Marlynn menolak pintu
pejabatnya dengan kuat. Siap dipulas kunci pada tombol pintu. Badan dihenyak
pada kerusi. Sesak yang menekan di dada semakin menyakitkan. Mata dipejam
rapat. Namun, air mata mengalir juga dari tubir mata.
“Papa! Tak! Papa tak boleh mati. Lynn
belum maafkan papa lagi tau. Lynn masih tak terima papa tinggalkan Lynn. Papa…”
bisik Marlynn sambil memegang dadanya. Sakitnya!
Badan disandarkan longlai pada
kepala kerusi. Panggilan telefon daripada ibu tirinya, Mariam buatkan Marlynn
tergamam. Itulah pertama kalinya,
Marlynn mendengar suara Mariam tersedu merayu kepulangannya. Jeda!
“Lynn, bukak pintu ni Lynn,”
panggil Cordelia cemas di pintu yang berkunci.
“Leave. Me. Alone.”
Jerit Marlynn sepatah demi sepatah
dengan lantang. Suara Marlynn bergetar dek sedih yang tak terbendung. Dengan
perlahan jari Marlynn membuka laci meja paling bawah. Sebuah bingkai gambar
lama ditatapnya. Jari runcing Marlynn mengusap wajah Mathew yang tersenyum
riang dalam gambar itu.
“No! Open this door please,” pujuk Cordelia
tegas. Bimbang Marlynn bertindak diluar kawalan. Pintu diketuknya bertalu. Nak
dibuka, sudah dikunci dari dalam oleh Marlynn.
“Leave me alone,” pinta Marlynn
dengan suara serak menangis.
Ketukan pintu yang tadinya bertalu,
berhenti. Marlynn mencium lama bingkai gambar. Kemudian ditekapnya bingkai
gambar ke dada.
“Tapi Lynn masih sayangkan papa.
Lynn rindukan papa sangat sangat,” lirih bicara Marlynn. Air mata di pipi
dibiarkan mengalir bebas.
Pintu pejabat Marlynn terkuak
tiba-tiba. Tergamam Cordelia dan Samuel yang tersembul depan pintu. Sisi
Marlynn yang tak pernah dilihat mereka sebelum ini.
“Lynn. Lynn.”
Cordelia laju memeluk tubuh lemah
Marlynn. Air matanya bergenang di tubir mata. Simpati dengan nasib si adik tiri
merangkap kawan baiknya ini. Marlynn memandang Cordelia dengan bibir yang
bergetar.
“Papa dah mati Cord. Umi kata papa
dah mati.”
“Ya. Lynn. Mama baru call bagitahu perkara yang sama,” kata
Cordelia menahan sebak. Dahi Marlynn dikucupnya penuh kasih.
“Papa mati, Cord. Papa mati,”
bisik Marlynn lagi. Esakannya semakin mengila. Cordelia tak tahan sebak. Dia
turut menangis berjemaah dengan Marlynn. Tersentuh sangat hatinya.
“Shsss…”
Samuel turut simpati dengan apa
yang dilalui oleh si pujaan hati. Dia ingin memeluk dan menenangkan Marlynn
ketika ini. Tangisan Marlynn buatkan dia tak keruan.
“Lynn. Cord.”
“Leave us alone Sam,” pinta
Cordelia.
“But Cord….” Samuel
mengharap diberi peluang.
Cordelia berpaling memandang pada
Samuel. Pandangan mata mengharap kefahaman Samuel diberikan. Dengan keluhan
berat Samuel angguk. Perlahan dia berlalu keluar. Sampai di depan pintu, Samuel berpaling.
“Lynn! You can count on me. I’m
always for you. Ring me,” ucap Samuel.
Tiada reaksi daripada Marlynn yang
masih teresak dalam pelukan Cordelia. Bersama keluhan, Samuel meninggalkan
bilik Marlynn.
“Kita balik,” pujuk Cordelia
lembut.
“Lynn tak nak balik sana Cord.
Lynn tak nak balik Malaysia. Lynn tak sedia. Mereka tak boleh tanam papa. Tak!
Tak! Lynn tak nak balik. Mereka tak boleh tanam papa,” kata Marlynn merayu.
Itulah permintaan Mariam pada Marlynn. Hajat terakhir Mathew ingin dipenuhi.
Selagi Marlynn tak sampai, selagi itulah mereka tak akan kebumikan Mathew.
Tergamam Cordelia. Sungguh dia tak
tahu nak cakap apa. Perbezaan agama dan budaya tak mampu difahami. Cuma mamanya,
Susan yang mampu faham dan nasihatkan Marlynn apa yang terbaik.
“Kita balik rumah mama. Semua
tunggu Lynn kat rumah sekarang ni. Cord tahu Lynn kuat. Kita semua ada dengan
Lynn,” pujuk Cordelia lagi.
“Cord tolong jangan pujuk Lynn
balik Malaysia. Jangan biarkan mama pujuk Lynn balik Malaysia. Lynn tak mampu.
Lynn tak nak. Papa tak mati. Papa tak boleh mati. Mereka tak boleh tanam papa.
Papa tak jumpa Lynn lagi.”
Semakin rancak esakan Marlynn yang
tadinya sudah surut.
“Shsss… Cord janji Lynn. Tapi,
Lynn juga kena janji. Buang perangai emosional ni. Ini bukan Lynn, adik
kesayangan Cord. Adik Cord, seorang yang rasional. Yang kuat. Yang tak akan
jatuh dengan cabaran. Dia kental. Dia superhero keluargakan.”
“Superhero pun ada perasaanlah
Cord. Menangis juga,” balas Marlynn. Air matanya dikesat dengan hujung jari.
Pucuk hidung juga dikesat sebelum jari meraut rambutnya kebelakang. Wajah sugul
Marlynn jelas kelihatan.
Jawapan pendek Marlynn buatkan
Cordelia tersenyum. Tidaklah teruk sangat sedih Marlynn sekiranya dia mampu
rasional.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny