Mendalin dihias penuh meriah sekali. Putera Nong
akan menyambut ulangtahunnya yang ke-87 bersama semua puteranya, rakyat
Mendalin dan golongan bangsawan di Kejora. Sungguh mengejutkan Putera Nong bila
Putera Nashrid mendapatkan restunya untuk menjemput Puteri Bulan Kejora untuk
meraikan majlis ulangtahunnya kali ini. Sebelum ini tidak pernah sekali pun
Putera Nashrid memandang pada seorang puteri pun di planet Kejora ini.
“Adakah Nashrid terpikat dengan Puteri Bulan
Kejora?”ucap Putera Nong sendirian. Persoalan itu tidak mampu dijawab olehnya.
Putera
Nashrid sedang bersenam di kamarnya. Dimatanya masih tidak lepas dari
mengingati sepasang mata biru Puteri Bulan Kejora sejak pulang dari Sakura.
Sinar mata itu menikam hingga ke kalbunya. Puas matanya cuba menyelak setiap
helaian hijab Puteri Bulan Kejora untuk membayangkan rupa parasnya yang
dikatakan cacat itu. Imbasan matanya tidak mampu membogelkan Puteri Bulan
Kejora seperti yang selalu dilakukan untuk senilai kecantikan perawanan seorang
puteri dalam diam. Sengih Putera
Nashrid.
Tiba-tiba dada Putera Nashrid bergetar kuat.
Tumpuannya terus hilang bila pukulannya tidak mengena pada beg pasir yang
tergantung di ruang riadahnya. Putera Nashrid yang berlengeng berdiri di tepi
jendela kamarnya. Jeda berfikir akan musababnya. Lantas matanya terpandang
kelibat Puteri Bulan Kejora bersama kuda putih bersayapnya berada nun jauh di
atas puncak Gunung Suji sana.
“Kenapa dia berhenti di Gunung Suji sana?” ucap
Putera Nashrid terus selaju angin sudah berada di Gunung Suji juga.
Puteri yang baru berbaring di atas salji terkaku
bila melihat Putera Nashrid berada di hadapannya tanpa berbaju secara
tiba-tiba. Ototnya berketul-ketul dengan peluh yang masih membasahi badannya
begitu menghairahkan. Kalah ketegapan tubuh Tun Mahmud ucap Puteri dengan membekukan
bahasa mindanya dari dicerobohi oleh Putera Nashrid.
“Tuanku Putera!” ucap Puteri pendek yang badannya
sudah tenggelam dalam salji. Usaha Puteri bangun dengan cepat menyebabkan
hijapnya terselak hingga menampakkan betisnya yang putih melepak.
Dengan mata yang membulat Putera Nashrid
menghulurkan tangannya untuk membantu Puteri bangun dengan mudah. Mengigil
tangannya tika baru tersedar yang dia selaju angin tiba di Gunung Suji ini
tanpa berbaju. Nak pula bila terpandang betis Puteri tanpa sengaja membuatkan
nalurinya melonjak untuk terus mengimbas keperawanan Puteri. Aksinya menyilang tangan di dada bagi
menghalang pandangan Puteri buatkan Puteri tersenyum lucu. Malu!!!
“Tuanku Putera baru sedar?” soal Puteri lucu.
“Tuan Puteri kenapa tiba-tiba berhenti di sini?”
soal Putera Nashrid.
“Saya ingin bermain salji sebelum berangkat ke
Istana Nong. Namun belum sempat saya bermanja dengan salji, Tuanku Putera sudah
terpacul di hadapan saya,” cerita Puteri tersengeh lucu.
“Mari Beta bantu,” ucap Putera Nashrid menarik
tangan Puteri.
Dapat dirasakan kelembutan jari jemari Puteri.
Digengamnya jari Puteri untuk mengimbas rupa paras Puteri yang masih
berselindung di sebalik hijap yang berlapis namun usahanya masih tidak berjaya
juga. Perisai diri Puteri sungguh tebal untuk ditembus. Ilmu Puteri tinggi
untuk diduga.
Puteri senyum girang bila terpancar kekecewaan
Putera Nashrid mengimbas dan mencerobohi mindanya masih belum berjaya. Petua
Raden Indra sangat berkesan untuk diamalkan. Puji Puteri dalam diam.
“Mari ikut Beta selaju angin sampai di Istana Nong?”
pelawa Putera Nashrid yang sangat berharap dapat memeluk pinggang Puteri.
“Maaf, ilmu saya yang satu itu masih belum sempurna.
Saya lebih selesa dengan berkuda putih. Lagi pun dengan keadaan Tunku Putera yang
menghairahkan ini mampu mengoncang keimanan saya yang suci…. Saya yakin Tunku
Putera cukup beriman, namun saya tak berapa yakin dengan diri saya. Tak sanggup
rasanya saya menodai Tunku Putera pula,” ucap Puteri terus-terang.
Tun Mahmud dan Dang Anum menyorokkan muka di kuda
masing-masing. Puteri bila sudah sengal, tak kira siapa pun dibahasanya dengan
seindah hatinya.
“Maaf,” jawab Putera Nashrid menahan malu.
“Anum, kain selendang Tia,” pinta Puteri lembut.
Dang Anum memberikan sehelai selendang seperti yang diminta.
Puteri menyangkutnya di leher Putera Nashrid penuh
hormat dan tertib. Sempat tapak tangan Puteri melekap di dada Putera Nashrid
yang berlapik selendang. Mengimbas Putera Nashrid dalam diam. Pandangan mata
Putera Nashrid memang memukau. Senyum Puteri semakin panjang.
“Mencabuli diri tanpa izin adalah satu kesalahan,”
bisik Putera Nashrid lembut bila tersedar yang Puteri sedang mengimbas dirinya
dalam diam.
“Saya ternampak ada seekor semut yang sedang merayap
di peha Tuanku Putera. Bukannya saya mencabuli Tuanku Putera,” alasan Puteri
yang sudah tertangkap dengan Putera Nashrid.
“Kesaktian Tuan Puteri boleh tahan juga tingginya.
Padahal Tuan Puteri baru saja diputerikan semalam,” puji Putera Nashrid lagi.
“Di Adinium saya dididik untuk menjadi seorang
puteri yang tidak memerlukan sebarang upacara pertabalan. Cukuplah saya menjadi
diri saya yang berbakti pada negara, bangsa dan juga keluarga saya. Matlamat
hidup saya jelas. Bak kata nasihat armarhum Ayahanda Nadim, tiada yang mudah
dalam kehidupan melainkan belajar untuk hidup.”
Putera Nashrid terdiam. Bahasa dan tutur kata Puteri
begitu mempersonakan jiwanya. Belum pernah lagi dirasakan sebegini berdebar dan
bahagia.
“Kalau begitu Beta jumpa Tuan Puteri di Istana Nong
sana,” ucap Putera Nashrid yang terus lesap dari pandangan mata Puteri.
Terduduk semula Puteri di tempat pembaringannya.
Dipegangnya dada yang bergetar kencang. Putera Nashrid memang membawa aura
menggoda yang tak terampun baginya. Mana mungkin dia berperasaan dengan lelaki.
Tidak! Sama sekali tidak!.
“Anum,” panggil Puteri
“Tia tengok ke?” soal Dang Anum yang masih bersisa
tawa di wajahnya.
“Tengok apa?” soal Puteri yang terbaring di atas
salji dengan kaki tangan menguak-guak di atas permukaan salji. Bermain salji
dengan caranya sendiri.
“Dada dan perut Tuanku Putera,” sengih Dang Anum.
“Tia sempat imbas dirinya, Anum. Kalah aktor Hitrick
Roshan, ” sakat Puteri buatkan Dang Anum mengulum senyum. Pelakon pujaan Dang
Anum menjadi simbul bahasa Puteri buatkan Dang Anum membayangkan ketangkasan
dan karisma Hitrick Roshan yang dipujanya. Tun Mahmud yang memandang terus
mencuka. Pantang sangat baginya mendengar nama pelakon pujaan Dang Anum itu,
nampak sangat cemburu di wajahnya. Mengekek Puteri bila kepala Tun Mahmud
sempat dicerobohinya. Cemburu juga rupanya Tun Mahmud ini. Ingatkan tadi yang
tak kisah.
“Adakah dengan gelaran Puteri Bulan Kejora
membuatkan Tia G.A.T.A.L?” usik Dang Anum.
“Haipppp!,” geram Puteri bila dirinya digelarkan
gatal.
“Bukan G.A.T.A.L tapi S.E.N.G.A.L. Mana ada gadis
menodai teruna. Bukan kuasa itu terletak pada si teruna ke?” soal Tun Mahmud.
“Bahasa seorang gadis juga mampu menodai kesucian
perawan seorang teruna tu, Mahmud. Belum cukup perawan seseorang itu jika
pertuturannya sungguh bisa hingga menyebabkan sang teruna yang mendengarnya
parah terluka…dan betulkan Tia jika bahasa Tia telah buatkan sang teruna cedera
parah sebelum masanya,” balas Puteri bersahaja.
“Tia yang sengal,” geleng Tun Mahmud.
“Mahmud yang cemburu…” ajuk Puteri nakal.
Puteri menghampiri White. Sempat lagi dia berbisik
perlahan pada White hingga buatkan White terbatuk berkali-kali. Sengalnya kuda,
baru kongsi rahsia sikit sudah terbatuk nakal. Puteri mengusap kepala White
dengan bahasa mata simpan rahsia ini.
“Tia yang sengal,” sengeh White sang kuda sakti.
Puteri senyum meleret panjang.
No comments:
Post a Comment