Wednesday, March 7, 2018

Bahagia Bukan Bidaan - Blurb

Tajuk: Bahagia Bukan Bidaan
Penulis: Hessa Widad
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-076-2
Muka Surat : 560
Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) TIDAK TERMASUK KOS POSTAGE
Terbitan : Mac 2018

*************************
"Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu." - Azlan
"Terima kasih." - Ain Farhana
Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula.
"Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?" - Azlan
"Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat." - Ain Farhana
"Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!" - Azlan
Haknya sebagai ibu dinafikan!Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori,tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya.
Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.
"Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana." - Nik Zachary
Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?


Monday, February 5, 2018

Checkmate Jodoh - Prolog

Airel mengepal jari menahan geram berdepan dengan adik pengawas yang baru dilantik jawatannya minggu lepas. Macam gila kuasa. Samseng!
“Huh! Malu sungguh saya. Ketua Pengawas sendiri yang tak ikut peraturan. Dah jelas dalam buku tatatertib Lembaga Pengawas. Tak boleh dating. Tak-bo-leh. Kenapa bengap sangat?”
Huuuu lagi berdesing telinga Airel dengar suara mengicau si adik pengawas. Matanya menjeling tag nama di dada kiri si adik pengawas. Tak pernah dengar nama tu. Kemudian dia, menjeling pada awek di sebelah yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Ni semua kau punya pasal! Siaplah kau!
“Eh! Budak tocang dua. Bila masa pulak aku ni dating. Lain kali nak buat tuduhan tu siasat dulu. Agak-agaklah,” suara Airel menahan sabar. Ikutkan rasa memang nak dilanyak budak depan dia ni. Perempuan tak perempuan. Tak hormat orang langsung.
“Habis kalau tak dating, yang berdua-duaan kat belakang makmal ni buat apa? Dah lama saya mengendap. Bukan hari ni je. Dah beberapa hari. Jangan ingat awak tu Ketua Pengawas, awak boleh buat sesuka hati awak ya. Saya tak peduli, saya nak laporkan hal ni pada Cikgu disiplin. Saya ni pengawas yang amanah.”
Suara tegas adik pengawas bertocang dua langsung tak getar dengan ketegasan dan karisma Airel selaku Ketua Pegawas merangkap Ketua Pelajar di sekolah. Awek di sebelah Airel sudah gelisah. Airel dah pandang kecil besar, kecil besar je adik pengawas depan dia ni. Amanah konon! Amanah taik kucing.
“Pergilah report. Saya tak takut. Jika awak ni pengawas yang amanah, saya ni pegawas yang berani. Berani kerana benar. Saya bertanggungjawab pada kepercayaan yang pihak sekolah dan Lembaga Pengawas berikan pada saya. Tapi sebelum awak blah, saya nak tahu nama penuh awak dan kelas apa?”
“Nadia Helina binti Helmi, 1 KRK 1.”
“Ooooo budak kelas rancangan khas. Tak apa, adik Nadia Helina pergilah report kat Cikgu disiplin. Abang Airel tak takut. Lepas Abang Airel jumpa cikgu, Abang Airel pergi jumpa adik Nadia kat kelas nanti ya,” provoke Airel.
“Nak buat apa?” Polos soal si adik pengawas.

“Buat perhitungan.”

Obses You - Prolog

Berpaling Yazid memandang pada Mak Lijah. Mustahil!
“Mak cakap apa tadi?”
“Mak cakap ada gadis pinang Zid. Kawan baik bonda kamu call mak pagi tadi. Dia pinang kamu untuk anak gadisnya.”
Mak Lijah menjelaskan selengkap mungkin pada Yazid. Nak sangat Yazid setuju.
Geleng kepala Yazid. Tak pernah terfikir dalam fikirannya ada gadis yang berani meminangnya sebagai suami. Gila berani!
“Setahu Zid lah mak. Tak pernah Zid bertembung dengan mana-mana gadis yang nama macam tu. Dia tahu ke Zid ni siapa?”
“Tahu. Dia sendiri cakap, dia nak lelaki tegas pendirian macam Zid. Penyakit obsess Zid tu lah, buatkan dia jatuh cinta pada kamu.  Dia merayu pada mak. Suh mak pujuk kamu terima pinangan dia.”
“Gila!” 

 
Gambar ihsan google - Model Ferran Calderon sebagai bayangan penulis