Friday, September 21, 2018

Obses You - Bab 5

Yazid duduk di kerusi dalam perut kapal terbang dengan mata terpejam rapat. Mujur ada kerusi kosong dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur malam ini. Berita kematian rakan kongsinya, Mathew dalam kemalangan jalan raya pagi tadi buatkan dia bergegas balik ke Kuala Lumpur.
 “Sir! Sir! Cuba tengok ni,” panggilan Chong buatkan fikiran Yazid kembali pada realiti.
Majalah Female yang dihulurkan Chong disambut tanpa riak. Helaian yang berlipat di hujung diselak. Terbuntang matanya membaca rencana berkenaan seorang selebriti. Kemudian, membelek satu persatu gambar di dalamnya.
“Model?” Soal Yazid pada Chong.
“Bekas angle Victoria Secret ni Sir. Bukan calang model ni. Gelaran angle ni maksudnya model terpilih membawa trend fesyen daripada jenama ternama ni,” kata Chong yang menekankan perkataan Victoria Secret.
“Ya. Bekas angle Victoria Secret so what?” Soal Yazid pelik.
Chong geleng kepala. Dia terus membetulkan duduknya di sebelah Yazid. Ipad dalam beg dikeluarkan. Jari laju saja menari pada skrin Ipad. Sudah terpapar maklumat yang diinginkan, Ipad disuakan pada Yazid.
“Ingatkan Sir serba tahu. Rupanya outdated juga. Ni, website Victoria Secret. Jenama yang menjual pakaian dalam dan baju tidur wanita menjurus kepada exotik lagi seksi. Jenama ni terkenal di seluruh dunia. Malah, ramai selebriti cantik berebut untuk mendapatkan kontrak menjadi angle. Masa depan cerah bila terpilih menjadi angle dan bernaung bawah jenama ini,” cerita Chong.
“Cerah? Cerah dalam erti kata berjaya dalam modeling?”
Well. Iya. Tapi pada aku, cerah dalam erti kata hidup senang sebab dapat tangkap ikan paus yang besar. Kemewahan yang sampai ke cicit sana pun tak habis. Tak payah kerja susah-susah. Dunia sekarang ni, cantik dengan body menawan ni merupakan asset untuk hidup mewah dengan senang Sir,” jelas Chong bersama teorinya.
“Oooo…” pendek jawab Yazid.
Hakikat itu memang diakui. Dia sendiri pun benci bila dihimpit oleh perempuan yang mengedik dan perasan cantik bila mengetahui siapa dirinya. Status lelaki yang bergaya, berduit, berharta, berpangkat dan berwajah sedap mata memandang memang selalu dihimpit golongan sebegitu.
Mereka ingat, lelaki ni badan kebajikan yang beri semua tu percuma ke? Silap! Dengan Raja Ahmad Yazid, nak hidup mewah perlu berusaha. Tiada jalan pintas. ‘Beauty with brain’ pun susah  nak dapat kepercayaannya. Itu yang buatkan Chong selesa sangat kerja dengan Yazid yang tiada skandal peribadi.
“Tapikan Sir. Aku sempatlah Google maklumat tentang Marlynn ni. Naklah tahu setakat mana gosip skandal dia ni. Tapi tak jumpa. Macam bersihlah juga dia ni, sebab semua bercerita kisah dia masuk program itu ini je.  Dan gambar dengan lelaki tu ramailah. Yalah, dia ni kan ke model. Cantik.”
“Spesis pelik macam ni la,” komen Yazid sebelum menutup mata semula. Hati yang berdebar tak enak cuba ditenangkan.
Penerbangan lewat malam macam nilah. Penat! Chong masih mengomel sendirian sambil membaca majalah Female yang dibelinya tadi. Banyak juga rencana yang dipaparkan dalam tu boleh dijadikan sumber ilmu untuk memikat nanti. 
“Kenapa aku sibuk pula nak cari dan ceritakan hal Marlynn ni kat Sir? Sir bukan minat pun perempuan ni semua. Sir asyik fikir nak invest kat mana je lepas ni?” Soal Chong sendirian.
Yazid buka sebelah matanya. Walaupun suara Chong tu perlahan, namun jelas didengari.
“Eh! Aku bukan robotlah. Aku ni manusia. Lelaki yang bernafsu juga tau,” jawab Yazid sedikit bengang.
Chong menoleh pada Yazid dengan tersenyum malu. Terkantoi dengan bos sendiri. Masaklah.
“Ooo Sir dengar. Aku tengah fikir je ni. Bukan apa pun. Sekadar nak buat persiapan diri.”
“Masa cuti dah habis Chong. Lupakan jelah hal tu. Kau kena fikir hal Diamond Star lebih banyak sekarang ni. Mathew dah tak ada. Aku pula tengah fokus projek pembangunan kat Surabaya tu. Jadi aku perlukan kau jadi mata aku kat Diamond Star. Suruh Kak Chuma turun ke Diamond Star juga.” Arah Yazid.
Itu yang difikirkannya untuk memastikan perjalanan operasi Diamond Star tak terjejas walaupun dengan berita kematian Mathew. Dia tak mahu hal itu menjadi kelemahan yang membolehkan pesaing lain pergunakan untuk menjatuhkannya.
“Ya. Sir.”
“Aku nak kau buat background check pada semua waris Mathew terutama sekali anak perempuan dia dengan isteri pertama tu. Kerana betina tu, aku bergaduh teruk dengan Mathew hari tu. Aku nak tahu berapa rapat dan sayangnya Mathew pada dia. Gerak hati aku kuat menyatakan, walaupun dia dah meninggal tapi bayang kerja gila dia tak pernah lenyap Chong. Dia terlalu obses nakkan Diamond Star disanjung dan dipuja tanpa imej Melayu secepat mungkin.”   
“Ya, Sir.”
Chong sedar hakikat yang satu tu. Sebelum Yazid mengambil keputusan membeli Diamond Star lagi, mereka tahu tentang ketaksuban Mathew. Kelebihan Yazid yang dikenali sebagai Magical Brain dikalangan investor buatkan ramai yang ingin berkoleborasi dengannya.
Tapi, bukan itu yang Yazid lihat pada Diamond Star. Yazid melihat Diamond Star satu syarikat yang berpotensi tinggi kerana kualiti kerja tangan anak tempatan sendiri itu sendiri. Keunikan dan keistimewaan ini buatkan Diamond Star dipantau strategi operasi dan kualitinya dengan teliti. Yazid sanggup memindahkan pejabatnya ke bangunan yang sama dengan Diamond Star semata-mata untuk memudahkannya melihat sendiri perjalanan operasi Diamond Star.
“Dan aku mahukan laporan penuh kemalangan Mathew.”
Chong memandang pelik pada Yazid. Kekadang dia tak dapat selam apa yang sedang difikirkan oleh Yazid. Arahannya selalu diluar alam.
“Dia dah meninggal Sir.”
“Buat je. Aku tahu apa yang aku buat,” arah Yazid.
“Tapi kenapa? Bagilah tahu, senang aku nak buat kerja aku,” pinta Chong.
“Gerak hati aku tak tenang.”
“Oh!!!” Angguk Chong perlahan.
Sir, kau ada bela hantu raya ke apa? Selalu sangat dapat gerak hati. Tapi yang peliknya, gerak hati kau tu memang selalu betul. Tahu saja ada benda yang tak betul akan terjadi. Tapi, nak jadi apa kalau Mathew tu dah mati. Agak-agaklah. Takkanlah Mathew tu tukar jadi hantu kot. Itu dalam drama bolehlah. Ini realiti. Orang dah mati akan tetap mati. Tak ada yang hidup balik. Bebel Chong dalam hati.     

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete