“Puteri Tantiana! Bangun,” sergah Tun Mahmud dan
Dang Anum yang mengejutkan Puteri yang terlena di sawah padi Gordon.
Pisat Puteri bangun. Puas diperhatinya di
sekeliling. Mustahil dia berada di sini sedangkan dia sedang digoda oleh Putera
Nashrid di Lautan Kasih tadi. Pipi Tun Mahmud dan Dang Anum ditepuknya lembut.
“Aduh! Tia,” geram Tun Mahmud.
“Hehehehe…” gelak Puteri kecil
“Kenapa ni?” soal Dang Anum yang mudah cemas bila
mengenangkan Puteri kesayangan.
“Mimpi,” sengeh Puteri malu.
“Mimpi digoda oleh Putera Nashrid?” duga Tun Mahmud
ingin meledakkan tawanya.
“Haaa,” akui Puteri buatkan Tun Mahmud berguling
tergelak geli hati. Memang sah Puteri sudah angau.
“Alaa, kenapa Putera Nashrid bukan Putera Sharid?”
soal Dang Anum tak puas hati.
“Entah, susah nak dijawab soalan Anum tu. Tia tak
tahu, yang Tia tahu. Tia nak pulang ke Teratak Melur. Tia nak berkepit dengan
nenda sehari dua. Tia nak duduk di ladang. Tia nak bermain dengan burung
merpati di tepi tasik,” ucap Puteri yang cukup cemas dengan mimpinya tadi.
Mana mungkin Putera Nasrid tergoda dengannya dan
melancarkan godaan secara terang-terangan padanya. Putera Nasrid seorang yang
budiman dan berkarisma. Dia tidak cukup layak untuk Putera pujaannya hati itu.
Puteri mengintai diri di parit air. Terdapat kesan
lebam di bahu kirinya. Terdiri Puteri memerhati di sekeliling. Dibuka mata
hatinya melihat di udara. Seorang sedang memerhatikannya dari atas kuda hitam
yang sangat gagah.
“White!” seru Puteri cemas.
“Tia,” White muncul di hadapan Puteri.
“Teratak Melur.”
“Kenapa tiba-tiba? Tia baru melawat satu kampung ada
lagi dua ratus kampung yang belum Tia lawati,” soal White pelik.
“Tia nak cuti. Rindu dengan nenda,” ucap Puteri yang
masih memegang dadanya.
“Jadi puteri boleh cuti ke?” soal White tak puas
hati.
“Puteri yang vogue
lagi pelik seperti saya ini akan selalu mengambil cuti. Penat tau jadi puteri …
sudah tu jangan banyak tanya. Cium kang,” geram Puteri.
“Saya relakan saja, bukan tak biasa dikucup manja
oleh Tia,” usik White.
“White..!!!!” geram Puteri buatkan jarinya cepat
menjentik telinga White.
White terbatuk-batuk ketawa melayan Puteri yang ada
saja idea untuk mengusiknya. Keceriaan Puteri memekarkan dedaun pokok di
sekelilingnya. Burung pasti bertenggek di dahan sambil bersiul merdu
menghiburkan Puteri. Itu keajaiban yang dilihat White pada Puteri.
Tiba di Teratak Melur, Puteri terus berlari membuka
seluruh hijapnya dan terjun ke dalam air terjun. Lama Puteri tenggelam di
dalamnya. Anak-anak ikan mengelilingi Puteri sambil mengigit tubuhnya seakan
sedang mengurut seluruh badannya. Puteri tenang bernafas dalam air melayan
belaian si ikan yang comel dan manja.
“Tia! Oh Tia! Tia!” panggil Raden Indra di permukaan
air.
Mengeluh Raden Indra bila Puteri berendam dalam Air
Terjun ini. Pasti lama. Itu memang tabiat sejak kecil lagi. Jika tidak dipujuk
boleh sampai demam dua tiga hari, kesejukkan.
“Mahmud! Anum! Kenapa dengan Tia?” soal Raden Indra.
“Entahlah, Tunku Raden. Semalam kami bermalam di
perkampungan Gordon. Siang tadi Tia bermain di sawah dengan anak-anak Gordon
hingga terlena di tengah sawah. Bila dikejutkan dia mula meracau,” jelas Tun
Mahmud tidak tahu bagaimana ia terjadi.
“Meracau?” pelik Raden Indra.
“Meracau menyebut nama Tunku Putera jangan goda saya,”
terang Tun Mahmud satu persatu.
“Tuanku Putera yang mana satu pulak ni?” geleng
Raden Indra.
“Putera Nashrid. Raja Mendalin,” sampuk Dang Anum
yang masih tidak puas hati Puteri bermimpikan Putera Nashrid bukannya Putera
Sharid.
“Jadi benarlah Nashrid ini inginkan Tia?” sengih
Raden Indra.
“Tak pasti Tunku Raden, yang pasti Tia sukakannya,”
balas Tun Mahmud.
Melebar senyum Raden Indra. Tangan diletakkan
dibelakang dan berlalu meninggalkan Puteri berendam dalam air terjun. Tun
Mahmud dan Dang Anum pun disuruhnya membiarkan Puteri sendirian menghilangkan
getar di dadanya.
‘Aku belum cukup bersedia untuk menjadi puteri
rupanya. Baru bermimpi sudah kecut perut melarikan diri ke Teratak Melur. Tapi
kenapa cabaranku ini berbentuk mainan hati dan perasaan. Mana pernah aku lalui
semua itu. Di Adinium pun tak pernah mengajar bagaimana ingin menangkis godaan
cinta. Kiai Neqman pun tak pernah menurunkan ilmu cinta… ahhhhh parah. Aku yang
cedera parah dengan karismanya,’ ucap Puteri di tepi teping sungai.
Seekor burung helang yang tidak pernah kelihatan di
Teratak Melur kini bertenggek di atas dahan mengadap Puteri yang leka berangan.
Asyik sekali helang itu memerhati Puteri yang terpamer wajahnya yang bujur
sirih bersih lagi menyejukkan mata memandang.
“Wahai helang! Tia bingung. Bagaimana Tia perlu
bantu Abang Kal dan Kak Fia jika hati Tia rapuh melawan godaan. Kejora memang
bukan idaman Tia. Tia sudah cukup selesa dengan Teratak Melur. Namun
meninggalkan Sakura yang sedang sengsara cukup Tia tak berdaya. Bangsa Gordon
yang hodoh namun hatinya ikhlas tetap akan tertindas sampai bila-bila.
Bangsawan Sakura yang leka dengan keseronokan Kejora hingga lupa tujuan
hidupnya. Di mana perlu Tia berdiri wahai Helang?” soal Puteri yang sebak
tiba-tiba.
“Berdirilah sebelah kekasihmu wahai puteri,” balas
Helang kemudian terus menghilang.
Puteri kebingungan. Di Teratak Melur tiada pari-pari
yang dibenarkan masuk tanpa kebenaran Raden Indra. Mana mungkin manusia Bumi
mampu menyerupai helang yang masuk ke taman larangan ini.
Puteri menyelam semula ke dasar sungai. Dia ingin
menenangkan dadanya yang bergetar laju secara tiba-tiba.
best.... menarik.... suka dengan e-novel fantasi ni sambung pls.
ReplyDeleteterima kasih sudi tunggu :) :) ... ikuti kisah seterusnya ya Miza Lan
DeleteNext plsssss....
ReplyDeletehahahahaha.... cominggggggggg kak Zarinah
DeleteMenunggu next n3.. best kak zai
ReplyDeleteLebiu k zai....i want more....
ReplyDeleteakak bila nk sbug lg.. tiap2 ari skodeng blog.. hihi
ReplyDelete