Friday, September 21, 2018

Obses You - Bab 3


 “Nasib baiklah kau tu cantik, aku tunggulah juga. Kalau tak, memang bai bai je laa,” bebel Chong.
Tak puas hati betul Chong kerana terpaksa tunggu lama. Cordelia kata nak jumpa. Ada hal mustahak katanya. Tapi, sampai sekarang bayang pun tak nampak.
Yazid angkat bahu. Malas nak beratkan kepala dengan benda remeh-temeh. Dah namanya pun cuti. Biarkan jelah. Bersahaja dicicipnya Cappucino yang masih berasap. Rehat dan menghayati sajalah apa yang ada disekelilingnya. Datang atau tidak Cordelia, tak ganggu hidupnya.
Cordelia meluru masuk ke dalam kafe sambil bercakap di telefon. Mimik muka macam nak nak makan orang. Geram!
 “Kau ni kan dik, janji nak datang sama. Akak dah sampai sini hah. What???? Arhhhh benci tau. Takkan disebabkan hal tu, kau nak berangin satu badan. Pedulikan je dia tu. Hmmmm… yalah. Betul ni nak pulangkan semua? Yalah, akak bagi tahu mereka. Jumpa kat rumah nanti,” kata Cordelia mengakhiri perbualan telefonnya.
“Maaf! Maaf! Maaf sangat, sangat,” ucap Cordelia yang menarik kerusi di sebelah Chong.
“Tak apa Cord. Kenapa you nak jumpa kami ni?”
Cordelia terus mengeluarkan sampul berisi duit. Dihulurnya pada Chong. Berkerut dahi Chong melihat isi dalam sampul berkenaan.
“I datang nak pulangkan semula duit you. Kereta tu tak payah masuk bengkel pun. Adik I betulkan sendiri. Semua dah back to normal.  Jadi dia suruh pulangkan semula duit ni. You pun datang sini sebagai pelancongkan. Dia tak nak susahkan you. Ambillah,” jelas Cordelia lembut. Itulah yang diminta oleh Marlynn semalam, bila mengetahui orang yang melanggarnya itu bukan orang tempatan, tapi orang Malaysia yang datang melancong di sini.
Bulat mata Chong. Yazid pula tayang muka serius. Dia sememangnya tak menjangka hal seperti ini akan terjadi.
“Takkan nak pulangkan?”
“Ya. Seratus peratus pulangkan.”
“Tapi kenapa, bukan kelmarin tu dia mengamuk sakan ke?” Chong bersoal tak puas hati. Pelik bin ajaib.
Cordelia sengih. Tak tahu nak cerita bagaimana. Serba-salah pun ada juga. Sudahlah orang yang didepannya ni, baru sangat dikenali. Tapi ramahnya macam dah kenal lama.
“Terus-terang je Cord,” arah Yazid yang nampak reaksi serba-salah Cordelia.
“Lynn ni sebenarnya obsess pada Melayu. Semua benda berkenaan Melayu dia teruja sangat. Tak kiralah bahasa ke, negara yang ramai orang Melayu ke, pakaian ke, even lelaki Melayu pun dia suka. Pokoknya, ada je nama Melayu dia mesti suka.” Cordelia berkongsi perihal Marlynn.
“So?” Soal Chong yang susah nak percaya apa yang dikongsikan Cordelia.
“Lynna suruh I pulangkan duit ni, bila dengar perkataan Malaysia-Melayu. Dan yang paling kuatnya, sebab nama si tukang langar adalah Raja Ahmad Yazid.” Cordelia berterus-terang dengan mereka.
“Minat gila ni,” sengih Chong sambil kepala digeleng tak percaya.
“Bukan minat lagi dah. Tapi obsess.” Cordelia membetulkan ayat penyata Chong.
“Obsess!” bibir Yazid mengulang apa yang ditekankan oleh Cordelia tadi.
“Sejak balik dari US setahun yang lalu, Lynn ni memang obsess nak cari pasangan hidup berketurunan Melayu. Ditambah pula, bila kebelakangan ni novelis genre cinta ni letakkan gambaran hero yang mengancam. Dari situlah, dia dapat idea yang lelaki Melayu ni romantik,” gelak Cordelia.
Chong sengih pandang pada Yazid yang terangkat sebelah keningnya. Lelaki Melayu romantik? Tak masuk akal!
“Chilldish.”
Sepatah komen Yazid yang tak dapat disangkal oleh Cordelia. Itulah yang sering ditegur oleh mama dan daddy mereka. Tapi, mengenali Marlynn yang degil. Memang macam curah air ke daun keladi sajalah teguran tu semua.
“Kata mama, manusia diberi nafsu untuk menikmati maksud kehidupan. Tapi Lynn ni, keterlaluan membenarkan nafsu memandu kehidupannya sendiri. Mujurlah, obsess dia tu tak ganggu karier dia.”
“Betul tu. Aku setuju fakta tu,” celah Chong. Dia sangat setuju dengan kenyataan yang diucap oleh Cordelia.
“Cumanya Lynn ni sangatlah popular dikalangan masyarakat Melayu di sini. Apa-apa majlis keraian mesti dia dijemput. Popularlah.”
Chong gelak. “Kalau di Malaysia, Lynn ni dah layak jadi wakil rakyat.”
Cordelia sekadar senyum. Bercerita tentang Marlynn, sampai esok pun tak habis kisah menongkah arus, adik tirinya tu.

Obses You - Bab 2


Cordelia terus mengutil lengan Marlynn. Geram pula melihat tahap gatal Marlynn yang terlebih merenyam malam ni. Tahulah rupa lelaki yang baru balik tu, tak ubah macam gambaran watak hero novel cinta Melayu yang diminati Marlynn, tapi agak-agaklah.
“Apa Cord ni? Sakit tau.”
“Hah! Tahu pun sakit. Kot iya pun dah suka kat mamat tu agak-agaklah. Ni, kau tengok dia macam nak makan. Memang gabra la mamat tu.” Gelak Cordelia meletus lagi. Dah tak tahu nak cakap apa dengan Marlynn ni. Ikut je kepala tak betul dia tu.
 “Alaa nak test market je pun. Peluh halus kat dahi dia, dah tunjukkan yang dia tak pernah kena goda macam tu. Kat situ pun dah tolak satu markah. Sikap malu-malu tu buat dia nampak rare tapi bila tengok jari dia dah cuit-cuit baju kakak dia hmmmm pangkah terus. Lynn tak berkenan laa lelaki yang penakut dan tak tetap pendirian tu. Dia boleh je balas cakap Lynn tadi. Macam, behave! Ini tidak.”
Terbeliak mata Cordelia. Dalam sesi mengurat, sempat juga si Marlynn ni buat penilaian. Memang betul-betul guna serampang dua mata sungguh.
“Aduhhh kenapalah daddy kahwin dengan mama? Kalau tak, tak adalah dapat adik tiri kepala tak betul macam ni.”
“Ala bukan selalu pun,” jawab Marlynn selamba.
Dibawa cawan meninggi dan ditiupnya terlebih dahulu sebelum mencicipnya. Sapaan lambaian tangan daripada pelanggan yang masuk ke dalam kafe ini hanya dibalas dengan senyuman manis. Siapa yang tak kenal Marlynn Michandri, diakan ke bekas model Victoria Secret yang bergelar ‘Angle’ satu ketika dulu. Sekarang dia dah bersara.  
Dalam pada mata melilau memandang ke sekeliling cafe, Marlynn terpandang pada seorang lelaki yang duduk bersetentang dengannya. Pandangan tajam lelaki tu buatkan Marlynn tak berani terus berbalas pandang. Diletakkan cawan atas meja. Tisu diambil untuk mengesat hujung bibirnya.
“Apa yang Sir pandang-pandang tu? Dari tadi lagi aku tengok Sir tengok tak lepas?” Soal Chong.
Yazid masih memegang cawan dengan bibir yang mencicip seteguk sambil mata masih melekat pada pemandangan indah di depan. Pertanyaan Chong langsung tak dihiraukannya.
“Sir! Sir!” Panggil Chong dengan memetik jari di depan muka Yazid.
 “Hah.”
“Apa yang menarik sangat sampai aku panggil pun Sir tak dengar?”
“Aku nampak jodoh. So apa maklumat yang kau dapat?”
Saja Yazid mengalihkan soalan Chong pada apa yang indah di depan matanya ini. Cepat-cepat Chong menoleh ke belakang. Nak tengok jodoh yang dimaksudkan Yazid.
“Mana?”
“Tak payah tengok. Dia dah blah. So?”
“Alaaa melepas aku! Okey! Ceritanya macam ni. Perempuan yang pandu kereta tu namanya, Cordelia Rafina Desmond. Tapi kereta yang dipandu itu adalah milik gadis yang berkebaya merah tadi. Namanya, Marlynn Michandri. Adik beradik tiri. Mereka tu arkitek. Tapi tak nampak gaya arkitek pun kan Sir,” cerita Chong.
“Hmmm...”
Yazid tekun mendengar setiap maklumat yang diceritakan oleh Chong.
“Fasih berbahasa Melayu Sir. Sebab mama mereka merupakan pensyarah persuratan Melayu kat Universiti Wollonggong tu,” cerita Chong.
“Oooo… patutlah fasih,” akui Yazid.
Berkerut dahi Chong melihat sengih di bibir Yazid.  Lain macam sungguh.
“Nombor telefon, skype dan alamat emel dapat ni. Tapi alamat rumah tak dapat. Aku pun dah transfer duit AUS1,000 pada akaun Marlynn seperti yang Sir suruh tu,” jelas Chong cukup ringkas.
“Whatssup!” Arah Yazid.   
“Sir ni, lain macam je aku tengok. Sir berkenan ke?” Chong menyoal soalan macam budak sekolah. Musyik tengok perangai Yazid.
“Dia spesis rare. Pelik,” jawab Yazid. Kepala diangguk.   
“Amanda?”
Yazid duduk tegak di hadapan Chong. Inilah pembantu khas yang paling banyak soal tapi paling dipercayainya. Chong merupakan penyimpan banyak rahsia tentang dirinya. Kebijaksanaan, keprihatinan dan kejujuran Chong pada tanggungjawab buatkan persahabatan mereka lebih akrab melebihi majikan dan pekerja.
“Business partner aku tu. Tak payahlah sebut nama dia. Aku rimas.”
Bulat mata Chong memandang pada Yazid. Ini pertama kalinya, Yazid meluahkan rasa rimas berada di samping Amanda yang terlebih gedik bila bersamanya. Sebelum ni, dibuat muka beku je dengan Amanda.
“Lainlah kalau si kebaya merah tu. Spesis rare yang sesuai sebagai potential sleeping partner. Kau dah hantar maklumat tu kat aku?” Yazid bergurau. Jatuh rahang Chong.
“Dah.”
“Bak sini telefon kau,” minta Yazid. Chong membatalkan butang keselamatan dan menghulurnya pada Yazid. Laju jari Yazid menari pada skrin telefon Chong. Kemudian dia pulangkan balik pada Chong.
“Aku dah delete maklumat tu dari telefon kau. Maklumat dia, aku sorang je ada.”
“Errr… kenapa pulak?”
“She’s not your type. Dengan kurung moden bunga biru tu memang padan dengan dia. Rambut panjang ikal mayang. Warna coklat gelap, mengurai. Cantik kulit putih mulus dan bersih tu tak perlukan solekan tebal. Eyeliner dan lipstick pun dah cukup. Kurus tinggi sesuai sangat dengan tumit tinggi lima inci tu. Perfect!”
 Sekali lagi jantung Chong dikejutkan dengan ulasan Yazid yang mengalahkan mesin pengimbas harga. Alaa, yang cashier guna untuk mengimbas tanda harga tu. Sepantas kilat, kepala dipusing ke belakang mencari kelibat gadis yang dimaksudkan Yazid. Tak ada!
“Sir cakap pasal siapa ni? Minah Salleh hari tu pakai kebaya merah. Bukan kurung moden.”
“Aku cakap pasal jodoh aku.”
 Selamba jawab Yazid. Sejak insiden kelmarin tu, hatinya bagai digari oleh si pemilik kereta antik itu sendiri. Ahhh!!

Obses You - Bab 1


Marlynn yang berkebaya pendek terkedu. Luluh jantung dibuatnya bila lihat kereta antik kesayangannya disodok oleh kereta Holden warna hitam metalik. Ciss!
Cordelia si kakak tiri merangkap BFF-nya terkasima di tempat memandu. Mata tertacap pada wajah menyinga Marlynn. Oh! Mampus.
Marlynn terus berlari-lari anak kembali ke kereta. Tak tahu nak cakap apa. Melainkan hati yang bergumpal rasa marah. Bibir terkumat-kamit memaki hamun pesalah yang baru keluar dari kereta. 
“Eeee mamat ni. Dia ingat dengan muka kacak dia tu, aku boleh sejuk. Boleh biarkan je,  dia cederakan kekasih hati aku ni. Ikutkan hati, memang aku sula sekor sekor ni. Huh! Nilah yang dikatakan akai letak kat lutut. Arhhhhh bencinya!” Omel Marlynn tak perdulikan renungan tajam padanya.
“Sorry,” jawab salah seorang dari mereka yang berambut coklat.
Marlynn  mencangkung untuk melihat lampu belakang kereta yang sudah bersepai penutupnya. Tak dihiraukan langsung sapaan orang yang melanggarnya tu.
“Sayang, awak dah cedera ya. Saya akan tuntut bela untuk sayang ya.”  Sambil jari Marlynn menyapu kemek di tepi kereta. Rasa nak nangis pun ada, nak makan orang pun ada.
“Lynn, biar Cord je yang uruskan. Lynn pergilah masuk cepat. Tadi kata dah lambat. Lynn tu emcee, kang tak jalan majlis sebab emcee dia tak ada,” suruh Cordelia tergagap.
Dia berharap sangat Marlynn tak mengamuk kat sini. Kalau fasal kereta antik ni, memang boleh mendatangkan malapetaka besar. Waima tercalar sikit pun boleh berminggu bebelnya. Inikan pula dah terkeluar lampu kat belakang. Masak! Masak!
“Huh! Nasib baiklah Lynn nak cepat. Cord, ambik nombor telefon dan alamat. Lelaki Mat Salleh ni, kalau tak menyusahkan orang, tak senang kot. Lynn baru polish kereta ni semalam. Baru perasan nak jadi Saloma. Semak betullah. Benci!”
Marlynn mengambil barang di tempat duduk belakang kereta dan terus menutup pintu dengan kuat. Tunjuk marah!  
Cordelia garu dahi. Sejak balik dari US, Marlynn memang berbulu dengan lelaki. Secara terang-terangan, dia obsess mencari calon teman hidup berbangsa Melayu. Proses saringannya sangatlah unik, calon tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri persis hero novel cinta Melayu.
Pening kepala mamanya, Susan. Nasihatlah macam manapun, Marlynn tetap dengan teori obsesnya pada Melayu yang mampu sempurnakan hidupnya. Tapi bila disuruh ke negara yang ramai bangsa Melayu tak mahu pula. Nak cari Melayu di benua kanggaru ni juga. Mana nak jumpa.  
 “Apa cakap macam tu?”
Cordelia berbisik memarahi Marlynn. Sudahlah tadi, dibuat muka sombong. Langsung tak dijawabnya pertanyaan lelaki itu. Lepas tu dipamerkan pula muka masam. Siap dipakejkan dengan jelingan tajam lagi.
Padahal, dua jejaka persis Pan Asian ni cukup tertib lagi sopan mohon maaf. Rupa pun boleh tahan juga dengan Rayban sebagai pelengkap gaya.
“Lantaklah, bukan dia orang faham pun. Ingat! Jangan berlembut. Kekasih hati Lynn ni, dah cedera parah ni. Nak bawa hospital pun, bukan boleh pergi hospital biasa. Kena pergi hospital pakar. Cord jangan lupa. Ambil kad nama, alamat dan snap gambar mereka. Malam nanti kita jumpa kat rumah,” ucap Marlynn yang tergesa berlalu.
Cordelia sekadar layang senyum terpaksa dengan gaya Marlynn yang tergesa. Jadual Marlynn kebelakangan ni padat dengan aktiviti sukarelawaanmya di Fakulti Bahasa, Universiti Wollonggong dan Kedutaan Malaysia.
“Sorry about her.” Cordelia bersuara serba-salah.
“Ooo it’s okey. My bad. Chong please assist this lovely lady,” arah Yazid mudah. 
Chong ditinggalkan di situ bagi menguruskan kemalangan kecil tersebut. Mujurlah dia tak laju sangat. Tapi pecah jugalah lampu belakang dan kemek sikit pada badan kereta antik tu.
Yazid berdiri memandang gadis berkebaya merah tergesa, masuk ke dalam bangunan warna kelabu. Tak sempat nak tanya nama. Nak tanya apapun tak sempat. Selepas disembur puas-puas, minah tu, blah macam tu saja. Telefon dikeluarkan dari poket. Pesanan ringkas dititipkan.

Yazid : Dapatkan infor perempuan kebaya tadi.
Siap dengan nombor telefon, alamat, skype dan email sekali. Kau ikut dia, hantar kereta kat bengkel mana pun. Aku gerak dulu.
Chong :     Errr... Yes, Sir.
Yazid : Aku tunggu kau kat kafe semalam.

  Yazid pegang dadanya yang berdegup kencang. Sengih senget terukir di bibir. Wow!!!!
“Jelita! Mungkin kita berjodoh.”