Monday, May 18, 2020

Izinkan Aku Sempurnakan Hidupmu - Bab 1


Gambar Ikhsan Google sebagai bayangan imiginasi watak dalam cerita ini
 Yuna memeluk dan mencium selendang panjang pemberian Hadzley padanya dulu. Rindu yang terpaksa dikekang dek kerana sedar diri. Keterpaksaan melepaskan cinta bukanlah satu yang mudah dilalui. Mengenangkan itu, buatkan air matanya bergenang.
“Una, I can explain,” pujuk Hadzley.
Yuna diam. Duduknya di atas katil wad sudah serba tak kena. Jarinya menggigil membaca fail laporan kesihatannya sendiri. Sungguh dia tak menyangka, Hadzley pun menyarankan rawatan yang sama. Untuk apa lagi, dia mendapatkan ‘second opinion’ jika jawapannya tetap sama.
“Una.”
“Just leave me alone,” pinta Yuna dengan suara bergetar.
Kecewa yang dirasainya ini tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Apa guna dia hidup sekiranya diri tak ubah macam patung bernyawa. Air mata yang bergenang sedari tadi menitis jua akhirnya.
“Una, this is the best...”
“Shut up! Hadzley.”
“But Una...”
“Get.out.”
“Sweetheart...” Hadzley masih berusaha memujuk si jantung hati. Itu bukan pengakhiran hidup Yuna sebagai wanita.
“I said shut up Hadzley!!!!!” Tengking Yuna.
Sentuhan lembut di bahu, buatkan Yuna kembali pada realiti. Di toleh pandang pada Meena yang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan muk coklat panas untuknya.
“Kau takut nak balik sana sebab dia kan?”
Tembak Meena. Sudah dapat di agak apa yang menjadi penghalang utama Yuna pulang ke Malaysia.
Yuna menghela nafas berat. Selendang pemberian Hadzley dibiarkan saja di riba. Muk yang dihulur Meena dipegangnya erat. Haba panas pada muk dapat mengurangkan rasa sejuk pada tapak tangannya.
“I dengan cinta memang tak pernah berjodohlah Meena. Kali pertama dulu, cinta I ditolak buta-buta. Tak ada peluang langsung untuk I...”
Sekali lagi nafas dihela penuh rasa kesal. Bibir di dekatkan pada muk. Ditiup perlahan air coklat panas itu sebelum di cicip seteguk.  
“...tapi cinta I pada Hadzley berbeza, Meena. I tak layak mencintai dan dicintai oleh lelaki sesempurna Hadzley.”
“Siapa kata? Hadzley?”
“Perbuatan dia dah cukup menjelaskan semuanya, Mena. Baru kenal kakak I sebulan dua, setianya hilang. She can give him everything that I’m not capable off. Nothing can change that,” ucap Yuna.
Kesakitan yang satu tu, tak mampu hilang walaupun peristiwa tu bertahun dulu. Yuna jatuh terduduk dengan takdir sendiri.
“Tapi perkara tu dah lama Una. Onni dan Hadzley pun dah bercerai. Hadzley pun tak berhenti ask for your forgiveness. You boleh je terima Hadzley semula,” cadang Meena.
Kuat hela yang dilepaskan Yuna. Perjalanan hidupnya tak semudah seperti yang mereka lihat. Di sekelilingnya, banyak hati yang perlu ditatang dengan penuh rasional dan kasih sayang.
“Kau nak suh Hadzley tu salin tikar. Tak sesuai dengan kakak, cerai. Lepas tu kahwin dengan adik. I ni mungkinlah wanita tak guna. Tapi, maruah I tak semurah itu.”
Yuna terus bangun dan berjalan ke tingkap. Melihat suasana malam yang sunyi sepi daripada aktiviti manusia. Yang ada hanyalah sinaran lampu neon di sana sini.
“I dah lama move on.”
“Then, kenapa you tak nak balik Malaysia. You tak kesian kan umi dan baba you ke, Una? Setiap kali call, mesti dia tanya bila nak balik. Bila nak balik,” pujuk Meena.
Yuna sandarkan bahunya pada dinding sambil mencicip coklat seteguk. Senyum kelat dilayangkan.
“I akan balik Meena. Satu hari nanti I akan balik juga duduk dengan umi dan baba.”
“Bila, Una? Bila? Setahun lagi. Dua, tiga, empat tahun lagi. Atau lagi sepuluh tahun.”
Provos Meena. Berbuih mulutnya menasihati Yuna untuk menerima saja tawaran daripada hospital di Malaysia. Bukan cikai-cikai tawaran yang diterima Yuna. Tapi itulah, dia cukup berat nak buat keputusan.
“I belum cukup kuat untuk berdepan dengan umi dan baba lagilah, Meena. I tak nak mereka rasa kecewa dengan keadaan diri I ni. I ni wanita plastik, Meena. Plastik!”
Perlahan suara Yuna meluah. Perkara yang paling Yuna takuti sekarang adalah menghambarkan realiti hidupnya pada keluarga. Dia takut diajukan soal kahwin. Dia takut diajukan soal anak. Pokoknya, dia takut didekati oleh rasa cinta sekali lagi. Cukuplah!
“You tak cuba, bagaimana you tahu?” geram Meena.
“Untuk apa Meena? Untuk apa? Memang dah jelas bersuluh kot. Yang I tak mampu. Jika I masih kat sini, tak ada siapa pun akan kecewa. Umi dan baba pun tak sedih. Tapi bila I balik Malaysia. Bukan I je yang rasa sakit hati Meena. Tapi, umi dan baba pun.”
Meena hamburkan gelak sinis. Sejujurnya dia cukup geram dengan sikap Yuna yang mengalah pada takdir. Nasihatnya semua dibakulsampahkan oleh Yuna. Hanya kerana penyakit yang satu tu, Yuna menjadi seorang yang benar-benar penakut.  
“Melarikan diri bukan you, Una. Wake up!”
Kalaulah semua ini semudah yang kau bayangkan, dah lama aku balik Malaysia Meena. Dah lama aku balik. Keluh batin Yuna.

Izinkan Aku Sempurnakan Hidupmu - Prolog

“Setelah ku fahami, ku bukan yang terbaik yang ada di hatimu. Dan maafkanlah aku kerana hatiku berbatas mencintai kamu. Walau ku masih mencintaimu, ku harus melupakanmu…. Itulah bait lagu Bukan Diriku dendangan Samsons yang ingatkan abang pada Una sampai sekarang.”

Yuna masih menjeling geram. Panas betul hatinya bila mengetahui hakikat yang tersembunyi cukup lama. Penakut!

“Menyesal sungguh abang tolak cinta Una dulu. Manusia terlalu meletakkan syarat dan hukum bahagia pada standard cinta yang sama sekali tak pernah wujud dalam dunia ni.”

Omar tertawa hambar. Mengenangkan kisah muda dulu buatkan dia menyesal tak sudah. Selepas kehilangan, barulah dia mengasuh hati mencintai tanpa syarat.

“Lidah lembut lelaki lebih ganas daripada Bujang Senang yang kelaparan di Sungai Rejang sana tu.”

Sinis Yuna memang makan dalam. Geram  bergumpal menjadi marah yang terbuku.

“Nak ikat lidah lelaki supaya tak ganas macam Bujang Senang tu senang je, Una. Jom kita ke Sungai Golok,” lawan Omar. Dengan Yuna ni, tak boleh serius sangat. Nanti lagi panjang putar belitnya.

“Abang ingat Una cakap ni, main-main? Macam Una berlenggang-lenggok ajak abang pergi picnic. Una serius ni,” balas Yuna. Berganda-ganda geramnya.

“Abang pun serius juga, ajak Una ke Sungai Golok.”

“Untuk apa?”

“N.i.k.a.h. Cakap elok-elok tak nak dengar. Apa lagi, abang pikullah Una bawa kahwin lari. Habis cerita.”

Yuna terdiam. Terkebil-kebil matanya menghadap bait kata yang baru di baru menyapa cuping telinganya.

“Ni-kah? Untuk apa?”

“Ya, Allah! Apa lagi. Nak tunjukkan kebesaran Allah. Selagi Una tak berusaha. Jangan mengalah. Ingat! Anak itu rezeki!”



Monday, April 29, 2019

JACINTA - Prolog


“You nak cari maklumat asal usul diri you kan?”
Dua orang gadis yang berpakaian seksi duduk di meja Jacinta. Terhenti tingkahnya nak menyiapkan assignment yang perlu di hantar pada pensyarah subjek Psikologi hujung minggu ini.
Dadanya berdegup kencang memikirkan tindakan luar alam yang baru dilakukannya dua hari sudah. Iaitu mengupah seorang pengodam dari pasaran gelap yang disyorkan oleh penyiasat yang diupahnya baru-baru ini. Nak murah, tanggung saja risikonya.
“Errr...ya,” jawab Jacinta penuh gusar. Takut tindakannya diketahui.
“Sebab ini kan?”
Sua salah seorang daripada gadis itu. Kertas laporan kesihatan dirinya yang sangat berbeza daripada mama dan papanya, menimbulkan  tandatanya yang sangat besar buat Jacinta. Liur ditelan payah.
“Ya.”
“Kenapa you nak tahu asal diri you dengan mengupah pengodam masuk dalam data sulit pendaftaran kerakyatan di Thailand?” Soal siasat ditujukan pada Jacinta cukup bersahaja.
Jacinta semakin berdebar. Salah jawab dia akan dipenjarakan sebab memecah masuk data sulit kerajaan. Tapi itu saja caranya untuk dia mendapatkan jawapan tentang siapa dirinya sebenar.
“Sebelum I jawab soalan tu. Siapa you all?”
Jacinta seolah berani dan yakin dengan tindakannya. Walhal, rasa takut tu menguasai diri.
“I, Bella dan yang ni, adik I Nadia. You tak perlu risau. Kami bukan orang jahat. Dan juga bukan CIA ataupun Interpol. Anggap kami kawan yang boleh bantu you dapatkan jawapan yang you cari. Dengan syarat...” Bella tertawa kecil. Segala apa yang ada dalam fikiran Jacinta dapat dibacanya cukup jelas. Tiada satunya suara hati dan fikiran Jacinta tak dapat didengarnya.
“Syarat apa?” Soal Jacinta dengan suara bergetar. Tak pernah terfikir ada orang yang mahu menolong sampai begini sekali.
“Kami akan latih dan bimbing you. You sendiri yang akan pecahkan soalan tu sendiri,” terang Bella satu persatu.
“Me???”
Jacinta terkejut. Jika dia mampu lakukan sendiri, takkan dia upah orang lain untuk selesaikan hal ini. Nonsense!
“Jangan risau Jacinta Virissya. Nadia ni pengodam hebat. You akan sentiasa mendapat maklumat yang you perlukan hanya dengan satu call je. You perlu percayakan diri sendiri. Percayakan diri sendiri...”
Kata-kata Bella telah mempengaruhi Jacinta yang tanpa sedar menurut akur.
“You akan tahu asal usul you sampai ke nenek moyang you Jacinta. Itu janji kami pada you.”

Notakaki : Selfpublish Angan Pena. Akan datang tidak lama lagi.