“Nasib baiklah kau tu cantik, aku tunggulah
juga. Kalau tak, memang bai bai je laa,” bebel Chong.
Tak puas hati betul Chong kerana
terpaksa tunggu lama. Cordelia kata nak jumpa. Ada hal mustahak katanya. Tapi,
sampai sekarang bayang pun tak nampak.
Yazid angkat bahu. Malas nak beratkan
kepala dengan benda remeh-temeh. Dah namanya pun cuti. Biarkan jelah. Bersahaja
dicicipnya Cappucino yang masih berasap. Rehat dan menghayati sajalah apa yang
ada disekelilingnya. Datang atau tidak Cordelia, tak ganggu hidupnya.
Cordelia meluru masuk ke dalam
kafe sambil bercakap di telefon. Mimik muka macam nak nak makan orang. Geram!
“Kau ni kan dik, janji nak datang sama. Akak
dah sampai sini hah. What???? Arhhhh
benci tau. Takkan disebabkan hal tu, kau nak berangin satu badan. Pedulikan je
dia tu. Hmmmm… yalah. Betul ni nak pulangkan semua? Yalah, akak bagi tahu
mereka. Jumpa kat rumah nanti,” kata Cordelia mengakhiri perbualan telefonnya.
“Maaf! Maaf! Maaf sangat, sangat,”
ucap Cordelia yang menarik kerusi di sebelah Chong.
“Tak apa Cord. Kenapa you nak jumpa kami ni?”
Cordelia terus mengeluarkan sampul
berisi duit. Dihulurnya pada Chong. Berkerut dahi Chong melihat isi dalam
sampul berkenaan.
“I datang nak pulangkan semula duit you. Kereta tu tak payah masuk bengkel pun. Adik I betulkan sendiri. Semua dah back to normal. Jadi dia suruh pulangkan semula duit ni. You pun datang sini sebagai pelancongkan.
Dia tak nak susahkan you. Ambillah,”
jelas Cordelia lembut. Itulah yang diminta oleh Marlynn semalam, bila
mengetahui orang yang melanggarnya itu bukan orang tempatan, tapi orang
Malaysia yang datang melancong di sini.
Bulat mata Chong. Yazid pula
tayang muka serius. Dia sememangnya tak menjangka hal seperti ini akan terjadi.
“Takkan nak pulangkan?”
“Ya. Seratus peratus pulangkan.”
“Tapi kenapa, bukan kelmarin tu
dia mengamuk sakan ke?” Chong bersoal tak puas hati. Pelik bin ajaib.
Cordelia sengih. Tak tahu nak
cerita bagaimana. Serba-salah pun ada juga. Sudahlah orang yang didepannya ni,
baru sangat dikenali. Tapi ramahnya macam dah kenal lama.
“Terus-terang je Cord,” arah Yazid
yang nampak reaksi serba-salah Cordelia.
“Lynn ni sebenarnya obsess pada
Melayu. Semua benda berkenaan Melayu dia teruja sangat. Tak kiralah bahasa ke,
negara yang ramai orang Melayu ke, pakaian ke, even lelaki Melayu pun dia suka. Pokoknya, ada je nama Melayu dia
mesti suka.” Cordelia berkongsi perihal Marlynn.
“So?” Soal Chong yang susah nak percaya apa yang
dikongsikan Cordelia.
“Lynna suruh I pulangkan duit ni, bila dengar perkataan Malaysia-Melayu. Dan yang
paling kuatnya, sebab nama si tukang langar adalah Raja Ahmad Yazid.” Cordelia
berterus-terang dengan mereka.
“Minat gila ni,” sengih Chong
sambil kepala digeleng tak percaya.
“Bukan minat lagi dah. Tapi
obsess.” Cordelia membetulkan ayat penyata Chong.
“Obsess!” bibir Yazid mengulang
apa yang ditekankan oleh Cordelia tadi.
“Sejak balik dari US setahun yang lalu, Lynn
ni memang obsess nak cari pasangan hidup berketurunan Melayu. Ditambah pula,
bila kebelakangan ni novelis genre cinta ni letakkan gambaran hero yang
mengancam. Dari situlah, dia dapat idea yang lelaki Melayu ni romantik,” gelak
Cordelia.
Chong sengih pandang pada Yazid
yang terangkat sebelah keningnya. Lelaki Melayu romantik? Tak masuk akal!
“Chilldish.”
Sepatah komen Yazid yang tak dapat
disangkal oleh Cordelia. Itulah yang sering ditegur oleh mama dan daddy mereka.
Tapi, mengenali Marlynn yang degil. Memang macam curah air ke daun keladi
sajalah teguran tu semua.
“Kata mama, manusia diberi nafsu
untuk menikmati maksud kehidupan. Tapi Lynn ni, keterlaluan membenarkan nafsu
memandu kehidupannya sendiri. Mujurlah, obsess dia tu tak ganggu karier dia.”
“Betul tu. Aku setuju fakta tu,”
celah Chong. Dia sangat setuju dengan kenyataan yang diucap oleh Cordelia.
“Cumanya Lynn ni sangatlah popular
dikalangan masyarakat Melayu di sini. Apa-apa majlis keraian mesti dia
dijemput. Popularlah.”
Chong gelak. “Kalau di Malaysia,
Lynn ni dah layak jadi wakil rakyat.”
Cordelia sekadar senyum. Bercerita
tentang Marlynn, sampai esok pun tak habis kisah menongkah arus, adik tirinya
tu.
No comments:
Post a Comment