Yazid duduk di
kerusi dalam perut kapal terbang dengan mata terpejam rapat. Mujur ada kerusi
kosong dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini. Berita kematian rakan
kongsinya, Mathew dalam kemalangan jalan raya pagi tadi buatkan dia bergegas
balik ke Kuala Lumpur.
“Sir!
Sir! Cuba tengok ni,” panggilan Chong buatkan fikiran Yazid kembali pada
realiti.
Majalah Female yang dihulurkan
Chong disambut tanpa riak. Helaian yang berlipat di hujung diselak. Terbuntang
matanya membaca rencana berkenaan seorang selebriti. Kemudian, membelek satu
persatu gambar di dalamnya.
“Model?” Soal Yazid pada Chong.
“Bekas angle Victoria Secret ni Sir.
Bukan calang model ni. Gelaran angle
ni maksudnya model terpilih membawa trend fesyen daripada jenama ternama ni,”
kata Chong yang menekankan perkataan Victoria Secret.
“Ya. Bekas angle Victoria Secret so
what?”
Soal Yazid pelik.
Chong geleng kepala. Dia terus
membetulkan duduknya di sebelah Yazid. Ipad dalam beg dikeluarkan. Jari laju
saja menari pada skrin Ipad. Sudah terpapar maklumat yang diinginkan, Ipad
disuakan pada Yazid.
“Ingatkan Sir serba tahu. Rupanya outdated
juga. Ni, website Victoria Secret. Jenama yang menjual pakaian dalam dan baju
tidur wanita menjurus kepada exotik lagi seksi. Jenama ni terkenal di seluruh
dunia. Malah, ramai selebriti cantik berebut untuk mendapatkan kontrak menjadi
angle. Masa depan cerah bila terpilih menjadi angle dan bernaung bawah jenama
ini,” cerita Chong.
“Cerah? Cerah dalam erti kata
berjaya dalam modeling?”
“Well. Iya. Tapi pada aku, cerah dalam erti kata hidup senang sebab
dapat tangkap ikan paus yang besar. Kemewahan yang sampai ke cicit sana pun tak
habis. Tak payah kerja susah-susah. Dunia sekarang ni, cantik dengan body menawan ni merupakan asset untuk
hidup mewah dengan senang Sir,” jelas
Chong bersama teorinya.
“Oooo…” pendek jawab Yazid.
Hakikat itu memang diakui. Dia
sendiri pun benci bila dihimpit oleh perempuan yang mengedik dan perasan cantik
bila mengetahui siapa dirinya. Status lelaki yang bergaya, berduit, berharta,
berpangkat dan berwajah sedap mata memandang memang selalu dihimpit golongan
sebegitu.
Mereka ingat, lelaki ni badan
kebajikan yang beri semua tu percuma ke? Silap! Dengan Raja Ahmad Yazid, nak hidup
mewah perlu berusaha. Tiada jalan pintas. ‘Beauty
with brain’ pun susah nak dapat
kepercayaannya. Itu yang buatkan Chong selesa sangat kerja dengan Yazid yang
tiada skandal peribadi.
“Tapikan Sir. Aku sempatlah Google maklumat tentang Marlynn ni. Naklah tahu
setakat mana gosip skandal dia ni. Tapi tak jumpa. Macam bersihlah juga dia ni,
sebab semua bercerita kisah dia masuk program itu ini je. Dan gambar dengan lelaki tu ramailah. Yalah,
dia ni kan ke model. Cantik.”
“Spesis pelik macam ni la,” komen
Yazid sebelum menutup mata semula. Hati yang berdebar tak enak cuba
ditenangkan.
Penerbangan lewat malam macam
nilah. Penat! Chong masih mengomel sendirian sambil membaca majalah Female yang
dibelinya tadi. Banyak juga rencana yang dipaparkan dalam tu boleh dijadikan
sumber ilmu untuk memikat nanti.
“Kenapa aku sibuk pula nak cari
dan ceritakan hal Marlynn ni kat Sir?
Sir bukan minat pun perempuan ni
semua. Sir asyik fikir nak invest kat mana je lepas ni?” Soal Chong
sendirian.
Yazid buka sebelah matanya.
Walaupun suara Chong tu perlahan, namun jelas didengari.
“Eh! Aku bukan robotlah. Aku ni
manusia. Lelaki yang bernafsu juga tau,” jawab Yazid sedikit bengang.
Chong menoleh pada Yazid dengan
tersenyum malu. Terkantoi dengan bos sendiri. Masaklah.
“Ooo Sir dengar. Aku tengah fikir je ni. Bukan apa pun. Sekadar nak buat
persiapan diri.”
“Masa cuti dah habis Chong.
Lupakan jelah hal tu. Kau kena fikir hal Diamond Star lebih banyak sekarang ni.
Mathew dah tak ada. Aku pula tengah fokus projek pembangunan kat Surabaya tu.
Jadi aku perlukan kau jadi mata aku kat Diamond Star. Suruh Kak Chuma turun ke
Diamond Star juga.” Arah Yazid.
Itu yang difikirkannya untuk
memastikan perjalanan operasi Diamond Star tak terjejas walaupun dengan berita
kematian Mathew. Dia tak mahu hal itu menjadi kelemahan yang membolehkan
pesaing lain pergunakan untuk menjatuhkannya.
“Ya. Sir.”
“Aku nak kau buat background check pada semua waris Mathew
terutama sekali anak perempuan dia dengan isteri pertama tu. Kerana betina tu,
aku bergaduh teruk dengan Mathew hari tu. Aku nak tahu berapa rapat dan
sayangnya Mathew pada dia. Gerak hati aku kuat menyatakan, walaupun dia dah
meninggal tapi bayang kerja gila dia tak pernah lenyap Chong. Dia terlalu obses nakkan Diamond
Star disanjung dan dipuja tanpa imej Melayu secepat mungkin.”
“Ya, Sir.”
Chong sedar hakikat yang satu tu.
Sebelum Yazid mengambil keputusan membeli Diamond Star lagi, mereka tahu
tentang ketaksuban Mathew. Kelebihan Yazid yang dikenali sebagai Magical Brain dikalangan investor
buatkan ramai yang ingin berkoleborasi dengannya.
Tapi, bukan itu yang Yazid lihat
pada Diamond Star. Yazid melihat Diamond Star satu syarikat yang berpotensi
tinggi kerana kualiti kerja tangan anak tempatan sendiri itu sendiri. Keunikan
dan keistimewaan ini buatkan Diamond Star dipantau strategi operasi dan
kualitinya dengan teliti. Yazid sanggup memindahkan pejabatnya ke bangunan yang
sama dengan Diamond Star semata-mata untuk memudahkannya melihat sendiri
perjalanan operasi Diamond Star.
“Dan aku mahukan laporan penuh
kemalangan Mathew.”
Chong memandang pelik pada Yazid.
Kekadang dia tak dapat selam apa yang sedang difikirkan oleh Yazid. Arahannya
selalu diluar alam.
“Dia dah meninggal Sir.”
“Buat je. Aku tahu apa yang aku
buat,” arah Yazid.
“Tapi kenapa? Bagilah tahu, senang
aku nak buat kerja aku,” pinta Chong.
“Gerak hati aku tak tenang.”
“Oh!!!” Angguk Chong perlahan.
Sir, kau ada bela hantu raya ke apa? Selalu sangat dapat gerak hati. Tapi yang peliknya, gerak hati kau tu memang selalu betul. Tahu saja ada benda yang tak betul akan terjadi. Tapi, nak jadi apa kalau Mathew tu dah mati. Agak-agaklah. Takkanlah Mathew tu tukar jadi hantu kot. Itu dalam drama bolehlah. Ini realiti. Orang dah mati akan tetap mati. Tak ada yang hidup balik. Bebel Chong dalam hati.
Sir, kau ada bela hantu raya ke apa? Selalu sangat dapat gerak hati. Tapi yang peliknya, gerak hati kau tu memang selalu betul. Tahu saja ada benda yang tak betul akan terjadi. Tapi, nak jadi apa kalau Mathew tu dah mati. Agak-agaklah. Takkanlah Mathew tu tukar jadi hantu kot. Itu dalam drama bolehlah. Ini realiti. Orang dah mati akan tetap mati. Tak ada yang hidup balik. Bebel Chong dalam hati.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny