Puteri sampai ke Teratak Melur dengan hatinya yang
geram bercampur malu dengan Putera Nashrid. Ratu Ayu sudah bersedia untuk
mempersiapkannya bagi upacara pernikahan Puteri dengan Putera Nashrid. Keluarga
terdekat Putera Nashrid seperti Raja Nong, Ratu Bayu, Putera Sharid dan Putera
Tarid bersama Kiai Agong Kejora dan pengiring mereka sedang menunggu Puteri di
dalam Teratak Melur.
Puteri dihias sebagaimana Puteri Bulan Kejora perlu
dihiaskan untuk majlis ijabkabul ini. Dalam redupan cahaya bulan yang penuh,
Puteri selamat bergelar Permaisuri Mendalin. Putera Nashrid memandang Puteri
dengan ekor mata bagi menikmati keindahan wajah Puteri tanpa niqub buat pertama
kalinya. Terpegun seketika.
"Betul ke keputusan Tia ni Anum?" soal
Puteri berbisik.
"Salah satu yang terbaik pernah saya lihat,
Tia," jawab Dang Anum kelat. Tak difikirkan langsung yang Puteri akan
bernikah sebegini cepat. Ditambah pula dengan majlis yang cukup ringkas. Sedih
bertandang di benak Dang Anum, mengenangkan Puteri yang tidak dilayan seperti
puteri bongsu yang dijulang dengan penuh kasih sayang di negaranya
sendiri.
"Boleh ke Tia bahagia seperti Anum dan
Mahmud?" soalan Puteri yang polos buatkan Dang Anum menarik kerusi dan
duduk dihadapannya.
"Tia, sebuah perkahwinan yang suci mampu bahagia
sekiranya mereka berdua berusaha untuk membahagiakannya sepanjang masa. Cinta,
kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan menjadi tiang seri pada tanggungjawab
mereka agar kebahagian bersama dapat dikecapi."
"Tapi Tia tak pernah bercinta pun dengan Tuanku
Putera."
"Belajarlah mencintainya, Tia. Baginda Ummi
Aisyah pun tak pernah bercinta dengan baginda Rasulullah sebelum mereka
diijabkabulkan. Rasa itu dipupuk setelah mereka berumahtangga. Mereka bahagia
sampai akhir hayat mereka dalam cara mereka sendiri," nasihat Dang Anum
lagi.
Setelah Kiai Agong selesai berdoa. Putera Nashrid
sudah bangun dan berpaling memandang Puteri. Debaran Puteri semakin kencang
bila semuanya selesai. Nak pulak bila ditenung oleh Putera Nashrid dengan
pandangan matanya yang tajam. Belum pernah dirasai seperti ini. Puteri tunduk
menyepi.
Putera Nashrid bertemu dengan Raden Indra, Putera
Nong dan Putera Sharid untuk mengucapkan
terima kasih seterusnya berbincang perihal Putera Khalif dan Puteri Sofia. Dalam
tidak mereka sedari, Puteri telah menyelinap keluar untuk terjun ke dalam air terjun.
Dia tak mampu lagi menahan debaran di hati yang semakin meruncing. Menyelam dan
berendam sambil diurut oleh anak-anak ikan kecil adalah tindakan yang mampu
melegakannya. Mengasyikkan sungguh.
Splashhhh!
Dengan pakaian yang tersarung indah, Puteri terapung
bebas di dalam air. Ikan-ikan kecil mengerumuninya dan membelai setiap inchi
tubuhnya. Sehelai demi sehelai pakaiannya dibuka oleh ribuan ikan kecil hingga
tertinggal sehelai gaun sutera yang lembut. Puteri lena diulit manja oleh
ikan-ikan kecil itu. Perlahan-lahan hilang rasa gemuruh dan berdebarnya.
Ketenangan mulai dirasai. Bunyi air melenakan Puteri.
"Penaklukan itu wajib sebagai suami tanda kasih
dan bertanggungjawabnya pada si isteri yang akan meninggalkannya dengan penuh
kerinduan," bisikan bahasa minda Putera Nashrid lembut menembusi telinga
Puteri.
Terbuntang mata Puteri bila mendapati tubuhnya
sedang dipeluk dan dibelai mesra oleh Putera Nashrid. Hati dirasakan bagai mahu
tercabut satu persatu denyutnya akibat lelah dengan godaan Putera Nashrid yang
lembut membelai sehingga dia tak sedar. Anak-anak ikan yang tadinya
mengelilingi Puteri kini telah lari menyembunyikan diri dan membiarkan Puteri
bersama Putera Nashrid tanpa diganggu.
“Bukankah penaklukan itu dilakukan dengan penuh
kerelaan dan cinta yang tidak terperi?” balas Puteri gementar.
“Adinda Puteri takut kanda mengkasari adinda?” soal
Putera Nashrid lembut.
Kelu minda Puteri untuk membalas bila mendengar
suara Putera Nashrid yang begitu lembut merayunya.
“Saya bertanya pada hati. Adakah ini cinta? Namun
hingga kini hati belum memberi kepastiannya lagi. Boleh tak kita KIV hal
penaklukan itu?” soal Puteri.
“Bukankah setiap deria dan saraf adinda sudah
menyerah kalah dan merelakan dibelai dan dicintai oleh seorang putera budiman?”
sengih Putera Nashrid tak mahu mengalah menggoda Puteri kesayangan.
“Bahasa di Bumi mengelarkannya sebagai ‘nerves breakdown’ ianya satu penyakit
kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat,” ucap Puteri yang masih
mengigil dalam pelukan Putera Nashrid.
“Adinda Puteri kurang yakin dengan kanda?” soal
Putera Nashrid lagi.
“Ehh! Bukan macam tu. Saya yakin dengan Tuanku Putera,
saya cuma kurang yakin dengan diri saya sendiri. Mampukah saya menjadi isteri
kepada seorang putera yang budiman. Puteri hingusan ini sangat pelik dan jelik
di kalangan bangsawan Kejora.”
“Bukan Tuanku Putera, wahai adinda puteriku sayang, Kanda! Kanda
tetap mahukan adinda puteri hingusan ini menjadi Permaisuri kanda. Puteri
hingusan ini mempunyai hati yang bersih dan sanggup berkorban demi negara dan
keluarganya. Bak kata orang Bumi ‘I fall
in love with you, sweetheart. Never imagine that one day I will meet my
soulmate here, in Teratak Melur,’’ucap Putera Nashrid penuh santun.
“Saya belum cukup layak untuk Tuanku Putera. Salah
satu bahasa orang Bumi yang saya suka,” balas Puteri dalam Bahasa Jepun yang
disukainya.
“Walau apapun terjadi adinda tetap milik kanda
selamanya. Ini pula bahasa Bumi yang kanda minati,” ucap Putera Nashrid penuh
yakin dalam Bahasa Itali.
‘Eeeee dia suka Bahasa Itali? Patutlah aura
menggodanya boleh membunuh keayuanku. Tahu saja alahanku terhadap Bahasa Itali
yang lemah gemalai ni. Seksi sungguh bila lelaki bertutur dalam bahasa ini
dengan penuh sopan. Aku terkam juga Putera Nashrid ni kang,’ucap Puteri dalam
mindanya.
“Seronok menjadi milik adinda. Kanda sudah lama
bersedia sejak di Lautan Kasih lagi. Kalau adinda puteri yang nak terkam kanda,
tersangatlah dialukan,” usik Putera Nashrid dalam Bahasa Itali sambil
mengeratkan pelukannya.
‘Allah, terlupa membeku minda. Masyarakat Kejora ini
memang tak boleh lepa langsung. Suka sangat menceroboh minda. Tak ada kebebasan
sungguh. Erkk…’terdiam Puteri membebel dimindanya bila bibirnya dikucup mesra.
Anak-anak ikan terus menikus di belakang batu.
Menutup mata dari menyaksikan penaklukan halal suami ke atas isterinya dengan
penuh santun dan kerelaan. Bulan penuh bertambah seri bila Kejora bergemerlapan
indah nun jauh di sana. Tiada lagi gentar. Tiada lagi debaran. Yang tinggal
adalah kemanisan yang terindah.
“Terima kasih dinda. Kanda berat lepaskan dinda
namun janji tetap kanda tunaikan dengan harapan pulanglah ke Lautan Kasih setiap
purnama. Kanda akan menunggu dinda di sana. Sempurnakanlah tugas dinda pada
keluarga dan Sakura hingga selesai. Namun jangan sesekali melupai kanda,” pesan
Putera Nashrid.
“Tuanku Putera.”
“Kanda!... dinda.”
“Saya tak selesa dengan panggilan itu. Boleh kita
ubah mengikut bahasa Bumi yang lebih mudah dan bebas,” pinta Puteri ragu.
“Sebagai contohnya?”
“Abang-saya atau awak-saya atau sayang-kasih
atau…,”cadang Puteri.
“Kanda suka dengan panggilan sayang untuk dinda dan
kasih untuk kanda,” pintas Putera Nashrid.
“Emmm.. sedap. Tak tergeliat lidah nak panggil.
Baiklah Kasih, Tia sebenarnya malu ni,” balas Puteri yang selesa membahasakan
dirinya dengan panggilan Tia membuatkan Putera Nashrid menarik pinggangnya
rapat-rapat. Glurpp.
“Ya, Sayang. Malukan Kasih?” senyum Putera Nashrid.
“Naik ke tebing dululah. Penat lama-lama dalam air
ni,”
Putera Nashrid memeluk Puteri naik ke tebing dengan
mudah. Puteri masih tidak dilepaskan. Kalau diikutkan hati yang bergelora ingin
saja dibawa Puteri ke Lautan Kasih saja. Di kurung di Istana Nashrid sampai
bila-bila.
Puteri melentukkan kepalanya yang beralas tangan di
tebing sungai. Sementara Putera Nashrid masih memeluk dibelakangnya. Rasa penat
ditakluki penuh sopan buatkan Puteri terlena di situ. Lewat subuh baru Puteri
tersedar.
“Kasih!” panggil Puteri bila mendapati Putera
Nashrid tiada di sisinya.
Bingkas bangun Puteri berlari pulang ke Teratak
Melur. Kehangatan penaklukan itu masih sedar di mindanya. Hatinya terdetik
sedih bila tiada sepatah ucapan selamat tinggal pun diucapkan oleh Putera
Nashrid sewaktu meninggalkannya sendirian.
“Lelaki semua sama. Tak kira di Kejora mahupun di
Bumi. Suka sangat menguasai. Eeee… geram,” bebel Puteri sepanjang perjalanan
pulang.
“Pagi, Tia,” sapa Raden Indra di tepi anjung rumah.
“Pagi, nenda.”
“Kenapa tak balik rumah semalam? Tia tahu tak, kalau
tidur di air terjun tu, nanti Tia demam. Budak ni suka sangat menyiksa diri,”
bebel Raden Indra.
“Tia suka di belai oleh anak-anak ikan tu, nenda,”
jelas Puteri.
“Bukan dibelai oleh cucunda Nashrid?” usikan Raden
Indra buatkan pipi Puteri merah macam baru lepas terbakar.
“Errr…” mati bahasa Puteri dibuatnya.
“Sudah tu pergi bersiap. Cucunda Nashrid di dapur
sedang masakkan sarapan pagi untuk isteri tersayang. Tia ni, beruntung dapat
suami yang pandai masak,” cerita Raden Indra.
“Haaah!”
Pantas Puteri berlari ke dapur. Ratu Ayu dan Ratu
Bayu sedang duduk memerhati Putera Nashrid yang sedang mengoreng nasi dengan
penuh gayanya. Tak dapat dibayangkan seorang putera budiman yang memerintah
sebuah negara di Kejora tahu memasak. Lebih mengharukan lagi beliau memasak
untuk isterinya yang terlena di tebing sungai. Sungguh kurang sopan isterinya
itu!
“Pagi semua,” teragak-agak Puteri menyapa.
“Ohh! Selamat pagi sayang,” ucap Ratu Bayu memeluk
dan mencium pipi Puteri dengan penuh kasih sayang.
“Tia pergi mandi. Air liur basi dan tahi mata penuh
kat muka. Lepas ini kita bersiap untuk pulang ke Mendalin,” ucap Ratu Ayu.
“Maaf, bonda. Tia ada tugas yang perlu disempurnakan
terlebih dahulu. Janji yang perlu ditunaikan. Tia akan menyusul sebaik saja
janji itu selesai,” ucap Puteri.
Putera Nashrid yang diam mendengar, berpaling
memandang pada Puteri dengan ekor matanya. Puteri tertunduk malu. Memang dia
cukup malu dan segan dengan Putera Nashrid kini. Tak tahulah kenapa, setiap
kali memandangnya, Puteri rasa berdebar sangat. Manusia di Bumi kalau diserang
rasa begini, memang sah ke Institut Jantung Negara buat pemeriksaan jantung.
Tapi Puteri pula masih di sini.
“Janji apa Sayangku, Tia?” soal Putera Nashrid
mendatar tiada perasaan.
“Tia telah melanggar salah satu kontrak perjanjian
dengan seorang tokoh terhormat di sini. Sebagai balasan untuk menebus
perjanjian itu, Tia dikehendaki masak untuknya,” cerita Puteri polos.
“Memasak? Sayang Tia tahu memasak?” teruja Putera
Nashrid. Memang dia inginkan permaisuri yang pandai memasak untuknya. Belum ada
seorang puteri pun di Keroja yang sanggup masuk ke dapur untuk memasak. Jika
Puteri pandai memasak, bahagialah Putera Nashrid.
“Tak,” geleng Puteri.
“Haaa!” terkejut Putera Nashrid tak percaya.
“Tia akan pandai sekejap lagi. Yang penting Tia
berusaha dengan ikhlas dan tepati janji yang telah Tia persetujui,” ucap Puteri
ringkas.
Mengeluh Putera Nashrid dengan sikap Puteri yang
bersahaja. Suka memasukkan diri dalam masalah. Bukankah mudah untuk tidak
berjanji pada suatu yang diri sendiri tak ketahui.
Puteri ke kamar beradunya untuk bersiap. Menatap
tubuhnya di cermin, buatkan pipinya merah menahan malu. Kesan penaklukan masih
segar. Berpusing-pusing Puteri di hadapan cermin menilik tubuhnya dalam kamar.
Mengira satu persatu macam budak kecil. Kemudian tersenyum malu.
“Kenapa Sayang?” serbu Putera Nashrid dengan
senyuman nakal.
“Errrr…ingin menutup tanda kasih,” tertunduk Puteri
menjawab.
“Bukan mengira berapa banyak tanda kasih itu? Tak
cukup mari sini, Kasih tambahkan sikit lagi,” ucap Putera Nashrid mengusik.
“Oooo tak apa. Ini sudah lebih dari cukup. Tia
malu.”
“Sayang Tia. Kasih ingin bergerak pulang ke
Mendalin. Banyak persiapan yang perlu Kasih sediakan menyambut Permaisuri di
sana. Upacara pertunangan Mendalin agak memenatkan. Harap Sayang bersedia.
Jangan penat sangat macam semalam. Kasih belum puas, Sayang sudah terlentuk,”
ucap Putera Nashrid.
Zooppp. Hilang terus Puteri dari pandangan mata
Putera Nashrid. Dia meninggalkan Putera Nashrid dengan gelak yang cukup kuat.
Lucu sangat dirasakannya. Puteri yang sangat pemalu, di mana dia disentuh di
situ dia tunduk.
“Kanda akan merinduimu selalu, Sayang. Kanda mahu
memelukmu erat. Muncullah, Sayang. Kanda ingin mengucapkan selamat tinggal buat
Sayang,” pinta Putera Nashrid lembut dalam Bahasa Itali merayu Puteri.
Putera Nashrid tersenyum bila merasa pipinya sudah
dikucup namun kelibat Puteri tidak kelihatan. Nakal gelagat Puteri di mata
Putera Nashrid tak terperi lucunya. Geram semakin memuncak untuk memeluk dan
memikul Puteri pulang terus ke Lautan Kasih.
alahai sweetnya putera nashrid. nak lg....
ReplyDeletecomel dorg nie.. walau dh pena bca n3 nie tp ttp teruja..
ReplyDeleteMerah pipiku tersipu malu hihihi...
ReplyDelete