewibawaannya.
“Jika begitu jangan sesekali Tuanku Putera cuba
mencerobohi dan mengimbas saya untuk mengetahui saya masih perawan atau tidak.
Hormati saya dan jangan nodai kepercayaan saya pada Tuanku Putera yang
budiman,” balas Puteri dengan berani.
“Bagaimana Tuan Puteri tahu yang Beta mengimbas
keperawanan Tuan Puteri sedangkan Tuan Puteri berbalut hijap melebihi sebelas
helai sutera,” jawab Putera Nashrid dalam bahasa minda.
Puteri bangun dan berhenti di sisi Putera Nashrid.
Ditundukkan badannya agar mudah berbisik perlahan.
“Jika tidak bagaimana Tuanku Putera tahu berapa
helai hijap yang menutup tubuh saya…dan saya sudah mencapai tahap Nakashiro
satu setanding dengan Tunku Putera. Seingat saya hanya dua orang saja yang
pernah sampai di tahap itu. Siapa dia? Saya tak mahu ambil tahu,” ucap Puteri
siap meniup cuping telinga Putera Nashrid.
Putera Nashrid terus bangun dan menarik lengan
Puteri, menyebabkan Puteri terhenti. Tun Mahmud dan Dang Anum yang memerhati
dari jauh juga turut berdiri. Dalam hati mereka berdoa, janganlah Puteri
membuat sengalnya di majlis ini. Payah untuk dijawab dengan Ratu Ayu nanti.
Puteri memandang lengannya kemudian naik pada wajah Putera Nashrid yang tegang.
“Menari dengan Beta,” ucap Putera Nashrid.
“Zapin atau Inang?” soal Puteri selamba.
“Tango,” jawab Putera Nashrid menarik Puteri ke
tengah Dewan.
Puteri yang sopan berniqub diajaknya menari Tanggo,
sungguh tidak boleh dibayangkan. Semua mata memandang mereka yang berdiri di
tengah Dewan. Sok sek sok sek sok sek yang
menerjah di minda Puteri yang memperlekekkan Puteri yang teguh menyembunyikan
dirinya dari diperlihat.
“Takut atau tidak tahu?” ucap Putera Nashrid.
“Maaf, Tuanku Putera. Saya kurang faham,” balas Puteri
“Tidak berani diri Tuan Puteri disentuh oleh orang
bukan mahram. Pengecut. Penakut. Tidak yakin. Patutlah dua anakanda armarhum
Ayahanda Nadim terkurung di Pulau Matahari. Patutlah Sakura semakin malap di
Kejora,” provok Putera Nashrid memang membakar kesabaran Puteri.
“Pegangan dan kepercayaan saya tidak menghalalkan
yang haram. Namun jika kesucian saya yang mampu mengembalikan cahaya Sakura,
Tuanku Putera silap. Diri saya bukan untuk diperdagangkan,”
“Malang bagi Bonda Ratu Ayu miliki anakanda yang
penakut. Sanggup hidup di Bumi semata-mata mahu melarikan diri dari
tanggungjawab. Kecacatan yang ada dalam dirinya membuatkannya tidak mampu
berdiri sendiri. Dia sembunyikan segalanya di sebalik hijap yang berlapis,”
provok Putera Nashrid lagi.
Puteri istighfar dalam hati, itu yang terbaik untuk
menenangkan hatinya. Di Kejora perlawanan minda kerap terjadi. Hendak pula bila
berdepan dengan mereka yang sudah sampai ke tahap yang tertinggi seperti
dirinya dan Putera Nashrid.
Tun Mahmud dan Dang Anum sudah bersedia menerima
arahan Puteri yang tunduk berdiri mengadap Putera Nashrid. Alunan lagu Tango
sudah berkumandang beberapa tika yang lalu namun pasangan ini masih berdiri tak
beranjak.
“Saya bergini untuk menyelamatkan Kejora dari perang
saudara. Kecacatan saya mampu buatkan sesiapa yang melihatnya cedera parah.
Namun sekiranya Tunku Putera betul sudah bersedia bergelut menari Tango dengan
saya, kita keluar dari sini. Hanya Tunku Putera dan saya saja yang mampu berada
di sana. Tiada siapa yang mampu sampai,” ucap Puteri penuh hemah.
“Lautan Kasih di bawah bulan Kejora,” ucap Putera
Nashrid.
“Jumpa Tunku Putera di sana,” selaju angin Puteri
hilang dari pandangan mata Putera Nashrid yang terpinga-pinga terkejut.
Sempat Puteri menyampaikan pesan pada pengiringnya
Tun Mahmud dan Dang Anum ke mana destinasinya. Menghentak kaki Tun Mahmud geram
dengan tingkah Puteri yang memang menempah maut. Mana ada seorang pun pari-pari
yang mampu sampai ke Lautan Kasih di bawah bulan Kejora selain Putera Nashrid
seorang. Itu memang tempat istimewa ciptaan Putera Nashrid untuk keluar dan
menyendiri dari dunia Kejora. Ramai yang tenat bila cubaan mereka menceroboh
Lautan Kasih yang dikatakan tersangat indah dari Pulau Matahari tidak berjaya.
Puteri
terpengun melihat suasana di Lautan Kasih. Tak pernah terfikir dek fikirannya sampai ke tempat yang
begini indah dan menenangkan hati yang galau.
![]() |
Bayangan Puteri Tia @ Lautan Kasih milik Putera Nashrid |
No comments:
Post a Comment