Monday, July 3, 2017

Ku Akui Cinta Itu Indah

Sarimah pulang ke rumah dengan kepala yang berat. Permasalahan di Kafé Cahaya menyesakkan mindanya. Mana mungkin Kafé yang maju itu mengalami masalah kitaran wang pusingan modal. Lebih memeritkan lagi, dalam simpanan peribadinya hanya ada lima ratus ringgit sahaja.
                Sharif dan Shima yang baru pulang dari sekolah mendapatkan Sarimah yang sedang bermenung di meja makan. 
                “Ibu,” sapa Sharif yang menarik tangan Sarimah untuk mendapatkan restu ibu.
                “Emmm… baru balik. Ibu tak dengar pun bunyi van sekolah,” ucap Sarimah menyorokkan rasa gusar di hati.
                “Laaa… Mak Atin siap hon dua tiga kali suruh bibik buka pintu lagi. Ibu kenapa? Tak sihat ke?” soal Sharif lagi. Anak sulong yang sangat mengambil berat hal Sarimah.
                “Ibu penat sikit. Itu yang balik rumah awal. Pergilah Rif bersiap. Biar Ibu hantar pergi mengaji hari ini. Boleh juga ibu lepak rumah Tok Wan,” ucap Sarimah lagi.
                Sharif terus mengangkat beg sekolah dan berlalu naik ke bilik di tingkat atas. Sarimah manis lagi termenung di ruang makan dengan kepala ligat berputar. Pesanan ringkas yang diterima dari Sulaiman yang memaklumkan akan pulang lewat malam ini sikit pun tidak mendatangkan kudis di hatinya. Balasan ‘OK’ diberikan sebagai tanda memberi sokongan penuh kepada kerjaya suami diberikan dengan sepenuh keyakinan dan kepercayaan.
                “Kamu ni okay ke Imah. Mak tengok kamu ni sejak dua menjak ni macam ada masalah aje. Kamu bergaduh dengan Man ke?” soal Dr. Hamidah.
                “Tidaklah Mak. Kami okay je. Imah tengah pusing dengan Kafe Imah ni aje. Dah sebulan dok memikir mana silapnya,” kongsi Sarimah.
                “Emmm.. sesi terapi Imah dengan Dr. Osman tu macamana dapat membantu?” soal Dr. Hamidah yang risau memikirkan perihal anak bongsunya yang di serang stress sejak menguruskan perniagaan Kafe  sepenuh masa enam bulan lalu.
                “Ada sikit membantu Mak. Dr. Osman pun ada syorkan Imah ambil sehari dua cuti dan pergi berehat. Jangan paksa diri dua puluh empat jam untuk ingat kerja saja. Tapi sekarang ini rasanya macam tidak bolehlah mak. Kafe masih belum stabil. Abang pulak kebelakangan ini selalu balik lewat uruskan projek syarikatnya itu. Anak-anak pula selalu sendirian di rumah. Kesian juga Imah pada mereka Mak,” luah Sarimah berkongsi cerita dengan ibu tersayang.
                “Kalau itu kata Imah. Mak tak boleh cakap apalah. Itu keputusan kamu. Bagi pendapat Mak, Imah lagi sihat dan ceria masa kerja di Bank dulu. Sekarang ini sudah macam zombie Mak tengok,” komen Dr. Hamidah.
                “Mak doakan Imah keluar dari zon runsing ini dululah. Lepas itu Imah janji tak jadi zombie lagi,” sengeh Sarimah.
               

“Mak mana yang tidak doakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anaknya, Imah. Setiap hari Mak doakan Imah berjaya capai cita-cita Imah mengusahakan Kafe tu,” luah Dr. Hamidah sebak.
                “Alhamdulillah. Terima kasih Mak. Imah sayang sangat pada Mak,” ucap Sarimah dengan memeluk erat tubuh tua Dr. Hamidah meminjam semangat si ibu untuk terus berjuang.
                “Emmm… nak cakap apa sebenarnya ni?” senyum Dr. Hamidah faham sangat dengan perangai anak bongsunya ini.
                “Sharif dan Shima nak bermalam di sini. Imah tinggalkan mereka kat rumah Mak dengan bibik sekali ya. Imah nak lepak kat Kafe saja hari ini. Entah jam berapa balik pun tak pasti. Kesian pulak tinggal kat rumah tiada siapa yang layan,” pinta Sarimah.
                “Yalah. Yalah. Baiklah… kamu tu jaga kesihatan sikit,” senyum Dr. Hamidah.
                “Terima kasih, Mak,”
                Sarimah menghabiskan masa malamnya duduk memikir di Kafe hingga lewat tengah malam baru dia berangkat pulang ke rumah. Duduk seketika di dalam kereta untuk menarik nafas panjang bagi melangkah maju keesokan harinya. Kepala dilentukkan di stereng kereta. Pening sangat. 
                “Ehh! Itu bukan ke abang Man? Bukan ke katanya tadi ada mesyuarat di Putrajaya. Macamana pula boleh ada di sini pada waktu tengah malam begini?..... dan…..,” tercengang Sarimah melihat kelibat Sulaiman yang bergandingan mesra dengan seorang gadis yang amat dikenalinya.
                Terus injin kereta dihidupkan. Muka Sarimah sudah hilang seri. Kepala semakin berat dan memberat. Mata masih terbayang aksi mesra Sulaiman dengan gadis tadi. Airmata semakin mengacah ingin keluar menari megah. Namun ditahankan saja oleh Sarimah.
                “Hai, Sayang,” sapa Sulaiman setelah mengunci pintu rumah dan melepasi Sarimah yang duduk di dapur.
                “Emmmm…,” balas Sarimah malas.
                “Kenapa sakit kepala lagi?” soal Sulaiman menarik stool di hadapan Sarimah dan duduk mengadapnya.
                “Emmmm…,”
                “Ada apa-apa ke Sayang nak kongsi dengan abang?” soal Sulaiman lembut.
                “Abang ke mana tadi?”
                “Abang di pejabat macam abang cakap tadi. Ada mesyuarat di Putrajaya,” bahasa Sulaiman mulai tinggi bila merasa kejujurannya diragui.
                “Abang jangan nak tipu saya. Baik abang terus terang saja dengan saya,” rayu Sarimah sambil memicit kepalanya yang semakin berdenyut.
                “Imah ni suka fikir yang bukan-bukan. Tak kesian dengan suami langsung. Suami sudahlah penat bekerja sampai lewat malam berhempas pulak memastikan anak bini hidup selesa. Imah pula fikir apa buat benda tak senonoh,” bangkang Sulaiman.
                Lagi berdenyut kepala Sarimah mendengar suara marah Sulaiman. Botol ubat penenang yang di simpan dalam peti sejuk sudah kosong. Botol panadol terpaksa di capai Sarimah untuk menghilangkan rasa pening yang semakin menyiksakan kepalanya. Botol panadol masih belum berbuka diperhatikan dengan rasa keliru.
                “Tengok tu. Abang marah sikit. Pening. Marah sikit. Pening. Telan saja semua panadol tu biar pening Imah tu hilang terus…. Tidak menyusahkan abang,” suruh Sulaiman dan berlalu meninggalkan Sarimah terkebil-kebil dalam keadaan keliru.
                Dengan keadaan separuh sedar dipengaruhi pula dengan suara Sulaiman yang menyuruhnya menelan semua panadol itu membuatkan Sarimah membuka penutup botol dan menelan kesemua panadol dalam botol itu. Setelah ditelan dia masuk dalam bilik dan terus tidor tanpa menghiraukan kewujudan Sulaiman langsung.
                Sinaran matahari pagi yang masuk dari celah langsir bilik mengejutkan Sarimah dari lenanya. Tangan di raba di sebelah mencari Sulaiman. Namun hampa, Sulaiman sudah tiada di katil. Jam di sisi katil di capai untuk melihat waktu ketika ini. Kepala masih lagi berpinau dan mata susah sangat nak buka. Sarimah berbaring tenang dan berfikir apa sebenarnya terjadi semalam.
                “Ya Allah! Aku telan kesemua lima puluh biji panadol. Apa aku buat ini?” gelisah Sarimah. 
                Telepon rumah di capai. Nombor telephon Dr. Osman di hubungi. Menyinga Dr. Osman mendengar penjelasan Sarimah. Terus sahaja Sarimah di suruh ke Hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
                “Imah boleh datang sendiri ke? Atau mahu saya sediakan ambulan untuk mengambil Imah?”
                “Tak payah Doktor. Saya akan ke sana sendiri,” halang Sarimah.
                “Jangan buat kerja gila lagi Imah. Ingat saya sentiasa ada bersama Imah… keluarga dan anak-anak Imah pun sentiasa ada bersama Imah,” nasihat Dr. Osman.
                Airmata Sarimah terus mengalir laju. Kata-kata Dr. Osman bagaikan kunci membuka pintu kesedihan yang disembunyikannya jauh di lubuk hatinya. Sarimah mengagahkan kaki melangkah bangun untk membersihkan diri. Usai bersiap. Kepala masih lagi berdenyut macam hendak tercabut, pandangan mata pun masih kabur. Sarimah mengambil keputusan mudah untuk tidak memandu sebaliknya menahan teksi di tepi jalan hadapan rumahnya.
                Setiba di hospital Sarimah terus bergegas ke Unit Kecemasan dan meminta jururawat memaklumkan pada Dr. Osman dengan kehadirannya di sini. Belum sempat jururawat memeriksa denyutan nadi, Dr. Osman sudah tiba bersama tiga lagi doktor.
                “Imah…! Imah..!” panggil Dr. Osman mengejutkan Imah yang masih lagi separuh sedar
                “Emmm….,” jawab Sarimah masih lemah
                “Cerita Imah, berapa biji ubat yang Imah dah telan?” soal Dr. Osman mendesak maklumat dari Sarimah segera.
                “Satu botol doktor. Saya tak ingat berapa biji. Botol panadol saya baru buka dan tonggang,” jelas Sarimah lemah.
                “Masyallah Imah! Mana perginya kesabaran Imah ni. Saya maklumkan pada suami Imah dan keluarga Imah ya,” ucap Dr. Osman.
                “Doktor! Doktor! Jangan maklumkan pada sesiapa pun saya di sini. Saya hendak menyendiri dan tidak mahu diganggu. Tolong Doktor. Bila saya sudah rasa selesa nanti baru saya sendiri yang maklumkan pada mereka,” minta Sarimah.
                Dr. Osman angguk akur. Sarimah menjalani rawatan mengeluarkan toksik lebihan pengambilan ubat dengan memasukkan air dalam badannya seberapa banyak yang mungkin. Rawatan untuk memuntahkan tidak mendatangkan sebarang kesan sebab sudah lebih daripada tujuh jam. Selesai rawatan Sarimah dipindahkan ke wad.
                “Imah! Imah!,” panggil Sulaiman yang baru sampai rumah.
                Hatinya pelik melihat lampu rumah tidak terpasang sedangkan kereta Sarimah elok terletak di luar rumah. Dia tahu yang anak-anak juga pembantu rumahnya masih bermalam di rumah mertuanya di Taman Melati. Tidak pernah Sarimah berperangai pelik begini. Sulaiman melajukan langkah masuk dalam bilik mencari Sarimah. Tidak ditemui. Lebih membimbangkan lagi telepon bimbit Sarimah terletak kemas di atas meja solek. Sulaiman jadi tidak tentu arah dengan semua kejadian pelik ini. Keliling rumah diselidikinya mencari Sarimah. Namun tidak ditemui.
                “Imah, maafkan abang… abang silap. Pulanglah Imah, abang perlukan Imah,” ucap Sulaiman duduk berserabut di luar rumah.
                Kedatangan Manaf dan Sofia di rumah memberi sedikit jalan pada Sulaiman berfikir. Jika tidak entah apa yang perlu difikirkan pun dia tidak tahu. Buntu sungguh fikirannya.
                “Kau dah cari semua tempat ke Man?” soal Manaf sahabat baik Sulaiman juga merangkap abang iparnya juga.
                “Sudah Manaf. Sampai di longkang besar sana pun aku dah cari. Aku masih tak jumpa Imah,” cerita Sulaiman sudah kusut masai.
                “Yang kau pergi cari sampai dalam longkang tu apa hal. Pergilah telepon rumah mak ke. Rumah kawan rapat dia ke. Ya Allah! kau ni Man… nak kata bengap ada syarikat sendiri. Bila kau sedar Imah ni hilang?” soal Manaf.
                “Semalam subuh aku sudah memandu ke JB ada mesyuarat di sana. Aku bermalam di sana. Ini baru sampai. Entahlah mungkin hari ini kot, Imah hilang. Kereta dia pun tak bergerak. Telepon bimbit dia pun ada kat rumah. Puas jugalah aku godek cari apa-apa maklumat dalam tu, haram tak ada apa apa klu,” cerita Sulaiman.
                “Kamu ni gaduh dengan Imah ke Man?” soal Sofia yang dari tadi diam mendengar cerita dari Sulaiman pada suaminya.
               
“Ehemmm.. adalah sikit tengah malam Jumaat sebelum aku bertolak ke JB tu. Imah tiba-tiba tuduh aku buat kerja yang bukan-bukan. Hanginlah aku satu badan. Bertengkarlah sikit. Aku tengok Imah ambil ubat sakit kepala. Lepas tu aku terus naik atas, malas nak layan. Nanti apa pulak yang aku hamburkan pada Imah. Pagi esoknya lepas solat subuh aku tengok Imah lena lagi. Malas aku nak kejutkan dia kenangkan malam tadi Imah macam tidak sihat. Aku biarkan dia dan terus memandu ke JB,” jelas Sulaiman terus terang.
                “Eeeeee! Geramnya aku dengar. Kalau terjadilah apa-apa pada Imah. Aku memang tidak akan maafkan kau Man. Sungguh aku tidak akan maafkan kau. Lepas dua hari baru kau sedar bini kau hilang. Suami apa kau ni. Kalau sudah arwah si Imah pun siap berulat saja kat situ,” marah Sofia.
                “Sofi!”tegur Manaf.
Sofia terus terdiam. Rasa marahnya semakin membuak-buak pada Sulaiman. Ditambah pula dengan gossip liar yang semakin berleluasa telah sampai ke pengetahuan Sofia tentang perangai adik ipar yang sungguh tidak disangka. Mula-mula cerita sok sek sok sek dari budak-budak Kafe Cahaya, kemudian sepupu-sepupunya. Semalam dia sendiri ternampak dengan mata kepala dia sendiri. Memang patut pun Sarimah meninggalkan rumah kalau beginilah perangai suaminya.
“Jom buat laporan polis,” ajak Manaf.
“Perlu ke?” soal Sulaiman.
“Kau ada cara lain nak cari Imah sampai jumpa?” soal Manaf kembali.
“Kejap! Sofi, siapa doktor yang merawat Imah di hospital tu. Kata kawan Mak?”
“Dr. Osman. Kenapa?” pelik Sofia.
“Ada nombor telepon dia?”
“Ada,”
“Tolong tanya dia, mana tahu Imah ada pergi jumpa dia ke? Tolonglah Sofi, aku mati kuman dah ni. Kalau anak-anak tahu yang ibu mereka hilang lagi aku tak tahu nak cakap apa?”rayu Sulaiman yang bercelaru fikirannya.
“Baru sekarang ke kau teringatkan anak-anak Man?” soal Sofia yang sudah hilang tahap kesabarannya.
“Apa maksud kau, Sofi?”
Sofia mengeluarkan telepon bimbitnya dan menunjukkan skrin telepon itu pada Sulaiman dan Manaf. Tertunduk juga Manaf dibuatnya. Rahsia yang di simpan kemas terbau juga oleh Sofia.  Wajah Sulaiman semakin bercelaru dibuatnya Sofia. Asakan demi asakan di berikan hingga Sulaiman menceritakan hal sebenarnya dari awal sampai akhir.
“Kau tahu tak Man. Imah sudah enam bulan ulang alik pergi hospital dapatkan rawatan stress dengan apa yang dihadapinya. Aku tahu kau memperlekehkan usahanya untuk kembali ceria. Kau lepas tangan urusan anak-anak. Kau tidak pernah bertanya bagaimana dia rasa setelah bergelar usahawan. Dia pun tidak pernah berkongsi masalah dia dengan kau sebab apa. Sebab setiap kali dia ingin membuka mulut, kau sudah matikan usahanya untuk berkongsi cerita dengan orang yang disayanginya. Mujurlah dia selalu balik rumah Mak. Sesekali adalah juga terkeluar cerita kesukarannya menguruskan Kafe pada Mak. Kami pun banyak tahu cerita dia dari Dr. Osman. Imah dalam depression tahap tiga Man. Kekadang akal dia kalah melawan bunyi suara negatif yang menariknya melakukan perkara di luar kawalan dan jangkaan kita. Aku harap sangat Imah tidak melakukan perkara pelik sudah. Nauzubillah,”
“Aku minta maaf Sofi. Aku sunyi. Kami selalu mengalami masalah komunikasi. Aku rasa diketepikan. Bila ada yang datang, itu yang aku leka. Terbuai dengan layanan mesra dan manjanya,” akui Sulaiman.
“Kalau iya pun kau nak cari kekasih. Kenapa perlu kau bercinta dengan adik angkat Imah, Man? Yang betina itu pun satu, sudah tahu yang kau ni laki kakak angkat dia yang pergi layan tu kenapa?” marah Sofia masih membara.
“Sofi sudahlah tu, bukan sekarang ini masanya untuk kita nak bincangkan hal ini… sekarang masa untuk kita cari di mana Imah berada,” Manaf meredakan suasana.
Masing-masing diam. Berfikir. Sofia menghubungi Dr. Osman namun tiada sebarang maklumat terkini daripada Dr. Osman.  Mereka tiada cara lain dari membuat laporan polis dan memaklumkan hal ini pada keluarga.
“Imah..!”panggil Dr. Osman.
“Emmm.. ,” sahut Sarimah.
Kerusi di sebelah Sarimah diduduki Dr. Osman penuh sopan. Sarimah sudah seminggu berada di rumah Perlindungan Stress di tepi pantai Port Dickson.
“Imah sihat?” soal Dr. Osman.
“Alhamdulillah,”
“Imah… ! Saya kagum dan yakin dengan Imah. Saya tahu Imah seorang yang kuat semangat. Semua orang dalam dunia ini dilanda masalah hidup. Tidak kiralah masalah itu kecil ke ataupun besar ia tetap ada. Dan sebagai seorang muslim, kita di didik untuk percayakan qadar dan qada. Perkataan putus asa tidak pernah wujud dalam kamus orang muslim Imah…. Sebab apa? Sebab Allah sentiasa ada untuk kita mohon pertolongan…,” pujuk Dr. Osman lembut.
Sarimah memandang pada wajah Dr. Osman. Banyak sebenarnya yang tidak diceritakan pada Dr. Osman yang merawat dan mendengar keluhannya. Rasa bersalah terbit dalam diri Sarimah.
“Terima kasih doktor. Telah banyak yang doktor lakukan untuk saya kembali pulih seperti biasa. Saya sangat menghargai usaha doktor… namun doktor tidak mengetahui cerita saya sepenuhnya… betapa sakitnya hati saya, betapa luluhnya jiwa saya… tiada siapa yang tahu…,” luah Sarimah berjujuran airmata lagi.
“Setiap orang ada kisah mereka tersendiri. Sebagai umat Muhammad kita disuruh supaya selalu bersyukur dengan apa yang kita ada, Imah. Apa yang kita ada! Bukannya apa yang kita inginkan dalam hidup kita…. Dengan menghargai apa yang kita ada insyallah segala macam penyakit stress susah nak dekat dengan kita,” pujuk Dr. Osman lagi.
“Doktor…,” Sarimah bertambah sebak mendengar nasihat Dr. Osman.
“Sudah seminggu lebih Imah di sini… semua orang yang sayangkan Imah di luar sana risau dan resah dengan keselamatan Imah. Beri diri Imah peluang untuk kembali menerima kasih sayang mereka ya Imah. Beri mereka peluang buktikan yang mereka sangat meyayangi Imah…,” ucap Dr. Osman dengan kepala mengarahkan pada Sulaiman yang sedang berdiri di pintu.
Sulaiman yang tidak terurus dengan muka yang berserabai dan pakaian yang tidak kemas berjalan perlahan menghampirinya. Setiap langkah Sulaiman disulami dengan titisan airmata Sarimah yang menderu-deru jatuh.
“Imah bincang elok-elok dengan Sulaiman,” ucap Dr. Osman berlalu meninggalkan Sarimah dan Sulaiman berdua di tepi pantai.
Sulaiman melutut di hadapan Sarimah. Jari Sarimah digengamnya erat. Airmata Sulaiman turut laju menderu. Rasa syukur dapat bertemu kembali dengan isteri yang menghilangkan diri tanpa khabar berita seminggu yang lalu. Segala urusan jadi tunggang-langgang buat Sulaiman. Dengan syarikat tidak di jenguk. Dengan Kafe tidak diendahkan. Dengan anak-anak terbiar risau dan sedih mengenangkan kehilangan ibu secara tiba-tiba. Sulaiman jadi insaf.
“Imah…! Maafkan abang Imah. Maafkan abang,” rayu Sulaiman sambil menangis.
“Emmm…,”
“Abang tahu abang salah. Abang tahu, abang abaikan Imah. Abang tahu abang pentingkan diri sendiri. Abang mengaku memang abang telah menduakan Imah. Namun semua itu abang dah putuskan. Abang sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Abang tak sanggup kehilangan Imah. Abang tak sanggup Imah…,” Sulaiman sudah mengogoi di riba Sarimah.
Kepala Sulaiman dibelai lembut dengan esakan airmata yang berjujuran. Bibir Sarimah bergetar kuat. Kepiluan yang dulunya hanya menyorok di lubuk hatinya yang paling dalam kini timbul untuk dilepaskan.
“Abang…., Imah sedar kekurangan diri Imah. Kita selalu tidak sependapat dalam banyak perkara. Namun kita juga pasangan yang paling ideal hingga melahirkan sepasang anak yang cukup soleh dan terpuji. Imah tidak salahkan abang. Imah juga tidak salahkan diri sendiri. Cuma.., Imah belum bersedia menghadapi semua ini dengan hati yang tenang. Sebagai seorang isteri, melihat kecurangan suami di depan mata adalah satu yang paling menyakitkan. Ia lebih menyakitkan bila mengetahui yang diri ini dibohongi dalam senyap. Hilang terus keyakinan diri bang… hilang terus rasa dilindungi… Imah sayang abang…. Imah cintakan abang… kita buat keputusan untuk bernikah bukan atas paksaan sesiapa pun.. ianya atas rasa cinta kita sendiri……,”
“Imahh….” Nangis Sulaiman penuh kesal.
“Shssss… Imah tiada tempat mengadu bang…. Imah tiada tempat berkongsi rasa…. Namun Imah tidak pernah berungut pada abang… sebaik mungkin Imah selesaikan masalah Imah sendiri… abang sudah tidak pernah ada sebagai kawan lagi buat Imah… jauh sekali untuk menjadi kekasih pujaan Imah seperti dulu lagi… Imah rindukan saat dulu bang. Saat kita sama-sama susah dan mencari tapak untuk hidup mewah macam hari ini… waktu itu kita sangat menghargai setiap masa yang dapat kita luangkan bersama… Imah rasa bahagia sangat… kemewahan ini benar-benar meragut cinta dan kebahagiaan kita bang… benar-benar meragut semuanya dari kita….,”
Sulaiman terus memeluk tubuh Sarimah dengan penuh erat. Tidak disangka begitu dalam sekali kesedihan dan kepiluan yang melanda hati Sarimah. Sikap memendam Sarimah lebih menyukarkan Sulaiman mendalami rasa hati Sarimah.
“Abang akui Imah. Abang akui … semua itu akan kita ubah ya Sayang. Kita ubah mengikut haluan yang ditetapkan sebagai keluarga Islam. Kita sama-sama perbaikinya ya Sayang. Kita sama-sama berusaha membahagiakan antara satu sama lain. Abang janji Imah. Abang janji pada Imah…. Abang akan jadi pembimbing dan Imam terbaik buat Imah sampai akhir hayat abang…. Maafkan abang sayang… abang sayangkan Imah… abang cintakan Imah sama seperti dulu,” pujuk Sulaiman lagi.
“Jangan janji dengan Imah, bang… jangan. Imah sudah serahkan hati Imah pada Allah. Mintalah ampun dan berdoalah pada Allah agar hati Imah kembali diserahkan pada abang… Imah redha segala ketentuan yang telah Allah susun buat Imah bang… Imah dah penat.. ,”
“Imah tak maafkan abang? Imah tak dapat menerima abang?”
“Imah sudah lama maafkan abang…. Dan Imah juga tetap terima abang sama seperti dulu.. namun Imah tidak meletakkan sebarang harapan lagi pada abang… cinta Imah tetap pada abang. Kasih sayang Imah tidak pernah kurang… abang mohonlah doa pada Allah. Agar hati kita bersatu kembali seperti dulu… Akui cinta itu indah bang…” ucap Sarimah
Semakin erat pelukan kesal Sulaiman. Sarimah juga membalas pelukan itu. Pelukan yang terlalu dirinduinya. Syukur Allah, walaupun pahit untuk ditelan namun usaha untuk kembali memulihkan keadaan itu tetap ada setelah Sulaiman dan Sarimah sedar akan kesilapan dan kekurangan dalam rumah tangga mereka. Kepercayaan dan Kejujuran merupakan salah satu kunci cinta kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.     


Mercedes vs Kawasaki

"Melissa, Papa tak peduli sama ada Melissa setuju atau tidak, Kudin akan tetap menjadi pemandu merangkap pengawal peribadi Melissa sepanjang seminggu Melissa di Paris," tegas Papa.
"Papa! Manalah budak Kudin tu tahu selok belok jalan di Paris tu...entah entah bahasa Inggeris pun dia tak faham," Melissa cuba berdegil dengan keputusannya.
"Si Jamil buah hati pengarang jantung Melissa yang kedaung tu bijak sangat ke? Dia boleh pastikan yang anak gadis papa ini selamat. Eemm...diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak jaga anak orang,"bebel Papa.
Melissa sebal dengan sikap Papa yang berkeras memaksanya bersama dengan Kudin sepanjang berada di Paris. Kudin yang polos dan mengikut saja apa yang disuruh tanpa banyak soal itu yang di suruh Papa mengawasi sepanjang pengembaraannya bersama teman-teman Geng Gedik Glamor (GGG). Ohh! Mana hendak letak muka bila bersemuka dengan Chindy Lupor dan Maria Mentol nanti. Dua sahabat baik yang dalam diam menjadi pencabar paling digeruni Melissa kerana sikap gedik mengoda mereka dan fesyen seksa terkini mengalahkan Supermodel. Kalau tidak di sukat tahap tercabarnya dengan waspada versi terlampau mahu juga dikasikan terus mereka berdua itu.   
Setibanya Melissa bersama sekumpulan Geng Gedik Glamor yang diapit dengan pasangan masing-masing, sebuah bas pelancong bersaiz kecil telah menunggu mereka di luar Lapangan Terbang Charles de Gaulle. Kudin sudah atur setiap keperluan seperti yang dimaklumkan Papa.
“Mel, aku suka khadam kau ni. Sekali pandang takda umph tapi bila sudah lama merenungnya boleh bergetar juga gatal aku ni,” bisik Chindy Lupor.
“Ishhh… citarasa kau ni makin hari makin menurun kenapa Babe, kalau iapun nak membeli belah janganlah sampai ke tahap pasar malam,” sindir Melissa.
“Hehehe…maknanya kau tak nampaklah apa yang aku nampak?” gelak Chindy Lupor nakal. Berdesing telinga Melissa mendengar kata-katanya. Mana mungkin dia tidak nampak sebarang kelebihan yang ada pada Kudin, diakan Ahli Sihir Gedik yang boleh menembusi fikiran lelaki.
Sudah dua tahun Kudin menjadi Pembantu Papa yang sangat amanah lagi dedikasi. Melissa kagum dengan kesetiaan Kudin pada Papanya. Sikap itu tidak dapat disangkal. Melissa sendiri pun kalah, dalam menyayangi dan menuruti setiap pemintaan Papa.
Melissa memandang pada Kudin yang sedang bercakap lembut dan perlahan dengan pemandu bas. Tahap kesopanan dan tertib Kudin  dalam berbicara menyukarkan Melissa mendengar butiran bicaranya. Geram Melissa dibuatnya bila Cindy Lupor tiba-tiba beralih arah untuk memikat Kudin dari terus bersekongkol dengan kekasihnya, Midi. Melissa tidak suka apa jua kepunyannya dikongsi dengan sesiapa saja. Tidak guna Kudin.  
“Dia boleh berbahasa Inggeris ke? Mungkin kot, sebab sudah kerja dengan Papakan… lagi pun Kudin selalu turun ke Stuttgart,” bisik Melissa sendirian.
Kudin berjalan menghampiri Melissa dengan penuh hormat. Melissa sedang leka berjenaka dengan Jamil sedang mengulit lembut  tangannya, rasa macam inilah syurga bahagia mereka.
“Maaf Cik Melissa…ikut saya,”pinta Kudin pernuh hormat.
“Ikut awak kemana?” soal Melissa pelik.
“Bas ini hanya untuk kawan Cik Melissa sahaja. Cik Melissa pula di bawah tanggungjawab saya. Kereta kita di belakang,” ucap Kudin.
Melissa dan Jamil menoleh ke belakang. Rahang mulut Jamil terjatuh. Melissa terlopong. Tidak percaya melihat kilauan SLG Roadster Sport Mercedes warna hitam menunggu mereka. Kepala Melissa ligat berfikir menidakkan keupayaan Kudin memandu kereta sport sebegitu canggih. Tidak pernah Melissa melihat Kudin memandu melainkan hanya memeluk Kawasaki Ninja usangnya itu ku hulu ke hilir. Tidak ada imej langsung sebagai Pembantu Chairman Merceders Corporation.
“Mel, biar betul Papa you bagi kita naik kereta sport tu? I pun tidak pernah merasa memandu kereta sport mewah macam itu selain daripada FairLady kepunyaan you tu,”teruja Jamil.
“Darling…I rasa kereta itu tidak muat untuk lebih dari dua orang!” bengkak hati Melissa. Kudin memang sengaja menjauhkannya dengan kekasih hatinya, Jamil. Apa ertinya percutian bersama kekasih hati kalau mereka berasingan kenderaan. Hendak membantah, Melissa tidak mampu kerana segala wang perbelanjaan sepanjang seminggu ini dipegang oleh Kudin. Hancur lebur rancangannya untuk mengoda Jamil, anak taukeh station minyak yang menjadi kegilaan ramai itu.
“Apa maksud you, Mel?” soal Jamil tidak faham.
“Kudin ini diamanahkan papa untuk menjaga I sepanjang seminggu di sini. I tidak dibenarkan kemana-mana tanpa dia bersama I. Kecuali papa berada di bumi Paris barulah I terlepas dari tanggungjawabnya,” jelas Melissa lemah.
“Maksud you Mel, I duduk dalam bas ini sendirian sementara you naik kereta Sport tu? Romantik sungguh percutian kita ini, ya Mel,” sindir Jamil. Hancur rancangannya untuk mengikis poket Melissa hendak membeli belah sakan di bumi Paris. Syurga pakaian mewah.
“I tidak ada pilihan lain darling… I terpaksa mengikut kata dia. Kalau tidak…,” pujuk Melissa manja.
Bengang Jamil dibuatnya. Kudin memang penghalang utama baginya untuk mengaturkan rancangan menguasai Melissa. Bukan mudah untuk meratah tubuh gebu Melissa di bumi Malaysia, hendak pula di Paris yang terkenal dengan jolokan Syurga Cinta bagi percinta tersohor sepertinya. Kudin dipandang dengan rasa yang meluat.
“Kalau tidak, apa?” marah Jamil.
“Kita terpaksalah patah balik Malaysia sebab I tiada duit untuk membiayai percutian seminggu kita ini Darling,” jelas Melissa terus terang.
“Apa?” terkejut Jamil.
Parah jadinya. Rancangannya memang di saat genting. Kudin perlu dihapuskan terus. Melissa harus dipancing rasa cemburu tidak bertepinya, barulah Jamil dapat apa yang diinginkan. Otak Jamil ligat berfikir, menyusun semula rancangan kurang bermoralnya itu. Impian perlu dicapai walau bagaimana cara sekalipun. Seminggu ini perlu diguna sebaik mungkin.
“Takpalah Mel, nak buat macamana. Itu yang terbaik buat kita. But I will miss you my dear,” ucap Jamil dengan muka sedih. Melissa cair.  Kudin yang mendengar masih dengan wajah polos tidak berperasaan.
“Darling… I miss you too… janganlah cakap macam itu. You buatkan I rasa bersalah sangat. You tahukan yang I sayangkan you,” pujuk Melissa.
“Pergilah Mel.. pergilah. I okay dalam bas ini… Cindy pun ada,” pancing Jamil.
“Itu yang I lagi tak percayakan you tu… Darling ni, suka tau buatkan I cemburu,” Melissa sudah muncung. Jamil sengeh, umpannya berjaya.
“Takpa Mel… pergilah,” suruh Jamil menolak lembut Melissa bangun.
Melissa terpaksa juga menurut. Hatinya yang risau tuhan saja yang tahu. Kudin mengiringinya hingga ke kereta. Bas sudah jauh meninggalkannya. Namun Kudin masih duduk dalam kereta dengan kunci yang masih di tangan. Melissa jadi pelik.
‘Dia ini tahu ke memandu? Kalau sudah tidak tahu, yang pandai sangat menerima tugasan papa menjadi pemandu aku tu buat apa. Tidak ke menyusahkan aku saja, tak pasal-pasal aku pulak yang memandu sendiri. Sudahlah aku kurang arif selok belok jalan di Paris ini, ’ bisik hati Melissa. 
“Kudin..!” panggil Melissa.
“Iya, Cik Melissa,” Kudin berpaling memandang Melissa.
“Tunggu apa lagi, jalanlah,” suruh Melissa sebal. 
Kudin memberi isyarat tangan senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir. Melissa geleng kepala. Rupanya Kudin sedang berkomunikasi dengan wireless headphone yang terselit di cuping telinganya. Sudah banyak kali Melissa tertipu dengan Kudin bila dia berkomunikasi melalui wireless headphonenya itu. Susah betul Kudin ingin meletakkan telepon bimbit dekat di telinga.
“Ich stelle mein Schatz heute Abend. Er hat an meiner Seite gewesen heute. Nur warten,” sebaris ayat dalam bahasa Jerman meluncur keluar dari bibir Kudin buatkan Melissa terdiam.
Kepalanya berpaling memandang pada Kudin yang masih leka berbual dalam telepon. Kudin banyak mendengar dari bercakap. Namun setiap patahnya membuatkan jantung Melissa berdengup kencang. Dia tidak salah dengar ke?
“Sie sagen mir, was zwei Jahre nach ihm. Es ist Zeit, er wusste, wer ich war. Ich schon nicht ausstehen kann, um zurück zu fahren. F1-Strecken sind schon lange meine Versuchungen. Ich hatte sie auf dem Circuit StuG vorgeschlagen..” ucap Kudin lancer.
Bulat mata Melissa mendengarnya. Melissa juga berkomunikasi dalam bahasa Jerman di rumah hinggalah sekarang kerana Mama ingin mempertahankan bahasa ibundanya dalam jiwa anak-anak. Duduknya diperbetulkan. Badan diiringkan mengadap Kudin yang masih lagi tekun melayan pemanggil di talian. Butiran kata Kudin membuatkan mata Melissa mengecil memandangnya.
“Saya akan kenalkan kekasih hati saya malam nanti. Dia sudah berada sebelah saya sekarang ini. Tunggu saja…..Awak tahukan yang sudah dua tahun saya kejar dia. Sudah sampai masanya dia tahu siapa saya. Saya pun sudah tidak tahan untuk memandu kembali. Litar F1 sudah lama mengoda saya. Saya akan melamarnya di Litar Stuttgat…,”
“Ich spreche fließend Deutsch. Sie vergessen, dass Mama in meine Heimat Deutschland,” ucap Melissa membuatkan Kudin berpaling padanya.
Muka Kudin merah menahan malu. Dia memang tidak menyangka sekali Melissa fasih berbahasa Jerman sebab Papanya Melissa tidak fasih berbahasa itu. Butiran kata Melissa yang bermaksud ‘Saya fasih berbahasa Jerman. Awak lupa ke yang Mama saya berasal dari Jerman’ buatkan mata Kudin melilau mencari alasan yang sesuai untuk diberikan pada Melissa.
“Opss..forgoten,” balas Kudin polos.
Melissa memeluk tubuh menandakan dia geram sangat dengan Kudin. Dia perlukan penjelasan. Hatinya kuat menyatakan ini semua adalah rancangan licik yang di susun Kudin untuk memperdayakannya.
“Sesi penjelasan Kudin!” arah Melissa tegas, siap dengan mata merenung tajam lagi.
“Sekarang?” soal Kudin berpaling badannya mengadap Melissa yang nampak menyinga.
“Iya…! Sekarang,”
“Cik Melissa bersedia untuk mendengarnya dengan hati yang tenang?”soal Kudin ingin tahu.
“Iya Kudin!” binggung Melissa.
“Sanggup hadapi kenyataan?”soal Kudin membuatkan Melissa hilang sabar.
“Ishhhh! Cakap sajalah…. Yang banyak sangat soal tu kenapa?” marah Melissa.
“Jamil bukanlah lelaki yang baik. Dia juga tidak ikhlas mencintai Cik Melissa. Dia hanya melihat Cik Melissa sebagai barang yang ingin dimiliki. Dan percutian ini juga penuh dengan tipu muslihatnya untuk menguasai Cik Melissa,” luah Kudin penuh tersusun lagi yakin.
“Heyyyy! Saya bukan nak dengar awak bercerita tentang kekasih saya… apa hak awak untuk memburukkan Jamil. Saya hanya mahu dengar apa yang awak bualkan tadi,” kemarahan Melissa semakin memuncak. Hendak pula, Kudin memburukkan Jamil di depan matanya.
“Apa yang saya cakapkan tadi tidak penting buat Cik Melissa tahu sekarang ini. Yang Cik Melissa perlu tahu adalah ini..,” Kudin menghulurkan telepon bimbitnya yang sudah di buka ikon video untuk memaparkan rakaman video di dalamnya.
Melissa menonton setiap satu petikan rakaman video yang terkandung dalam telepon bimbit Kudin. Hatinya terus menjadi panas bila mendapat tahu yang Cindy Lupor, teman rapatnya turut bersekongkol dengan Jamil untuk mempergunakannya. Erti persahabatan hanya di pandang pada nilai wang ringgit dan keseronokan. Airmatanya mengalir laju. Dia tidak menyangka begitu sekali tanggapan mereka padanya. Dia tidak bersalah dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu/Jerman. Semua itu takdir Allah. Dia juga tidak minta menjadi anak jutawan dunia hanya untuk menangis simpati mencari kawan sejati.
“Warum so einmal… ehhhh silap pulak. Kenapa begitu sekali?” tangis Melissa terhenti dek tersilap bertutur bahasa Jerman dengan Kudin.
“Mereka cemburu pada Cik Melissa. Ketulusan hati Cik Melissa yang selalu bersangka baik dan terlalu permurah buatkan mereka mengambil peluang… Cik Melissa masih ingin meneruskan percutian yang penuh muslihat ini?” soal Kudin.
“Sebagai seorang melayu saya dididik berpegang pada janji, Kudin. Saya berjanji untuk membiaya keseluruhan percutian ini sebagai tanda persahabatan saya pada Geng Gedik Glamor…saya masih mahu teruskan,” ucap Melissa penuh rasa kecewa.
“Keputusan yang bijak,” senyum Kudin.
Hati Melissa tiba-tiba berdegup kencang. Senyuman Kudin itu buatkan terbit satu rasa selamat dan tenang dalam dirinya. Lama di renung mata redup Kudin.
“Kudin…., Papa saya tahu hal ini?”soal Melissa.
“Iya. Sebab itu saya diarahkan untuk bersama Cik Melissa sehingga Papa Cik Melissa sampai di Stuttgart lima hari lagi,” jelas Kudin.
“Papa ke Stuttgart?”
“Satu keluarga Melissa akan berada di sana nanti,” jelas Kudin.
“Bukan ke Melissa mahu sambut hari lahir di Paris sahaja?” soal Melissa polos. Hilang sudah gaya ganas mengediknya. Tutur katanya pada Kudin pun sudah bertukar lembut tidak lagi kasar seperti selalu. Kudin senyum sambil mengelip matanya perlahan. Panahan rasa cinta terus tepat di anak mata Melissa.
“Tidak lagi menjadi kenyataan. Setelah semua cerita ini terbongkar. Cik Melissa simpan dulu impian untuk menyambutnya di Menara Aifel untuk saat yang terindah nanti. Saya janji Cik Melissa akan dapat mencapai impian Cik Melissa yang satu itu,” senyum Kudin.
Melissa terus bisu. Klausa kata yang bersusun dalam kepala otaknya terus berkecai. Panahan rasa cinta itu membuatkan tubuhnya mengigil kesejukan. Wajah Kudin yang dulunya tidak pernah dipujinya kini dilihat sungguh tampan. Keningnya yang menarik. Matanya yang kecil meruncing di tepi. Hidungnya yang mancung bak seludang. Bibirnya yang mugil. Semua nampak cukup sempurna. Baru kini Melissa sedar yang Kudin berambut perang persis anak Pan Asian juga sepertinya.
Kudin memandang Melissa yang diam dengan senyuman nakal terukir di bibir. Badan dipalingkan ke depan. Injin kereta dihidupkan dan pedal minyak di tekan kuat. Berdesup laju kereta itu menderu sepantas 180 km/jam. Membulat mata Melissa tidak percaya.
 Mereka sampai di rumah agam Melissa di pinggir Bandar Paris lewat sejam dari bas membawa Geng Gedik Glamor. Jamil menjadi resah tidak menentu. Cindy Lupor dan Maria Mentol pun macam cacing kepanasan bila mereka hanya disuruh tidor di khemah yang terpasang di laman rumah agam Melissa. Mereka baru merangan untuk duduk di bilik mewah dan di layan bagaikan puteri. Siapa yang tidak teruja jika semua perbelanjaan bercuti dibiayai bulat-bulat. Hendak pulak, percutian di Paris. Memang tidak termimpi. Melissa memang kaya. Namun naïf tentang erti persahabatan.
“Jamil macamana ni? I baru berangan nak mandi dalam jakusi.. Ini diberikan tandas bergerak. Betul ke you minta Mel tunaikan pemintaan you tu?” cemuih Cindy Lupor. Jamil berdeguih marah. Lepas satu, satu rancangannya tidak berjaya
“Mel sudah cakap tiada masalah untuk kita bercuti di rumah agamnya di Paris. Ini mesti kerja si Kudin. Heyyyy! Aku betul-betul geram dengan mamat Kudin ni. Potong jalan aku betul,” geram Jamil.
“Kenapa kau tak bagi je sedas kat Kudin tu, kalau kau dah tahu dia potong jalan kau?”soal Cindy Lupor.
“Aku memang nak buat macamana itu… tapi bila Mel bagitahu yang segala perbelanjaan percutian ini dijaga oleh Kudin, aku mati akal. Aku sudahlah tak bawa duit lebih untuk bershopping Cindy. Mahu juga balik KL nanti tidak sempat nak bergaya mewah,” geleng Jamil.
“Entah, entah Mel tahu tak rancangan kita hendak mengikis duit dia untuk bershopping?” duga Chindy Lupor.
“Ishhhh tidak ada maknanya dia nak tahu. Kecualilah kau yang cerita dengannya. Kau cerita ke?”soal Jamil kembali.
“Bodohlah aku, kalau buat macam itu. Aku sudah berangan nak shopping handbeg, kasut, baju…eee tak sabar rasanya nak masuk butik terkenal esok,” Cindy Lupor membalas dengan gaya gediknya.
“Habis tu macamana ni. Aku tak sanggup nak tidor dalam khemah saya sepanjang lima hari kat sini. Tumpor badan,” ucap Jamil.
“Godalah buah hati kesayangan kau tu… buatkan dia cair tahap tak leh nak lepaskan kau. Kata Romeo, takkan setakat si naïf itu pun kau tak boleh nak tawan,” hasut Cindy Lupor.
Maria Mentol yang mendengar perbualan Cindy Lupor dengan Jamil mengetap bibir. Tidak disangka begitu sekali rancangan dua mangkuk hayun ini. Melissa yang tidak bersalah dipertunggangkan macam keldai. Kepalanya ligat berfikir untuk memperbetulkan kepala Cindy Lupor yang lupa siapa sebenarnya Melissa itu.
“Siaplah kau Cindy. Aku akan ajar kau dengan si mangkuk hayun tu,” ucap Maria Mentol.
Maria Mentol berpakat dengan kekasih hatinya, Jali dan bersekongkol dengan Midi yang berpasangan dengan Cindy Lupor. Mereka ingin menyedarkan Cindy Lupor dan Jamil akan erti persahabatan yang sebenarnya. Apa gunanya kawan jika hanya membiarkan kawannya melakukan kesilapan tanpa menegur dan memberi nasihat pada mereka.
Melissa yang baru sampai dengan Kudin, dilihatnya dengan satu perasaan aneh. Melissa tidak seperti selalu memandang Kudin. Tidak seperti biasa bahasa yang dipertuturkannya. Tidak nampak macam pembantu dengan anak majikan. Padahal sejam tadi mereka tidak begitu. Maria Mentol bersoal jawab sendirian.
“Ehh! Apa khemah ni?”terkejut Melissa lalu menoleh memandang pada Kudin yang masih berwajah polos.  
“Percutian lasak yang pasti meninggalkan kenangan terindah,” balas Kudin selamba.
“Mana mereka biasa duduk dalam Khemah ini, Kudin. Mereka tidak macam Mel sukakan perkhemahan dan sukan lasak,” rengek Melissa yang tahu sangat Geng Gedik Glamor tidak sukakan aktiviti luar yang lasak. Nak pulak Cindy Lupor yang tidak boleh  berpanas, mesti tidak nyenyak tidor. 
“Sekali sekala rasalah. Saya yakin mereka pasti akan teruja,” senyum Kudin nakal.
“Sampai ada tandas bergerak lagi ni. Apa ni Kudin? Kat rumah banyak bilik kosong. Nak bagi seorang satu pun tidak menjadi masalah. Tidak baik buat mereka macam itu,” marah Melissa lagi.
“Pembantu semua sudah diarahkan ke Stuttgart, yang ada Pakcik Henry. Ke Cik Melissa yang mahu sediakan semua untuk mereka?” usik Kudin. Melissa terdiam.
Kudin tahu, Melissa dari kecil lagi sudah dimanjakan dengan segala kelengkapan disediakan untuk keselesaan hidupnya. Mana pernah Melissa ke dapur. Mana pernah Melissa melakukan kerja rumah. Namun Melissa pandai berdikari, dia lebih sukakan aktiviti yang membolehkannya mengenal erti kehidupan.
“Habis tu, saya pun kena tidor dalam khemah juga ke?”soal Melissa dengan wajah sedikit teruja. Lama sungguh tidak berkhemah macam zaman sekolah dulu.
“Terpulang. Semuanya sudah disediakan. Saya rasa Cik Melissa memang tidak akan lepaskan peluang ini,” senyum Kudin penuh mengerti.
“Terima kasih Kudin. Suka sangat,” meloncat Melissa keseronokan.
Jamil, Cindy Lupor dan Maria Mentol yang memandang gelagat Melissa yang baru turun dari kereta pelik. Gaya Melissa gembira bagaikan seorang budak kecil yang baru menerima gula-gula. Jamil benar-benar rasa tergugat.
“Mel..!” panggil Jamil mengoda ingin mengadu dumba dengan Melissa.
“Ohhh! Ya darling… ,” balas Melissa yang berbulu dalam hati. Siaplah Jamil, akan diperkosahkan Melissa sepanjang lima hari di Paris. Wajah dimaniskan, berjalan penuh lenggok memikat ke arah Jamil.
“Mel…, apa ni? Kita bercuti dalam khemah ke, Sayang,” goda Jamil manja.
“Nampak gayanya begitulah darling. Baru seronok. Lagi pun pembantu rumah semua diarahkan ke Stuttgart. Entah! Papa nak buat apa di sana yang tinggal hanya Pakcik Henry,” cerita Melissa. Jamil mengeluh lagi. Keinginan untuk dilayan bagaikan putera raja musnah.
 “Kenapa waktu sekarang ini, Sayang?” soal Jamil tidak puas hati.
“Entahlah darling. I pun tak tahu…. Tapikan I dah lama tak champing ni. Seronok jugakan sekali sekala tidur dalam khemah macam ni. Tidur dalam sleeping beg rasa macam ada orang peluk,” ceria Melissa buatkan Jamil bengang. Dia memang tidak selesa. Tidur tiada penghawa dingin. Dengan nyamuk pasti malamnya haru biru.
Kudin yang mendengar perbualan Melissa dan Jamil selamba mengukirkan senyum nakal. Nak pulak bila melihat wajah Cindy Lupor yang mencerut tidak puas hati. Rasakan nak main-main dengan keluarga anak jutawan Mecerdes lagi. Mereka belum tahu ada Kawasaki Ninja yang mengawasi setiap pergerakan mereka sejak dua tahun lalu. Silap! Silap! Memang silap besar! Michael Schumacer pun tidur sebantal, inikan pula ikan bilis, Jamil ini. Belum tiup sudah tumbang. Gelak hati Kudin.
Empat hari di rumah agam Melissa in,i bagaikan syurga neraka buat Jamil dan Cindy Lupor. Tidak pernah disangkakan percutian ala-ala mewah menjadi percutian gerak gempur ala-ala kombat. Mendaki bukit. Berkayak. Menunggang basikal. Makan ala-ala menu kampung dengan bakar ikan, bakar ayam, sambal belacan ulam-ulam, cekodok, goring pisang. Memang hilang akal buat  Jamil dan Cindy Lupor mengawal status vogue diva.
“Cindy! Aku tumpor. Kalau begini gaya percutian mewah kau tu. Aku rasa bercuti kat rumah atuk aku kat Parit sana itu pun lagi meriah. Tidak payah angkut beg besar. Tak payah tidur dalam Khemah. Tak payah masak sendiri. Semua tersedia depan mata,” Jamil mengalah. Dia tidak mahu lagi bersubahat dengan Cindy Lupor yang tidak sedar diri. Perasan diva dengan mengikis duit orang lain.
Midi dan Jali yang baru tiba dengan mengangkat kayu api untuk BBQ malam nanti sudah tersengeh kelucuan. Rasakan Jamil yang bongkak dan Cindy Lupor yang perasan diva. Memang boleh dipasangkan mereka berdua. Mempunyai sikap terkeji.
“Kenapa senyum senyum ini?”bisik Maria Mentol yang menghampiri mereka.
“Hehehehe… kelakar tahap nak guling ni. Kawan baik kau tu lah.. sudah mati kuman dalam badan. Habis hilang berterbangan bayangan Prada, Coach, Vesache, Gucci..hehehe,” gelak Jali.
“Tak baik tau, gelakkan dia. Itu keinginannya. Biarkanlah,” kesian Maria Mentol.
“Sayang oooiii..! Keinginan itu perlu ada dalam diri manusia. Kalau tidak, memang bukan manusialah tu. Hilang nafsu baik baring aje dalam kubur. Tapi biarlah berpada. Ukur baju di badan sendiri. Jangan nak berangan aje kerjanya. Lepas tu pijak kepala orang. Perintah itu ini… tak patutlah tu,” balas Jali.
“Betul aku sokong. Sekaya mana pun kawan kita. Sehebat mana pun kuasa kawan kita. Jangan sekali-kali kita ambil kesempatan. Persahabatan itu luhur. Tidak perlu dibayar dengan wang ringgit. Itu harta jiwa. Kalau tidak masakan Allah turunkan Hawa untuk Adam…. Sebab Adam perlukan teman….,” kongsi Midi.
Maria Mentol dan Jali angguk kepala tanda setuju. Persahabatan yang ikhlas tidak mengukur pangkat, darjat, cantik, kurus, gemuk, sihat, sakit, agama, bangsa, kaya, miskin. Ianya dari hati yang ikhlas menyayangi dan melindungi.
“Woooooo, itu Brabus. Cantikkk!!,” sorak Midi dengan kemunculan empat biji Brabus masuk ke perkarangan rumah agam ini. Merah, Kelabu, Hitam dan Putih. Kemunculan Jenson Button, Lewis Hamilton,  Ross Brawn bersama Michael Schumacher dari kenderaan itu yang lebih membulatkan lagi mata Jali dan Midi.

Jamil yang sedang bersembang dengan Cindy Lupor pun turut tercengang tidak percaya yang  di hadapannya sekarang ini adalah jaguh F1 yang hebat di litar lumba antarabangsa.
“Unbelievable! Unbelievable!... kejap aku nak tonggeng tengok,” kata Jali sambil membongkok melihat empat jaguh itu mengatur langkah dari celah kangkangnya.
“Ooooiii! Apa pulak buat macam itu? Itu bukan hantulah,” tegur Maria Mentol lucu melihat telatah Jali.
“Yang, you sepak pipi I, Yang. I takut I mimpi saja ni,” suruh Jali buatkan Maria Mentol mengekek gelak. Mangkuk hayun punya kekasih, boleh pulak sengal minta kena sepak. Ada jugak yang kena terajang manja jugak ini.
“Selamat petang semua. Kudin mana?” soal Michael  Schumacher buatkan Jali dan Midi terduduk.
“Weiiiiii aku tak percaya Michael Schumacher tahu cakap melayu. Tolong aku Midi! Tolong aku!” ucap Jali.
“Aku pun Jali….”
“Hahahaha… sikit sikit,” gelak Michael Schumacher.
Pengsan terus Jali dan Midi terkejut mendengar Michael Schumacher faham apa yang mereka katakan. Cemas Maria Mentol. Siap berlari anak mengambil air sebaldi lagi. Cindy Lupor yang tergamam pun turut cemas melihat Midi yang tadi elok berdiri sebelah Jali boleh sama pengsan sekali dengan Jali.
“Midiii darling..!” berlari anak Cindy Lupor mendapatkan Midi.
Kudin dan Melissa yang menatang dulang makanan yang diambil dari dapur rumah agam juga cemas mendapatkan Jali dan Midi yang pengsan. Tetamu Kudin pun turut sama cemas.
“Jali! Jali! Jali! Jali!” Kudin menepuk pipi Jali menyedarkannya.
“Kudin tepi. Biar I sedarkan Jali dan Midi,” suruh Maria Mentol
“You pandai CPR ke Maria?” soal Melissa risau.
“Haaah CPR bagus punya. Ketepi semua,” terus sebaldi air dijirus serentak ke muka Jali dan Midi.
Terpisat-pisat Jali dan Midi bangun dari pengsan. Setelah muka dan badannya basah di simbah Maria Mentol. Terdiam Kudin dan Melissa dibuatnya. Memang padanlah dengan gelaran, Maria Mentol. Ada sahaja idea sengal yang dicubanya dalam keadaan darurat begini. Kudin tersengeh-sengeh, nak ketawa nanti mereka terasa pulak. Bila Michael Shumacher gelak, semua pun terikut sama gelak.
   “Jali, Midi kau orang kenapa? Salah makan ke, sampai boleh jatuh pengsan? Yang aku pelik serentak pulak tu?” soal Jamil ingin tahu.
“Aku… aku… aku … terkejut beruk bila dengar Michael Schumacher cakap melayu dengan aku,” ucap Jali teragak-agak malu. Pipi Midi pun turut sama merah menahan malu.
“Laa… lupa pulak nak kenalkan. Michael Schumacher ini abang kandung saya. Dan yang lain ini kawan baik saya,” cerita Kudin ramah memperkenalkan mereka.
Tak semena-mena Jamil pulak terbaring. Pengsan. Tidak percaya. Cindy Lupor sudah bertukar menjadi tugu cantik tidak bergerak. Melissa sudah pening lalat dengan berita yang baru di dengarinya itu. Maria Mentol senyum gatal memandang mereka.
“Awak adik Michael Schumacher?” soal Melissa teragak-agak.
“Iya. Dulu nama saya, Edward Schumacher. Sekarang nama saya Alauddin Edward Schumacher,” senyum Kudin.
“Bagaimana pulak, timbul nama Kudin?” soal Maria Mentol sibuk nak tahu.
“Saya suka dengan gelaran Tengku Alauddin, tapi kenangkan saya bukan darah raja. Saya letakkan panggilan manja Kudin. Manjakan?” soal Kudin sambil mengenyit mata sebelah.
Tersipu malu Maria Mentol menerima kenyitan mata Kudin khas untuknya. Melissa terkedu. Adik pelumba kereta handalan dunia menjadi Pembantu Papanya. Macam tidak percaya dek akalnya yang waras. Lima hari bersama Kudin ini betul membuatkan Melissa tidak kenal siapa sebenarnya Kudin. Dulu Kudin tidak seramah ini. Kudin kini lebih banyak memerintah dari mengikut perintah. Kudin yang punyai personaliti memikat dari dulu. Kudin yang berpendirian tegas dari dulu yang diam menerima arahan.
“Race, jom,” ucap Jenson Button.  
Jali dan Midi geleng kepala perlahan. Nak mampus kena tinggal ke belakang. Brabus tak Brabus. Jamil yang baru sedar masih lagi mamai.
“Jangan risau. Semuanya selamat. Jali ikut Jenson. Midi ikut Lewis. Maria dan Cindy ikut Michael. Jamil ikut Ross. Cik Melissa ikut saya,” arah Kudin.
“Ke mana?” soal Melissa.
“Masuk litar. Saya gian nak berlumba. Itu yang minta mereka semua datang tu. Cik Melissa tidak takut kan?” soal Kudin.
“I love it. Love it so much…. Like Mercedes fall in love with Kawasaki,” ucap Melissa penuh makna.
 “Hahahaha… that Kawasaki Ninja just a gimic to hug a sexy Mercedes Daughter,” gelak Kudin.
Tidak perlu tunggu majlis rasmi di litar tertutup lagi untuk melamar, jika hati sudah dilamar dalam diam. Bagus Kudin! Bagus! Cinta itu indah dan tidak di rancang. Sekali panahan rasa cinta mengena tepat pada hati, semuanya menjadi mudah dimetri.
“Perhaps you know what to do Kawasaki Ninja,” balas Melissa senyum bahagia.
“Sudah semestinya Mercedes Daughter. Kita nikah esok pagi,” sengeh Kudin buatkan Melissa terdiam tidak terkata.
“Ohhh! Ya Allah kau orang bercinta….!” Sampuk Maria Mentol.
“Bukan bercinta, Maria. Bakal bercinta setelah akad ijab dikabulkan…,” ucap Kudin menarik tangan Melissa berlalu meninggalkan mereka.
Jali dan Midi senyum gembira mendengar berita itu. Maria Mentol pening lalat lalu terduduk. Diketuknya kepala dua tiga kali, tidak percaya. Kejutan demi kejutan cinta yang dilihatnya betul membuatkan dia bingung. Melissa yang berpacaran dengan Jamil sudah berpaling arah pada Kudin. Manakala, Cindy Lupor yang berpacaran dengan Midi berkawan teman tapi mesra dengan Jamil. Mujurlah dia dengan Jali masih tetap menyayangi.
“Jali, kau rasa tak apa yang aku rasa,” soal Midi dengan senyuman nakal memandang pada Maria Mentol. Akal ingin membalas dendam terlaksana. Jali sengeh mencapai sebaldi air yang ada di sebelah tandas memberi isyarat setuju.
“Yang..! Kenapa Yang?” soal Jali manja.
“Rasa macam nak pengsan laaa,”balas Maria Mentol mengetuk kepalanya dua tiga kali.
“Pengsanlah dulu Yang, I boleh beri CPR ni. Cepatlah pengsan. Cepatlah,” suruh Jali tidak sabar nak menyimbah sebaldi air balik pada Maria Mentol.
“Kalau macam ini gaya you, I nak pengsan pun takut. Oooo tidak…! Michael Schumacher tunggu I. I nak duduk sebelah Brabus you tu,” jerit Maria Mentol berlari anak mengikut Michael Schumacher yang berjalan menuju ke kereta.
“Jali… apasal kau dapat kekasih yang mentol malap  macam tu…aku tengok pun naik pening,” ucap Midi menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak dapat dibayangkan pasangan sengal ini, bila di atas pelamin nanti mahu roboh pelamin dengan telatah sengal mereka berdua. Tak payah ada pengapit, jika pengapit asyik terbongkok-bongkok ketawa mendengar perbualan selamba mereka.
“Hehehehe… mentol malap ke terang ke aku bahagia Midi…. Taklah macam kau Cindy Lupor boleh luporkan ongkau kekasihnya…kesian! Kesian!,” gelak Jali.
“Itulah tu… aku pun terlupor yang aku ada kekasih rupanya… hahahahaha,” Midi membalas.

Percutian yang disangkakan membosankan dengan bayangan akan keluar masuk butik ternama di kota Paris rupanya sangat menyeronokkan dengan aktiviti riadah yang sangat menyihatkan badan. Ikatan persahabatan antara mereka bertambah kukuh dengan memahami dan menghormati antara satu sama lain. 


Snap Snap Kelu

“Tidak menjadi masalah pun, boleh saya melihat ragam masyarakat di sini?” senyum Marshanda rasa janggal berbahasa baku dengan Luansa.
“Jom, kita ke hotel Shanda sekarang?” ucap Luansa menarik tangan Marshanda untuk segera bangun.
“Nak kemana? Kata nak duduk minum petang dulu,” pelik Marshanda.
“Kemas pakaian dan duduk di penthouse saya,” jelas Launsa.
“Tapi… !”
 “Ini arahan. Shanda tetamu saya. Lagi pun lebih selamat Shanda di sana. Makan pun tidak menjadi masalah, Shanda boleh masak sendiri. Makanan halal mudah diperolehi. Dan yang paling penting pemintaan abang,” jelas Launsa.
“Pemintaan abang? Tidak faham,”
“Mmm.. abang saya yang Shanda akan snap gambarnya itulah, Etiene Imran Sebastien,” senyum Luansa.
“Ohh! Ooo,”
Marshanda angguk kepala tanda ikut sahaja aturan Launsa. Sudah beberapa kali Launsa memperlawa Marshanda datang ke Milan, namun selalu tidak tercapai dengan kesibukan Marshanda yang terkejar di pejabat dengan tugasan sebagai Pegawai Kanan, IT disamping kecenderungannya dalam bidang fotografi. Perlawaan Launsa kali ini sangat bersesuaian dengan masa Marshanda yang ingin berehat dari tugas juga segala macam projek fotografinya di Studio Creative Touch.  

Bangunan setinggi  lima belas tingkat dengan rekabentuk bangunan ukiran lama sangat menarik perhatian Marshanda. Bila melangkah masuk ke dalam penthouse tersebut, lagi terpegun Marshanda dibuatnya. Tidak disangkal sentuhan seni penghuninya sungguh nyaman dan menenangkan hati.
“Okey Shanda. Malam nanti kita makan malam bersama. Nak apa-apa buat macam rumah sendiri. Awak rehat dulu ya,” ucap Launsa.
“Terima kasih Launsa,”
“Ohh! Ya. Sebelum saya terlupa abang Imran minta Shanda snap kandid sahaja. Dia tidak pandai nak bergaya sakan. Kalau boleh jadikan album profil yang terindah buatnya macam yang telah Shanda lakukan pada pada Jimmy Choo tu,” pinta Launsa.
“Saya akan cuba,” senyum Marshanda.
Marshanda bercuti rehat dua puluh hari sambil bila menerima perlawaan Launsa, sahabat penanya untuk merakamkan profil bergambar Etiene Imran Sebastien, Pereka Fesyen yang sangat pelik. Sampai sekarang Marshanda mencari maklumat tentang Etiene Imran Sebastien masih tidak ditemui. Hasil ciptaannya memang banyak di laman sesawang. Namun wajahnya satu pun tiada. Pelik memang pelik.
“Cantiknya kota Milan waktu petang begini. Terasa macam jadi Jennifer Lopez dalam The Weeding Planner pulak…hahaha itulah semalam melalut menonton drama tu tiga kali, sampai tidak tidor. Apalah kau ni Shanda, pantang cuti aje kau boleh perangai sengal kau tu,” gelak Marshanda melompat baring terlentang atas katil.
Teman sepejabat Marshanda siap membuat spekulasi mendebarkan pada Marshanda, bila mereka mengetahui yang tahu dia bercuti di Milan. Menurut sumber mereka, lelaki Itali pandai mengoda. Layanan mereka pada wanita memang superb, semua itu sudah ada fakta yang dikeluarkan oleh sebuah majalah VOGUE keluaran 2009. Menyatakan melalui kajian mereka antara rata-rata lelaki dari Negara Eropah, lelaki Itali yang paling diminati oleh wanita Amerika.
Marshanda geleng kepala lucu. Sedar diri. Masakan dia gadis Melayu tulin bukan kacukan mana-mana bangsa boleh membuatkan lelaki Itali terjatuh cinta secara tidak sengaja dengannya dalam masa dua puluh hari dia berada di Milan.  
Ibunya juga turut sama pasang angan-angan untuk bermenantukan lelaki Itali lepas berkali-kali menonton cerita The Sperm Donor lakonan David DeLuise pelakon berdarah campuran Jerman/Itali. Kata Ibunya, muka tidaklah kacak tapi watak lakonannya sangat terkesan di hati. Ada ke patut Ibu sudah pesan untuk pikat saja abangnya Launsa itu nanti. Buatnya abang Launsa itu nanti  sihat gebu macam ayah, mahu juga Marshanda pegang tayar kapal terbang tidak mahu balik Malaysia. Tersangat cute.  Senyum Marshanda sendirian melayan angan-angan.
Ketukan bilik mengejutkan Marshanda dari anganan yang panjang. Seorang lelaki kacak segak berjaya berdiri di hadapannya. Terpegun Marshanda seketika, tangan lebih pantas dari akal meraba muka lelaki kacak itu yang sudah senyum lucu.
“Cik Marshanda?” soal lelaki itu dengan tertib dan penuh sopan santun. Marshanda terpesona.
“Ya Allah, che il bel ragazzo di fronte alla mia porta,” terpacul di bibir Marshanda. Tidak sedar yang dirinya bertutur Bahasa Itali bermaksud siapa lelaki kacak dihadapan pintu bilik aku ini. Parah, Marshanda! Parah!
“Etiene Imran Sebastien, solo ragazzo italiano con personalità impressionante..,” senyum Imran bersandar belakang badannya ke dinding mengadap Marshanda yang kelihatan binggung.
“Come again,” pinta Marshanda yang baru tersedar dari mimpi berdepan dengan lelaki kacak. 
“Saya Etiene Imran Sebastien. Abang Launsa. Maksud saya tadi saya cuma seorang lelaki Itali yang mempunyai personaliti yang memikat…hehehe. Shanda fasih berbahasa Itali?,” senyum Imran penuh mengoda.
“Basta poco… mmm maksud saya sikit sikit. Imran boleh berbahasa Melayu?” senyum Marshanda malu-malu. Namun matanya masih tidak lepas memandang tepat ke wajah Imran.
“Kalau begitu baik saya bertutur dalam bahasa melayu sahaja. Bahasa melayu yang sungguh indah sama seperti gadis melayu di hadapan saya ini,” senyum Imran lebih membuatkan mata Marshanda tidak mahu lari dari berpaling memandangnya.
“Mmmm… terima kasih. Saya juga tahu yang lelaki Itali juga sangat mengoda. Charming,” balas Marshanda penuh unsur jenaka.
“Ha ha ha…dan saya tidak tahu pula gadis melayu begitu berani. Satu pengetahuan yang menarik tentang gadis melayu. Jom, kita makan malam sambil berbual. Shanda mahu snap gambar saya kan?” pelawa Imran penuh sopan.
“Makan malam?”
“Iya. Saya sudah masaklah salad, ikan grill bersama brokoli. Tidak lupa juga kegemaran Shanda, sup krim cendawan. Istimewa buat tetamu dari Malaysia,” senyum Imran.
Lelaki masak? Marshanda tidak tahu hendak cakap apa, dia memang sudah di tembak berkali-kali dengan panahan cinta yang tidak terperi pada lelaki di hadapan matanya ini. Cara Imran melayan Marshanda memang mengalahkan seorang lelaki melayan kekasihnya. Telan air liur Marshanda dibuatnya. Lihat pula keakraban Imran dan Launsa memang dapat dibayangkan bertapa rapatnya mereka. Marshanda bagaikan terasa akan kasih sayang mereka meresap ke jiwa. Kehadiran tunang Launsa, Ben juga membuatkan makan malam di penthouse ini sangat meriah.
Sudah lima hari Marshanda mengikut ke mana sahaja Imran pergi bersama kameranya. Lucu sekali melihat gelagat Imran yang pada mulanya malu-malu bila berdepan dengan lensa kamera. Lepas lebih dari lima ratus snap barulah Imran boleh selesa dengan kehadiran Marshanda yang banyak menceriakan harinya dengan telatah lucu. Gaya Marshanda merakamkan sesuatu gambar sangat unik buat Imran. Marshanda memang tidak segan silu memanjat dahan atau kerusi bagi mendapatkan kualiti yang dikehendaki. Dan yang paling istimewa lagi hasil sentuhan Marshanda sungguh hidup.
Hari ini Marshanda akan melihat Imran mengendalikan sesi fotografi fesyen ciptaannya untuk dipamerkan dalam pertunjukan yang berjadual sebulan lagi. Lokasi pengambaran adalah di ruangan Studio Peragaan Imran di rooftop pejabatnya. Kujishiwa dan Albert, jurugambar kesukaan Imran di Milan bersama krewnya sedang sibuk di rooftop bersama lima orang model wanita yang cukup mengiurkan. Marshanda yang perempuan pun tertelan airliur, ciptaan Allah cukup indah untuk dilihat tanpa berkelip.
“Kujishiwa let me introduce you, here my lady from Malaysia, Marshanda,” Imran memperkenalkan Marshanda pada teman jurugambarnya Yomiko dan Albert dengan ramah.
  Kujishiwa dan Albert  menyambut tangan Marshanda lalu di cium mereka dengan lembut. Memang cara semulajadi lelaki di sini memperlakukan sebegitu pada kenalan wanita yang baru mereka kenali sebagai tanda hormat. Marshanda terpegun seketika. Tidak pernah dilayan sebegini baik di bumi Malaysia. Melayang terus Marshanda.
“Bukankah bersalam dengan lelaki yang tiada hubungan itu tidak dibenarkan bagi gadis melayu?”soal Imran pelik melihat cara Marshanda yang tidak melambangkan budaya dan agamanya.
Imran pelik, setahunya melalui cerita Launsa. Marshanda ini seorang gadis berbangsa Melayu dan beragama Islam. Namun bila bersemuka, Marshanda seorang gadis Melayu yang punyai personaliti yang menarik lagi menceriakan. Cuma pakaian Marshanda tidak melambangkan dirinya yang beragama Islam. Moden dan cukup selesa dengan t-shirt dan denim biru yang koyak di lutut.
“Sekadar menghormati,” balas Marshanda yang merah pipinya malu dengan Imran. Sungguh tidak disangka pula oleh Marshanda yang Imran bukan sahaja fasih berbahasa Melayu namun mengkaji cara hidup orang Melayu. Sekali lagi Marshanda terpana.
“Jika itu jawapan Shanda, saya cemburu,” balas Imran berlalu meninggalkan Marshanda yang terkebil-kebil bersama dengan Kujishiwa dan Albert.
Namun tidak terkesan buat Marshanda, malah dia cukup selesa duduk bersama dengan mereka yang punyai minat yang sama dengannya, fotografi. Dari tempat duduknya sempat juga Marshanda menangkap gambar kandid setiap pergerakan Imran. Cara Imran bercakap dengan modelnya. Cara Imran memperbetulkan pakaian yang ingin diperagakan sungguh sopan dan lembut. Pelukan dan belaian modelnya di belakang badan dan lengan Imran buatkan Marshanda ketib bibir menahan geram. Macam Imran miliknya.  
Marshanda bangun dan mendekati Imran dari arah bertentangan bersama kameranya. Beberapa petikan lensa kamera disimpan kemas. Marshanda terpegun tiba-tiba bila melihat gaya Imran yang sedang duduk mengadap sesi fotografi. Matanya terus tidak berkelip. Imran yang sedang berbual dengan Kujishiwa pun terdiam memandang Marshanda yang termenung melihatnya. Pelik.
“Amore Mio Shanda!... Shanda!” panggil Imran sambil memetik jari di hadapan muka Marshanda yang sudah terdiam. Lima enam kali petik barulah Marshanda tersedar.
“Kenapa?”soal Imran lembut dengan rasanya yang pelik.
“Awak tahu tak awak ini sangat kacak. Sesekali terpandang awak saya dapat rasakan indahnya cintaan Tuhan,” cerita Marshanda jujur.
“Dan awak juga perlu tahu yang bila awak buat muka macam itu, hati saya jadi tidak haruan,” jelas Imran yang membongkok memandang tepat pada wajah Marshanda yang sedang duduk di kerusi.
“Haruan? Apa itu?”soal Marshanda pelik.
“Apa ya.. mmm.. sentire unsave o sentire sempre protetta quando una ragazza di fronte a me non ha detto che io sposato te. Non ti preoccupare di questo ... Marshanda Ti amo, vuoi essere la mia sposa per sempre…,” bisik Imran yang sedang mencangkung di hadapan Marshanda.
“Apa itu, saya tidak faham?” soal Marshanda binggung.  Imran senyum.
 “Bagi sini telepon bimbit Shanda. Saya rakamkan di situ. Nanti sampai rumah pergi goggle ya,” pinta Imran. Marshanda menyeluk poket seluar dan menarik keluar telepon Iphone 5 miliknya. Imran menarik nafas yang mempertuturkan sekali lagi bait ayat yang sama.
“sentire unsave o sentire sempre protetta quando una ragazza di fronte a me non ha detto che io sposato te. Non ti preoccupare di questo ... Marshanda Ti amo, vuoi essere la mia sposa per sempre…,” ucap Imran sambil mata merenung tajam anak mata Marshanda.
Model Imran yang melihat sudah tersenyum gatal. Kujishiwa dan Albert pun sudah mengeleng kepala lucu dengan telatah Imran yang membuatkan Marshanda binggung mendengar.
“Si prega di non dirle che io la sto proponendo. Amore rendere le persone non vedenti. Jom Shanda, saya ada hadiah untuk Shanda,” ucap Imran yang sudah berdiri tegak di hadapan Marshanda pada semua.
Lagi lebar senyuman mereka bila Imran sempat memberi arahan manja supaya tidak memaklumkan pada Marshanda yang maksud sebenar kata-katanya tadi yang berbunyi jangan beritahu dia yang saya sedang melamarnya. Cintu itu buatkan manusia jadi buta.
Marshanda diberikan sepasang gaun malam dalam sebuah kotak putih. Terpinga-pinga Marshanda menerima kotak baju yang dihadiahkan Imran padanya. Ini macam salah satu babak dalam cerita cinta lakonan Jennifer Lopez pun ada juga. Tidak sabar Marshanda ingin mengetahui apa babak seterusnya. Kepalanya sudah berputar memikirkan babak, menari ala-ala ballroom dancing, di beri sekuntum bunga ros yang di gigit di mulut, kemudian sebentuk cincin belian dengan kata-kata cinta yang sangat puitis dari hero. Berangan lagi. Haipp! Fokus Marshanda! Fokus!
“Perlu ke?”soalan kurang cerdik keluar dari bibir Marshanda.
“Perlu sangat, sebab lepas ini kita akan makan malam bersama di restoran mewah. Jika Shanda masih dengan pakaian ini, alamat duduk luarlah kita tidak boleh masuk dalam,” senyum Imran.
Marshanda terpinga-pinga berjalan mengikut tarikan jurusolek Imran ke dalam bilik persalinan. Macam hendak bersiap ke majlis tari menari pulak dirasakan. Gaun malam satin berwarna biru gelap disentuhnya. Cantik! Perlahan-lahan Marshanda mengeluarkan gaun malam untuk dipadankan dengan dirinya. Masyaallah! Gaun malam tidak cukup kain rupanya.
Telan air liur Marshanda sekali lagi. Seingatnya kali terakhir memperagakan pakaian seksa sebegitu adalah sewaktu menuntut di Universiti Ohio lapan tahun lalu. Sekembalinya setelah menerima ijazah semua itu terus terkubur. Marshanda lebih selesa dengan seluar slack dan kemeja bila ke pejabat dan gaya santai, denim biru dengan t-shirt bila melakukan kerja fotografi.
“Salah satu ciptaannya yang menarik,” ucap jurusolek dalam Bahasa Inggeris buatkan Marshanda tersengeh cemas.
“Oh! Iya ke. Cantik sangat,” balas Marshanda ringkas menyembungikan rasa gemuruh menyarungkan gaun malam itu ke badannya.
Marshanda di dandan kemas oleh jurusolek dan rambutnya disisir beralun dengan menarik sekali. Bila siap Marshanda mengatur langkah berjalan ke Studio. Lebih mendebarkan lagi suasana Studio sudah bertukar wajah menjadi romantic sekali dengan deretan lilin hingga ke tempat fotografi yang terdapat sebuah bangku putih.

“Kita bergambar dulu,” tarik Imran mesra.
“Bergambar?” pelik Marshanda.
“Iya. Bergambar bersama Shanda,” senyumm Imran semakin meleret panjang.
Kujishiwa bersama krewnya sudah siap menunggu Marshanda tiba. Model yang lain semua sudah pulang ke rumah. Marshanda menarik nafas panjang. Sebagai seorang jurugambar, dia tidak pernah suka untuk gambarnya dirakamkan oleh mana-mana jurugambar yang lain. Itu hak peribadi.
“Tapi untuk apa?”
“Kenang-kenangan untuk mengingati sebelum dan selepas….Usah banyak cakap dan senyum saja ya, Shanda,” ucap Imran penuh rahsia.
Hampir sejam jugalah mereka bergaya di lensa kamera Kujishiwa. Setelah selepas, barulah Marshanda terasa penat dan lapar. Imran yang duduk di sebelahnya senyum bahagia.
“Terima kasih. Shanda sungguh berbeza dengan pakaian sebegini,” puji Imran lembut.
“Tidak pernah saya menyarung pakaian yang sebegini berani di Malaysia sana. Cara hidup orang melayu dan pegangan agama melarang gadis berpakaian sebegini sebenarnya. Saya berfikiran liberal dalam soal ini semua. Jadi atas tanda hormat pada Imran saya terima dengan ikhlas hati. Cantik rekaan Imran ini, saya cukup selesa menyarungkannya,” luah Marshanda jujur.
“Sebenarnya saya lebih tertarik jika gadis melayu itu berbaju kurung. Lagi nampak ayu dan sungguh memikat. Lapar?,” sambung Imran.
“Tersangat lapar,” ucap Marshanda sambil tangan kanan mengosok perut lapar.
“Sekejap saya ambil pizza dalam oven,” luah Imran yang bangun menuju ke ruangan pantry. Terlopong Marshanda mendengarnya. Tadi Imran beritahu yang mereka akan makan malam di restoran mewah sebab itu Marshanda di minta untuk memakai gaun malam ini. Kalau dimaklumkan awal tentang lokasi makan malam mereka pasti Marshanda tidak berbesar hati untuk mengarungkan pakaian ini ke tubuhnya.
Imran datang kembali ke ruangan Studio, menatang dulang besar pizza. Macam tidak percaya, hidangan ini juga dari hasil air tangan Imran.
“Sambil makan apa yang ingin kita lakukan?” soal Imran sambil bersandar di sofa. Marshanda yang sedang kemaruk permainan silang kata  XOX senyum dan berlalu menuju ke beg sandangnya. Pagi tadi semasa mereka bersarapan di Mall, Marshanda sempat membeli buku silangkata XOX ini. Penuh helaian seratus lapan puluh muka surat bermakna ada bilangan saya sama juga untuk diselesaikan.
“Main ini nak?”
“Shanda main XOX?”soal Imran teruja.
“Bukan setakat main lagi, ini sudah tahap peminat tegar dah ni. Nak?”
“Minat yang sama. Saya suka,” ucap Imran melipatkan tangan baju kemejanya hingga ke siku. Tali lehernya ditarik dan butang baju kemejanya di buka tiga butang. Tercekik Marshanda dibuatnya.
“Shanda selalu main dengan siapa?” soal Imran ingin tahu.
“XOX ni, mmmm… kalau di rumah dengan ibu dan ayah. Kalau tidak main sendiri pun boleh juga menduga minda,” sengeh Marshanda.
“Hahaha… bijak. Saya selalu main dengan Launsa, bila kami ada masa kelapangan. Rasanya sejak Launsa bertunang, dia sudah kurang masa untuk bersama saya. Terpaksalah saya mencari teman lain yang boleh layan saya main permainan XOX ini,” ucap Imran penuh maksud.
Sambil bermain. Marshanda sempat lagi memetik pemacu lensanya untuk merakamkan aksi aksi manja Imran. Esok mudah baginya membuat editing dan di susun cantik dalam satu dokumen yang cantik lagi istimewa buat Imran.
“Imran jangan Imran jangan nak pangkah kat kotak ni…,” marah Marshanda manja dengan sebelah tangan cuba menghalang Imran yang nakal mengacah untuk mengisi ruangan kosong itu.
“Amore Mio, permainan perlu adik. Sudah di situ saya nampak ruang untuk dipangkah. Mana boleh tak pangkah? Nanti Shanda pulak yang menang. Malulah saya,” ucap Imran dengan tangan kanannya memegang tangan Marshanda.
Marshanda diam. Kuasa lelaki Italiano bayangan Marshanda menerjah ke qalbunya. Jantung seakan sesak disebabkan paru-paru terlupa hendak mengepam darah. Pipi Marshanda sudah berubah warna menjadi pucat bila kepala Imran semakin lama semakin mendekat ke mukanya.
“Amore Mio… ho bisogno di te così male il mio amore…. le tue labbra mi fanno venire voglia di baciarti profondamente… i tuoi occhi hanno detto che si prega di abbracciarmi stretto…hanya kamu,” bisik Imran penuh mengoda.
Craakkkk craaakkkk duummmm.
Kerusi yang di duduki Marshanda patah sebelah kakinya. Mujur cepat Imran menarik Marshanda jatuh ke dadanya. Lagi terdiam Marshanda. Rasa jantung sudah berhenti sebelum sempat mengucap salam bahagia. Imran senyum puas dapat memeluk erat Marshanda.
“Saya masih hidup lagi?” soal Marshanda bingung. Sungguh tidak menyangka Imran akan berkata begitu padanya. Babak ini sebiji macam lakonan Jennifer Lopez dengan heronya, Mathew McConoughey dalam cerita The Wedding Planner. Hendak pulak dengan alunan musik kompilasi Instrumental, Yanni. Cukup sempurna set pengambaran babak romantis ini. Marshanda faham akan bait yang baru dibisikkan Imran tadi.
  ‘Biar betul telinga aku mendengarnya. Imran cakap saya perlukan awak sangat-sangat…bibirmu buatkan aku ingin mengucupimu penuh syahdu…pandangan matamu menyatakan peluklah daku dalam pelukanmu. Apa yang telah aku buat pada Imran ni? Aku ni Minah Nerd yang tidak tahu bermadah pujangga sepertinya. Dia nak goda aku ni kot, aku pun teringin kalau lelaki Itali depan aku ini menjadikan aku teman wanita dua harinya lagi. Lepas itu sayonara…sob sob sob sedih tidak dapat cuci mata… hahaha sengal kau, Shanda,” bisik Marshanda sendirian.
“Sangat selamat di pangkuan saya,” Imran mengeratkan lagi pelukan di pinggang Marshanda.
Marshanda tanpa sedar melirikkan tangannya lembut ke muka Imran. Kuasa mata Imran yang tajam membuatkan tangannya manja melirik pada matanya yang ditutup perlahan. Pada keningnya yang hitam memikat. Pada batang hidungnya yang cukup cantik dikucup dan pada mugil bibirnya yang sangat menawan.
“Shanda,” seru Imran gementar yang menelan air liur di goda Marshanda tanpa sedar.   
“Emmm…,” balas Marshanda yang masih leka membelek wajah indah Imran depan matanya.
“Shanda sedar tak yang sekarang ini Shanda sedang mengoda saya?”soal Imran masih was-was tentang cara hidup Marshanda. Setahunya seorang Islam tidak bersetubuh tanpa hubungan yang sah.
“Imran bukan saya yang goda Imran…bukan saya. Imran!” Marshanda sudah membuat keputusan gila.
“Emmm…,” jawab Imran dengan mengelipkan matanya perlahan.
“Nak tak peluk Islam dan kahwin dengan saya?” ucap Marshanda penuh yakin.
“Saya rasa Shanda perlu guna Ipad saya untuk google dan tahu apa maksud yang saya ucapkan pada Shanda tadi.. sudah pergi dalam pejabat saya, ada Ipad atas meja. Google sekarang. Saya tunggu Shanda. Dan untuk pengetahuan Shanda, nama saya Imran Abbas Sebastian Abdullah..,” tolak Imran manja dan sempat juga satu pukulan geram hinggap di pinggul Marshanda yang comel.
Marshanda berjalan ke pejabat Imran yang jaraknya dua puluh langkah dari tempat Imran duduk menunggu. Iphone dikeluarkan semula dan bait-bait ucapaan Imran tadi disusun kemas dalam kotak bahasa sebelum ditekan butang ‘TRANSLATE’.   
“rasa tidak selamat atau lebih tepat lagi hati tidak tenang selagi gadis yang di depan mata ini tidak menyatakan Iya saya sudi menerima lamaran abang. Jangan risau tentang semua itu...Marshanda saya cintakan awak, sudikah awak menjadi isteri saya selamanya,”      
Terdiam Marshanda menatap skrin Ipad. Seluruh badannya mengigil. Tidak pernah menyangka kedatangannya ke Milan merubah status hidupnya. Gadis yang liberal tentang pegangan agama kini berdepan dengan keputusan dalam hidupnya. Memilih lelaki yang hanya dikenali dua minggu yang lalu untuk membimbingnya menjadi isteri solehah. Macam tidak kena. Walaupun sudah dimaklumkan Imran yang dia beragama Islam namun timbul rasa was was pulak.
Sentuhan tangan Imran di bahu Marshanda buatkannya menoleh memandang pada Imran.
“Sudah faham?”soal Imran lembut. Marshanda anggukkan kepala. Mulut terus terkunci rapat.
Imran menarik kerusi di sebelah rapat pada Marshanda. Jemari lembut Marshanda masih tidak dilepaskan Imran. Dalam hati hendak gelak pun ada melihat telatah Marshanda yang pucat lesi. Hilang sudah perangai gila-gilanya. Hilang sudah gelak tawanya yang memikat.
Sekeping gambar lama dikeluarkan dari poket kemejanya dan diberikan pada Marshanda. Lama gambar itu ditatap Marshanda. Itu gambarnya bersama teman sekuliah beraya di rumah salah seorang teman di Michigan. Rasa pelik menerjah.
“Apa ini?”
“Saya cari budak perempuan yang pakai selendang putih dan berkebaya merah ini merata tempat….hinggalah satu hari abang terjumpa gambar Shanda dalam komputer Launsa sebulan yang lepas. Gadis yang selalu webchat dengan Launsa yang kebetulan memakai baju kebaya waktu itu buatkan saya nekad untuk bertemu muka dengannya. Jadi saya yang minta Launsa aturkan kedatangan Shanda ke mari. Bila pertama kali melihat Shanda, abang terus yakin inilah gadis kebaya merah yang abang cari selama ini,”
“Imran ni…? Imran ni… cikgu Italiano yang rambut panjang macam perempuan dulu itu ke?”soal Marshanda tidak percaya. Seingat memorinya, Cikgu Italiano yang dimaksudkan seorang lelaki yang imej rock kapak habis dengan Maiden sini sana. Tambah pulak dengan pakaian memang menepati tema rock kapak sentiasa. Cuma yang buatkan Marshanda selesa dengan Cikgu Italiano itu adalah kegemarannya memasak setiap kali Marshanda dan temannya berkumpul di Michigan.
“Iya. Kenapa tidak percaya?” ucap Imran dengan symbol rock  dilayangkan.
“Betul tidak percaya,” angguk Marshanda.
“Lepas jatuh hati dengan gadis berkebaya merah, saya terus memeluk Islam. Alhamdulillah, cahaya Allah sangat indah untuk menyelimuti perjalanan hidup saya. Semua itu mampu saya tinggalkan demi hijrah saya mencari dan mengumpul sebanyak mana ibadah yang mampu saya lakukan dengan seikhlas hati. Marshanda, sebagai muslimah perlihara aurat walau dimana pun Shanda berada. Jangan sekali-kali benarkan diri diperdaya dengan pujukan lelaki. Lebih lagi lelaki Itali yang kacak seperti saya ini…mujurlah saya sudah pasangkan niat untuk memperisterikan Shanda. Kalau orang lain, sudah lama kenduri..,” gelak Imran.
“Kenduri?” soal Marshanda
“Kenduri meniduri gadis polos macam Shanda inilah. Sudah tu, saya mahu tahu jawapan Shanda untuk menenangkan gelora jantung saya ini,” soal Imran lepas.
Marshanda tunduk mengganggukkan kepala. Rasa malu dan bersalah menerjah dengan kekhilafan diri. Memperlekehkan akidah untuk nampak moden dan dihormati bukanlah satu tindakan yang wajar dalam kehidupan sebagai seorang muslimah. Sejauh mana pun kita berada. Di bumi mana pun langgit di junjung. Allah tetap satu.
“Apa maksud anggukan Shanda itu?” soal Imran lembut.
“Accetto la tua proposta…. ti amo troppo…. Sposiamoci asap..,” ucap Marshanda membalas pegangan tangan Imran. Senyuman nakal sudah terukir di bibir Imran.
“Hahaha… boleh tahan bahaya juga  gadis Melayu ini ya,  tidak menyempat nyempat. Cukuplah cakap saya terima perminangan itu.  Tidak payah sebut, saya cinta awak juga dan jom kita nikah segera… ,” gelak Imran buatkan Marshanda mengelipkan mata Garfield nakal.
“Oh! Ya Allah aku bersyukur dengan aturan jodohmu. Aku tidak malu untuk meminta percepatkanlah ijab Kabul ku sesungguhnya aku tidak mampu berpuasa menahan gelora godaan matanya….,” mohon Marshanda selamba menadah tangan.
“Hahaha… sangat comel,” senyum Imran menahan malu dengan gaya Marshanda yang terus terang. Boleh jatuh tergolek juga Imran dibuatnya Marshanda yang polos.

Cinta itu indah. Namun nafsu itu bersepah. Marshanda sempat tersedar dengan belaian Imran yang sangat menghormatinya. Sikap tidak ambil kisah soal hukum buatkan Marshanda nyaris tersimpang dari kancah bersekedudukan tanda ikatan yang sah.