Cordelia terus mengutil lengan
Marlynn. Geram pula melihat tahap gatal Marlynn yang terlebih merenyam malam
ni. Tahulah rupa lelaki yang baru balik tu, tak ubah macam gambaran watak hero
novel cinta Melayu yang diminati Marlynn, tapi agak-agaklah.
“Apa Cord ni? Sakit tau.”
“Hah! Tahu pun sakit. Kot iya pun
dah suka kat mamat tu agak-agaklah. Ni, kau tengok dia macam nak makan. Memang gabra la mamat tu.” Gelak Cordelia
meletus lagi. Dah tak tahu nak cakap apa dengan Marlynn ni. Ikut je kepala tak
betul dia tu.
“Alaa nak test
market je pun. Peluh halus kat dahi dia, dah tunjukkan yang dia tak pernah
kena goda macam tu. Kat situ pun dah tolak satu markah. Sikap malu-malu tu buat
dia nampak rare tapi bila tengok jari
dia dah cuit-cuit baju kakak dia hmmmm pangkah terus. Lynn tak berkenan laa
lelaki yang penakut dan tak tetap pendirian tu. Dia boleh je balas cakap Lynn
tadi. Macam, behave! Ini tidak.”
Terbeliak mata Cordelia. Dalam
sesi mengurat, sempat juga si Marlynn ni buat penilaian. Memang betul-betul
guna serampang dua mata sungguh.
“Aduhhh kenapalah daddy kahwin
dengan mama? Kalau tak, tak adalah dapat adik tiri kepala tak betul macam ni.”
“Ala bukan selalu pun,” jawab
Marlynn selamba.
Dibawa cawan meninggi dan
ditiupnya terlebih dahulu sebelum mencicipnya. Sapaan lambaian tangan daripada
pelanggan yang masuk ke dalam kafe ini hanya dibalas dengan senyuman manis. Siapa yang tak kenal Marlynn
Michandri, diakan ke bekas model Victoria Secret yang bergelar ‘Angle’ satu ketika dulu. Sekarang dia dah
bersara.
Dalam pada mata melilau memandang
ke sekeliling cafe, Marlynn terpandang pada seorang lelaki yang duduk
bersetentang dengannya. Pandangan tajam lelaki tu buatkan Marlynn tak berani
terus berbalas pandang. Diletakkan cawan atas meja. Tisu diambil untuk mengesat
hujung bibirnya.
“Apa yang Sir pandang-pandang tu? Dari tadi lagi aku tengok Sir tengok tak lepas?” Soal Chong.
Yazid masih memegang cawan dengan
bibir yang mencicip seteguk sambil mata masih melekat pada pemandangan indah di
depan. Pertanyaan Chong langsung tak dihiraukannya.
“Sir! Sir!” Panggil Chong dengan memetik jari di depan
muka Yazid.
“Hah.”
“Apa yang menarik sangat sampai
aku panggil pun Sir tak dengar?”
“Aku nampak jodoh. So apa maklumat yang kau dapat?”
Saja Yazid mengalihkan soalan
Chong pada apa yang indah di depan matanya ini. Cepat-cepat Chong menoleh ke
belakang. Nak tengok jodoh yang dimaksudkan Yazid.
“Mana?”
“Tak payah tengok. Dia dah blah. So?”
“Alaaa melepas aku! Okey! Ceritanya macam ni.
Perempuan yang pandu kereta tu namanya, Cordelia Rafina Desmond. Tapi kereta
yang dipandu itu adalah milik gadis yang berkebaya merah tadi. Namanya, Marlynn
Michandri. Adik beradik tiri. Mereka tu arkitek. Tapi tak nampak gaya arkitek
pun kan Sir,” cerita Chong.
“Hmmm...”
Yazid tekun mendengar setiap maklumat yang
diceritakan oleh Chong.
“Fasih berbahasa Melayu Sir. Sebab mama mereka merupakan pensyarah persuratan Melayu kat
Universiti Wollonggong tu,” cerita Chong.
“Oooo… patutlah fasih,” akui Yazid.
Berkerut dahi Chong melihat sengih di bibir
Yazid. Lain macam sungguh.
“Nombor telefon, skype dan alamat emel dapat
ni. Tapi alamat rumah tak dapat. Aku pun dah transfer duit AUS1,000 pada akaun Marlynn seperti yang Sir suruh tu,” jelas Chong cukup ringkas.
“Whatssup!”
Arah Yazid.
“Sir
ni, lain macam je aku tengok. Sir
berkenan ke?” Chong menyoal soalan macam budak sekolah. Musyik tengok perangai Yazid.
“Dia spesis rare. Pelik,” jawab Yazid. Kepala diangguk.
“Amanda?”
Yazid duduk tegak di hadapan Chong. Inilah
pembantu khas yang paling banyak soal tapi paling dipercayainya. Chong
merupakan penyimpan banyak rahsia tentang dirinya. Kebijaksanaan, keprihatinan
dan kejujuran Chong pada tanggungjawab buatkan persahabatan mereka lebih akrab
melebihi majikan dan pekerja.
“Business
partner aku tu. Tak payahlah sebut nama dia. Aku rimas.”
Bulat mata Chong memandang pada Yazid. Ini
pertama kalinya, Yazid meluahkan rasa rimas berada di samping Amanda yang
terlebih gedik bila bersamanya. Sebelum ni, dibuat muka beku je dengan Amanda.
“Lainlah kalau si kebaya merah tu. Spesis rare yang sesuai sebagai potential sleeping partner. Kau dah
hantar maklumat tu kat aku?” Yazid bergurau. Jatuh rahang Chong.
“Dah.”
“Bak sini telefon kau,” minta Yazid. Chong
membatalkan butang keselamatan dan menghulurnya pada Yazid. Laju jari Yazid
menari pada skrin telefon Chong. Kemudian dia pulangkan balik pada Chong.
“Aku dah delete
maklumat tu dari telefon kau. Maklumat dia, aku sorang je ada.”
“Errr… kenapa pulak?”
“She’s
not your type. Dengan kurung moden bunga biru tu
memang padan dengan dia. Rambut panjang ikal mayang. Warna coklat gelap,
mengurai. Cantik kulit putih mulus dan bersih tu tak perlukan solekan tebal.
Eyeliner dan lipstick pun dah cukup. Kurus tinggi sesuai sangat dengan tumit
tinggi lima inci tu. Perfect!”
Sekali lagi jantung Chong dikejutkan dengan
ulasan Yazid yang mengalahkan mesin pengimbas harga. Alaa, yang cashier guna untuk mengimbas tanda harga
tu. Sepantas kilat, kepala dipusing ke belakang mencari kelibat gadis yang
dimaksudkan Yazid. Tak ada!
“Sir cakap pasal siapa ni? Minah Salleh hari tu pakai kebaya merah.
Bukan kurung moden.”
“Aku cakap pasal jodoh aku.”
Selamba jawab Yazid. Sejak insiden kelmarin
tu, hatinya bagai digari oleh si pemilik kereta antik itu sendiri. Ahhh!!
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny