Friday, September 21, 2018

Obses You - Bab 1


Marlynn yang berkebaya pendek terkedu. Luluh jantung dibuatnya bila lihat kereta antik kesayangannya disodok oleh kereta Holden warna hitam metalik. Ciss!
Cordelia si kakak tiri merangkap BFF-nya terkasima di tempat memandu. Mata tertacap pada wajah menyinga Marlynn. Oh! Mampus.
Marlynn terus berlari-lari anak kembali ke kereta. Tak tahu nak cakap apa. Melainkan hati yang bergumpal rasa marah. Bibir terkumat-kamit memaki hamun pesalah yang baru keluar dari kereta. 
“Eeee mamat ni. Dia ingat dengan muka kacak dia tu, aku boleh sejuk. Boleh biarkan je,  dia cederakan kekasih hati aku ni. Ikutkan hati, memang aku sula sekor sekor ni. Huh! Nilah yang dikatakan akai letak kat lutut. Arhhhhh bencinya!” Omel Marlynn tak perdulikan renungan tajam padanya.
“Sorry,” jawab salah seorang dari mereka yang berambut coklat.
Marlynn  mencangkung untuk melihat lampu belakang kereta yang sudah bersepai penutupnya. Tak dihiraukan langsung sapaan orang yang melanggarnya tu.
“Sayang, awak dah cedera ya. Saya akan tuntut bela untuk sayang ya.”  Sambil jari Marlynn menyapu kemek di tepi kereta. Rasa nak nangis pun ada, nak makan orang pun ada.
“Lynn, biar Cord je yang uruskan. Lynn pergilah masuk cepat. Tadi kata dah lambat. Lynn tu emcee, kang tak jalan majlis sebab emcee dia tak ada,” suruh Cordelia tergagap.
Dia berharap sangat Marlynn tak mengamuk kat sini. Kalau fasal kereta antik ni, memang boleh mendatangkan malapetaka besar. Waima tercalar sikit pun boleh berminggu bebelnya. Inikan pula dah terkeluar lampu kat belakang. Masak! Masak!
“Huh! Nasib baiklah Lynn nak cepat. Cord, ambik nombor telefon dan alamat. Lelaki Mat Salleh ni, kalau tak menyusahkan orang, tak senang kot. Lynn baru polish kereta ni semalam. Baru perasan nak jadi Saloma. Semak betullah. Benci!”
Marlynn mengambil barang di tempat duduk belakang kereta dan terus menutup pintu dengan kuat. Tunjuk marah!  
Cordelia garu dahi. Sejak balik dari US, Marlynn memang berbulu dengan lelaki. Secara terang-terangan, dia obsess mencari calon teman hidup berbangsa Melayu. Proses saringannya sangatlah unik, calon tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri persis hero novel cinta Melayu.
Pening kepala mamanya, Susan. Nasihatlah macam manapun, Marlynn tetap dengan teori obsesnya pada Melayu yang mampu sempurnakan hidupnya. Tapi bila disuruh ke negara yang ramai bangsa Melayu tak mahu pula. Nak cari Melayu di benua kanggaru ni juga. Mana nak jumpa.  
 “Apa cakap macam tu?”
Cordelia berbisik memarahi Marlynn. Sudahlah tadi, dibuat muka sombong. Langsung tak dijawabnya pertanyaan lelaki itu. Lepas tu dipamerkan pula muka masam. Siap dipakejkan dengan jelingan tajam lagi.
Padahal, dua jejaka persis Pan Asian ni cukup tertib lagi sopan mohon maaf. Rupa pun boleh tahan juga dengan Rayban sebagai pelengkap gaya.
“Lantaklah, bukan dia orang faham pun. Ingat! Jangan berlembut. Kekasih hati Lynn ni, dah cedera parah ni. Nak bawa hospital pun, bukan boleh pergi hospital biasa. Kena pergi hospital pakar. Cord jangan lupa. Ambil kad nama, alamat dan snap gambar mereka. Malam nanti kita jumpa kat rumah,” ucap Marlynn yang tergesa berlalu.
Cordelia sekadar layang senyum terpaksa dengan gaya Marlynn yang tergesa. Jadual Marlynn kebelakangan ni padat dengan aktiviti sukarelawaanmya di Fakulti Bahasa, Universiti Wollonggong dan Kedutaan Malaysia.
“Sorry about her.” Cordelia bersuara serba-salah.
“Ooo it’s okey. My bad. Chong please assist this lovely lady,” arah Yazid mudah. 
Chong ditinggalkan di situ bagi menguruskan kemalangan kecil tersebut. Mujurlah dia tak laju sangat. Tapi pecah jugalah lampu belakang dan kemek sikit pada badan kereta antik tu.
Yazid berdiri memandang gadis berkebaya merah tergesa, masuk ke dalam bangunan warna kelabu. Tak sempat nak tanya nama. Nak tanya apapun tak sempat. Selepas disembur puas-puas, minah tu, blah macam tu saja. Telefon dikeluarkan dari poket. Pesanan ringkas dititipkan.

Yazid : Dapatkan infor perempuan kebaya tadi.
Siap dengan nombor telefon, alamat, skype dan email sekali. Kau ikut dia, hantar kereta kat bengkel mana pun. Aku gerak dulu.
Chong :     Errr... Yes, Sir.
Yazid : Aku tunggu kau kat kafe semalam.

  Yazid pegang dadanya yang berdegup kencang. Sengih senget terukir di bibir. Wow!!!!
“Jelita! Mungkin kita berjodoh.”

Friday, May 11, 2018

Prolog


MEGAT memandang pada kelincahan jurugambar pengantin yang sudah dua kali mengganggu duduk jantungnya. Bulan lepas di Ampang. Bulan ni di Ipoh. 

Dia ke? Macam bukan, tapi macam ya pula. Setahu aku dia budak Sains Politik, takkan jadi photographer pula? Megat bermonolog sendirian. Persoalan yang dia sendiri tak mungkin ada jawapannya buat masa ini.

“Kau kenapa ni?” soal Johari. Hairan. 

“Hah!” terpisat Megat ditegur tiba-tiba. Sudu yang dipegang terus menyuap kek coklat masuk dalam mulut.  

“Aku tanya, kau ni kenapa tiba-tiba diam bila nampak pengantin masuk. Minggu lepas masa kat rumah Talib pun kau terpegun macam ni juga. Kau terasa ya,” senyum Johari dengan firasat hatinya. Yalah, dalam mereka berempat sahabat, tinggal Megat sorang je yang belum kahwin. Sampai lekatlah jolokan nama ‘Ice King’ pada dahinya.

“Aku, terasa? Terasa apa?” soal Megat kepelikan sampaikan nampak garis di dahi. 

“Yalah.... bila kau tengok Talib dan Nizam ni, terus hati kau terasa nak kahwin. Betul tak?” tanya Johari. Senyum nakal terpamer di wajahnya. 

Megat terbahak ketawa. Ikut sangatlah serkap jarang yang bersarang di kepala tu. Telahan Johari tu tak terfikir dek akalnya langsung. Bagaimanalah dia nak kahwin, jika calonnya tak pernah nak lulus menjalani ujian yang ditetapkannya.

“Ke situ lak. Dah ada ke, calon yang mampu lulus ujian aku tu,” gelak Megat bersambung.

Kenyataan yang satu itulah yang buatkan Megat masih bujang hingga ke hari ini. Semua yang rapat dengannya sedia maklum tentang syarat mengarut Megat itu. Ini semua salah P. Ramlee dan Saadiah, kalau tidak kerana lakonan mereka yang sweet dalam cerita Musang Berjanggut tu, mesti Megat tak seteruk ini kemaruknya. 

“Sudah-sudahlah nak jadi abang janggut. Ujian kau tu merapu. Bini aku dengar pun tepuk dahi. Dia kata, Nash tu mengada-ngada. Lagi satu, takkanlah kau nak biarkan jolokan ice king yang budak-budak kat office tu bagi berterusan sampai bila-bila.”

Johari mengeluh rimas. Si degil ni payah nak diyakinkan supaya mengambil pendekatan lebih rasional dalam memilih calon isteri. Tak adalah ramai calon yang di reject buta-buta.

Megat layang sengih. Itu pra-syarat yang diberikannya pada semua orang. Nak suruh kahwin, pastikan calon itu menepati ciri-ciri yang diinginkannya.

 CALON ISTERI MEGAT NASRUDIN 

1.       Tinggi mesti 160cm atau lebih tapi tak boleh lebih paras telinga dia.

2.       Berat 50kg tak boleh kurang atau lebih. 

3.       Potongan badan 32-26-30. Baju saiz M. 

4.       Muka NO JERAWAT. NO MEKAP. 

5.       Rambut ikal semula jadi. NO KELUMUMUR.

6.       Bijak. Paling kurang MASTER DALAM TEKA-TEKI. Tahan dengan jenaka kasar.

7.       Ada senyuman memikat. Paling kurang 2cm bila diukur. Dan lesung pipit di pipi adalah satu bonus.

8.       Pandai uruskan rumah dan tak kekok dengan kerja-kerja mengemas rumah.

9.       Pandai masak. Paling kurang MAMPU MASAK UNCANG BAHAN YANG DIBERI. 

10.    Hati terdetik NAK NAK NAK NAK. 

 “Dah memang ni cara Megat Nasrudin cari calon isteri. Reda aje laaa. Aku peduli apa budak-budak tu panggil aku ice king ke, ice cream ke, air batu ke. Janji, isteri aku tu pilihan aku sendiri,” balas Megat sambil tersenyum.

Nekadnya mudah. Ada maksud di sebalik sepuluh ciri-ciri tu. Biarlah dia dan si dia saja yang tahu. 

Bak kata seorang hamba Allah padanya satu ketika dulu, “Wanita yang sanggup menawarkan dirinya sebagai isteri, itulah sebenarnya wanita yang membuatkan seorang lelaki itu budiman dan bermatlamat hidup. Jannah impiannya kerana dialah syurga yang terbaik buat si isteri. Go and find her.” 

Bab 1

MEGAT Nasrudin termenung memandang pada kiriman e-mel yang terpampang depan skrin komputer. Acap kali dibuka e-mel tersebut sejak pertama kali diterimanya hampir enam tahun lepas. Kiriman daripada seorang gadis yang telah menghuru-harakan kehidupan mudanya.

Suara sendu gadis itu meluahkan rasa kecewa dalam kiriman tersebut, tak dapat dilupakannya hingga ke hari ini. Suara yang menyedarkannya pada mimpi nan panjang. 

“I don’t realize that falling in love with you make me so stupid. You make me feel crazy. Make me feel like this is my fault... It’s hurt, Megatron. So damn hurt. Ahhhh! Stupid me. Stupid!!!!!”

 “Tak Mai. Tak. Abang yang bodoh. Bodoh menilai kejujuran cinta hanya melalui paras rupa. Bila abang sedar, semuanya dah terlambat. Abang dah hilang Maisara abang. Mai pergi mana? Abang dah buntu nak cari Mai kat mana lagi…”

Megat berbicara sendirian. Rasa kesal yang sangat memberatkan jiwanya sampai ke hari ini. Kesannya, perhatian Megat pada perempuan jadi beku hingga mendapat jolokan ‘ice king’ oleh staf tempatnya bekerja. Dia bukannya sombong atau tak sukakan perempuan tapi dia tak mahu timbulkan salah faham macam yang dah terjadi pada Maisara dulu.

Nak-nak pula, bila gadis yang dicintainya sepenuh hati kerana kecantikan parasnya telah menyakitkannya dengan akhlak buruk dan iman yang tipis melawan nafsu. Dia jadi serik! Serik dengan cinta yang bertunjangkan nafsu.

“Yuhuuuu bro,” panggil Johari siap dengan ketukan di pintu pejabat Megat lagi. Sedari tadi diserunya nama Megat tapi tak berbalas. Lagut sungguh Megat dalam dunianya sendiri.

“Hah! Kau, ada apa,” tersedar Megat. Terus ditekan butang tutup pada skrin komputer. Perihal e-mel itu tetap menjadi rahsia yang disimpan daripada dihidu. Tidak oleh teman rapatnya, lebih-lebih lagi si Johari ni. Waima keluarganya pun tak tahu-menahu langsung tentang rahsianya yang satu itu.

Johari masuk dalam bilik Megat bersama dokumen di tangan. Kerusi depan meja Megat ditariknya selamba.

“Ini. Aku baru dapat dari pejabat Tuan Pengerusi. Dia kata kau ni tak habis-habis nak jadi Musang Berjanggut, tapi jumpanya tak. Kali ni kau nak ke mana pula? Kau rasa sebulan ni cukup ke kau jalankan misi kau tu?”

Johari mencampakkan borang cuti Megat yang telah diluluskan oleh Tuan Pengerusi ke atas meja. Megat yang sedang bersandar malas pada kerusinya hanya memanjangkan leher melihat borang itu.

Terpampang perkataan ‘lulus’ berwarna merah di situ sudah cukup buatkan dia senang hati.

“Alhamdulillah, lulus juga. Ingatkan Tuan Pengerusi tak nak luluskan cuti aku.”

“Gila tak nak luluskan cuti kau. Cuba kau tengok tang alasan cuti kau tu tulis apa. Menjejaki calon isteri. Kalau Tuan Pengerusi pangkah cuti kau bermakna lagi lambatlah dia dapat menantu. Sudahlah dia berharap sangat anak bujangnya ni kahwin.”

Bengang sungguh Johari pada Megat. Disebabkan Megat tulis alasan terlalu banyak kerja hingga tak ada masa nak cari calon isteri buatkan dia dipanggil menghadap bos besar. Walhal, dia dah banyak kali unjurkan idea untuk ditambah staf di jabatan tugas-tugas khas ini. Tapi Megat yang buat diam.

“Ya. Betul tu. Kau cuba tengok jadual aku. Hujung minggu pun masih dengan hal-hal Orange Group. Bila masa aku nak gi dating semua tu. Lambat kahwin, bising.”

“Kau? Dating? Dengan siapa?” Soal Johari cukup bengang. Inilah bahananya jadi perantara antara anak dan bapa. Si anak marahkan bapa yang desak suruh kahwin cepat, dia yang bukan siapa-siapa pula yang jadi mangsa.

“Ha! Itulah masalahnya. Aku tak dapat nak cari siapa yang sepatutnya aku dating sebab aku asyik kerja je. Jadi tak salah kalau aku ambil cuti sebulan. Ikutkan hati aku memang nak ambil sampai tiga empat bulan. Tapi kenangkan dua bulan lagi resort kat Pulau Aman tu siap. Itu yang aku ambil sebulan je dulu.”

Megat dengan muka tak bersalah, tersengih lebar. Itu saja alasan yang buatkan cutinya diluluskan tanpa sebarang soal jawab. Bayangan gadis yang menyerupai Maisara beberapa hari lepas dah buatkan jiwanya huru-hara selagi tak dapatkan pengesahan.

“Okeylah, aku pun tak nak panjangkan hal ni. Sekarang aku nak tahu, kau nak berapa orang eksekutif baru untuk jabatan kau ni?”

“Aku dah e-mel apa yang aku nak. Kau proceed je.”

Megat meletakkan tablet yang baru dipegangnya selepas di soal oleh Johari tadi. Dia bukan orang yang bertangguh kerja dan main ikut kepala gilanya je buat sesuatu kerja. Kerjanya cukup efisien. Itu yang cuti berbulan pun, lulus. Sebab kerjanya tip top.

Johari hanya angguk. Bekerja dengan Megat memang sentiasa kena proaktif. Megat cekap dan dalam masa yang sama dia juga cerewet untuk pastikan kualiti kerja terhasil adalah yang terbaik.

“Adios. Jadi urusan pencarian calon isteri kau tu macam mana? Kau yakin ke percutian kau kali ni akan jumpa gadis yang dah masakkan uncang Musang Berjanggut kau tu?”

Megat jongket bahu. Itu lagi satu misteri yang perlu dirungkai. Tetamu tak diundang ketika dia menumpang bermalam di rumah adik sepupunya di Jepun dulu, sampai sekarang hanya dikenali sebagai ‘Elly’ tanpa pengenalan diri yang lain. Sebelum tetamu itu hilang tanpa jejak, sempat dia hidangkan makanan daripada uncang ke atas meja sebagai ucapan terima kasih kerana telah menyelamatkannya daripada musibah. Habis tu, tanpa apa-apa maklumat dia nak cari tang mana.

“Entahlah. Tapi kalau aku jumpa memang aku terus cekup, ajak nikah terus. Sedap siot air tangan dia.”

Gurau Megat. Teringat semula kata-kata adik sepupunya masa makan hidangan yang terhidang kemas atas meja.

“Cantik betul Elly tu Abang Nash. Bodoh betul Chah tak ambil nombor telefon dia. Itulah tidur mati lagi. Kan dah rugi besar. Kalau tak, bolehlah abang kenal-kenal dengan dia. Ishhh... menyesallah pula.”