Saturday, May 22, 2021

Pinangan Cinta Termahal


- Belakang tabir 

Idea asal : Hessa Widad

Tarikh idea mula digarap : End 2019 (tengok balik status FB den terdahulu. Lupa!) 🤣🤣🤣

Isu yang cuba dikupas :  

CINTA HALAL SELEPAS NIKAH. Pasangan tak mengenali satu sama lain. Baru kenal dan membuat keputusan sendiri untuk bernikah kerana salah seorang sudah jatuh cinta pandang pertama. 

Kenapa isu CINTA HALAL dipilih?

👉 Niat sebenar berkahwin itu tak difahami oleh pasangan. Hingga mereka tak mampu berdepan dengan cabaran rumahtangga yang datang dari pelbagai rupa dan keadaan. Dan akhirnya bercerai di awal usia perkahwinan. 

👉 Ketaksuban dalam mengagungkan konsep CINTA HALAL hingga lupa tentang anatomi cinta yang saling menerima kekurangan dan melengkapinya seadanya. Perkahwinan bukan gelanggang try and error. Tak suka cerai. 

👉 Kita selalu tafsirkan cinta itu nafsu. Bagaimana nak kenal pasti dan memjiwai cinta yang sebenarnya cinta. Walhal kita juga telah dimaklumkan; sifat manusia yang tiada nafsu adalah  sama seperti koma. Dia tak hidup. 

Watak utama;

Puteri Siti Aisyah Ahmad Zailani (Aisyah @ Cha) 

Luqmanul Hakim (Luke) 

Genre

Romance | cinta | kasih sayang keluarga | stress free - santai 

Misi utama PCT 

menunjukkan isu/cabaran yang muncul buat pasangan agar mereka lebih bersedia memikul tanggung jawab isteri dan suami selepas bernikah nanti. 

TAGLINE :  

HATI TERKUNCI PADA JODOH TAK TERJANGKA | 

TERBAKAR TEMBOK HATI DEMI SEBUAH CINTA TERMAHAL

Jangka terbit

MSS baru menjalani proses editing. Separuh lagi masih den semak untuk kali terakhir. InsyaAllah selepas den tekan ENTER keseluruhan manuskrip pada editor den akan buka PRE ORDER SELAMA SEBULAN, untuk beri masa editor menjalankan proses edit dan AP memproses lain-lain proses cetakan.  

AP masih baru. Jadinya, kami hanya mampu merealisasikan terbitan PCT ni dalam bentuk bentuk PRINT ON DEMAND. 

#chavsluke  #pct  #kerjamenulis #anganpenapresspublication #belakangtabirseorangpenulis #akandatang

Saturday, March 20, 2021

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 5

 


Rumah semi-d tiga tingkat di Jelutong Height yang selama ini menjadi rumah hinggap Nasrullah dan Shakila bila pulang, menjadi perteduhan terbaru Astrid. Berjiran pula dengan Datin Sarimah, satu-satunya adik Shakila.

“Ini rumah mummy?”

Astrid kagum dengan reka bentuk dan kawasan kediaman yang dipilih Shakila dan Nasrullah. Damai, mewah dan hijau.  

“Yup! Mak long dengan mama memang sengaja pilih rumah sebelah menyebelah macam ni. Alasannya, senang bibik senang nak kemaskan rumah tu bila mak long nak balik sini.”

Astrid mencebik bibir tak percaya. Dia tahu Shakila dan Sarimah rapat. Sarimah pun selalu ke Puerto Rico. Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ni memang dia yang melarikan diri daripada semua orang.

“Jom, Irah tolong bukakan pintu. Bibik dah kemaskan rumah ni. Bilik yang atas sekali tu, bilik Rid,” cerita Jumairah.

Rambut diraut bahagia bersama bibir lebar tersengih di bibir Astrid. Masih diingatinya dulu, dia pernah minta satu ruang khusus untuk menyendiri walaupun tinggal sebumbung dengan keluarga. Privasi!

“Betul ke? Wahhh bestnya.” Menari Astrid.

Jumairah lepaskan gelak. Dalam matang, masih terselit gaya manja dan bersahaja pada riak tingkah Astrid.

“Nak Irah, tolong angkat beg naik atas terus ke? Kat hujung sana ada lif kalau Rid tak nak guna tangga.”

Gelak Astrid. Kepala digeleng berbahasa tidak perlukan bantuan lagi. Sudah banyak dia menyusahkan Jumairah untuk seharian ini. Pasti terganggu kerja hakiki wanita tersebut.

“Betul ni?”

“Betul. Bukan susah sangat pun. Lagipun, Irah dah tunjukkan lif kat hujung sana. Saya boleh buat semuanya sendiri.” 

“Yalah kalau macam tu. Ni mama pesan. Malam nanti kita dinner sama-sama. Dalam jam lapan malam. Okey?”

Astrid angguk. Berbakul pesanan Shakila sebelum dia berlepas semalam. Termasuklah makan malam pertama di rumah Sarimah.

“Iya saya tahu. Mummy dah pesan sebelum saya berlepas. Jika saya terlewat, boleh Irah call saya. Takut terlajak tidur ni.”

Pinta Astrid sambil menunjukkan isyarat jari bersimbulkan telefon.

“Okey. Tak jadi masalah. Rid rehat. Dah masuk maghrib nanti Irah call.”

“Insyallah. Thank you Irah” balas Astrid.

Astrid menghantar Jumairah sampai ke pintu, sebagai adab menghormati dan menghargai pertolongan orang yang banyak membantunya.

Tingkahnya buatkan, Jumairah terkasima lagi. Tak dijangka Astrid yang dibesar dan mendapat didikan di Amerika boleh kekal memiliki adap macam orang Melayu yang membesar di Malaysia.

Dia memang puteri berhati berlian, puji hati Jumairah.

Hilang saja Jumairah daripada pandangan, Astrid menolak bagasinya ke arah lif.

“Daddy tunjuk kuasa betul,” komen Astrid.

Ditinggalkan bagasi di dalam lif. Seluruh ruang dalam rumah dijelajahinya dengan rasa kagum. Konsep moden, minimal dan segar menjadikan rumah hinggap ini tak ubah macam resort mewah di Kepulauan Mediterranean.

Sampai saja di tingkat atas, mata Astrid terus bergenang. Dadanya tiba-tiba rasa terhimpit. Terngiang-ngiang suara Qaleef padanya dulu.

“I nak kita ada privasi lepas kahwin nanti. Bina banyak memori bersama. I tak nak ada gangguan ketika I manjakan you atau I nak bermanja dengan you,” bisik Qaleef.

“Amboi. Kedekut. Jangan lupa, I ni tetap baby girl daddy sampai bila-bila ya.”

“You dah jadi baby idaman I, Astrid Johaida. Ikutkan hati tamak I ni, I nak kita duduk asing. Jauh dari keluarga. Tapi disebabkan baby I ni baby girl daddy dia. Jadinya, I terpaksa rela berkongsi tau. But, not in my territory.”

Astrid merenung wajah sejuk Qaleef. Nak saja disentuh jambang yang terjaga kemas di wajah Qaleef.

“Apa yang istimewa dalam territory you tu? You jangan macam-macam ya Qal.”

Senyum sejemput Qaleef selalu buatkan virus nakal Astrid melonjak tinggi suhunya.

“Our private room, that only us to explore,” bisik Qaleef.

“Wow. Lagi?”

“Swimming pool. Sebab baby I suka berenang dengan two piece bikini. That’s only me to watch.”

 “O-key. Lagi?”

Tak tahu nak soal apa. Aura menggoda Qaleef selalu buatkan jantungnya berdegup tak terjangka. Melalui pandangan mata Qaleef pun dia dah terpesona. Inikan pula ditambah dengan senyum dan bait yang mampu menaikkan rasa nakal dalam diri. Miang terus segala sendi!

“I nak jakuzi. Together...”

Jari Qaleef melurut lembut kening Astrid.

“... with aromatherapy candle around us. Romantik. Hanya untuk kita saling berkongsi kisah seharian kita...”

Diselitkan rambut Astrid di belakang cuping telinga.

“...you can use your magic hand on me too.”

Merah pipi Astrid tiba-tiba. Nak terus renung mata Qaleef pun, dia tak mampu. Nak pula, bila bibir merah jambu tu semakin lebar nak ketawakannya.

“Ooooo...”

Terhambur juga tawa Qaleef. Cepat saja jarinya mengepit pucuk hidung Astrid. Geram!

“Kenapalah I setuju kita nikah bulan depan? Kenapa tak lepas you setuju....”

“Hah!” sampuk Astrid.

Cuak Astrid. Lain macam terus rasa jantung. Wajah yang tadinya merah menahan malu kini sudah bertukar serius.

“Kalau begini rasa terujanya nak jadi imam you, I minta terus nikah. Tak payah bertunang. Cepat kita boleh eksperimen apa yang I bayangkan tadi,” bisik nakal Qaleef sebelum menolak tubuh Astrid ke dalam bilik dan ditarik daun pintu.

Astrid berpusing memandang pintu biliknya yang tertutup. Terkejut. Rasa pelik dan rendah diri menyelubungi diri. Apa salahnya hingga dia ditolak masuk ke dalam bilik tanpa isyarat.

“Why Qal?” jerit Astrid melepaskan rasa sebak tiba-tiba.

“I almost kiss you baby. Almost.”

Menitik air mata Astrid. Terharu dengan cinta Qaleef yang mendidiknya sikit demi sikit.  

Jatuh terduduk Astrid memandang sekeliling ruang di tingkat atas ni. Sejak kaki melangkah keluar dari lif hinggalah dia melepasi pintu besar yang tergantung kunci pada tombol, hati dan akalnya menyebut nama Qaleef Al Jameel.  

“Qal, you jahat. Semakin, I cuba lupakan you. Impian cinta you tetap menemani I.”

Teresak Astrid menangis.

Ya Allah! Permudahkanlah urusanku. Aku terlalu cinta kan dia. Terlalu rindu. Terlalu sunyi tanpa dia. Lapangkanlah rasa ini untuk aku cari bahagia yang hilang dibawanya. Rintih batin Astrid merayu pilu.

 

 

LAYAKKAN AKU BAHAGIA - Bab 4

 


Areef melemparkan beg galas atas katil. Kemudian berlalu ke pintu gelangsar balkoni. Langsir di selak hingga terbuka semua. Pemandangan menghadap Tambak Johor waktu malam sungguh mendamaikan.

Insiden dilanggar trolley di KLIA tadi masih bermain di fikirannya. 

Hilang kata tak kala mata coklat bidadari yang tiba-tiba menoleh padanya. Tautan kilat itu buatkan jantungnya terus berzikir, angel!

“Opss sorry. My mistake.”

Suara serak basah bidadari tu memakunya dari membantu si bidadari mengutip kotak coklat yang berterabur atas lantai. Sesaat kemudian barulah dia tersedar dan terus membantu.

“It’s suppose me to ask for apologies. My mistake.”

Senyuman si bidadari bersama sinar mata coklat tu telah berjaya memasung hatinya untuk tidak meliar lagi.

“It’s okey.”

Trolley si bidadari ditarik dan ditolak mendekat pada si dia kembali.

“Ohh, thanks.”

“No problem. Tourist?”

“Such as.”

“Ooo...I’m Areef Hidayat. And you?”

“Astrid.”

Si bidadari menghulurkan tangan untuk mereka memulakan perkenalan. Disambut huluran salam perkenalan tu. Lembutnya!

“Nice to know you, Astrid.”

“You too. Excuse, got to go now”

Astrid berlalu meninggalkannya setelah melihat seorang wanita berhijab memegang sepanduk nama ‘ASTRID JOHAIDA NASRULLAH WILLIAM’.

“Muslim!”

Areef memandang seketika sebelum kembali mengatur langkah untuk ke terminal domestik.

Bodohlah kau Reef. Tukarlah nombor telefon. Sekarang ni, duduk negara mana pun boleh berhubung kot. Bebel hatinya. Penuh kesal.

Deringan telefon buatkan Areef mengeluh sendiri. Disauk poket untuk mengeluarkan telefon. Nama si dia yang tertera pada skrin buatkan dahinya berkerut.

“Hai sayang,” suara lemak merdu Munirah.

“Waalaikumsalam, baby. Kat mana?”

Lunak tawa Munirah yang terdengar sedikit sumbang di telinga Areef. Lewat kebelakangan ni, mereka selalu bertengkar. Sudah dua kali lamaran Areef ditolak Munirah dengan alasan tugasnya.

“I kat Bali sayang. Ada photoshoot. You apa khabar. Rindu you.”

“Rindu you juga baby. Dah nak masuk empat bulan kita tak jumpa. You sibuk, I free. You free, I sibuk. Mana hala tuju hubungan kita ni baby.”

Areef bersandar pada dinding pintu gelangsar. Sungguh penat naluri lelakinya menguruskan rasa cinta yang begitu besar buat Munirah. Mereka bukan sebulan dua bercinta, tapi dah makan tahun. Keluarga pun dah tahu tentang hubungan cinta mereka ni.

“Sabarlah sayang. Kita sama-sama nak bina kerjaya. Bagi I sikit je lagi masa ya, sayang,” pujuk Munirah.

“Itu je yang you cakap. Masa. Masa. Masa. Umur kita bukan makin muda baby. I nak kita settle down segera. I nak kahwin. Dengan you!”

Tegas Areef. Nekadnya teguh kini. Dia nak nikah dengan Munirah tahun ni. Setuju atau tidak, dia akan usahakan sampai Munirah tiada alasan untuk menolak lamarannya lagi.

“Tapi I tak ready lagilah sayang. Kontrak I dengan sponsor tahun depan baru selesai. Kelmarin, ada satu lagi kontrak yang I sign,” pujuk Munirah.

“Cukup! Dah lama I mengalah dengan you baby. Perkahwinan kita tak ada kena mengena langsung dengan kontrak modeling you tu. I pun tak pernah larang atau halang you teruskan kerjaya you sebagai model. You masih boleh jadi model lepas jadi isteri I. Kita bukan melanggar kontrak pun. Ke, dalam kontrak you ada ‘clause, can not get married’. Then you bagi tahu I. Senang I nak buat surat pembatalan kontrak.”

Munirah diam di hujung talian. Berbual dengan pegawai polis yang berkelulusan undang-undang ni memang tak pernah akan memang. Sepi talian seketika.

“I rasa macam you dah tak cinta kan I.”

“Sayang.”

“Like I said before baby. Jika you rasa hubungan kita hanya sekadar singgah untuk enjoy. You silap. I bukan lelaki pemurah untuk jagakan jodoh orang lain. You kena terus-terang dengan I sekarang. Kita buat keputusan segera.”

Suara esakan halus Munirah terdengar di hujung talian. Areef pejamkan mata. Itulah yang sering berlaku setiap kali mereka berhubung rasa. Sakit memanglah sakit, tapi dia perlu buang semua toxic dalam perhubungan mereka.

“Baby...” seru Areef lembut.

“Sorry sayang.”

Areef melepaskan keluhan panjang.

“Hati you kena memilih ke baby?”

Munirah diam. Esakannya semakin kuat kini.

“You tahukan pendirian I tentang pilihan? Jawab baby. Menangis bukan penyelesaian.”

“Hurmmm...”

“I need more than kekasih. I need you as my wife. Safe and secure. Seal with hug and kiss,” bisik Areef memujuk lembut.

“Sayang...” seru Munirah bersama esakan panjang.

“Jujur dengan I, baby. Kita perlukan hubungan yang manis bukan toxic macam ni. I penat. Penat sangat.”

Luah Areef. Tiada apa yang disembunyikan daripada si kekasih hati. Dia mulakan hubungan yang terbuka untuk dikenali dan mengenali gadis pujaan hatinya itu. Sedar tak sedar sudah hampir empat tahun mereka menjadi pasangan kekasih. Dua tiga tahun kebelakangan ni saja, hubungan mereka macam ada yang tak kena. Macam diapung tanpa tujuan.

“Give me time.”

“Berapa lama baby? Bagi tahu I satu jangka masa yang pasti. Sebulan lagi. Enam bulan. Setahun atau bila. We need to make a fullstop somewhere,” desak Areef tegas.   

“Enam bulan!”

“Then I suruh keluarga I buat persiapan. Tak nak bertunang. I nak terus nikah.”

Putus Areef dengan rasa yang sangat lega. Ringan sebelah bahu menahan tekanan keluarga tentang isu kahwin. Dia dah tak tahu nak bagi alasan apa untuk meyakinkan semua orang tentang keputusannya yang digantung tanpa alasan konkrik.

“Thank you baby. I dah record persetujuan you ni. Kalau you macam-macam, I saman you,” usik Areef.

Suara esakan halus Munirah berbuar tawa mendamaikan hati lelaki Areef. Tak sabar nak tunggu enam bulan.

“I lebih rela terpenjara dalam istana cinta you daripada turun naik mahkamah melawan hujahan cinta  Tuan Lawyer tu. Belum masuk mahkamah pun I dah tahu I pasti kalah,” balas Munirah.

“Love you baby,” bisik Areef.

“Love you too, sayang.”

“Baby, I nak sembang panjang dengan you malam ni. Tapi, I dah janji nak jumpa orang. Esok jam berapa you free. I give you a call.”

“Malam. Lepas jam sepuluh malam I free, sayang.”

“Okey. I video call you esok. I rindu nak tengok you. Good night baby. Miss you.”

“Waalaikumsalam sayang. Night.”

Munirah menekup muka pada bantal. Dihamburkan esakan yang tertahan sejak tadi. Kalaulah takdir mampu diundur, dia memilih untuk berjuang habis-habisan melindungi dirinya demi membahagiakan Areef.

Ampunkan baby, sayang. Ampunkan baby. Jerit batin Munirah.