Saturday, March 20, 2021

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 2

 


“Baby, edah seorang balu ada hadnya. Sedih ada tempohnya. Tapi, apa yang Baby buat ni  dah lebih daripada tempoh edah. Dah melepasi musim kesedihan. Dah empat tahun sayang. Tolonglah belajar untuk hidup normal semula. Daddy sangat-sangat rindukan my little baby girl,” dahi Astrid dicium Nasrullah.

Shakila diam mendengar. Sejak Astrid pulang ke Puerto Rico beberapa hari lepas, emosinya macam roller coster. Sekejap baik. Sekejap murung. Semuanya disebabkan kenangan indah bersama Qaleef bermula dan berakhir di sini.

“Rid sedang usaha daddy,” jawab Astrid.

“Usaha lebih lagi baby. Ikhlaskan pemergian Qaleef.” Pujuk Nasrullah.

“Baby ingatkan pesanan terakhir Qal,” bisik Shakila.

Astrid angguk. Sampai bila-bila dia akan ingat saat-saat terakhirnya bersama Qaleef. Makin laju air matanya berderai.

“Baby,”seru Qaleef perlahan.

Keluar saja doktor dan jururawat. Astrid yang dicarinya.

“You selamat Qal. You kena cepat sembuh. I dah sah jadi isteri you,” bisik Astrid di sisi katil Qaleef.

Sejak mula Qaleef dikejarkan ke hospital, Astrid tak mahu berjauhan. Dia mahu sentiasa ada di sisi Qaleef.

Lepas lapan jam Qaleef keluar dari bilik pembedahan, barulah Qaleef sedar. Tiup oksigen sudah dikeluarkan dari hidungnya. Hanya tiup ubat yang masih tercucuk di kekura tangan kirinya. Doktor kata semuanya selamat. Peluru yang mengena dada dan perut Qaleef tak sampai ke organ penting badannya. Empat lima hari lagi Qaleef akan keluar hospital.

“Kiss my lip, baby.”

Pinta Qaleef perlahan. Badannya masih lemah. Kesan ubat bius bersisa pada tubuhnya. Dia bersyukur kerana hajatnya menjadikan Astrid miliknya yang sah tertunai.

“Itu yang kamu minta Qal,” tegur Nasrullah.

Lucu betul anak menantu hantunya ini. Sorang sanggup hilang nafsu makan, tak tidur sebab takut nak tinggalkan katil. Sorang lagi, bila dah sedar je terus minta dicium.

“Opss sorry. Ingatkan baby je dalam ni,” malu Qaleef terlepas laku. Dipandang sekeliling dengan senyum kelat.

Bergema tawa penuh kesyukuran dalam wad vip yang sebelum ni muram dan sendu dengan esakan halus penunggunya. Semua panjatkan rasa penuh kesyukuran, tragedi tembakkan itu tidak meninggalkan berita sedih buat keluarga mereka.

“Qal, suruh baby you tu rehat. Dari semalam dia tak bergerak dari kerusi tu. Puas walid pujuk. Dia tak nak tinggalkan you,” celah Jameel.

Qaleef senyum memandang pada Astrid yang tak lepas menggenggam jarinya. Jiwa raganya rasa selamat dan bertuah kerana dicintai sepenuh hati oleh si isteri yang sangat dicintainya.

“Thank you baby. Next time, I want you to move on. Jangan rosakkan diri you kerana I. I hanya nak you hidup bahagia... with my love”

“Shsss... stop talking nonsense!” marah Astrid.

Besar matanya memandang Qaleef yang tersenyum saja sedari tadi.

“Dah sihat sikit, mulalah nak menyakat baby dia tu. Jomlah kita balik rehat. Esok datang balik. Semuanya dah selamat. Pengantin ni nakkan masa bersendirian.”

Nasrullah senyum memandang pada kawan baiknya, Jameel. Mereka pernah muda. Mengenali Qaleef yang hati romeo tu sudah difahami apa yang berlegar difikirannya tika ini.

Qaleef sengih nakal bersama gerakan bibir I love you pada Nasrullah dan Jameel. Itulah yang diinginkan bila sedar tadi. Dalam kepala hanya ada nama isterinya saja.

Astrid menjentik kekura tangan Qaleef yang tak dicucuk branula ubat. Gatal!

“Qal, baby. Daddy dah pesan pada nurse. Beri masa privasi sejam.”

“Awesome daddy,”ucap Qaleef.

Lebar senyum Nasrullah. Jodoh pilihannya, turut menjadi pilihan anak manjanya juga. Sebagai wali, dia dah lakukan yang terbaik buat si anak. Selebihnya, terserah pada mereka berdua menentukan layar bahtera mereka sendiri.

 Berpaling Astrid memandang pada Qaleef yang masih pucat wajahnya. Entah kenapa, hatinya masih belum rasa tenang. Selagi Qaleef tak keluar hospital selagi itulah dia tak senang hati.

“You ni Qal,” rungut Astrid.

“Relax baby. Doktor cakap tak ada yang serius. Empat lima hari I dah boleh keluar. Luka ni akan tinggalkan parut je. Positif baby. Now come here.”

Astrid melepaskan hela bimbangnya. Berdiri dan menunduk badannya untuk memeluk tubuh Qaleef. Tangannya tak lepas menyentuh pada balutan putih pada dada dan perut si suami.

“I tak nak tengok you menangis baby,” pujuk Qaleef berbisik lembut.

Dicium rambut ikal Astrid yang diikat ala kadar. Kusut masai Astrid menantinya.

“I tak pernah bayangkan untuk menjadi suami you dengan cara macam ni, baby. I’m sorry.”

“Qal, stop talking nonsense please. I merayu Qal.” 

Tanpa salam. Tanpa isyarat. Bibir Qaleef dikunci dengan bibirnya sendiri. Pertama kali bibir itu dijamah. Pertama kali rasa itu disampaikan. Balasan Qaleef walaupun sekejap, tapi sudah cukup untuk mereka rasa maknanya hanya mereka ketahui.

“My soulmate now is my wife. I do love you,” bisik Qaleef perlahan. Senyum puas penuh bahagia diberikan pada si isteri.

“Cepat sembuh Qal. Untuk I. Untuk kita.”

“Dengan keizinan Allah, baby. Dengan keizinan Allah.”

Luruh juga air mata Astrid. Pelukan dan belaian Nasrullah dan Shakila mengembalikannya pada dunia nyata. Getaran bibir Shakila sudah cukup memberikan Astrid kebersamaan mereka yang dia tidak pernah biarkannya sendirian.

“Mummy tahu, susah untuk baby lepaskan Qal. Tapi, bila baby terus macam ni. Qal pun tak tenang kat sana.”

“Rid dah lepaskan Qal, mummy. Rid dah redakan pemergian Qal, daddy. Tapi, bila berada di sini semua tu muncul. Rid fikir lepas empat tahun. Lepas Rid tak jejak sini lagi, semua tu akan terubat. Tapi tak mummy. Qal di mana-mana.” Luah Astrid.

Tiada apa yang disembunyikan daripada pengetahuan Nasrullah dan Shakila. Dia perlukan sokongan mereka untuk segera pulih. Meratap bukan kemahuannya.

Shakila memandang Nasrullah penuh berharap. Permintaan Astrid untuk berpindah dan menetap di Kuala Lumpur sudah direstui mereka. Cuma, mereka belum bersedia melepaskan Astrid sendirian memulakan hidup baru di sana.

Kerlipan mata Nasrullah sudah cukup buatkan Shakila rasa bersyukur dan tenang.

“Daddy dan mummy akan sentiasa ada untuk baby. Daddy dah buat keputusan lepaskan bisnes ni pada Arshil. Dah tiba masanya, daddy bersara.”

“Hah!” Terkejut Astrid.

“Bersara dan menetap di Kuala Lumpur.”

“Hah!”

Tergamam Astrid. Tak pernah duga. Tak pernah fikir. Satu hari mereka sekeluarga akan menetap di Malaysia.     

 

 

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 1

 

Astrid Johaida berbaring di tepi pantai dengan tangan bersilang di belakang kepala. Menikmati kecantikan langit Puerto Rico yang ditaburi bintang.

Sudah lama ditinggalkan langit ini. Mata dipejam perlahan. Terimbau kembali saat itu.

“Baby,” seru Qaleef.

“Ya, Qal.”

“I trust you.”

Astrid terus mengiring dan menumpang kepala dengan tangan. Dipandang pada Qaleef yang masih berbaring dengan kedua-dua belah tangan bersilang belakang kepala. Matanya tak lepas merenung langit yang dipenuhi bintang.

“I pun percayakan you, Qal. Kenapa?”

“Janji dengan I, baby.”

Berkerut dahi Astrid. Tak senang hati dengan bait bicara Qaleef malam ni. Terus Astrid duduk bersila menghadap Qaleef.

“Jangan cakap yang bukan-bukan Qal. Persiapan nikah kita dah siap. Semua tetamu sudah dijemput. Jangan buatkan daddy dan mummy kecewa dengan I, Qal.” Lirih suara Astrid. Gusar!

Qaleef hamburkan tawa. Dia mengiring memandang Astrid yang sudah cemas.

“I lelaki yang paling bodoh jika tolak you sebagai isteri I, baby.”

“Habis tu? You nak suruh I janji apa? Izinkan you cukupkan kuota beristeri empat. Over my dead body, Qal.”

Lagi terburai tawa dari bibir Qaleef. Dia tak sempat untuk menyuarakan rasa hati, sudah diterjah dengan pelbagai pra-sangka sang tunang.

“Jangan ketawakan I, Qal. I dah cakap terus terang dengan you dari awal you kenal I lagi. I tak suci. I banyak khilaf. I bodoh. I tak cantik. I tak mahu berkongsi. I tak mampu ubah diri jadi orang lain. Sebab apa yang you lihat itulah I. So jangan suruh I janji sesuatu yang I tak mampu tunaikan, Qal.”

Astrid terus berdiri. Sebelum bibirnya lancang mengeluarkan rasa yang terbuku, lebih baik dia menjauh seketika. Betul pesan mummy. Tempoh bertunang ni sangat menyakitkan. Menyenali dan menerima kekurangan diri pasangan itu, satu proses yang menyukarkan hidupnya.

“Hey! Hey. Baby. Janganlah macam ni. You dah salah faham ni.”

Kejar Qaleef. Tak jangka sama sekali, impak romantisnya bertukar menjadi salah faham yang buatkan Astrid menjauh darinya.

“I tak akan janji apa-apa pada you, selagi I belum halal jadi milik you Qal. Mark my word.”

Lengan Astrid ditarik dan dipegang kuat. Bukan mudah bagi Qaleef untuk mendapatkan cinta anak kawan baik walidnya sendiri. Gadis yang sudah lama diintai dalam diam sejak beberapa tahun lepas. Tumbuh membesar dengan begitu cantik pekertinya.

“Tenang baby,” seru Qaleef berbisik lembut.

“How Qal? Macam mana I nak tenang, kalau you selalu buatkan I salah faham. Tak boleh ke you mudahkan cara komunikasi kita. Make me understand you.”

Bergenang air mata Astrid. Sejak kebelakangan ni, dia selalu menangis depan Qaleef. Cengeng sangat. Manjanya melampau-lampau.  

“Please don’t cry baby,” bisik Qaleef.

Jarinya menolak juraian rambut Astrid ke balik cuping telinga. Deruan angin malam yang damai bersama deruan ombak pantai Puerto Rico menjadi penyeri saat-saat indah mereka berdua.

Esakan halus Astrid yang menunduk buatkan tubuh itu ditarik Qaleef dalam pelukannya. Qaleef tak tega biarkan Astrid menangis di depannya.  

“This is not right. Tapi I tak kuat, baby. Maaf. You’re the one l love...”

Lagi kuat esakan Astrid. Pelukan dieratkan. Halal haram terus terbang melayang. Yang dimahukan kini, cintanya terlindung. Dirinya dihargai dan dirinya diinginkan.

“... my soulmate. Sampai hujung nyawa I...”

Perlahan-lahan tubuh Astrid ditolak daripada terus berada dalam pelukannya. Dipegang kedua-dua belah pipi Astrid memandang tepat pada wajahnya.

“Bersaksikan bintang di langit Puerto Rico ni, I bersumpah dengan nyawa I sendiri. I will always love you, no matter what happen. You yang sentiasa ada dalam doa I, Miss Astrid Johaida binti Nasrullah William.”

“Qaleef.”

“Mulai saat ini, you oxigen untuk I terus bernafas.”

“Qaleef.”

“You nyawa untuk I teruskan hidup.”

“Qaleef.”

“I tak pernah akan dua, tiga, empatkan you.”

“Qaleef.”

“I tak mampu janjikan bulan bintang untuk bahagiakan you. Melainkan, nyawa I sendiri...”

“Stop!!!!”

Astrid terus menekup mulut Qaleef dengan tapak tangannya. Dadanya terus berombak rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seluruh tumpuan dan tenaganya berpusat pada Qaleef.

“Berhenti Qal. Jangan mewahkan I dengan janji manis you. Do suprise me with your love.” Bisik Astrid.

Qaleef menarik tangan Astrid daripada terus menekup bibirnya. Diciumnya kekura tangan Astrid lama bersama tautan mata yang berbicara.

“Cinta akan retak hanya kerana sebuah expectation yang menyimpang, Qal. I tak nak kita terperangkap dalam permainan yang kita cipta,” pinta Astrid berbisik.

“Yes my soulmate. Yes! Can i kiss your lips, baby.”

“No!!!!! Absolutely no Qaleef!” jerit Astrid sekuat hati.

“Baby! Hey baby girl.”

Nasrullah yang memerhati dari kerusi pantai terus berlari anak mendapatkan Astrid. Dipeluk tubuh Astrid yang mengigil. Air mata yang menderu di pipi Astrid disapunya dengan hujung jari.     

“Istighfar baby. Ingat Allah,” pujuk Nasrullah.

Bibir Astrid yang bergetar memandangnya dengan air mata yang tak berhenti berjurai buatkan hati tuanya turut terkesan. Walaupun sudah bertahun, tapi emosi Astrid masih belum pulih sepenuhnya.

“Di sinilah Qal janji dengan Rid, daddy. Di langit inilah Qal bersumpah nak bahagiakan soulmate dia.... which is me.”

Nasrullah terus eratkan pelukan. Bibirnya turut bergetar menahan pilu. Kalaulah dia punyai kuasa seperti superhero, akan ditarik semua kesedihan yang dialami oleh Astrid. Tak sanggup lagi dia melihat Astrid terganggu seperti ini.

“Sudah empat tahun baby. Sedekahkan arwah Al fatihah yang paling indah. And please move on. Daddy dah tak sanggup tengok baby macam ni lagi. Semua orang nak tengok baby move on.”

Astrid mendongak memandang anak mata Nasrullah. Pandangan merayu penuh mengharap.

“Izinkan Rid pindah Kuala Lumpur. Rid nak mulakan hidup baru di sana.”

Nasrullah angguk, memberi restu buat si bongsu kesayangan hati.

Jari telunjuk Astrid mengesat tubir mata Nasrullah yang bergenang air mata pilunya. Cukuplah, dia buatkan keluarganya bersedih dengan kehilangan yang dilaluinya ini.

“Rid okey daddy. Rid tak mampu lupakan Qal. Qaleef is my soulmate. Qada dan qadar yang menjodohkan kami walaupun sekejap. Dia tetap istimewa di hati Rid sampai bila-bila.”

Menitik juga air mata Nasrullah. Betullah kata orang, hidup manusia tak pernah akan sempurna. Diberi kecantikan, pelajaran dan harta tapi ditariknya bahagia dan cinta yang diinginkan.


 

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Prolog

“Siapa I, Astrid?” Siapa I pada you?” Lantang suara Areef membingitkan suasana.

Tajam mata Astrid Johaida merenung kemarahan lelaki yang berdiri di depannya ini. Marah, bukan penyelesaian pada hubungan mereka. Diharapkan logikal keikhlasan, amanah dan sikap tanggungjawab mampu memimpin hala tuju yang ingin diterokai bersama. Tapi dia silap!

“Boleh kita bincang secara tertutup Reef.  Sini tak sesuai.”

Tenang suara Astrid berdiplomasi. Maruah dan harga diri mereka perlu diperlihara.  

Panasaran Areef dibuatnya. Pantang sungguh dirinya diperlekehkan oleh makhluk bergelar wanita. Dipegang kedua-dua belah lengan Astrid. 

“Tiada yang tertutup untuk you Rid. Dengan apa yang dah you buat ni. You buatkan I rasa jijik. GRO!”

Astrid senyum sinis. Kepala digeleng perlahan. Bukan nak menyakiti hati Areef, tapi menyampaikan rasa tak percaya.

“Jijik? Maaf Reef. Memang I GRO di mata you tapi tidak di mata daddy dan mummy I. Keputusan ditangan you sebagai suami I. Show it to the world that you’re perfect.”

Putus Astrid. Tak perlu dia bertelagah dengan Areef di depan semua orang hanya nak membuktikan dirinya betul.

“You jangan cabar I Rid?”

“Tak. You  lebih arif tentang fakta yang sahih mahupun fake. You cari fakta yang menyatakan I ni nusyuk, curang, rosak akhlak dan pe-la-cur.  Tunjukkan pada I depan daddy dan mummy I sendiri pun, I sanggup.”

“You, I gantung....”

Areef terus meninggalkan Astrid di depan semua pesalah yang ditangkap dalam Operasi Rumah Urut.

“Astagfirullahalazim.”

Perlahan Astrid mengucap. Runtuh segala kekebalan hati yang tadinya tenang mengapung badai. Kini semuanya berderai.

Astrid pejam mata sambil menarik nafas panjang.

Apapun Rid, hidup tetap diteruskan juga bersama azam untuk layakkan diri kau rasa bahagia. Ingat tu Rid. Ingat! Tekad hati Astrid .