**************************************************************************
Kelly dari konti terus ke salon rambut milik abangnya Kelvin. Janji nak makan malam bersama di Ampang Park buatkan Kelly membatalkan temujanjinya dengan Adeeba. Sampai di Salon Kevin & Jason, Kelvin masih lagi melayan pelanggannya.
"Oppa fai tit looo,"rengek Kelly yang manja dari kaunter pembayaran. Siap diberikan isyarat tangan yang memusing diperutnya tanda lapar. Memang dia kelaparan pun, dari tengahari lagi skip makan sebab nak belasah Kelvin belanja sedap-sedap malam ni. Bukan senang nak bermanja dengan Kelvin yang semendang saja sibuk dengan Salon dan kelas dandanan rambutnya ini.
Kelvin dah buat mata terjegil ke atas memberi maksud sabarlah masih ada pelanggan lagi ni. Dua orang lagi pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan menggunting rambutnya ini.
"Kelly tolong abang basuhkan rambut oppa handsome tu, lagi bagus dari tergedik-gedik kat tepi abang ni," balas Kelvin spontan. Bukannya Kelly tak biasa kerja-kerja salon ni. Sejak dah jadi deejay di Radio 99.9 ini, saja baru Kelly tak jejak salon lepas habis kuliah. Kalau tidak disinilah tempat Kelly lepak kalau tidak ke butik kecantikan kakaknya di Ampang Point sana tu.
"Lapar ni....boleh mati kalau seminit lagi tak makan,"jawab Kelly sambil memusingkan tangan di perutnya. Malas nak layan kemahuan Kelvin tu. Kerja! Kerja! Kerja! Bosan.
Pelanggan yang sedang duduk menunggu sambil membaca majalah sudah menjatuhkan majalah untuk memandang padanya. Kelly pun entah macam mana boleh tertoleh sama. Oppaaaaa! Lesung pipit dia yummy yummy.
"Encik nak basuh rambut ke atau nak gunting?"terus terpacul soalan dari bibir Kelly. Kelvin yang berdiri di sebelah dah sengih. Tahu sangat dengan perangai sengal si adik bongsunya ini.
"Basuh dan gunting."
"Basuh, saya boleh tolong. Kalau gunting kena tunggu oppa saya ni. Okey?"soal Kelly dah terkena badi si Pembuat Air Jelita dalam segmen Bicara Cinderela yang diacarakan bersama Adeeba.
"Okey...tapi awak tak mati ke nanti?"soal lelaki itu tersengih nakal.
"Boleh KIV kejap. Kesian oppa ni."balas kelly selamba sambil memakai apron hitam dibadannya. Itu uniform rasmi Kelvin & Jason salon.
**************
"Kak Deeba, I ada cerita ni," ucap Kelly sambil menguis-nguis kuaci di atas meja. Kerja dia asyik mengunyah je bila sedang bertugas dalam konti. Pantang lagu berkumandang dia akan terjah kuaci matahari dia tu.
"Mmmmm... cakaplah citer apa? Akak tengah pilih lagu ni,"balas Adeeba selamba.
"I meet this one guy masa gi salon Oppa semalam. Lesung pipit dia bukan main mengancam lagi. Lekuk kat dua-dua belah pipi tu... Ohhhh kuaci! terus I rasa gedik macam Pembuat Air Jelita tu,"cerita Kelly dengan penuh perasaan. Adeeba sudah tersengih nakal. Budak ni, dah kena panahan asmara lah ni ya telah hatinya.
"Siapa nama dia?" soal Adeeba terus memandang pada Kelly yang petah bercerita.
"Nama dia… Mr. Entah."
"Hahahahahah.... glamornya nama dia Kelly. Kata gedik macam Pembuat Air Jelita, tak kan nak dapat nama pun payah kot?"usik Adeeba.
"Mata I ni Kak Deeba, tetiba boleh koma bila terpandang kat lesung pipit dia tu…. Kalaulah dia tu menepati ciri-ciri lelaki idaman I yang pakai uniform, mmmmm dan dan tu jugak mesti I goda dia terus," cerita Kelly sambil mengelip-ngelipkan mata gatalnya. Rasa nak lempang pun ada dalam hati Adeeba. Terus saja bebola kertas yang baru dikepal Adeeba dibalingkan terus ke wajah Kelly.
"Berangan!"geram Adeeba.
"Hihihihi... kata nak ambil feel Pembuat Air Jelita."sengih Kelly.
Lagu Teman dendangan Lovehunter berkumandang. Kelly turut sama melagukan lirik lagu itu. Memang cukup kena dengan jiwanya waktu ini.
Sejak mula pertemuan itu..
Hati melonjak terkenangkanmu..
Tiap detik ku mengharapkan..
Panggilan rindumu sayang..
Hati melonjak terkenangkanmu..
Tiap detik ku mengharapkan..
Panggilan rindumu sayang..
Apa kau rasa yang ku rasakan..
Mungkin ini satu permulaan..
Biarlah mawar terus bersemi..
Mekar harum mewangi..
Mungkin ini satu permulaan..
Biarlah mawar terus bersemi..
Mekar harum mewangi..
Takku menduga…..
Cinta yang ku cari selama ini..
Dikaburi wajah-wajah yang tiada..
Ertinya sayang…..
Cinta yang ku cari selama ini..
Dikaburi wajah-wajah yang tiada..
Ertinya sayang…..
Memang boleh angau juga dengan lagu ni. Kelly sudah berangan-angan untuk bertemu lagi dengan Mr. Entah. Lepas ni dia sudah menyiapkan skrip bicaranya untuk mendapatkan nama penuh siap nombor kad pengenalan lagi. Lepas tu nak dapatkan nombor telefon, alamat email, nama dalam facebook siap dengan alamat rumah sekali. Mudah nak melancarkan operasi memikat.
“Kelly, kalau ditakdirkan berjumpa nak buat apa?”soal Adeeba tiba-tiba. Kelly terus besar matanya memandang pada Adeeba.
“Kak Deeba nak tolong Kelly ke?”soal Kelly teragak-agak. Adeeba terhenti mencari lagu seketika. Kepalanya menjenguk ke kiri memandang wajah Kelly di balik skrin komputer.
“Boleh saja kalau ada yang sudi jadi muridnya,”senyum Adeeba suka.
Belum pernah lagi sepanjang kariernya sebagai DJ sambilan ini, menerima cabaran mengajar seorang gadis sengal mengorat. Kalaulah ianya berjaya, memang rekod besar dalam kehidupan Adeeba ini.
“Tapi Kak Deeba dah pernah mengorat ke?”soal Kelly musykil.
“Tak pernah.”
“Dah pernah bercinta?”soal Kelly semakin cuak.
“Belum. Tapi, sudah tiba masanya untuk berekspriment cinta,”senyum Adeeba semakin melebar. Fikirannya sudah memikirkan pelbagai strategi bagus untuk Kelly.
“Habis tu yang bos senget tu?”soal Kelly mengorek rahsia Adeeba. Mana taknya, bulan puasa lepas bos senget tu siap telefon konti lagi. Melamar dalam Bahasa Tagalog. Memang kecoh Radio 99.9 dibuatnya. Adeeba boleh lagi selamba sengalnya melayan hati kering cinta bos senget tak berbalas.
“Pengalaman dingorat tu bolehlah… mungkin boleh diadaptasi .... macam telemovie melayu sekarang ni yang berlumba-lumba mengadaptasi novel melayu. Rasanya hero tu handsome macam siapa? Aaron Aziz ? Izzu Islam? Rosyam Noor? Adi Putra? Atau Brad Pit?" soal Adeeba.
"Ada guarantee period tak Kak Deeba?" balas Kelly selamba. Terus gumpalan kertas terbang pada Kelly yang sudah tersengih lucu.
Kelly membelek-belek lagu sambil melayan angannya bertemu semula dengan En. Entah di butik spa kakaknya di Ampang Point pula. Terus hatin ya terdetik untuk lepak di Ampang Park esok lepas kuliah.
Sebelum habis bersiaran, Adeeba menghulurkan sehelai kertas A4 yang bertulis langkah-langkah memikat si Pembuat Air Jelita. Tersengih Kelly membaca tip sengal Adeeba itu.
1. Pergi semula ke tempat pertemuan itu terjadi. Tulis sepanduk "Merinduimu. Call me, 000-0000000"
2. Dah jumpa. Duduk memandangnya sambil mengelipkan mata macam jeba masuk habuk. Bila ditanya, jawab saya rindukan awak sampai berabuk mata saya.
3. Dah berkenalan. Minta nombor telefon bimbit, rumah, pejabat dan nombor telefon mak ayah dia sekali. Senang nak bodek bakal mak mertua. Alamat rumah jangan lupa, nanti nak buat kejutan birthday senang. Lagi satu alamat facebook, tweeter, instagram, we chat, skype, yahoo. msn italk dll.
4. Dah kawan. Emmmm.....lompat bintang dulu. Seronokkan dapat kawan baru yang handsome dan memikat hati. Senyum penuh sopan, dengan jalan kepit-kepit. Pastikan kasut tumit tinggi yang empat inci tu ta. Baru nampak seksi.
5. Dah lama kawan. Hantarkan postkad ucapan, apa khabar? Jom kita keluar makan abc hujung minggu ini... Mesti diterima sebab lain dr yang lain.
6. Dah lama kawan lagi. Ajak pergi joging sama-sama sambil cakap kat dia. Kita nak kawan lama dengan awak, kita nak sihat sama-sama.
7. Dah lama kawan mesti dia merajuk atau marah. Belikan twistis perisa cili pedas tu. Buatlah macam dalam iklan. Susun keropok tu di depan gigi kemudian senyum macam kambing. Mesti dia hilang marah dan merajuk.
8. Dah lama kawan mesti ada kala dia sedih. Bawa dia ke tempat duduk belakang dalam kelas tadika. Bagi dia masa sejam, mesti hilang sedihnya bila budak-budak tadika tu datang kesat pipi dia dengan tisu tandas.
9. Dah cakap 'I like you' 'saya suka awak'.....emmmm nak cakap apa ya? Cakaplah saya pun suka habiskan masa saya dengan awak. Jangan lupa mata tu kebilkan macam tadi. Gatal sikit je pun kan.
10. Dah cakap 'I love you' 'saya dah jatuh cinta dengan awak'..... Menangis sambil muka tak percaya. Betul ke? Tak sangka saya, awak pun cintakan saya.
Tergelak terus Kelly dengan tip Adeeba yang sengal itu. Patutlah susah sangat bos senget nak mengorat dulu. Kepala sengal berganda rupanya!
********************
Kelly duduk di dalam konti sambil berfikir, Radio 99.9 akan bersiaran secara langsung di Kem Tentera Udara Kuantan. Dia dan Adeeba dijemput menjadi pengacara majlis makan malam pegawai kanan tentera pada malam itu pula. Memang terbaik nak cuci mata.
"Budak ni kalau dapat berangan memang lupa diri sungguh," bebel Adeeba.
Tersenyum krew Radio Bicara Cinderela dengan bebelan Adeeba pada Kelly. Seorang sengal, seorang lagi tengah angau. Macam manalah rancangan Bicara Cinderela ini tak tinggi hitnya. Gandingan pengacaranya memang membakar senyum untuk terus tertawa. Topik hari ini yang disediakan oleh penerbit adalah ‘kenangan ungkapan cinta pada yang tersayang’.
"Kak Deeba bagaimana kalau orang yang Kak Deeba admire sangat-sangat datang dan luahkan kata cinta?" bicara Kelly secara langsung buatkan Adeeba menjeling tajam. Bukannya mereka tak tahu yang dia pernah menjawab soalan ungkapan cinta ni. Nak pulak dari bos senget, memang huru-hara dibuatnya.
"Hehehehe.....Kelly ni macam tak pernah dengar yang Kak Deeba pernah menjawab ungkapan cinta itu secara live tahun lalu, bila encik tunang melamar dengan bahasa tagalog lagi," balas Adeeba selamba sengal.
Habis saja Adeeba menceritakan kisah itu, Kelly mendapat isyarat okey daripada penerbit. Terus rakaman sketsa itu diputarkan. Mengekek Adeeba tertawa mengingatkan detik lucu itu. Dengar dek Taufiq mesti menguntum senyumnya. Silap-silap mesti dia sibuk telefon meluahkan rasa. Parah berganda-ganda malu jadinya!!
"Kita ada pemanggil yang sangat berpengalaman dan akhirnya berjaya meluahkan kata cinta yang kreatif berkali-kali. Pemanggil ini telah berjaya dihubungi oleh Encik Farouk sendiri. Terima kasih bos.....topik bual kita ini memang dengar sangat mudah dan biasa-biasa. Kita tanya mangsa ini....apa khabar encik?" ucap Kelly dengan senyum yang meleret sampai ke telinga.
"Khabar baik Kelly," jawab si pemanggil. Adeeba kenal sangat suara itu. Terus dia menoleh memandang pada Farouk di sebalik konti. Baru nak bagi penumbuk angin, kelibat Taufiq terpacul di dinding cermin mengadap konti tempat Adeeba bersiaran.
"Kelly panggil bos senget ajelah ya. Nama tu glamor lagi macho," kata Kelly sambil tersengih nakal pada Adeeba.
"Boleh je Kelly. Kak Deeba apa khabar? Senyap je dari tadi?" soal Taufiq.
Adeeba memandang pada penerbit dan Farouk dengan rasa geram. Tak habis-habis nak membulinya di konti. Patutlah topik hari ni semacam aje, rupanya ada udang di sebalik mee.
"Kak Deeba baik je bos senget. Tetiba Kak Deeba ni jadi pemalu," ucap Adeeba selamba.
"Bos senget, Kelly nak tanya ni. Apa perasaan bila luahan ungkapan cinta tak difahami?" soal Kelly yang mendapat soalan itu daripada Farouk.
Adeeba terus membaling kapal terbang kertas pada Kelly macam melancarkan peluru Mesat saja lagaknya. Taufik yang memandang sudah tertawa kecil. Sengal tak sudah!!!!
"Ooooo.. Itu? Mula-mula memang teruja habis sebab makhluk ni susah nak dapat. Spesis pupuslah katakan. Lepas sekali, dua, tiga dan beberapa kali susah gak dia nak faham yang saya betul-betul ikhlas mencintainya. Tak pernah seumur hidup saya meng-goggle cara-cara memikat dan meluahkan pada orang yang tersayang. Tapi disebabkan spesis ini saya redahkan juga,”cerita Taufiq.
Adeeba yang mendengar buat tak tahu saja. Sekejap digarunya kepala, sekejap digarunya leher. Sekejap digigitnya hujung pen. Memang dibelasah oleh cerita Taufiq dalam diam.
“Hahahaha… memang sengal perempuan itukan bos senget. Tapi nak juga tahu dalam banyak-banyak usaha yang mana paling melekat di hati sampai hari ini?” soal Kelly buatkan Adeeba tertoleh semula memandang pada Taufiq yang tersenyum. Hey! Rasa macam nak cucuk aje biji mata tu, lepas tu cubit-cubit pipi dia. Geram Adeeba dalam hatinya.
“Hmmm payah nak jawab soalan ini Kelly, sebab semua usaha memang punyai kenangan yang tersendiri,” balas Taufiq sambil tertawa kecil. Adeeba sudah mengecilkan matanya sambil bibirnya sudah muncung ke depan. Kalau boleh diukur tahap kegeramannya sekarang ini dengan asap keretapi mesti konti ni sudah tertutup dengan asap tebal.
“Pilihlah satu bos senget. Kelly ni pun tengah belajar nak mengorat seorang jejaka idaman hatinya. Tips pun dah dapat daripada Kak Deeba….cuma belum dapat testimony kejayaan lagi ni,”pujuk Kelly.
“Apa pun kita dengar dulu lagu Hujung Dunia daripada Hani Suraya, kemudian kita sambung semula dengan jawapan daripada bos senget…..”celah Adeeba yang pantas memutarkan lagu kemudian terus keluar dari konti mendapatkan Taufiq.
Rajuknya masih belum reda. Pandai betul Taufiq menggunakan keakrabannya dengan Farouk untuk memujuknya. No way!!
“Abang Farouk keji,” marah Adeeba dengan pandangan mata yang ganas.
“Tak baik merajuk lama-lama dengan tunang sendiri,”pesan Farouk yang sudah mengekek ketawa.
“Orang salah memang kena betulkan bukan diamkan,”tegas Adeeba buatkan Farouk terkedu. Ingatkan bantuannya menjernihkan suasana rupanya, Adeeba benar-benar marah. Habislah Taufiq hari ni!!
Adeeba sempat berpesan mainkan lagu dulu dalam sepuluh minit. Dia ingin menyelesaikan halnya dengan Taufiq yang senget. Sampai ke konti dia mencari onar dengan Adeeba. Tak cukup lagi ke peluang yang terbentang luas di Pelangi Resort.
Taufiq dengan wajah selamba memandang Adeeba yang sedang melangkah ganas menuju ke arahnya. Tiada raut wajah takut atau gerun melihat Adeeba walaupun dia tahu tahap kemarahan Adeeba memang sudah melebihi tahap kesabarannya. Muncung itu yang menjadi penunjuk tahap kemarahan Adeeba. Ishhh dapat cium sedap ni, telah hati nakal Taufiq.
“Are you out of your mind?” sergah Adeeba geram.
“I miss you, Comel,” ucap Taufiq lembut.
“I hate you!”
“I love you. I love you so much, Comel.”
“Eeee… tak faham bahasa betul. H.A.T.E hate tahu tak. Benci! Tak suka!” marah Adeeba.
“Do I care? N.O. no. sebab I do love you…. Dan maafkan abang. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati comel. Itu hanya panggilan biasa abang pada Junita sejak zaman kanak-kanak lagi. Takkan itu pun nak merajuk sampai tiga hari lari dari abang,”pujuk Taufiq lembut.
“Dah pergi balik. Jangan ganggu saya di sini. Ini tempat saya mencari rezeki, bukannya tempat memadu kasih,”suruh Adeeba yang malas untuk bertekak panjang dengan Taufiq. Dia perlu masuk semula ke konti untuk bersiaran lagi sejam.
“Abang tak akan balik selagi abang tak dengar kata maaf dari Comel.” Tegas Taufiq yang tak mahu mengalah dengan Adeeba.
“Like I care. Berdirilah di sini,”balas Adeeba dengan geram dan terus meninggalkan Taufiq.
************************
Perkongsian cerita Taufiq sebagai bos senget dalam Bicara Cenderela membuatkan panggilan telefon bertalu-talu masuk untuk mengucapkan kata syabas padanya. Tak ketinggalan juga yang ingin menuntut ilmu memikat Taufiq. Adeeba dengan muka selamba sengal telah memberikan alamat email peribadi Taufiq kepada si pemanggil. Tepuk dahi Taufiq di luar konti dengan sikap acuh tak acuh sengal tunangnya itu.
Di akhir siaran, seorang pemanggil wanita telah menghubungi Bicara Cinderela meluahkan rasa pening kepala untuk memujuk suaminya yang sedang merajuk. Kelly terkedu nak beri pendapat apa sebab tiada pengalaman bercinta lagi. Adeeba pun tak tahu nak bagi pendapat apa sebab dia baru saja bertunang, alam perkahwinan memang asing baginya. Namun, penerbit menyuruh Adeeba memberikan juga tips agar gembira sedikit hati pemanggil wanita itu.
“Puan, Kak Deeba nak bagi tip yang bernas tak lah pandai sangat. Kahwin pun belum ni. Masih mencari calon yang sesuai. Kes akak ni beratlah juga pada firasat Kak Deeba. Yalah, dah lima tahun kahwin pasti puan sudah tahu makanan kesukaan dan yang dia tak suka makan. Tapi memang tak logic akal betullah puan, suami yang dah berusia tu tak suka makan sayur dan bawang…..”geleng Adeeba.
“Nak buat macam mana Kak Deeba, dulu masa dating tak perasan,”balas si pemanggil wanita.
“Macam nilah puan. Memandangkan sudah tiga hari suami puan merajuk. Esok pagi puan masakkan bubur nasi kosong saja. Kemudian beli pil, bawang putih, pil vitamin A, B,C,D, E letakkan dalam dulang. Lagi satu letakkan pelapik dulang gambar artis lelaki pujaan puan yang terdedah badannya yang macho. Puan bawa dulang tu masuk dalam bilik, macam ala-ala romantis gitu. Pakaian puan pun kena setanding seksilah juga ya. Bila ditanya apa semua ni? Puan cakaplah, saya sayangkan abang. Saya cintakan abang. Saya nak hanya abang jadi suami saya sampai akhir hayat saya. Insya-Allah suami puan yang mamai bangun tidur itu akan terkelu. Mahu ditelannya pil vitamin tu dengan botol-botol sekali sebab sayangkan puan. Percayalah,”kata Adeeba.
Kelly yang mendengar sudah tepuk dahi. Spontan sungguh Adeeba memberi tip sengalnya pada si pemanggil wanita itu.
“Puan, bila dah buat nanti jangan lupa email pada Kelly ya. Nak tahu testimony peminat Bicara Cinderela dengan tip yang telah Kak Deeba berikan,”celah Kelly buatkan Adeeba menutup mulutnya dengan tangan. Tak percaya sungguh budak tu dengan tip sengal kejayaannya itu!
“Kelly, akak dah guna tip Kak Deeba sebelum ini. Rajuk memang terbayar,”ucap si pemanggil wanita itu lagi. Adeeba dan Kelly berpandangan. Tak percaya!!
Farouk dan penerbit yang duduk bersama Taufiq sudah mengekek ketawa melihat wajah DJ sengal yang sedang duduk dalam konti. Kelat terkejut macam sudah tercekik asam kelubi. Hilang suara sampai berbahasa dengan isyarat tangan aje. Memang nak kena gelak ajelah jawabnya. Mujurlah juruteknik pantas memainkan peranan dengan memutarkan lagu.
“Kak Deeba, I adore you! Please please ajarkan Kelly nak mengorat Mr. Entah tu.” Kelly melutut di kerusi Adeeba. Terus meledak ketawa Adeeba.
“Sungguh ni? Tak menyesal? Sanggup ke kena gelak nanti ni?”soal Adeeba dengan wajah stoon macam nak kena balik kat Sungai Kelang tu.
“Sungguh! Pasti! Kelly sudah dapat tiga testimony kejayaan tip sengal Kak Deeba ni. Bunyi memanglah mengelakkan tapi berkesan. Terimalah Kelly jadi anak didik Kak Deeba.” Rayu Kelly buatkan yang lain berair biji mata mentertawakan gelagat selamba DJ sengal ini. Suka hati mereka saja nak buat sketsa jenaka spontan di konti. Adeeba ni memang penuh dengan idea sengal di kepalanya. Tak padan dengan orangnya.
“Baiklah pelajaran pertama. Tak nak panggil Mr. Entah, kita tukar nama yang lebih mengoda Mr. Lesung Pipit. Lepas balik Kuantan pelajaran akan bermula. Sekarang Kak Deeba nak selesaikan hal kat dalam akuarium tu dulu,” ucap Adeeba sambil menunjuk ke arah bilik penerbit yang terpisah dek cermin kaca ini.
“Ai ai madam.” Kelly memberi tabik hormat sambil tersenyum senang. Mana ada orang dalam dunia ini mempunyai penasihat cinta sengal sepertinya. Tak pernah dibuat orang, janji Mr. Lesung Pipit dapat dikenalinya jua.
Kelly hanya memandang sketsa Adeeba yang ingin membelasah bos senget aka tunangnya yang memang senget mencintainya hingga ke konti. Apalah yang dibuatnya hingga Adeeba tak makan pujuk langsung.
Taufiq terus bangun dan keluar dari bilik penerbit yang sempit itu. Dia berdiri di luar konti menanti Adeeba menghampirinya.
“Fikir sebelum bicara….susah sebelum senang…. Jatuh sebelum berjaya….. sedar sebelum terus hanyut…. Bercinta biar dari hati…. Berjanji biar ditepati…. Hingga ke hujung jinjang pelamin ini …..pasti adanya suka dan duka… kamu dan aku…. “ Adeeba sudah membahasakan Taufiq dengan lirik lagu Hujung Dunia nyanyian Hanie Suraya yang telah disuaipadankan dengan situasi mereka yang sedang bertunang. Taufiq mendengar setia sambil mengulum senyum. Geram gaya sengal Adeeba sememangnya memikat Taufiq untuk terus mengusiknya lagi.
Adeeba berdiri di hadapan Taufiq yang masih mesra wajahnya tanpa sebarang bicara. Senyum pun kedekut nak bagi. Pandangan mata bertaut seketika.
“Pernah dengar lagu dendangan Savage Garden yang handsome tu?”soal Taufiq
“Pernah.”
“Hmmm… mesti pernah dengar lagu Truly Madly Deeply –kan?”
“Iya.”
“Itu apa yang abang rasa waktu ini. Truly Madly Deeply in love with you Cik Adeeba Othman or Comel nakkan abang nyanyikan lagu itu untuk pujuk Comel. Abang tahu abang salah. Tapi ini bukan pertama kali perkara ini kita bangkitkan. It’s nothing between me and Junita. Totally nothing. Zero! Kosong!” tegas Taufiq meyakinkan Adeeba.
Adeeba masih dengan muka stoon yang nak kena campak dalam Sungai Kelang tu. Tak nak menyerah kalah walaupun hatinya memang terpujuk dengan kehadiran Taufiq di konti. Yalah, rindu gila tak tengok muka kekasih hati selama tiga hari. Merajuk punya pasal, ikutkan saja hati. Esok sudah nak ke Kuantan. Menang demam macam ni.
Kelly yang memandang sambil memeluk tubuh sudah tersenyum lucu. Parah juga kalau bertunangkan kekasih yang sengal kuasa dua ni. Berpeluh-peluh juga Taufiq nak memujuk hingga hilang terus rasa sengan silu memujuk depan orang ramai macam ni.
“Nehi! Nehi! Nehi! Kuchi Nehi! Saya masih nak merajuk seminggu dengan abang. Jadi jangan ganggu saya. Abang pergilah pada Ling, Yang, sweetheart abang tu. Saya bagi abang cuti seminggu daripada bergelar tunang Adeeba. Dan esok saya nak cuci mata banyak-banyak kat Kem Kuantan. Seminggu tiada title tunang kat bahu rasa ringan sikit. Okey bang… daaaaa,” ucap Adeeba saja nak jual mahal. Siap bakar api cemburu Taufiq lagi dibuatnya.
“Serius? Tak menyesal?”provok Taufiq geram. Langkah Adeeba terhenti. Hatinya sedang berkira-kira tolak campur darab bahagi dan kesimpulannya diperolehi.
“Buatlah apa yang abang rasa baik. Saya pun bukan siapa-siapa. Saya dah penat nak marah dan merajuk pada abang. Saya cuti dua hari. Dan esok saya ke Kuantan untuk promosi Radio 99.9 termasuk segmen Bicara Cinderela di Kem TUDM Kuantan. I hope you know me better.” Adeeba berkata lalu meninggalkan Taufiq. Misi memujuk masih tak berjaya rupanya.
Kelly yang memandang sudah membuat kesimpulannya sendiri. Jangan pandang rendah pada orang yang sengal dan gila-gila otaknya. Sekali dia marah memang dia marah sungguh-sungguh. Buktinya Adeeba!
***************************
Kelly terkedu bila terpandang kelibat Mr. Lesung Pipit yang siap beruniform juruterbang di samping kapal terbang perjuang Sukhoi SU-30 sambil memberi penerangan kepada pengunjung yang datang ke hari bersama angkatan tentera udara ini. Mulut terkelu, mata terpaku tapi kaki laju melangkah merapati Mr. Lesung Pipit.
“Hai,” sapa Mr. Lesung Pipit ramah.
“Errrr…. hai,”balas Kelly sedikit gagap kerana darah gemuruh telah pecah di seluruh urat sarafnya. Adeeba pula diiringi oleh pegawai perhubungan TUDM di belakang sana.
“Staff Radio 99.9?”soal Mr. Lesung Pipit lagi.
“Errr…. Ha’ah.”
“Kelly! Cepatnya jalan. Kak Deeba dengan Mj. Syukri ni tak terkejar. Kita kena dengar penerangan daripada Mj. Sukri ni dulu. Nanti senang nak dapatkan idea berceloteh dalam Bicara Cinderela malam nanti,” becok Adeeba bersuara. Mr. Lesung Pipit memandang Kelly tak berkelip.
“DJ?”soal Mr. Lesung Pipit.
“Yaaaaaa.” Kelly sudah tersipu-sipu
“Bryan kenalkan ini deejay dalam Bicara Cinderella yang selalu terpasang kat Mes Pegawai tu. Baru hari ni tengok wajah cun Kak Deeba dan Kelly. Ladies, ini Mj. Bryan juruterbang Sukhoi SU-30 ini. Itulah kekasih dan juga isterinya,” Mj. Syukri memperkenalkan mereka pada Bryan.
“Awesome! Happening deejay with interesting topic. Enjoy listening your segmen. Love si Pembuat Air Jelita,”puji Bryan.
Adeeba senyum bahagia. Kelly terlebih gula siap tersipu-sipu sambil tangan sekejap garu leher. Sekejap betulkan rambut. Macam belangkas tercekik sampah pun ada jugak ni. Menggeleng Adeeba dalam hatinya. Nak gelak tak sampai hati. Biarkan sajalah dulu.
“Terima kasih. Jadi inilah juruterbang kapal perjuang yang hebat ini ya? Tak ada gaya macam juruterbang perjuang yang ganas pun.”Komen Adeeba selamba. Berkerut dahi Bryan dan Mj. Syukri. Mereka bukan main teruk sekali berlatih untuk sampai ke tahap ini, boleh pulak si deejay ini keluarkan komen berapi sebegitu.
“Kenapa Kak Deeba cakap macam tu?”soal Kelly cukup tak puas hati.
“Betul. Selalu dalam drama melayu atau cerita Mat Salleh kalau juruterbang perjuang tu muka dia ganas sikit. Siap dengan misai melenting. Ada parut di dahi ke atau di dagu. Ini….. handsome sangat siap dengan lesung pipit lagi. Musuh pun cair terus hulur tangan nak jadi kekasih…..”sengih Adeeba yang telah buatkan mereka bertiga yang menunggu ulasannya terkedu. Kemudian tawa bergema halur di situ.
“You’re amazing Kak Deeba. Sengal yang spontan.” Bryan masih bersisa tawanya. Inilah pertama kalinya dia dikatakan tak cukup ganas. Tapi dia bagaikan pernah bertemu muka dengan Kelly. Sekali lagi dia memandang tepat pada Kelly yang sudah tertunduk malu. Betul dia kenal. Dia pernah bertemu dengan Kelly sebelum ini.
“You ada Oppa yang memiliki Salon di Ampangkan?”soal Bryan buatkan Kelly terus menganggukkan kepala. Adeeba terbatuk mendengar soalan Bryan. Dia sudah mendapat jawapan kenapa Kelly yang berperangai macam belangkas tercekik sampah tu.
“Pernah jumpa?” soal Adeeba berhati-hati.
“Pernah dibantu lagi. Mujur orang tu tak mati kebuluran,”senyum Bryan buatkan pipi Kelly terus jadi magik. Sekelip mata ada pemerah pipi.
“Serius?”
Tak percaya Adeeba dengan cerita Bryan. Memang sah Kelly boleh menjadi appreanties nya yang paling berjaya. Sengalnya boleh tahan, ada ke lambat makan boleh mati.
“Betul Kak Deeba, seronok bersembang dengan Kelly hingga terlupa nak tinggalkan nombor telefon. Sebelum saya terlupa ini kad saya.” Bryan menghulurkan kad namanya pada Kelly. Sempatlah juga Kelly bertukar kad nama dengan Bryan. Senyum usah cakaplah sampai ke dahi boleh dilihat kedutan cerianya.
“Itulah. Ada FB? Tweeter? Instgram?”soal Kelly yang baru nak bersuara.
“Ada.”
“Tulislah kat belakang ni. Nanti Kelly add jadi member baik,”senyum Kelly sambil mengenyit mata pada Adeeba. Macam budak kecik tersampuk lebih makan aiskrim pun ada juga tu. Gelak Adeeba dalam hatinya.
Bryan dan Syukri masing-masing menulis alamat facebook, tweeter, instgram yang diminta oleh Kelly. Adeeba diam memerhati. Biarlah, budak yang baru tengah naik ni mengatal. Bos Senget juga tetap dalam hati, bisik hati Adeeba.
****************
Adeeba meminta jasa baik Mj. Syukri untuk menyarung uniform juruterbang yang bewarna hijau itu untuk mengacara majlis makan malam ini. Kelly pula lebih selesa dengan pakaian sponsor yang telah disediakan oleh Radio 99.9. Biar nampak anggun malam ini. Misi pertama telah berjaya siang tadi. Nombor telefon siap dengan alamat akaun media social Bryan telah diperolehinya, walaupun tak lompat bintang.
Tit tit tit tit….Kelly membaca pesanan ringkas yang masuk dalam peti simpanan telefon bimbitnya. Bibirnya mengorak sengih yang lebar.
Good luck Kelly. Tak sabar menunggu persembahan you dengan Kak Deeba. Pasti enjoy. Lepas dinner ni, kita keluar minum nak? – Bryan
“Kak Deeba! Kak Deeba! Kelly sakit dada,”jerit Kelly sambil terbaring di lantai.
Adeeba yang sedang terkial-kial menyarung uniform juruterbang ini terus berlari mendapatkan Kelly. Panic attact!!
“Kel! Kelly! Kelly! Kenapa ni?”cemas Adeeba.
“Dada Kelly sakit Kak Deeba,”jawab Kelly dengan wajah yang bahagia.
“Sakit sangat ke sampai tak boleh menangis?”pelik Adeeba.
“Ha’ah kak. Sakit sangat sampai dah boleh nafas. Now I understand kenapa dalam novel selalu tulis dup dap dup dap dup dengupan jantung tak tentu arah bila rasa cinta itu timbul,”kata Kelly sambil tersenyum meleret panjang. Adeeba terduduk sambil mengucap panjang. Parah betul budak ni!
“Kau ni Kelly, boleh buat Kak Deeba pengsan tau. Agak-agaklah nak angau pun. Sudahlah nak masukkan kaki dalam uniform ni cukup main susah. Baru nak ambil feel aura macho juruterbang ganas. Nak pakai uniform pun terkial-kial,”kongsi Adeeba.
“Hahahaha…. lawaklah Kak Deeba ni. Kenapalah nak seksakan diri buat semua benda ni. Baju yang butik tu sponsor bukan ke cukup cantik di badan Kak Deeba. Kelly pun tak fahamlah dengan akak ni,”ucap Kelly yang masih terlentang di lantai.
“Inikan pengalaman Kelly. Nak ada pengalaman bawa jet pejuang tu memang taklah, apalah salahnya ada pengalaman pakai uniform juruterbang jet pejuang. Ada gak kenangannya.”
“Yalah. Cuba Kak Deeba berdiri, biar Kelly tolong pakaikan,”suruh Kelly yang sudah siap berpakaian cuma tinggal nak bersolek aje belum.
Adeeba akur dengan pemintaan Kelly dan berdiri di hadapan gadis itu. Tiba-tiba terdengar suara Kelly mengekek ketawa. Mana taknya Adeeba terlupa buka butang di bahagian dalam baju tu, macam manalah nak masukkan kaki. Itu belum zip lagi. Termalu-malu alah terus Adeeba. Mujurlah mereka berdua saja dalam bilik persalinan ini.
“Kelly,”seru Adeeba perlahan.
“Mmmmm…”
“Kelly dah jatuh cinta dengan Mj. Bryan tu ya?”soal Adeeba.
“Itulah Mr. Lesung Pipit yang Kelly ceritakan tu kak,”kongsi Kelly terus-terang.
Adeeba terdiam. Sungguh betul apa yang disangkakannya tadi. Kelly memang dah angau dengan Mj. Bryan yang baru diperkenalkan pada mereka tadi. Harap, harap sangat Kelly masih siuman untuk meneruskan majlis makan malam ini.
“Kelly okey ke tak ni?”soal Adeeba gusar. Takut rasa angau Kelly nanti terbawa-bawa dalam kerja yang bakal mereka sempurnakan pula nanti, itu mahu Komandan Farouk mengamuk satu Malaya. Masa tu, gelaran popular tak dikiranya langsung.
“Sangat okey. Mr. Lesung Pipit dah ajak dating lepas dinner ni nanti. Kelly dah cakap okey,”senyum Kelly yang ceria bukan kepalang.
“Oh! Okey.”
Satu yang tak disangka oleh Adeeba. Sepantas kilat Kelly menerima pelawaan lelaki yang baru dikenalinya. Cukup drastik tahap kronik panahan cinta Mj. Bryan ini pada Kelly. Tak sempat Adeeba nak memberi tip tarik tali, Kelly dah atur langkahnya dulu. Didoakan agar usaha Kelly membuahkan hasil yang membahagiakannya.
**********************
Penutup majlis makan malam ini, ditutup dengan sketsa spontan Adeeba dan Kelly. Adeeba membawa watak sebagai juruterbang jet pejuang yang macho sementara Kelly membawakan watak sebagai pramugari yang seksi dan mengoda.
Farouk dan Suhana yang bertindak sebagai penerbit Bicara Cinderrela sudah tak tahu nak gelak macam mana lagi dengan kerenah deejay kesayangan mereka ini. Pemintaan Suhana untuk ditunaikan sketsa spontan berlatar-belakangkan TUDM disahut dengan penuh dedikasi sekali oleh Adeeba yang menjadi mastermind yang sengal. Kelly menurut saja langkah spontan Adeeba. Mereka memang pasangan yang cukup versetile dan sepadan. Itu diakui sendiri oleh Farouk, pengurus Radio 99.9.
“Hai, ada masalah ke?”soal Adeeba yang memegang helmet juruterbang di sisi.
“Iya. Kereta I rosak. Boleh tolong tengokkan?”pinta Kelly manja dan penuh menggoda.
“Hmmm… buka bonet depan,”suruh Adeeba sambil berlagak ke depan. Aksi mereka macam betul-betul saja, padahal mereka hanya berlakon di pentas.
“Kenapa tak ada enjin dalam kereta ni?”soal Adeeba panik.
“Enjin kereta ni bukan letaknya di depan, tapi di belakang. You tak tahu ke?”soal Kelly yang dilembutkan lagi suaranya. Meremang bulu roma tengkuk Adeeba.
“Ohhh! I biasa dengan enjin jet pejuang saja,”balas Adeeba buatkan hadirin tertawa lucu. Kelly pun turut mengulum senyum. Gaya Adeeba yang spontan itu memang tak boleh diramal. Siap dengan penukul besi, spanar, playar semuanya keluar dari poket seluar Adeeba yang banyak poket itu. Siap dicalitnya kiwi kasut di kedua belah pipi bagi menampakkan aksi membetulkan enjin kereta.
“Hebatlah you ni. Boleh berkenalan?”goda Kelly lagi.
“You ni sakit mata ke? I ni perempuan juga sama macam youlah,”tegur Adeeba.
“Hah!! Muka nampak ganas. Gaya pun sama ganasnya juga. I ingatkan lelaki,”balas Kelly yang menahan senyum.
“Dalam uniform memang kena tegas. I baru balik kerja. Nak ayu gebu-gebu lepas keluar dari pagar kem bolehlah,”balas Adeeba buatkan Kelly memusingkan kepalanya ke belakang pentas. Tawa kecil dilepaskan. Tak boleh tahan tengok wajah Adeeba yang sengal saja tu.
“Boleh percaya ke yang you ni perempuan bukan lelaki?”provok Kelly.
Adeeba sudah menguraikan rambut yang diikat kuda untuk sketsa ini. Terus siulan nakal kedengaran. Zip uniform ditarik perlahan-lahan, saja nak buat panasaran. Kelly yang melihat pula yang terlebih debar. Biar betul Kak Deeba ni?
“Eh! Cik cik tak apalah, saya dah tahu yang cik ni perempuan. Tak jadilah saya nak berkenalan. Dah! Dah! Tak payah nak buka baju,”risau Kelly. Adeeba ni memang tak boleh dikirakan sangat kepala otaknya. Itu Kelly faham sangat. Jangan mencabar dia!!
Dengar terus suara ‘alaaaa’ yang panjang. Gatal sungguh mereka.
“Serius tak nak tengok?”soal Adeeba disahut dengan perkataan nak oleh hadirin. Gamat sungguh! Siap tepuk meja lagi. Adeeba sempat mengenyit mata pada hadirin lagi. Terus panasaran hadirin. Silap gaya pertaruhan mahu juga mengundang terkaman menggoda lepas ni nanti ni, gelak Adeeba dalam hatinya.
“Nak” suara asing datang dari belakang pentas. Suara Suhana, penerbit di corong telinga Adeeba dan Kelly untuk mereka meneruskan saja lakonan sketsa mereka buatkan Adeeba mengeluh kecil. Dia kenal suara itu. Kemunculan lelaki itu di pentas mendapat siulan dan tepukan gemuruh hadirin, walaupun mereka tak tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki itu berjalan dan berjalan hingga berdiri betul-betul di hadapan Adeeba.
“Saya nak.”
“Serius? Tak menyesal?” soal Adeeba yang masih melakonkan watak ciptaannya.
“Serius nak tunjuk ke Sayang?”soal lelaki itu mengamatkan lagi dewan dengan siulan nakal. Pipi Adeeba sudah merah menahan malu. Ishhh… bos senget ni, tak mengalah langsung. Tangan Adeeba sudah memegang pada tangkai zip di dadanya. Boleh dilihat di kerongkong Taufiq yang sedang menelan air liur gusarnya. Adeeba lagi selamba menarik tangkai zip uniform itu hingga ke perut.
Taufiq memang cemas dan gusar dengan keberanian Adeeba membuka zip uniform bajunya di pentas bersaksikan ramai pegawai tentera lelaki dan wanita. Memang nak kena ajar juga Adeeba ni makna sopan ketika marah. Jangan diikutkan sangat emosi marah dia saja. Kelly pula yang memandang wajah merah Taufiq menahan geram terus menutup muka dengan kedua belah tapak tangannya. Tak nak menjadi saksi keseksian Adeeba yang sengal ini.
Adeeba lagi galak hingga berpalingkan badannya ke belakang untuk mengeluarkan tangan dari uniform. Tight hitam yang direka khas untuk mengucapkan Selamat hari angkatan tentera yang tertulis di belakang baju buatkan satu dewan bertepuk tangan. Bila Adeeba pusing di depan pula, tertulis perkataan I love TUDM. Lagi gamat tawa mereka.
Sempat lagi Adeeba merapatkan bibirnya di sisi pipi Taufiq yang melihat penuh kelegaan.
“Saya tak semurah itu untuk mempamerkan setiap inchi tubuh saya pada semua orang. Begitu juga ucapan sayang dan cinta saya. Bila sekali terucap ianya tak akan terucap lagi. Haknya esklusif dan teristimewa,”bisik Adeeba perlahan pada Taufiq.
Tepukan gemuruh diberikan pada mereka dan Mj. Syukri menyorong troli berisi kek yang ditaja oleh Radio 99.9 untuk majlis makan malam ini. Penutup yang sungguh sempurna buat Adeeba dan Kelly.
*********************
“Abang apa ni main terjah-terjah je majlis orang,”tegur Adeeba yang cukup tak puas hati dengan sikap Taufiq yang senget hari ini. Entah bila sampai pun dia tak pasti.
“Abang cemburu.”
“Oh! Tahu juga cemburu ya. Ingatkan tak ada rasa,”lepas Adeeba.
“Please comel. Stop all this nonsense. I want my fiancĂ© back. I miss her so much,”ucap Taufiq mengalah.
“Kalau dah rindu tunang, pergilah cari dia. Yang datang cari saya ni kenapa?”geram Adeeba.
“Tengah berdepan dengan tunanglah ni. Kalau tak, abang tak ada depan Comel ni,”balas Taufiq geram.
“Oh! Ya tak ya juga. Lupalah pulak.Yalah, dah cuti jadi tunangan orang. Boleh tersalah fikir single and available pulak,”sengih Adeeba yang baru perasan dialah tunang Taufiq.
“Jangan nak mengatal, cuti-cuti jadi tunang abang. Ingat ni apa, cuti-cuti Malaysia ke?” geram Taufiq berganda. Ikutkan hati, mahu saja dipikul Adeeba dan di bawa balik ke Kuala Lumpur malam ini juga.
“Laaa… tahu marah rupanya,”balas Adeeba selamba. Terus pinggangnya dipeluk oleh Taufiq. Diam terus Adeeba. Sebelum ini tak pernah lagi badanya disentuh mesra oleh Taufiq sebegini.
“Ikutkan hati abang, mahu saja abang cium-cium bibir Comel yang suka melawan abang. Siap provok abang lagi kat depan semua orang. Nasib baik sabar abang tadi tu tinggi, kalau tidak memang abang dah pikul Comel terus ke masjid,”ucap Taufiq lepas.
“Masjid? Kenapa masjid?”
“Nikah terus senang. Tak ada nak gaduh manja-manja macam ni lagi. Sesak nafas abang ni, tengok mata-mata pegawai tentera itu semua pada Comel. Nak cuci mata pun agak-agaklah. Tunang orang pun nak tengok,”bebel Taufiq meluat. Adeeba sudah tersenyum lucu. Comel betul kalau Taufiq buat muka macam tu.
Tiba-tiba Kelly datang dengan solekan di muka yang serabai. Matanya dah bengkak. Adeeba terus menolak tangan Taufiq yang memeluk pinggangnya. Kelly yang berlari ke kereta di kejarnya.
“Kelly! Kel! Tunggu.”
“Kelly malu Kak Deeba. Kelly malu!” ucap Kelly sambil mengesat hingus yang keluar dari hidungnya.
“Malu? Malu kenapa?”soal Adeeba keliru. Tadi bukan main angau dan ceria, ini sudah sedih macam orang kecewa.
“Mr. Lesung Pipit sudah berkahwin dan punyai seorang anak. Tadi dia kenalkan Kelly dengan wife dan anak dia,”cerita Kelly memeranjatkan Adeeba.
“Errr… then..”
“Kelly terus kata yang Kelly sakit perut…. Kelly kecewa Kak Deeba. Cinta pandang pertama Kelly ni salah parking. Bodohnya Kelly ni kak,”tangis Kelly buatkan Adeeba tak tahu nak gelak ke atau nak sedih sama. Orang sengal kecewa cinta macam nilah agaknya kot! Biul!
“Kelly… Kak Deeba ni tak pandai. Tapi apa yang Kak Deeba nak cakap, cinta itu murni dan luhur. Kekadang sepantas kilat macam yang Kelly alami. Sebagai perempuan kita perlu menilai cinta itu dengan akal juga. Jangan terlalu mengikut emosi suka itu sangat. Letakkan rasa itu seimbang dengan pemikiran akal yang logik dan emosi yang indah….kerana setiap yang lahir itu sudah ditentukan jodoh mereka sebelum dia lahir lagi. Itu janji tuhan pada kita. Dan Kak Deeba yakin, Kelly akan temui lelaki yang sama hebat macam Kelly,”pujuk Adeeba lembut.
Kelly terus memeluk tubuh Adeeba. Rasa sedih dan pilunya tadi terus terubat. Betul kata Adeeba, dia cepat sangat melatah dengan rasa cinta yang mengetuk hati perempuannya. Macam keretapi laju di Jepun sana tu cepatnya. Memanglah tak masuk akal.
“Terima kasih Kak Deeba. Love you so much. Kelly dah okey,”ucap Kelly selamba.
“Kelly!!”panggil Adeeba lantang menghentikan langkah Kelly ke kereta.
“Mr.Lesung pipit mengancam hanya membawa cinta ekspress saja. Tunggu Mr. Lesung batu kenalkan Kelly erti cinta luhur,”pujuk Adeeba buatkan Kelly tersenyum lalu terus meninggalkan Adeeba terpinga-pinga di parkir kereta.
“Sengal sungguh Kelly ni. Aku ke yang tercabut skrew atau dia yang terlebih skrew,”ucap Adeeba sendirian.
Taufiq yang tadinya memerhati dari jauh terus mendapatkan Adeeba. Bahu Adeeba dipeluknya selamba sambil mata memandang pada kereta Kelly yang hilang dari pandangan mata.
“Kenapa dengan Kelly?”soal Taufiq lembut.
“Cinta tersalah parking, terparking pada suami orang. Bila dah tahu dia terus bawa diri,”cerita Adeeba ringkas.
“Dah lama mereka berkawan?”
“Sehari.”
Terkejut Taufiq. Macam-macam sungguh peel deejay Bicara Cinderela ini. Sengal tak habis-habis. Cerita macam itu pun ada. Sungguh tak masuk akal nan waras, hanya mereka yang sengal saja yang faham.
“Saya dah maafkan abang.”
“Execuse me?”
“Saya dah maafkan abang.”
“Abang belum pujuk lagi. Kenapa tiba-tiba?”pelik Taufiq.
“Cinta tak boleh dipaksa. Sayang pun tak boleh diminta. Ianya datang sendiri di sini dengan ikhlas. Saya tak nak terima cinta dan kasih sayang yang bukannya lahir dari sini. Jika Allah itu dah tetapkan sayalah rusuk kiri abang, maka sayalah. Sekiranya sebaliknya, saya angkat kaki sajalah nanti. Simple is that,”ucap Adeeba dengan jarinya yang masih terletak di dada Taufiq.
Terkedu Taufiq dibuatnya. Bila datang aura seriusnya, memang tak terlawan Taufiq. Fakta Adeeba cukup bernas macam baru lepas duduk mentelaah di Perpustakaan Negara.
“Tidak ada orang lain yang sanggup melayan kerenah abang yang senget ini melainkan tunang abang yang sengal ni…..dan sekali hati ini sudah berkocak menzikirkan nama Farah Adeeba, sampai ke akhir hayat pun zikir itu tetap sama,”jelas Taufiq.
Adeeba diam. Taufiq pun diam. Hanya pandangan mata mereka saja yang berkata. Cinta ekspress selalu datang dan pergi sepanjang hidup manusia. Pagi cinta, petang dah putus. Semalam cinta, esok dah putus. Namun cinta luhur, datangnya macam siput yang penat mendaki. Kesulitan demi kesulitan tidak menghalang rasa itu dari mengalah. Ia tetap sama dan sentiasa diperbaiki dengan usaha agar matlamat kehidupan itu dirasai bersama. Seperti lagu Hingga Hujung Dunia dendangan Hanie Soraya.
Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
Hingga ke hujung dunia
Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna
Walau apa pun yang terah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadi kita yang hari ini
(Hujung Dunia- Hanie Soraya)
T.A.M.A.T
No comments:
Post a Comment