Puteri merenung skrin komputer. Dia masih
berkira-kira untuk menempah tiket penerbangan untuk pulang ke Sakura. Puas
direnungnya skrin komputer yang sudah hampir separuh hari, namun nama Sakura
memang tiada dalam kotak pilihan destinasi yang membuka pintu untuk tetamu
asing.
“Sampai kiamat pun Tia tak akan jumpa nama Sakura
dalam skrin komputer tu,” ucap Tun Mahmud menyedarkan Puteri. Apa yang disebut
Tun Mahmud memang ada kebenarannya. Mana ada sesiapa pun pernah sampai ke dunia
Kejora yang hanya didiami oleh golongan pari-pari melainkan pari-pari saja.
Puteri terlepas pandang akan situasi itu.
“Habis tu macam mana kita nak balik Sakura, Mahmud?”
soal Puteri yang nampak sangat blur.
“Puteri sudah bersedia?” soal Tun Mahmud yang masih
dengan baju ninja putihnya. Puteri memandang pada baju tidur satinnya bertali
halus yang separas betis dan memandang semula pada Tun Mahmud.
“Mahmud, Tia tahu apa yang Mahmud sedang fikirkan.
Terima kasih dengan pujian Mahmud itu. Tia tahu yang Tia ni seksi, dan Mahmud
pula sudah berzina mata melihat aurat Tia,” sengih Puteri selamba mengusik Tun
Mahmud.
“Hahaha…mentang-mentanglah Tia punyai kelebihan yang
satu tu, Tia jadi sombong dengan saya ya?.... Namun saya terlalu tua untuk Tia,
umur saya sudah seratus sembilan puluh tahun. Baik saya pikat Dang Anum dari
terpikat pada Tia, budak hingusan,” jenaka Tun Mahmud yang memang mesra dan
selesa dengan Puteri.
“Mestilah Mahmud terpikat pada Dang Anum…sebab Anum
merupakan kekasih Mahmud….apa daaa. Tia pun tak ingin berkasih dengan orang tua
seperti Mahmud…nak ajak main Barbie doll
pun tak cun,” gelak Puteri berderai.
“Sudahlah Tia. Saya penat nak gelak bila bersama
Tia. Lebih penat dari membelasah Tia, tahu tak,” ucap Tun Mahmud jujur.
“Seorang pahlawan Ninja sememangnya tiada sense of humor. Hidup akan lebih
membosankan sekiranya keganasan menjadi jalan penyelesaian kepada segala
kemahuan kita. Sudah-sudahlah tu Mahmud… bawa mengucap. Bawa istighfar. Guna
akal dan niat yang ikhlas, jika itu jalan terbaik buat kita ianya akan
dipermudahkan buat kita,” senyum Puteri.
“Bila seorang puteri sengal sudah mulai bermadah
berhelah maknanya dia sedang dirundung kegelisahan yang tak terkata. Tia nak berkongsi
dengan saya?” soal Tun Mahmud.
Puteri memandang Tun Mahmud. Memang sejak berusia
enam tahun lagi Puteri sudah menjadi teman rapat buat Tun Mahmud dan Dang Anum.
Segala yang dirasakannya dikongsikan bersama. Tiada rahsia antara mereka.
Kemesraan dan ketaatan Tun Mahmud dan Dang Anum pada Puteri tidak berbelah
bagi. Bagi mereka Puteri bagaikan permata yang sangat bernilai untuk dilindungi
setiap saat. Kesedihan Puteri merupakan kesakitan yang teramat buat mereka
berdua.
“Mahmud! Betul ke tindakan Tia ini?” soal Puteri
meluahkan rasa hatinya.
“Yang terbaik pernah Tia lakukan dalam hidup Tia,”
balas Tun Mahmud penuh yakin dan bersemangat.
“Tia tidak layak Mahmud,” jelas Puteri.
“Kepimpinan bukan terletak pada gagah dan sempurna
seseorang itu di mata rakyat jelata. Tetapi pada keikhlasan dan juga kasih
sayangnya yang tidak berbelah bagi pada semua makhluk di dalam negaranya akan
terpamer dengan terukirnya sebaris senyuman ikhlas dibibirnya. Hati sucinya dan
sikap rendah dirinya dalam menyembunyikan kelebihan diri dari diketahui oleh
sesiapa saja sudah cukup menunjukkan nilai adapnya sebagai seorang pemimpin
yang disegani,” jelas Tun Mahmud buatkan Puteri terdiam. Jeda sungguh bila Tun
Mahmud mulai mengeluarkan fakta yang diketahuinya.
“Tia…tak mahu Mahmud mahupun Anum berpisah dari Tia.
Sampai bila-bila Tia mahukan kamu berdua. Tua pun tualah, biar Tia pula yang
jaga kalian berdua,” ucap Puteri sebak.
“Kerana itulah, Tia kena perbetulkan pentadbiran
Sakura. Kami memang ingin berbakti hanya pada Tia saja. Itu satu penghormatan
yang tak ternilai buat kami pari-pari Sakura,” tunduk Tun Mahmud dengan penuh
penghormatan. Puteri mengeluh perlahan.
“Tia tak mampu jadi macam armarhum ayahanda, bonda
mahupun Kal dan Fia…” luah Puteri yang masih kurang yakin.
“Jadilah diri Tia sendiri. Tidak kira makhluk itu
manusia, pari-pari atau apapun, kepuasan hidup mereka adalah bila mampu menjadi
diri sendiri,” celah Dang Anum yang baru menolak dedaun pintu kamar Puteri.
Tun Mahmud senyum manis menyambut kemunculan Dang
Anum yang berpakaian istiadat Sakura siap berkeris di pinggang dan pedang di
belakang badannya. Puteri mengeluh kecil. Dia cukup tidak selesa melihat Dang
Anum berpakaian sebegitu. Sudah berapa kali diutarakan rasa hatinya itu pada
Dang Anum namun Dang Anum tetap teguh mengikut peraturan Sakura yang mengarut
itu. Begitu juga dengan Tun Mahmud.
“Tia sudah bersedia ke? White sedang menunggu,” ucap
Tun Mahmud yang nampak keluhan Puteri tentang ketaatan mereka dengan peraturan
Sakura.
“Siapa pulak White ini?” soal Puteri.
“Seorang lagi penjaga Tuan Puteri,” ucap Tun Mahmud.
“Kenapa perlu ramai penjaga yang mengelilingi Tia?”
soal Puteri kurang selesa dengan suasana yang baru ini. Dia rasakan dirinya
terkongkong.
“Bila berita Puteri Tantiana bersedia untuk
diputerikan di Sakura, ramai pari-pari beratur untuk menjadi pengiring Tia.
Semua tak sabar melihat wajah bayi yang menyebabkan bulan tersenyum menyambut
kelahirannya,” ucap Tun Mahmud. Puteri diam berfikir. Sekali kerdip pakaiannya
sudah bertukar manakala rambutnya sudah tersorok kemas di sebalik hijap yang
siap berniqub yang menutup bibir dan hidungnya.
“Bagaimana bulan boleh tersenyum?” soal Puteri
berbaur mengusik.
“Tia tengok bulan itu,” suruh Tun Mahmud sambil
menunjuk ke arah bulan yang sedang tersenyum girang dengan cahayanya yang
sayang terang.
“Emmmm.. sudah,” ucap Puteri.
“Dan tengok sekarang,” suruh Tun Mahmud yang sudah
melukis bentuk mata dan bibir pada plastik yang dipamerkan depan bulan. Nampak
sebiji bentuk smiley yang berlambak
di laman Goggle.
“Hahaha… itu penipuan yang kurang anggun… beri Tia
pen dan plastik itu,” pinta Puteri.
Lakaran mulut yang sedang gelak besar dengan mata
yang sepet bila tertawa di lakarkan pada plastik kemudian dipamerkan di hadapan
bulan. Sekiranya bulan itu mampu berkata-kata, pasti dia akan menyatakan yang
Puteri seorang yang sengal. Bulan siap dihijapkan agar nampak lebih sopan
katanya.
“Tia….!” jerit Tun Mahmud sudah tak tahan ketawa
melayan kerenah Puteri.
“Bulan kata dia malu, kita asyik menatap wajahnya
yang jelita. Jadi Tia rasa sudah sampai masanya dia berhijap,” sengih Puteri.
“Lepas ni Tia diharamkan terus menonton rancangan
karton,” ucap Tun Mahmud tegas. Dang Anum geleng kepala bila Tun Mahmud hentak
kaki sambil memukul dinding seakan tidak percaya dikenakan oleh seorang puteri
sengal.
“Uhhhh! Tiba-tiba Tia rasa Mahmud sudah hilang
kacak. Garis tua akan jelas kelihatan sekiranya Mahmud marah. Anum, Tia tak
suka tengok rupa Mahmud bila marah, tak kacak langsung. Dah jom perkenalkan Tia
pada White,” ucap Puteri berjalan laju di hadapan Tun Mahmud.
Di luar rumah terdapat tiga ekor kuda putih
bersayap sedang menunggu dengan penuh
tegap dan berkarisma. Puteri memandang sambil tersenyum sendirian.
‘Aku boleh faham bahasa kuda jugak? Habislah kau,
White tergoda dengan aku…dan aku pun sudah tergoda dengannya… akan aku
kuda-kudakan kau ke mana saja aku pergi. Kau akan aku peluk sekuat hatiku.
Bukan kuda lain….kerana aku sudah jatuh cinta dengan keindahan rupa parasmu,
White,” ucap Puteri dalam hati.
Puteri naik di atas White dengan penuh berhati-hati
selepas memeluk dan mengucup pipi White dengan penuh kasih sayang. Terus White
membongkokkan kedua belah kaki belakangnya untuk membolehkan Puteri naik dengan
mudah.
“Puteri Tantiana akan tiba sepantas Matahari di ufuk
timur,” bahasa White penuh sopan.
“White, tidak perlu
berkejar-kejaran. Bawa saya selembut bulu burung merpati yang jatuh dari awan.
Beralun bebas di tiup angin hingga jatuh di atas tapak tangan seorang pencinta
yang sedang mengarangkan puisi cinta buat kekasihnya…” madah Puteri.
“Baik Puteri,” senyum
White si kuda putih.
“Bukan Puteri White
tapi Tia.”
“Puteri.”
“Tia.”
“Puteri.”
“T.I.A.. Tia,”geram
Puteri.
“White!” tegur Dang
Anum lucu melihat telatah White dan Puteri yang saling mengusik.
“Betul cakap Anum. Tia
memang sengal,” sengih White buatkan Puteri menjentik telinganya dengan pantas.
Tersentak White seketika.
“Tia!”jerit White
“Ada semut, itu yang
Tia tolong jentik.”
Dang Anum dan Tun
Mahmud sudah mengangkat kening lucu dengan Puteri yang selamba mengenakan
sesiapa saja. Dalam kelembutan ada kenakalan yang mencuit hati. Si Kuda Putih
bersayap ini terbang laju menuju ke Sakura
No comments:
Post a Comment