![]() |
Gambar Ikhsan Google sebagai bayangan imiginasi watak dalam cerita ini |
“Una, I can explain,” pujuk Hadzley.
Yuna diam. Duduknya di atas
katil wad sudah serba tak kena. Jarinya menggigil membaca fail laporan kesihatannya
sendiri. Sungguh dia tak menyangka, Hadzley pun menyarankan rawatan yang sama. Untuk
apa lagi, dia mendapatkan ‘second opinion’ jika jawapannya tetap sama.
“Una.”
“Just leave me
alone,” pinta Yuna dengan suara
bergetar.
Kecewa yang dirasainya ini tak
mampu digambarkan dengan kata-kata. Apa guna dia hidup sekiranya diri tak ubah
macam patung bernyawa. Air mata yang bergenang sedari tadi menitis jua
akhirnya.
“Una, this is the
best...”
“Shut up! Hadzley.”
“But Una...”
“Get.out.”
“Sweetheart...”
Hadzley masih berusaha memujuk
si jantung hati. Itu bukan pengakhiran hidup Yuna sebagai wanita.
“I said shut up Hadzley!!!!!” Tengking Yuna.
Sentuhan lembut di bahu,
buatkan Yuna kembali pada realiti. Di toleh pandang pada Meena yang berdiri di
sebelahnya sambil menghulurkan muk coklat panas untuknya.
“Kau takut nak balik sana
sebab dia kan?”
Tembak Meena. Sudah dapat di
agak apa yang menjadi penghalang utama Yuna pulang ke Malaysia.
Yuna menghela nafas berat. Selendang
pemberian Hadzley dibiarkan saja di riba. Muk yang dihulur Meena dipegangnya
erat. Haba panas pada muk dapat mengurangkan rasa sejuk pada tapak tangannya.
“I dengan cinta memang tak
pernah berjodohlah Meena. Kali pertama dulu, cinta I ditolak buta-buta. Tak ada
peluang langsung untuk I...”
Sekali lagi nafas dihela penuh
rasa kesal. Bibir di dekatkan pada muk. Ditiup perlahan air coklat panas itu sebelum
di cicip seteguk.
“...tapi cinta I pada Hadzley
berbeza, Meena. I tak layak mencintai dan dicintai oleh lelaki sesempurna
Hadzley.”
“Siapa kata? Hadzley?”
“Perbuatan dia dah cukup
menjelaskan semuanya, Mena. Baru kenal kakak I sebulan dua, setianya hilang. She can give him everything that I’m not capable off. Nothing
can change that,” ucap Yuna.
Kesakitan yang satu tu, tak
mampu hilang walaupun peristiwa tu bertahun dulu. Yuna jatuh terduduk dengan
takdir sendiri.
“Tapi perkara tu dah lama Una.
Onni dan Hadzley pun dah bercerai. Hadzley pun tak berhenti ask for your forgiveness. You boleh je terima
Hadzley semula,” cadang Meena.
Kuat hela yang dilepaskan
Yuna. Perjalanan hidupnya tak semudah seperti yang mereka lihat. Di sekelilingnya,
banyak hati yang perlu ditatang dengan penuh rasional dan kasih sayang.
“Kau nak suh Hadzley tu salin
tikar. Tak sesuai dengan kakak, cerai. Lepas tu kahwin dengan adik. I ni
mungkinlah wanita tak guna. Tapi, maruah I tak semurah itu.”
Yuna terus bangun dan berjalan
ke tingkap. Melihat suasana malam yang sunyi sepi daripada aktiviti manusia. Yang
ada hanyalah sinaran lampu neon di sana sini.
“I dah lama move on.”
“Then, kenapa you tak
nak balik Malaysia. You tak kesian kan umi dan baba you ke, Una? Setiap kali call,
mesti dia tanya bila nak balik. Bila nak balik,” pujuk Meena.
Yuna sandarkan bahunya pada
dinding sambil mencicip coklat seteguk. Senyum kelat dilayangkan.
“I akan balik Meena. Satu hari
nanti I akan balik juga duduk dengan umi dan baba.”
“Bila, Una? Bila? Setahun
lagi. Dua, tiga, empat tahun lagi. Atau lagi sepuluh tahun.”
Provos Meena. Berbuih mulutnya
menasihati Yuna untuk menerima saja tawaran daripada hospital di Malaysia.
Bukan cikai-cikai tawaran yang diterima Yuna. Tapi itulah, dia
cukup berat nak buat keputusan.
“I belum cukup kuat untuk
berdepan dengan umi dan baba lagilah, Meena. I tak nak mereka rasa kecewa dengan
keadaan diri I ni. I ni wanita plastik, Meena. Plastik!”
Perlahan suara Yuna meluah.
Perkara yang paling Yuna takuti sekarang adalah menghambarkan realiti hidupnya pada
keluarga. Dia takut diajukan soal kahwin. Dia takut diajukan soal anak.
Pokoknya, dia takut didekati oleh rasa cinta sekali lagi. Cukuplah!
“You tak cuba, bagaimana you
tahu?” geram Meena.
“Untuk apa Meena? Untuk apa?
Memang dah jelas bersuluh kot. Yang I tak mampu. Jika I masih kat sini, tak ada
siapa pun akan kecewa. Umi dan baba pun tak sedih. Tapi bila I balik Malaysia.
Bukan I je yang rasa sakit hati Meena. Tapi, umi dan baba pun.”
Meena hamburkan gelak sinis.
Sejujurnya dia cukup geram dengan sikap Yuna yang mengalah pada takdir.
Nasihatnya semua dibakulsampahkan oleh Yuna. Hanya kerana penyakit yang satu
tu, Yuna menjadi seorang yang benar-benar penakut.
“Melarikan diri bukan you,
Una. Wake up!”
Kalaulah semua ini semudah
yang kau bayangkan, dah lama aku balik Malaysia Meena. Dah lama aku balik.
Keluh batin Yuna.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny