Saturday, March 20, 2021

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 1

 

Astrid Johaida berbaring di tepi pantai dengan tangan bersilang di belakang kepala. Menikmati kecantikan langit Puerto Rico yang ditaburi bintang.

Sudah lama ditinggalkan langit ini. Mata dipejam perlahan. Terimbau kembali saat itu.

“Baby,” seru Qaleef.

“Ya, Qal.”

“I trust you.”

Astrid terus mengiring dan menumpang kepala dengan tangan. Dipandang pada Qaleef yang masih berbaring dengan kedua-dua belah tangan bersilang belakang kepala. Matanya tak lepas merenung langit yang dipenuhi bintang.

“I pun percayakan you, Qal. Kenapa?”

“Janji dengan I, baby.”

Berkerut dahi Astrid. Tak senang hati dengan bait bicara Qaleef malam ni. Terus Astrid duduk bersila menghadap Qaleef.

“Jangan cakap yang bukan-bukan Qal. Persiapan nikah kita dah siap. Semua tetamu sudah dijemput. Jangan buatkan daddy dan mummy kecewa dengan I, Qal.” Lirih suara Astrid. Gusar!

Qaleef hamburkan tawa. Dia mengiring memandang Astrid yang sudah cemas.

“I lelaki yang paling bodoh jika tolak you sebagai isteri I, baby.”

“Habis tu? You nak suruh I janji apa? Izinkan you cukupkan kuota beristeri empat. Over my dead body, Qal.”

Lagi terburai tawa dari bibir Qaleef. Dia tak sempat untuk menyuarakan rasa hati, sudah diterjah dengan pelbagai pra-sangka sang tunang.

“Jangan ketawakan I, Qal. I dah cakap terus terang dengan you dari awal you kenal I lagi. I tak suci. I banyak khilaf. I bodoh. I tak cantik. I tak mahu berkongsi. I tak mampu ubah diri jadi orang lain. Sebab apa yang you lihat itulah I. So jangan suruh I janji sesuatu yang I tak mampu tunaikan, Qal.”

Astrid terus berdiri. Sebelum bibirnya lancang mengeluarkan rasa yang terbuku, lebih baik dia menjauh seketika. Betul pesan mummy. Tempoh bertunang ni sangat menyakitkan. Menyenali dan menerima kekurangan diri pasangan itu, satu proses yang menyukarkan hidupnya.

“Hey! Hey. Baby. Janganlah macam ni. You dah salah faham ni.”

Kejar Qaleef. Tak jangka sama sekali, impak romantisnya bertukar menjadi salah faham yang buatkan Astrid menjauh darinya.

“I tak akan janji apa-apa pada you, selagi I belum halal jadi milik you Qal. Mark my word.”

Lengan Astrid ditarik dan dipegang kuat. Bukan mudah bagi Qaleef untuk mendapatkan cinta anak kawan baik walidnya sendiri. Gadis yang sudah lama diintai dalam diam sejak beberapa tahun lepas. Tumbuh membesar dengan begitu cantik pekertinya.

“Tenang baby,” seru Qaleef berbisik lembut.

How Qal? Macam mana I nak tenang, kalau you selalu buatkan I salah faham. Tak boleh ke you mudahkan cara komunikasi kita. Make me understand you.”

Bergenang air mata Astrid. Sejak kebelakangan ni, dia selalu menangis depan Qaleef. Cengeng sangat. Manjanya melampau-lampau.  

“Please don’t cry baby,” bisik Qaleef.

Jarinya menolak juraian rambut Astrid ke balik cuping telinga. Deruan angin malam yang damai bersama deruan ombak pantai Puerto Rico menjadi penyeri saat-saat indah mereka berdua.

Esakan halus Astrid yang menunduk buatkan tubuh itu ditarik Qaleef dalam pelukannya. Qaleef tak tega biarkan Astrid menangis di depannya.  

This is not right. Tapi I tak kuat, baby. Maaf. You’re the one l love...”

Lagi kuat esakan Astrid. Pelukan dieratkan. Halal haram terus terbang melayang. Yang dimahukan kini, cintanya terlindung. Dirinya dihargai dan dirinya diinginkan.

“... my soulmate. Sampai hujung nyawa I...”

Perlahan-lahan tubuh Astrid ditolak daripada terus berada dalam pelukannya. Dipegang kedua-dua belah pipi Astrid memandang tepat pada wajahnya.

“Bersaksikan bintang di langit Puerto Rico ni, I bersumpah dengan nyawa I sendiri. I will always love you, no matter what happen. You yang sentiasa ada dalam doa I, Miss Astrid Johaida binti Nasrullah William.”

“Qaleef.”

“Mulai saat ini, you oxigen untuk I terus bernafas.”

“Qaleef.”

“You nyawa untuk I teruskan hidup.”

“Qaleef.”

“I tak pernah akan dua, tiga, empatkan you.”

“Qaleef.”

“I tak mampu janjikan bulan bintang untuk bahagiakan you. Melainkan, nyawa I sendiri...”

“Stop!!!!”

Astrid terus menekup mulut Qaleef dengan tapak tangannya. Dadanya terus berombak rasa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seluruh tumpuan dan tenaganya berpusat pada Qaleef.

“Berhenti Qal. Jangan mewahkan I dengan janji manis you. Do suprise me with your love.” Bisik Astrid.

Qaleef menarik tangan Astrid daripada terus menekup bibirnya. Diciumnya kekura tangan Astrid lama bersama tautan mata yang berbicara.

“Cinta akan retak hanya kerana sebuah expectation yang menyimpang, Qal. I tak nak kita terperangkap dalam permainan yang kita cipta,” pinta Astrid berbisik.

“Yes my soulmate. Yes! Can i kiss your lips, baby.”

“No!!!!! Absolutely no Qaleef!” jerit Astrid sekuat hati.

“Baby! Hey baby girl.”

Nasrullah yang memerhati dari kerusi pantai terus berlari anak mendapatkan Astrid. Dipeluk tubuh Astrid yang mengigil. Air mata yang menderu di pipi Astrid disapunya dengan hujung jari.     

“Istighfar baby. Ingat Allah,” pujuk Nasrullah.

Bibir Astrid yang bergetar memandangnya dengan air mata yang tak berhenti berjurai buatkan hati tuanya turut terkesan. Walaupun sudah bertahun, tapi emosi Astrid masih belum pulih sepenuhnya.

“Di sinilah Qal janji dengan Rid, daddy. Di langit inilah Qal bersumpah nak bahagiakan soulmate dia.... which is me.”

Nasrullah terus eratkan pelukan. Bibirnya turut bergetar menahan pilu. Kalaulah dia punyai kuasa seperti superhero, akan ditarik semua kesedihan yang dialami oleh Astrid. Tak sanggup lagi dia melihat Astrid terganggu seperti ini.

“Sudah empat tahun baby. Sedekahkan arwah Al fatihah yang paling indah. And please move on. Daddy dah tak sanggup tengok baby macam ni lagi. Semua orang nak tengok baby move on.”

Astrid mendongak memandang anak mata Nasrullah. Pandangan merayu penuh mengharap.

“Izinkan Rid pindah Kuala Lumpur. Rid nak mulakan hidup baru di sana.”

Nasrullah angguk, memberi restu buat si bongsu kesayangan hati.

Jari telunjuk Astrid mengesat tubir mata Nasrullah yang bergenang air mata pilunya. Cukuplah, dia buatkan keluarganya bersedih dengan kehilangan yang dilaluinya ini.

“Rid okey daddy. Rid tak mampu lupakan Qal. Qaleef is my soulmate. Qada dan qadar yang menjodohkan kami walaupun sekejap. Dia tetap istimewa di hati Rid sampai bila-bila.”

Menitik juga air mata Nasrullah. Betullah kata orang, hidup manusia tak pernah akan sempurna. Diberi kecantikan, pelajaran dan harta tapi ditariknya bahagia dan cinta yang diinginkan.


 

No comments:

Post a Comment