Friday, September 21, 2018

Obses You - Bab 2


Cordelia terus mengutil lengan Marlynn. Geram pula melihat tahap gatal Marlynn yang terlebih merenyam malam ni. Tahulah rupa lelaki yang baru balik tu, tak ubah macam gambaran watak hero novel cinta Melayu yang diminati Marlynn, tapi agak-agaklah.
“Apa Cord ni? Sakit tau.”
“Hah! Tahu pun sakit. Kot iya pun dah suka kat mamat tu agak-agaklah. Ni, kau tengok dia macam nak makan. Memang gabra la mamat tu.” Gelak Cordelia meletus lagi. Dah tak tahu nak cakap apa dengan Marlynn ni. Ikut je kepala tak betul dia tu.
 “Alaa nak test market je pun. Peluh halus kat dahi dia, dah tunjukkan yang dia tak pernah kena goda macam tu. Kat situ pun dah tolak satu markah. Sikap malu-malu tu buat dia nampak rare tapi bila tengok jari dia dah cuit-cuit baju kakak dia hmmmm pangkah terus. Lynn tak berkenan laa lelaki yang penakut dan tak tetap pendirian tu. Dia boleh je balas cakap Lynn tadi. Macam, behave! Ini tidak.”
Terbeliak mata Cordelia. Dalam sesi mengurat, sempat juga si Marlynn ni buat penilaian. Memang betul-betul guna serampang dua mata sungguh.
“Aduhhh kenapalah daddy kahwin dengan mama? Kalau tak, tak adalah dapat adik tiri kepala tak betul macam ni.”
“Ala bukan selalu pun,” jawab Marlynn selamba.
Dibawa cawan meninggi dan ditiupnya terlebih dahulu sebelum mencicipnya. Sapaan lambaian tangan daripada pelanggan yang masuk ke dalam kafe ini hanya dibalas dengan senyuman manis. Siapa yang tak kenal Marlynn Michandri, diakan ke bekas model Victoria Secret yang bergelar ‘Angle’ satu ketika dulu. Sekarang dia dah bersara.  
Dalam pada mata melilau memandang ke sekeliling cafe, Marlynn terpandang pada seorang lelaki yang duduk bersetentang dengannya. Pandangan tajam lelaki tu buatkan Marlynn tak berani terus berbalas pandang. Diletakkan cawan atas meja. Tisu diambil untuk mengesat hujung bibirnya.
“Apa yang Sir pandang-pandang tu? Dari tadi lagi aku tengok Sir tengok tak lepas?” Soal Chong.
Yazid masih memegang cawan dengan bibir yang mencicip seteguk sambil mata masih melekat pada pemandangan indah di depan. Pertanyaan Chong langsung tak dihiraukannya.
“Sir! Sir!” Panggil Chong dengan memetik jari di depan muka Yazid.
 “Hah.”
“Apa yang menarik sangat sampai aku panggil pun Sir tak dengar?”
“Aku nampak jodoh. So apa maklumat yang kau dapat?”
Saja Yazid mengalihkan soalan Chong pada apa yang indah di depan matanya ini. Cepat-cepat Chong menoleh ke belakang. Nak tengok jodoh yang dimaksudkan Yazid.
“Mana?”
“Tak payah tengok. Dia dah blah. So?”
“Alaaa melepas aku! Okey! Ceritanya macam ni. Perempuan yang pandu kereta tu namanya, Cordelia Rafina Desmond. Tapi kereta yang dipandu itu adalah milik gadis yang berkebaya merah tadi. Namanya, Marlynn Michandri. Adik beradik tiri. Mereka tu arkitek. Tapi tak nampak gaya arkitek pun kan Sir,” cerita Chong.
“Hmmm...”
Yazid tekun mendengar setiap maklumat yang diceritakan oleh Chong.
“Fasih berbahasa Melayu Sir. Sebab mama mereka merupakan pensyarah persuratan Melayu kat Universiti Wollonggong tu,” cerita Chong.
“Oooo… patutlah fasih,” akui Yazid.
Berkerut dahi Chong melihat sengih di bibir Yazid.  Lain macam sungguh.
“Nombor telefon, skype dan alamat emel dapat ni. Tapi alamat rumah tak dapat. Aku pun dah transfer duit AUS1,000 pada akaun Marlynn seperti yang Sir suruh tu,” jelas Chong cukup ringkas.
Whatssup!” Arah Yazid.   
Sir ni, lain macam je aku tengok. Sir berkenan ke?” Chong menyoal soalan macam budak sekolah. Musyik tengok perangai Yazid.
“Dia spesis rare. Pelik,” jawab Yazid. Kepala diangguk.   
“Amanda?”
Yazid duduk tegak di hadapan Chong. Inilah pembantu khas yang paling banyak soal tapi paling dipercayainya. Chong merupakan penyimpan banyak rahsia tentang dirinya. Kebijaksanaan, keprihatinan dan kejujuran Chong pada tanggungjawab buatkan persahabatan mereka lebih akrab melebihi majikan dan pekerja.
Business partner aku tu. Tak payahlah sebut nama dia. Aku rimas.
Bulat mata Chong memandang pada Yazid. Ini pertama kalinya, Yazid meluahkan rasa rimas berada di samping Amanda yang terlebih gedik bila bersamanya. Sebelum ni, dibuat muka beku je dengan Amanda.
“Lainlah kalau si kebaya merah tu. Spesis rare yang sesuai sebagai potential sleeping partner. Kau dah hantar maklumat tu kat aku?” Yazid bergurau. Jatuh rahang Chong.
“Dah.”
“Bak sini telefon kau,” minta Yazid. Chong membatalkan butang keselamatan dan menghulurnya pada Yazid. Laju jari Yazid menari pada skrin telefon Chong. Kemudian dia pulangkan balik pada Chong.
“Aku dah delete maklumat tu dari telefon kau. Maklumat dia, aku sorang je ada.”
“Errr… kenapa pulak?”
She’s not your type. Dengan kurung moden bunga biru tu memang padan dengan dia. Rambut panjang ikal mayang. Warna coklat gelap, mengurai. Cantik kulit putih mulus dan bersih tu tak perlukan solekan tebal. Eyeliner dan lipstick pun dah cukup. Kurus tinggi sesuai sangat dengan tumit tinggi lima inci tu. Perfect!”
 Sekali lagi jantung Chong dikejutkan dengan ulasan Yazid yang mengalahkan mesin pengimbas harga. Alaa, yang cashier guna untuk mengimbas tanda harga tu. Sepantas kilat, kepala dipusing ke belakang mencari kelibat gadis yang dimaksudkan Yazid. Tak ada!
Sir cakap pasal siapa ni? Minah Salleh hari tu pakai kebaya merah. Bukan kurung moden.”
“Aku cakap pasal jodoh aku.”
 Selamba jawab Yazid. Sejak insiden kelmarin tu, hatinya bagai digari oleh si pemilik kereta antik itu sendiri. Ahhh!!

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete