Friday, September 21, 2018

Obses You - Bab 6


R.A.Y - Hidup akan sentiasa bahagia bila ada seseorang yang mampu buatkan kita tersenyum walaupun dia tidak berada disamping kita. Jaga diri. Jaga hati.

Marlynn berdiri di tingkap cermin. Sejak dua menjak ni emosinya terganggu dengan mesej dari pengirim misteri bernama R.A.Y. Pesanan lelaki itu bagaikan sentiasa memerhati gerak-gerinya.
“Siapa kau sebenarnya Ray? Kau datang bila Tuhan ambil papa dari aku.”
Pintu pejabat Marlynn dikuak kasar. Cordelia muncul dengan muka masam.
“Lynn.”
Marlynn menoleh sekilas pada Cordelia kemudian pandang semula ke tingkap. Tak bersemangat sebenarnya hari ni.
“Hmmm, apa dia Cord?”
“Apa dia kau cakap? Apa dia? Kau sepatutnya masuk mesyuarat tadi. Semua orang cari kau,” marah Cordelia.
“Huh! Malaslah. Lynn sedang fikirkan ni.”
Tablet di tangan dihulur pada Cordelia. Berubah wajah Cordelia membaca pesanan berantai yang diterima oleh Marlynn.
“Lynn! Kenapa sekarang baru kau beritahu?” Marah Cordelia.
“Dia tak buat apa pun. Sekadar mesej suruh Lynn jaga diri,” balas Marlynn menyorok rasa gusar dalam hati. Gilalah jika dia tak bimbang. Orang gila pun, mesti pening nak tahu siapa yang hantar. Inikan pula, waras.
“Tak buat apa kau cakap, Lynn. Tak buat apa. Ni apa? Yang malas masuk mesyuarat sampai Cord yang kena Chair the meeting tu apa,” bebel Cordelia melepaskan rasa geram.
Cordelia cukup tak suka dengan sikap Marlynn yang mula berahsia sejak kembali dari Amerika. Walhal dia sudah cukup terbuka untuk menjadi teman baik merangkap kakak tiri yang cukup akrab lagi memahami pada Marlynn.
Marlynn sengih nakal. Jari terus menyikat rambut yang diuraikan dari sanggul siput. Terlepas pandang pada Cordelia yang terlebih prihatin tentang dirinya. Daripada dia terus menyangkal untuk membela diri, baiklah dia mengaku salah saja. Habis cerita!
“Ya, Lynn tengah fikir, bagaimana dia dapat nombor handphone Lynn. Bagaimana dia dapat personal skype address Lynn. Cord pun tahu kan apa yang Lynn maksudkan,” cerita Marlynn.
Terhenti marah Cordelia. Dia duduk,  bantal kecil atas sofa panjang itu dialihnya untuk buatkan dia bersila bebas atas sofa.
“Neily ada bagi kat sesiapa tak?” Soal Cordelia. Nama setiausaha peribadi Marlynn disebut untuk cuba bantu mencantumkan puzzle misteri Marlynn.
“Tak! Samuel yang dah lama dengan Lynn pun tak tahu personal skype Lynn. Dia guna skype Lynn yang Neily uruskan tu je.”
Cordelia depakan tapak tangan untuk membaca mesej misteri dalam telefon pintar Marlynn. Dibacanya satu persatu. Betul kata Marlynn, tiada bau ugutan mahupun buatkan hati rasa bimbang. Cuma kewujudan perkataan misteri tu yang menimbulkan tanda tanya yang semakin menebal.
“Dah cari maklumat pemilik akaun ni?”
“Dah! Tapi tak ada infor apa-apa. Dia ingat Lynn ni rajin ke nak layan mesej berantai macam ni… Maaflah bro,” gelak Marlynn.
Cordelia tepuk dahi dengan tawa terburai bila mendengar penyataan Marlynn. Itulah dia Marlynn. Konsevertif dalam berkomunikasi. Dia kurang layan teknologi berkomunikasi melalui ayat ni. Nak cakap jumpa, tak pun telefon dan bercakap sendiri dengannya. Itu sebabnya dia lantik Neily sebagai setiausaha peribadinya. Neilylah yang melayan semua mesej bertulis dari sesiapa pun bagi pihak Marlynn. Jika ada yang penting, barulah Neily ajukan mesej tu pada akaun peribadi Marlynn.   
“Maknanya dia bukan orang terdekat. Dia tak kenal siapa Marlynn Michandri yang sebenar. Dahlah, lupakan,” pujuk Cordelia.
“Ya. Dia tak kenal siapa Marlynn Michandri tapi MM ni dah terjatuh cinta pada nada mesej dia yang mengingatkan Lynn untuk jaga diri. Jangan lupa kunci pintu rumah. Selamat malam dan...” bibir Marlynn merekah sengih gatal.
“Haaa apa pulak tu?” Soal Cordelia berbulu tengok gaya sengih Marlynn begitu.
“Dia Melayu, Cord! Melayu! Nampak tak kat situ,” tegas Marlynn.
“Kalau dia Melayu kenapa?”
“Oh! Cord. Takkan tak nampak kot. Melayu-novel-Melayu-hero novel,” ucap Marlynn. Muka bercahaya bila bercakap pasal Melayu.
Membulat mata Cordelia, terkejut. Penyakit obses tu dah kembali. Dia terus ambil bantal kecil dan menekup di muka. Dijerit sekuat hati melepaskan rasa geram.
Marlynn hanya gelak bebas. Tahu sangat yang Cordelia akan bengang bila dia ulang-ulang-ulang niat nak cari pasangan hidup persis hero novel Melayu. Tapi sampai sekarang belum jumpa jumpa.
“Bengong! Bengong! Bengong! Meluat Cord dengar. Dah jom. Boleh mengigil perut asyik dengar hero Melayu tak sudah sudah. Jom!”
Cordelia mencampakkan bantal kecil ke sofa dan terus menonong keluar. Marlynn membontut dari belakang dengan bibir tak lekang senyuman manis.
 Maaf Cord, Lynn memang dah bulatkan hati dengan keputusan hidup Lynn. Bahagia yang Lynn cari ada pada lelaki persis hero ciptaan penulis novel Melayu. Bisik Marlynn dalam hati.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete