Marlynn yang
berkebaya pendek terkedu. Luluh jantung dibuatnya bila lihat kereta antik
kesayangannya disodok oleh kereta Holden warna hitam metalik. Ciss!
Cordelia si kakak tiri merangkap
BFF-nya terkasima di tempat memandu. Mata tertacap pada wajah menyinga Marlynn.
Oh! Mampus.
Marlynn terus berlari-lari anak
kembali ke kereta. Tak tahu nak cakap apa. Melainkan hati yang bergumpal rasa
marah. Bibir terkumat-kamit memaki hamun pesalah yang baru keluar dari kereta.
“Eeee mamat ni. Dia ingat dengan muka
kacak dia tu, aku boleh sejuk. Boleh biarkan je, dia cederakan kekasih hati aku ni. Ikutkan hati,
memang aku sula sekor sekor ni. Huh! Nilah
yang dikatakan akai letak kat lutut.
Arhhhhh bencinya!” Omel Marlynn tak perdulikan renungan tajam padanya.
“Sorry,” jawab salah seorang dari mereka yang berambut coklat.
Marlynn mencangkung untuk melihat lampu belakang
kereta yang sudah bersepai penutupnya. Tak dihiraukan langsung sapaan orang
yang melanggarnya tu.
“Sayang, awak dah cedera ya. Saya
akan tuntut bela untuk sayang ya.”
Sambil jari Marlynn menyapu kemek di tepi kereta. Rasa nak nangis pun
ada, nak makan orang pun ada.
“Lynn, biar Cord je yang uruskan. Lynn
pergilah masuk cepat. Tadi kata dah lambat. Lynn tu emcee, kang tak jalan majlis sebab emcee dia tak ada,” suruh Cordelia tergagap.
Dia berharap sangat Marlynn tak
mengamuk kat sini. Kalau fasal kereta antik ni, memang boleh mendatangkan
malapetaka besar. Waima tercalar sikit pun boleh berminggu bebelnya. Inikan
pula dah terkeluar lampu kat belakang. Masak! Masak!
“Huh! Nasib baiklah Lynn nak
cepat. Cord, ambik nombor telefon dan alamat. Lelaki Mat Salleh ni, kalau tak
menyusahkan orang, tak senang kot. Lynn baru polish kereta ni semalam. Baru perasan nak jadi Saloma. Semak
betullah. Benci!”
Marlynn mengambil barang di tempat
duduk belakang kereta dan terus menutup pintu dengan kuat. Tunjuk marah!
Cordelia garu dahi. Sejak balik
dari US, Marlynn memang berbulu dengan lelaki. Secara terang-terangan, dia obsess
mencari calon teman hidup berbangsa Melayu. Proses saringannya sangatlah unik,
calon tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri persis hero novel cinta Melayu.
Pening kepala mamanya, Susan.
Nasihatlah macam manapun, Marlynn tetap dengan teori obsesnya pada Melayu yang
mampu sempurnakan hidupnya. Tapi bila disuruh ke negara yang ramai bangsa
Melayu tak mahu pula. Nak cari Melayu di benua kanggaru ni juga. Mana nak
jumpa.
“Apa cakap macam tu?”
Cordelia berbisik memarahi
Marlynn. Sudahlah tadi, dibuat muka sombong. Langsung tak dijawabnya pertanyaan
lelaki itu. Lepas tu dipamerkan pula muka masam. Siap dipakejkan dengan
jelingan tajam lagi.
Padahal, dua jejaka persis Pan
Asian ni cukup tertib lagi sopan mohon maaf. Rupa pun boleh tahan juga dengan
Rayban sebagai pelengkap gaya.
“Lantaklah, bukan dia orang faham
pun. Ingat! Jangan berlembut. Kekasih hati Lynn ni, dah cedera parah ni. Nak
bawa hospital pun, bukan boleh pergi hospital biasa. Kena pergi hospital pakar.
Cord jangan lupa. Ambil kad nama, alamat dan snap gambar mereka. Malam nanti kita jumpa kat rumah,” ucap Marlynn
yang tergesa berlalu.
Cordelia sekadar layang senyum
terpaksa dengan gaya Marlynn yang tergesa. Jadual Marlynn kebelakangan ni padat
dengan aktiviti sukarelawaanmya di Fakulti Bahasa, Universiti Wollonggong dan
Kedutaan Malaysia.
“Sorry about her.” Cordelia bersuara serba-salah.
“Ooo it’s okey. My bad. Chong please assist this lovely lady,” arah
Yazid mudah.
Chong ditinggalkan di situ bagi menguruskan
kemalangan kecil tersebut. Mujurlah dia tak laju sangat. Tapi pecah jugalah
lampu belakang dan kemek sikit pada badan kereta antik tu.
Yazid berdiri memandang gadis
berkebaya merah tergesa, masuk ke dalam bangunan warna kelabu. Tak sempat nak
tanya nama. Nak tanya apapun tak sempat. Selepas disembur puas-puas, minah tu, blah macam tu saja. Telefon dikeluarkan
dari poket. Pesanan ringkas dititipkan.
Yazid : Dapatkan infor perempuan kebaya tadi.
Siap dengan
nombor telefon, alamat, skype dan email sekali. Kau ikut dia, hantar kereta kat
bengkel mana pun. Aku gerak dulu.
Chong : Errr... Yes, Sir.
Yazid : Aku tunggu kau kat kafe semalam.
Yazid pegang dadanya yang berdegup kencang. Sengih senget terukir di
bibir. Wow!!!!
“Jelita! Mungkin kita berjodoh.”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny