Tuesday, June 1, 2021

MAT KOYAK - Part 1

Eleeza masih terbongkang tidur atas katil. Sudah seminggu dia cuti sakit, berehat di kampung. Dia selesa duduk memerap di rumah saja. Waktu rehat beginilah dipergunakan sebaik mungkin. 

“Eza ooo Eza,” laung Mak Dara kuat. 

 Sudu yang mengacau air teh dalam teko dicampaknya terus dalam sink. Pantang sungguh, anak dara bangun tidur lambat. Orang dah siap masak tengahari, dia masih atas katil lagi. 

“Ena, kejutkan adik kamu tu. Matahari dah kat kepala, dia membongkang lagi.” Mak Dara membebel tak sudah.

Eleena yang sedang menyuap nasi goreng terkedu. Dia baru nak bersarapan. Baru saja lepas habis kemas rumah yang bersepak sejak  subuh tadi. Speaker Mak Dara ni kalau dapat meleter, sampai rumah Tok Ketua Haji Mat kat hujung simpang jalan sana tu, pun boleh dengar. 

“Malam tadi Ena tengok Eza marathon citer Turki kat Netflix tu. Subuh tadi lepas solat baru dia tidur.”

“Elok sangat lah tu. Orang tidur dia berjaga. Orang ke hulu hilir buat kerja, dia membuta. Turun lah ke dapur time cuti ni. Campur orang sikit. Ni tak, memerap je dalam bilik.”

“Biarlah mak. Bukan selalu pun dia dapat cuti panjang macam ni. Kalau tak sebabkan kaki tu cedera, mak ingat dia dapat balik. Memang tak la.” 

Mak Dara terdiam. Cerita Eleena, ada betulnya. Eleeza sibuk dengan tugas hakikinya sebagai doktor gigi di Hospital Tentera kat KL tu. Itu belum disentuh tentang latihan intensifnya sebagai atlit memanah kebangsaan. Jadual latihan berpusatnya pun sama naik sibuknya.

“Mak ni bukan apa, Ena. Mak ni ada tiga orang anak dara. Tapi orang kampung kenal dua orang je. Kamu dengan Eda. Itu pun, tak lama lagi dah nak jadi bini orang. Mak teringinlah juga nak jalan bawah pedang time adik kamu tu kahwin.” Kias Mak Dara.

Eleena dah garu dahi yang tak gatal. Memang patutlah, Eleeza tidur waktu siang. Ni mesti akal dia nak mengelak daripada terus menerus disogok isu kahwin.

“Mak tak usahlah mengharap sangat. Eza tu tak macam Ena dan Eda. Dia berpelajaran. Pangkat besar. Tak pandangnya budak kampong ni semua. Baik dia pilih abang askar sado kat kem tu. Sepadan sikit.”

Mak Dara terus menurunkan lipatan lengan baju yang dilipat masa membasuh pinggan tadi. Bibir dah tersenyum-senyum. Duduk di sebelah Eleena yang sedang bersarapan.

“Eza dah ada kawan ke, Na?”

“Makkkk.”

Rimas Eleena nak menjawab bagi pihak si adik. Disuapnya nasi goreng penuh ke dalam mulut. Tak senang betul nak nikmati sarapan dengan penuh kusyuk.

Mak Dara menepuk lengan Eleena, teruja sangat hatinya nak tahu rahsia si anak dara bongsunya itu.

Desak Mak Dara, “Cakaplah. Eza tu dah ada boyfriend ke belum?”

Muncung bibir Eleena. Termati seleranya. Ditolak terus pinggan makannya menjauh.

“Ikut suka mak lah. Setahu Ena, Eza tu ramai je kawan lelaki. Tapi yang melepasi penilaian hatinya tak jumpa lagi. Okey mak?”

Mak Dara diam. Hela bimbang dilepaskan. Hati orang tua mana yang tak risau, bila anak daranya dah meningkat umur tapi tak ada tanda-tanda nak kahwin.

Aku perlu buat sesuatu. Tekad Mak Dara.

eBookAnganPena - MAT KOYAK

BELAKANG TABIR

IDEA Asal :    Kay Delaila 

Tarikh mula digarap :  2014/2015 (agak-agak sebab dah lupa deh 🤣🤣🤣)

Genre :     Santai | Romantik Komedi | Kekeluargaan 

Isu yang cuba dikupas :  BERANI MEMBUKTIKAN JANJI BUKAN KOSONG. Ia datang bersama usaha dan kesungguhan yang tak kenal erti putus asa. 

Watak utama;     Kapten Dr Eleeza  & Inspektor Nazim  

Misi utama penulisan MK :     meneutralkan emosi bagi memberi fokus pada kerja-kerja penyuntingan. Cerita santai ni semata-mata hiburan semata. 

TAGLINE :      KEJUTAN PADA PANDANGAN PERTAMA MENGHIDUPKAN RASA YANG MENGIKAT JIWA SAMPAI JANNAH. | 

Manuskrip ini akan dimuatnaik sebagai ebookAnganPena di website AnganPena tidak lama lagi. Tunggu pengumumannya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sekiranya ada permintaan, ianya akan difikirkan untuk dicetak. 



Saturday, May 22, 2021

Pinangan Cinta Termahal


- Belakang tabir 

Idea asal : Hessa Widad

Tarikh idea mula digarap : End 2019 (tengok balik status FB den terdahulu. Lupa!) 🤣🤣🤣

Isu yang cuba dikupas :  

CINTA HALAL SELEPAS NIKAH. Pasangan tak mengenali satu sama lain. Baru kenal dan membuat keputusan sendiri untuk bernikah kerana salah seorang sudah jatuh cinta pandang pertama. 

Kenapa isu CINTA HALAL dipilih?

👉 Niat sebenar berkahwin itu tak difahami oleh pasangan. Hingga mereka tak mampu berdepan dengan cabaran rumahtangga yang datang dari pelbagai rupa dan keadaan. Dan akhirnya bercerai di awal usia perkahwinan. 

👉 Ketaksuban dalam mengagungkan konsep CINTA HALAL hingga lupa tentang anatomi cinta yang saling menerima kekurangan dan melengkapinya seadanya. Perkahwinan bukan gelanggang try and error. Tak suka cerai. 

👉 Kita selalu tafsirkan cinta itu nafsu. Bagaimana nak kenal pasti dan memjiwai cinta yang sebenarnya cinta. Walhal kita juga telah dimaklumkan; sifat manusia yang tiada nafsu adalah  sama seperti koma. Dia tak hidup. 

Watak utama;

Puteri Siti Aisyah Ahmad Zailani (Aisyah @ Cha) 

Luqmanul Hakim (Luke) 

Genre

Romance | cinta | kasih sayang keluarga | stress free - santai 

Misi utama PCT 

menunjukkan isu/cabaran yang muncul buat pasangan agar mereka lebih bersedia memikul tanggung jawab isteri dan suami selepas bernikah nanti. 

TAGLINE :  

HATI TERKUNCI PADA JODOH TAK TERJANGKA | 

TERBAKAR TEMBOK HATI DEMI SEBUAH CINTA TERMAHAL

Jangka terbit

MSS baru menjalani proses editing. Separuh lagi masih den semak untuk kali terakhir. InsyaAllah selepas den tekan ENTER keseluruhan manuskrip pada editor den akan buka PRE ORDER SELAMA SEBULAN, untuk beri masa editor menjalankan proses edit dan AP memproses lain-lain proses cetakan.  

AP masih baru. Jadinya, kami hanya mampu merealisasikan terbitan PCT ni dalam bentuk bentuk PRINT ON DEMAND. 

#chavsluke  #pct  #kerjamenulis #anganpenapresspublication #belakangtabirseorangpenulis #akandatang